Selepas check out dari Tune Hotel, kami ke Pasar Besar Siti Khadijah. Nak sarapan pagi di sini. Tapi yang sedihnya kami tak jumpa bahagian pasar yang menjual kuih dan makanan siap tu. Kami bersarapan di gerai2 di tepi pasar sahaja. Nak pilih kedai kakan di deretan kedai pun tak tau yang mana satu sedap dan berbaloi. Lepas siap makan kami pun jalan-jalan dalam Pasar Besar Siti Khadijah tu. Naik level by level..kebanyakan gerai menjual barang yang hampir serupa, kain batik sutera corak lebih kurang, tapi yang ini made in Kelantan katanya. Kami tak beli pun..jalan-jalan tengok je. Makanan ringan, keropok, asam asam pun banyak..tapi harga macam lebih murah di Pasar Payang KT. So malas nak penuhkan kereta awal2 kami just beli keropok ikan segera Cap Menara yang sangat murah. Ada 40 pek kecik dalam tu pakcik tu bagi harga RM35 sahaja, maknanya sebungkus tak sampai RM1. Ok balik Labuan tengok keropok ni dijual RM3.30 satu pek kecik..uuuuu..mahalnya..berapa kali ganda dia mark up kan.
Kami juga beli rempah kurma dan rempah gulai kawah di pasar ni. Sebab nenek haziq dan maklong di rawang kirim, juga beli sedikit untuk kami. Balik Labuan ni kami baru guna sikit rempah kurma, texture rempah ni kasar skit dan dorang suka tambah ketumbar lebih..takpelah..nak merasa kata orang tu.
Tengah jalan-jalan baru terjumpa bahagian pasar yang menjual segala jenis kuih tradisional kelantan.Sayangnya kami dah kenyang, so beli lah sedikit nak merasa. Papa cari nasi tumpang bentuk kon tirus tu. Tapi dah habis..sedih...beli akok pun rasanya tak sesedap yang beli di tepi jalan di Machang tu. Papa beli kuih buah tanjung, taik itik dan jala mas yang dijual dalam satu pek. Murah je, RM3 kot. Kuih ni sangat manis..anak-anak dan mama rasa sikit je. Papa pun makan tak habis walaupun sedikit je dalam bekas tu. Takpe yang penting kita merasa kan. Nampak juga orang jual etok-etok..tapi kami tak beli. Nampak orang kelantan kat pasar tu berebut-rebut membeli. Confuse juga memula..lepas google baru lah tau itu etok-etok. Korang tau tak apa tu? kalau tak tau boleh google yer..hehhehe...Kami juga sempat beli Laksam dan Nasi Dagang..ada juga dijual lauk nasi putih, nampak menyelerakan, tapi sayang kami dah kenyang.
Seterusnya, kami sambung kembara ke Tumpat, mengahala ke Pengkalan Kubor Duty Free. Dalam perjalanan akan lalu Tumpat. Kat sini banyak sangat kuil buddha masyarakat siam. Patung buddha yang besar2 merata-rata di kawasan Tumpat ni. Kami plan nak tengok The Sleeping Buddha yang terbesar tu, tapi tak jumpa..hehehe..guna GPS katanya di Kampung Jambu. Tapi tak jumpa-jumpa.
Tiba di Pengkalan Kubor kami masuk ke kawasan Duty Free. Kat sini macam-macam lah juga dijual. Kawasan ni siap berpagar, kalau beli barangan macam pinggan mangkuk corel, corning ware dalam kuantiti yang besar memang kena cukai. Mula-mula kami macam nak beli tapi bila kira balik kalau kena cukai kang sama je harga di Labuan. Tapi ada certain barang yang tak ada di Labuan atau KL. Oh ya, kalau kami beli pun mesti susah nak bawa balik sebab nanti kena bermalam di Tune Hotel LCCT (flight balik ke Labuan nanti pukul 7.30pagi). Lepas tengok-tengok je barang..kami pon keluar. Yang sempat beli buah mangga, sotong kering makan terus tu dan baju tidur anak-anak sorang sepasang. Tengok sandal scholl mama pun takde pilihan sangat. Harga tak banyak beza. Mostly yang kerja kat sini orang siam..
Masa kami drive nak keluar gate kawasan duty free tu, akan melalui kastam. Dia ada tanya, apa yang dibeli. kami cakap takde apa..then lepas macam tu je. Kalau tahu tak cek bonet keta tadi pulangboleh borong pinggan mangkuk corell..heheheh..
Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu, dan kami tiba lebih kurang 3.00petang. Terus check in, lepak bilik makan laksam dan nasi kerabu yang dibeli di pasar Khadijah pagi tadi (masih elok dan tak basi) lepas tu kami ke Pulau warisan sebelah hotel Seri Malaysia ni, sebab anak-anak sebok nak main layang-layang yang dibeli di PCB kelmarin.
Lepas solat maghrib kami keluar untuk makan malam. Masih lagi mencari Warung Seri Keladi yang kami singgah pada malam kami sampai aritu. Makanan dia memang sedap. Order kami masih lagi lebih kurang macam hari tu.
Kami pulang ke bilik malam tu dan tidur kepenatan travel drive dari KB tak habis lagi. Keesokan harinya lepas sarapan dan check out Hotel Seri Malaysia, kami ke Pasar Payang nak beli lekor dan kepok keping nak bawa balik. Kat sini pun dah ok, kalau kat Losong tu que panjang gila..siap dengan jem bahu jalan ramai sgt pengunjung datang nak beli kat tempat memproses lekor tu. Kat Pasar Payang ni ada jual lekor made in Losong atau Seberang Takir, kami beli yang Seberang Takir punya sebab orang kata lagi sedap..Kami juga memborong keropok keping yang dikirim adik beradik dan rempah masak yang dikirim kawan. Banyak juga kami beli ni. Lepas setel membeli naik kejap kat bahagian kain sutera sebab nak beli sikit lagi yang tak settle hari tu..Buah tangan untuk anak sedara dan kawan kat ofis.
Dalam pukul 11pagi selesai shopping kat Pasar Payang kami gerak ke Muzium Negeri Terengganu yang terkenal tu. Laluan yang sama kalau korang nak pergi ke Taman Tamadun Islam. Akan melalui Kampung Losong lagi sekali. Memang seperti yang dijangka penuh dengan kereta dan bas di bahu jalan stop untuk memborong lekor..nasib baik kami dah beli siap-siap di Pasar Payang tadi.
Kami tiba di Muzium Negeri Terengganu lebih kurang 11.30pagi. Ambil gambar lebih kurang, kami pun masuk ke dalam muzium. Kalau korang ke Terengganu bawa anak-anak boleh bawa kat sini. Ajarlah sikit anak-anak kita asal usul budaya masyarakat kita. Di muzium ini ada juga bahagian kejadian alam. Sangat menarik, macam-macam haiwan eksotik yang diawet di sini. Terdapat juga pameran lukisan hasil tangan anak negeri Terengganu yang sangat menarik. Kalau ikutkan nak explore muzium ni, sejam dua memang tak cukup, tapi apakan daya, kami kena cepat sebab nak balik ke Mentakab, Temerloh seawal mungkin supaya tak tiba terlalu lewat nanti.
Sebelum bertolak balik kami singgah beli makanan di sebuah gerai di tepi jalan dan bungkus sahaja sebab takde tempat makan. Kami makan di tepi R&R mana ntah, masa stop untuk solat jamak Zohor dan Asar. Perjalanan pulang diteruskan dan kami tiba di rumah nenek haziq dan Mya di Mentakab lebih kurang pukul 5 petang. Cepat sikit kali ni sebab dah tahu jalan dan tak sesat..
Kesimpulannya trip kami ke Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Terengganu kali ni macam biasalah, agak memenatkan tapi kami semua enjoy. Cuma lain kali kalau nak ke Kelantan kami nak naik flight je kot, sebab perjalanan terlalu jauh dan memenatkan kalau nak drive. Makanan pula memang
murah dan sedap-sedap tapi kami silap di Pasar Siti Khadijah sebab tak jumpa bahagian yang menjual makanan dah siap, jumpa pun dah lewat, nasi tumpang tak sempat nak beli, nasi kerabu pula beli lepas perut dah kenyang. Bungkus dan bawa makan di Terengganu jadi rasa pun dah kurang segar..So apa-apa pun kena well plan kalau nak travel ok kawan-kawan..
Amboi sakan nyer bercuti. :) Sy kalo pergi Psr pyg tu mmg akan beli rempah kerutub dan rempah gulai. Rempah kerutub sy guna utk masak daging masak hitam. Kalo pegi Psr siti khadijah ni mmg sy akan beli byk mknan le, sampai dok hotel pun area2 situ jgk.
ReplyDeleteBestkan jln2 sini memang food heaven..balik jln ni memang naik berkilo2 huhu
Delete