Bahan-bahan :
10 g agar-agar serbuk
500 ml air
500 ml susu cair
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - larutkan
Buah peach dalam tin
Cara-cara :
1. Ambil sedikit buah peach, kisar halus untuk dimasukkan ke dalam adunan puding.
2. Didihkan air, gula pasir dan serbuk agar-agar dalam periuk dengan api sederhana hingga mendidih. 3. Bila sudah mendidih masukkan susu cair dan esen vanila . Didihkan lagi sambil dikacau perlahan. 4. Masukkan tepung jagung dan buah peach yang dikisar dan kacau sebentar hingga agak mendidih sedikit, tutup api dan angkat.
5. Tuang adunan puding ke dalam acuan dengan perlahan-lahan . Setelah permukaan adunan puding keras sedikit, susun hirisan buah peach diatasnya
6.Tunggu sehingga bahagian bawah acuan sejuk barulah boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk
Selamat mencuba..sedap dimakan sejuk-sejuk :)
No comments:
Post a Comment