Sunday, February 14, 2016

Labbaik Allahumma Labbaik : Umrah Part 4- Gua Hira

Seperti yang di rancang, kami dikehendaki tunggu di lobi hotel selepas waktu Isyak. Di sebabkan bukan semua yang akan turut serta ke Gua Hira, kami bergabung dengan kumpulan umrah Malaysia dari Faizin Umrah dan Travel. Lawatan ziarah ni ialah pilihan dan memang kami berharap sangat dapat pergi. Kalau tak nak pergi pun tak pe dan yang pergi kena bayar dalam RM 25-30 sorang dan budak-budak free. Maktok tak pergi takut tak larat dan stay kat bilik jaga budak-budak tidur. Nasib bawak seluar trek, kalau tak memang kena mendaki pakai jubah pulak.

Kalau ikut cerita mutawif kami selalunya orang Malaysia akan pergi waktu malam. Kalau pergi siang, agaknya panas dan tak larat nak mendaki nanti. Kami bertolak dengan bas lebih kurang pukul 10.30 malam. Jabal Nur ni dalam 3.2 km je dari hotel kami, tapi nak tunggu semua penuh bas tu lambatnya lah.

Bas berhenti di bawah. Masa kami sampai tu punya lah banyak bas berderet-deret kat situ. Nak ke kaki bukit kena naik van pulak. Van ada 2- 3 buah je kalau tak silap. Mutawif kata ready kita akan naik van macam 'roller coster' nanti, mula-mula tak faham, rupanya pemandu van tu yang bawak van macam roller coster. Nak ke kaki bukit, mesti melalui jalan yang curam dan berbukit. Ada banyak lereng masa turun, dan masa naik. Masa turun la van tu laju nak ambik lajak sebab nak tambah power, memang laju supaya dapat mendaki naik. Sebenarnya tak jauh sangat dari tempat bas berhenti ke kaki bukit, jalan kaki pun boleh sampai.
Sampai kat kaki bukit ada kedai runcit jual macam-macam. Makanan, air, cenderamata tapi nak mendaki tak kan nak beli kan..Dah sampai semua ahli kumpulan, kami mula mendaki. Tengok dari kaki bukit sayup-sayup je puncaknya. Dalam hati boleh sampai ke ni..Gambar sebelum mendaki tak sempat ambil sebab berdebar takut tak larat hahaha.

Mendaki

Kami mula mendaki. Mula-mula je dah kena daki bukit curam 45o Dalam hati rasa tak sabar nak tengok Gua Hira. Bermula di sebelah kanan bukit, dah ada jalan tangga dibuat, senang untuk jemaah mendaki. Di situlah kami mula naik perlahan-lahan. Lepas daripada tu kita akan mula mendaki guna anak-anak tangga yang tak sekata. Ada yang besar ada yang kecik. Pastu jumpa pengemis atau nak panggil apa kat orang ni. Dorang ni datang dari luar kawasan Mekah ni dan jadikan kawasan Gua Hira ni sebagai tempat tinggal. Cukup beralaskan kotak dan selimut untuk hidup situ. Katanya tangga yang kami pijak tu dorang yang buat sikit-sikit dengan duit sumbangan dari kita. Allahualam..mula-mula kami bagi tapi makin naik ke puncak makin ramai pulak..Memang dia minta 1-2 riyal je tapi kalau nak sedekah semua kat orang ni sehingga sampai puncak, rasanya boleh habis 50 riyal kot.


Kami dah mula berpecah, yang muda-muda dan banyak tenaga tu jalan dulu. Mama dangan papa pun terpisah. Mula-mula tunggu papa, daki perlahan-lahan last-last terlaju pulak. Sampai puncak tunggu papa lagi. Rasanya dalam 45 minit camtu baru sampai ke puncak. Dalam perjalanan tu jumpa ramai jemaah lain, jadi memang tak takut sangat. Ada jemaah wanita mendaki pakai sandal tumit tinggi dengan jubah..Kesiannya lah, tapi cekal dia. Tinggi bukit ni lebih kurang 650 meter. Sampai sahaja di puncak ada gerai jual air, mee segera, pisang dan lain-lain. Mama rehat kejap tunggu papa sambil ambil-ambil gambar kat atas ni. Kat puncak boleh nampak Clock Tower. Mutawif kata dulu boleh nampak Kaabah, tapi sekarang dah tak nampak sebab terlindung dengan bangunan tinggi sekitar Masjidil Haram. Ada jemaah wanita sorang jugak dia, ajak mama turun kat bawah, ke arah Gua Hira yang sebenarnya.



Gua Hira

Ya betul, gua ni bukan kat puncak sebenarnya. Dah sampai puncak kena turun dalam 5-10 meter barulah sampai ke laluan gua.  Sampai sahaja di pintu laluan boleh masuk melalui celah-celah batu. Celahan batu tu memang sempit, risau tak muat. Rupanya ada teknik nak masuk. Masa tu terbayang Rasullullah menerima wahyu di situ. Dengan tinggi nya Jabal Nur tu..ye lah kan dulu-dulu mana lah ada tangga2 tu.

Tu Gua Hira. Gambar ni diambil sebelum turun ke bawah



Mama ikut laluan celah batu tu. Hanya muat untuk seorang sahaja. Yang badan besar atau gemuk memang bermasalah. Keluar je dari laluan ni boleh nampak Gua Hira. Ramai yang tunggu giliran nak solat masa tu. Mama tak jadi solat sebab ramai sangat jemaah lelaki. Segan nak solat tertonggeng-tonggeng sedangkan belakang kita ramai lelaki. Gua ni tak besar, boleh muat seorang sahaja masuk. Sekali solat boleh 4 orang depan belakang tapi sempit sikit. Pintu gua mengadap terus ke arah Kaabah. Jadi masuk je boleh terus solat tak perlu cari kiblat.Ambil gambar sambil tunggu papa sampai. Papa dapat solat kat situ.




Syukur alhamdulillah, kami berjaya naik dan turun dengan selamatnya. Kagum melihat kesungguhan mereka yang  berusia untuk naik ke puncak. Sepanjang pendakian sambil berzikir  terkenangkan bagaimana payahnya Rasulullah saw mendaki. Kini pendakian jadi lebih mudah dengan adanya tangga, pemegang dan pondok kecil untuk para jemaah berehat sebelum memulakan pendakian.Allahuakbar..

Friday, February 12, 2016

Labbaik Allahumma Labbaik : Umrah Part 3

Haziq dan maktok di depan Hotel

Anak-anak yang tak boleh tengok burung merpati

Alhamdulillah pada hari ke 3, 3 Mei 2015, kami sekeluarga ke Mina untuk melawat kawasan Padang Arafah, Jabal Rahmah dan seterusnya niat di miqat Masjid Ji' ranah. Masa kami melewati kawasan Mina hati sekali lagi sayu semasa mendengar penerangan ustaz Abu Dzar tentang di kawasan inilah salah satu bahagian tanah diambil oleh Allah untuk menjadikan manusia pertama di bumi Allah iaitu Nabi Adam dan Hawa. Kami turun di kawasan Mina di mana terletaknya tapak khemah jemaah haji pada musim haji.
Pemandangan di Jabal Rahmah
Kemudian bas berhenti di kawasan Jabal Rahmah. Di kawasan ni memang terdapat berpuluh-puluh bas yang membawa jemaah umrah dari pelbagai negara. masa kami turun tu, kena ingat lokasi dan no bas, sebab kalau hilang memang tak balik lah kau.huhuhu..
Naik ikut batu-batu..tak perasan pula ada tangga di bahagian depannya

Mama dan Mya

Mata anak tangganya yang tinggi-tinggi

Di Jabal Rahmah, anak-anak bersemangat sangat nak panjat bukit tu. Mama dan papa terkejar-kejar budak dua orang ni. Maktok plak jalan-jalan sekitar kawasan parking bas dan bukit-bukit sambil shopping..;-) Biasalah, mana-mana pun ada orang meniaga kecil-kecilan di sini. Kalau tak silap maktok beli inai serbuk yang wanita arab/afrika jual tu.

Kami pulak selamat sampai di puncak Jabal Rahmah dan berselfie berdoa apa-apa yang patut. Mama sempat doakan untuk papa orang-orang yang tersayang agar bertemu jodoh yang baik-baik. Jangan marah ye..gurau-gurau sikit. Kami juga berdoa agar jodoh kami berdua kekal hingga ke jannah. Amin.. Jabal Rahmah ni terkenal dengan doa untuk menguatkan jodoh kerana di sini lah Nabi Allah Adam bertemu isterinya, Hawa.

Selesai melawat Jabal Rahmah, kami bergerak ke Masjid Ji'ranah. Di sini kami niat ihram untuk umrah kedua. Masjid ni terletak lebih kurang 28km dari Kota Mekah. Selesai solat sunat ihram, kami pun bergerak ke Mekah untuk melakukan umrah yang kedua. Alhamdulillah, kami selesai menunaikan umrah kedua dengan jayanya.

Pada sebelah malam, kami menunaikan solat maghrib dan isyak di masjidilharam sekeluarga. Tapi anak-anak macam biasa masih lagi jetlag. Lama juga budak-budak ni jetlag. 3 hari. Dorang akan mula mengantuk pukul 6 petang (11 malam waktu Malaysia) dan akan terjaga pukul 2 pagi (7 pagi waktu Malaysia) ehehehe..so dorang cuma tidur di bilik dan kami ke masjidilharam pada waktu maghrib-isyak. Alhamdulillah, bilik kami dekat sangat dengan masjid, jadi tak susah hati sangat nak tinggal anak-anak yang tidur di bilik hotel.
Pemanadangan balik ke hotel

Bergambar kenangan


Jadi , pada waktu pagi masa kami nak ke berjemaah subuh di masjidilharam, anak-anak akan bangun dan segar pada pukul 2-3 pagi. Lebih kurang pukul 4 pagi kami sekeluarga akan bergerak ke masjidilharam.


Pada hari ke 4, 4 Mei 2015 , kami akan melakukan umrah ketiga dengan bimbingan mutawif iaitu ustaz Abu Dzar. Kali ni kami akan berniat di Masjid Saidatina Aisyah yang terletak di Tana'im.
 Selesai solat subuh, sarapan di hotel, kami pun bertolak ke Tana'im. Di sini juga merupakan miqat yang paling dekat dengan Mekah. Kalau tiada bimbingan Mutawif, kita boleh ke sini sendiri dengan menaiki teksi untuk berniat ihram. Sebab memang banyak bas dan teksi yang membawa jemaah persendirian ke sini dan berulang alik ke Mekah.

Hari ni papa niat umrah untuk arwah ayah papa. Jadi niatnya lain sedikit. Korang boleh lah google ye.

Selesai umrah kami yang ketiga ni, papa dan Haziq terus membotakkan kepala. Maka lengkaplah umrah kami sebanyak 3 kali. Dan malam ni kami berdua (mama dan papa) akan mendaki Jabal Nur, untuk menziarah di Gua Hira'. InshaAllah kami akan bergerak selepas isya' dan dijangkakan sesi ziarah dan pendakian ni selesai sebelum waktu subuh.