Sunday, May 4, 2014

East Coast Trip : Terengganu dan Kelantan Part 1

Nampak tajuk macam gempak je kan..hehehe..ow..entry ni kena buat juga sebelum entry berjalan-jalan yang seterusnya. Sangat backdated..3 bulan?? hahahah..

Kami ke Kelantan dan Terengganu pada 2-5 Feb 2014 yang lepas. Actually dah lama sangat nak ke Kelantan dan Terengganu ni, tapi masa sangat mencemburui kami. So, mahu atau tidak dalam tempoh cuti yang sangat limited, mid semester break + Chinese New Year Holiday, kami terus plan trip ke Terengganu dan Kelantan ni.

Perjalanan kami bermula dari rumah nenek Haziq dan Mya di Mentakab, Pahang. Lebih kurang jam 9 pagi kami bergerak dengan menaiki kereta ke Terengganu menggunakan Lebuhraya Pantai Timur seterusnya menghala ke Jabor dan terus ke Kuala Terengganu. Menggunakan GPS, ada juga kami tersesat barat, tapi perjalanan ke Kuala Terengganu mengambil masa yang agak lama juga.
Perjalanan yang sangat panjang so, memang ni je lah aktiviti yang sesuai

Pada mulanya kami bercadang nak teruskan perjalanan ke melalui Dungun, Marang dan terus ke Kuala Terengganu,(jalan di persisiran pantai yang putih cantik pasirnya tu)  tapi kalau lalu jalan ni agak jauh. Akhirnya kami lalu lebuhraya ke Jabor-Bukit Besi. Ok kalau tak faham boleh baca route ni. Yang ni ambil kat facebook link di sini

"Jika anda dari Kuala Lumpur, masuk Lebuhraya Karak ke LPT 1 dari Karak ke Jabor. Exit di Jabor dan ambil Jalan Persekutuan Jerangau - Jabor (Laluan no. 14 - ada ditulis di papan tanda). Bila sampai di Persimpangan R&R Bukit Besi, ada papan tanda masuk ke LPT 2. Dari Interchange Bukit Besi, anda kena exit di Interchange Ajil. Selepas tu lalu pekan Ajil dan seterusnya bila sampai Batu 9 Bukit Payong, ada papan tanda masuk ke LPT 2 Interchange Telemong. Akhir sekali anda akan exit di Interchange Kuala Terengganu di Kg. Gemuroh dekat Sempadan K.Terengganu - Setiu. Teruskan perjalanan Ke Setiu, Besut dan Kelantan melalui Jalan Persekutuan K.Terengganu - K.Bharu. Juga boleh ke Kuala Nerus, Gong Badak dan Kuala Terengganu."
Dan bangun tidur pun tak sampai-sampai lagi?
Memang kami ikut laluan itu ok..akhirnya kami tiba di Kuala Terengganu lebih kurang jam 2.00 petang dan terus check in di Hotel Seri Malaysia.Disebabkan booking last minute, kami dapat bilik standard deluxe. 2 single bed, takpe malam nanti kita combine katil je..hehehhe..Kalau tak silap harganya RM160 with breakfast. Plus point hotel ni ialah dekat dengan jalan utama dan view sangat cantik.

Sebelah hotel ni ada Pulau Warisan, iaitu pulau buatan yang dibina/ ditambak untuk aktiviti pelancongan. Kawasan ni memang cantik, dan hotel ni juga dipisahkan dengan Pasar Payang oleh Chinatown sahaja. Kalau kuat kaki dan tak bawa anak-anak rasanya ok je kalau nak berjalan kaki ke Pasar Payang sambil menikmati pemandangan sungai yang indah tu. Tapi kang kalau dah shopping, mestilah barang berbondong-bondong di tangan, so memang tak sesuai, makanya..naik kereta lah juga walaupun dekat. Hehhehe...

Pulau Warisan...
Katanya kalau ada Karnival Jom Heboh diaorang buat kat kawasan ni
 Lepas mandi, siap-siap kami terus ke Pasar Payang naik kereta. Sebabnya Haziq dan Mya memang dah tak nak berjalan. Target utama baju batik mama dan papa. Survey keropok lekor, keropok keping dan makanan ringan je dulu, sebab nanti kami akan ke Kelantan dan akan tidur semula di Terengganu. 
Selain kain sutera dan batik Terengganu, barang tembaga kat sini pun sangat popular

Mama dapat sepasang kain batik sutera crepe, corak rama-rama (papa lah yang sebok sangat nak tengok mama berbaju batik motif rama-rama, dan berbatu permata bling bling)..sedondon dengan papa, harga sangat berpatutan tu..Belikan juga sepasang baju batik untuk nenek sebab nenek selalu hadiahkan mama baju batik sutera Terengganu..tapi lepas nenek pencen ni nenek jarang buat baju kurung, sebab dah tak ke mana katanya, selain ke rumah kenduri. Kalau dulu masa jadi cikgu tetiap hari berbaju kurung..
Cantik sangat-sangat corak kain-kain ni, harga pun murah..camna kita tak terpikat ye..huhuhu


Settle shopping lebih kurang, beli makanan sikit kami pun balik ke hotel. Lepas maghrib kami keluar semula nak cari makanan, tapi memang tak tahu nak ke mana. Last-last nampak Warung Sri Keladi. Tawakkal je masuk dan order makanan macam biasa, tomyam (Haziq), telur bungkus & kailan ikan masin (Mya) padprik (papa) bersama nasi putih..mama? Mama pilih ikan fresh, masak tiga rasa..hehehe..

Ok, warung ni terletak di hadapan kedai Hari-Hari sebaris Bank Rakyat. Nama jalan jangan tanya sebab kami pakai redah, janji selamat. Hehehhe..Ok, makanan sedap, harga berpatutan dan meet our expectation.. highly recommend kedai ni. servis pun terbaik pantas dan cekap. Tauke aka abang ambik order muka sangat serius, tak kisah la yang penting makanan sedap kebersihan tip top..

Usai makan malam, kami balik ke hotel dan lepak-lepak melepaskan lelah berjalan seharian. Papa ke The Store seberang jalan Hotel Seri Malaysia ni sahaja, pergi sorang je, jalan kaki kejap sebab stok baju papa dah nak abis..kena beli sehelai...ehhehe...

Malam tu kami tidur awal..sebab esok pagi nak bangun awal, jalan ke TTI (Taman Tamadun Islam) lepas tu bertolak ke Kota Bahru pula..
Kami breakfast di hotel dan checkout terus lepas siap packing.

Breakfast dulu before ke Kota Bharu
Orang pun ramai sangat, cuti umum la katakan
Ni meja yang sebelah luar..cantik view dari sini
Untuk ke Taman Tamadun Islam, boleh google je jalan. Dekat sangat dengan Muzium Negeri Terengganu. Masa kami sampai tak berapa ramai sangat pengunjung di sini. So lepas selesai beli tiket kami naik river cruise. Kalau naik river cruise ni akan dibawa mengelilingi Sungai Terengganu dan semasa tu akan ada guide yang akan explain. Ok lah juga naik river cruise ni, sejuk je rasa..
Pintu gerbang Taman Tamadun Islam

Posing dulu sebelum naik cruise
Papa dengan anak-anak pula berposing
Gambar atas bot berlatar belakang kan Masjid Kristal


Naik atas kami pun masuk ke Taman Tamadun Islam. Kat dalam tu memang sangat menarik, dibina replika masjid dan pusat ketamadunan Islam dari seluruh dunia, Masjid Al-Aqsa, Masjidil Haram, Masjid Nabawi Madinah, Masjid Sultan Singapore, Brunei dan banyak lagilah..puaslah kami berposing. Tetiba teringat kenangan kami di Aiins World, Seoul. Memang sama je senireka kawasan ni. Kami sangat kagum dengan usaha membina Taman Tamadun Islam ni. Kalau korang ke Terengganu jangan lupa melawat ke sini ok. Harapan kami agar taman ni akan dijaga dan diselenggara dengan baik.
Kalyan Minaret, Uzebekistan
Masjid Kul Sharif, Russia
Kubu Kota Aleppo, Syria
Tengok tu Haziq nak ketuk pintu masjid kata nya
Mya berdoa kat Masjid Nabawi mudah-mudahan kami sekeluarga dapat melawat ke sana kelak
Replika Masjidil Haram
Masjid Sultan, Singapore
Masjid Al Sakhra (Dome of The Rock)
Replika bahagian dalam masjid yang sangai indah. Kalau tengok yang real ni mesti lagi cantik

Replika batu tergantung dalam Masjid Al Sakhra
Menurut cerita ada yang mengatakan batu ini terangkat ketika mahu mengikut Rasulullah melakukan Mi'raj ke Sidratul Muntaha ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Tetapi telah di tahan oleh Malaikat Jibril dan menyebabkan batu ini terapung sehingga kini.

 Lepas habis melawat kami ke kawasan restoran untuk makan tengahari. Harga makanan standard di kawasan pelancongan, dan rasa pun boleh tahan. Cukup sekadar mengalas perut. Kami tak pergi pun ke Masjid Kristal sebab masa tu dah hampir tengahari. Kami perlu bertolak ke Kelantan pula.
Kedai yang menjual cenderahati
Sekitar dalam kawasan Taman Tamadun Islam

View Masjid Kristal dari bot masa river cruise
Sepanjang perjalanan keluar dari kawasan Losong ni kami terjumpa banyak sangat tempat membuat keropok lekor yang famous di KT. Berhenti untuk beli makan sikit je, sebab lusa kami akan balik ke KT nak tidur lagi satu malam.

Kami bertolak ke KB jam 12 tengahari. Perjalanan yang tak berapa jauh terasa begitu lama dan bosan sebab jalan kecil dan penuh dengan kereta yang memandu perlahan. Banyak pulak tu lori. Aduh sabor je la.. anak-anak dah redha, dorang tidur je akhirnya. Mujurlah kereta sewa Hertz kami kali ni besar ( Ford Escape). Sangat selesa untuk perjalanan jauh macam ni.

Ok, kami akui lalu jalan ni sangat menguji kesabaran. Berkali-kali terfikir kenapalah kami tak naik flight je. Sampai di Machang, kami terjumpa gerai tepi jalan kampung yang membuat akok dan bahulu. Singgah kejap beli dan makan panas-panas. Nama tempat exactly tak ingat, yang ingat, akoknya sgt sedap dan murah. 
Tanda dah sampai Kelantan :)
Akhirnya sampai juga kami ke Bandaraya KB. kami book hotel di Tune Hotel depan KBMall. Tune hotel sini besar sikit dari LCCT, tapi bilik air tak berapa bersih, ada stain dekat toilet bowl dan rambut di lantai. Tapi mujurlah murah. Redah ajelah. Tune Hotel terletak di depan KB Mall. Parking memang susah. Disekitar bangunan saja. Kalau ke sini jangan lupa baca surah Al Insyirah (alam nasyrah) Insya Allah dapat parking..hehehe
Petang tu kami ke Pantai Cahaya Bulan, hasrat mama yang tak pernah sampai sini. Orang sangat ramai, parking full..tapi pantai tak cantik, dah terhakis, entah apa tarikannya lagi, mungkin gerai makan dan jualan layang-layang.
Kami makan sotong goreng (mahal dan rasa tak berapa sedap) sebab dah lama goreng dan display di rak jualan macam tu je. Papa order maggi ketam, rasa pun so so je, mahal pulak tu. Maaf cakap, gerai pula agak kotor. Order nasi goreng tak sampai-sampai..kami sempat beli layang-layang juga.
Akhirnya kami pulang dengan perasaan yang tak berapa puas hati..

Sampai KB, kami nak try jalan-jalan di pasar malam Wakaf Che Yeh, tapi tak berjaya sebab parking full dan orang terlalu ramai. Aduh tensionnya...At last kami pon balik area Tune Hotel dan kami masuk kejap KB Mall, sebab nak ke Mc Donalds beli bubur ayam. Tapi memandangkan hari dah lewat, bubur pun sold out di McD. Yang ada cuma burger. Jadilah..nak alas perut je. Then beli roti juga kat convi store bawah Tune Hotel tu juga..End up makan kat bilik..

End of Part 1 sambung di Part 2. Hari kedua di KB, kami ke Pengkalan Kubor Duty Free, Pasar Siti Khadijah dan balik ke KT semula. 

12 comments:

  1. lawanya batik terengganu. berkenan betul. hehehe. Tips nak pergi ke Wakaf Che Yeh, pergi masa maghrib. masa tu org belum ramai. sama ada turun dari rumah llepas maghrib atau kalau bermusafir masa maghrib dah boleh terus ke situ. Saya orang kelantan gak. pergi masa tu je. lepas isyak confirm orangggg sangatttt ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Arinie sudi dtg blog kami dan komen...masa pegi Wakaf Che Yeh tu memang tension betul cari parking..dah pusing dua tiga kali jalan tu akhirnya give up balik hotel..jeles tengok org dok bw plastik besar2 kuar dari situ..huhu

      Delete
  2. Salam kenal. Cantik gambar-gambar yang u ambil:)

    ReplyDelete
  3. Tq zaty singgah blog kami..mmg terpesona kami dgn Taman Tamadun Islam..nti pegi tau

    ReplyDelete
  4. saya yg org tganu ni pun belum pernah masuk tgok replika2 tu.... cantik

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas info. tak sangka, boleh tahan juga Hotel Seri Malaysia. saya akan ke KT pada minggu hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq singgah sini..ok Seri Malaysia tu even time public holiday yang ramai orang..Katanya yang kat sini baru lepas renovate/upgrade bilik nya..

      Delete
  6. terima kasih atas info. tak sangka, boleh tahan juga Hotel Seri Malaysia. saya akan ke KT pada minggu hadapan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Saya ni mencari blog yg tulis pasal perjalanan melawat Kelantan dan Terengganu. Dapatlah blog akak ni. Bila tengok gambar, "eh macam kenal jerr"... bila scroll tengok nama anak, laaaa kak sue punya blog rupanyaaaa.

    Bah, nanti sy mau tanya kakak la pasal melawat dua negeri ni. Niat hati, mau bawa parents, sebab bapa sy berniat betul mau pegi Terengganu. Cuti-cuti Malaysia katanya

    ReplyDelete