Saturday, December 15, 2012

Bun Sosej Rangup

Dua tiga hari ni mmg tak de idea nak masak apa..setelah puas berfikir, mcm biasa surfing sampai terjumpa resepi roti ni.Resepi ni ambil dari blog masakan terkenal jintanmanis.com
setakat ni kalau cuba resepi dari blog ni alhamdulillah, mmg menjadi.. jadi korang boleh la try ok..
resepi ni mmg di copy paste dari blog dia shj, tapi gambar roti ni mmg yg original i buat yer..



Bun Sosej Goreng Rangup
Sumber resepi: rosmarlina @  jintan manis resepi
dibuat semula oleh : Sue..

Bahan-bahanya
350 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
30 gram shortening atau marjerin
2 biji telur ( 1 biji dimasukan dalam doh, 1 lagi digunakan untuk salut bun dengan breadcrumbs nanti)
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
190 ml susu segar@air suam
2sudu kecil yis ( ros guna jenama instant yis jenama mauripan)-i guna jenama lain
3 sudu besar water roux
( nak masukkan sedikit bread softner atau bread improver pun boleh)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar madu-yg ni tak letak pun.. sbb takde madu kat rumah..
1 sudu kecil garam ( kalau dah guna marjerin takyah letak garam)
1 sudu kecil minyak zaitun ( ni tak nak letak pun takpe) -i letak minyak canola
1 cawan serbuk roti

(untuk intinya, 5 batang sosej yang telah direbus, dan dipotong beberapa bahagian)

untuk salutan
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 1/2 cawan breadcrumbs@serbuk roti

Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan bahan salutan, ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan inti dan bahan salutan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4.selepas doh diperap, uli doh sekali lagi beberapa minit dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. buat kecil comel2, dapat 20 biji. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian leperkan doh sedikit dan boleh disikan dengan sosej ayam yang telah dipotong tadi. tutup kemas dan bulat-bulatkan.

5. Alas dulang dengan baking sheet, kemudian celupkan doh yang siap disikan inti tadi didalam telur dan salut dengan breadcrumbs, atur atas dulang, ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan doh naik dua kali ganda dan baru digoreng hingga perang. Toskan minyak yang berlebihan dan sedia untuk dihidangkan, amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

- Peringatan, kena letak kertas minyak@ baking sheets tau bawah doh yang siap disalut breadcrumbs, supaya doh yang kembang tidak melekat dan senang diangkat untuk proses gorengan nanti.

Cuti-cuti Kuching, Sarawak

26 Mei - 29 Mei 2012

Sebenarnya dah lama nak upload entry ni, tapi biasalah dah lupa cerita2 masa ke sana. Jadi senang gabungkan terus sepanjang kami ke sana dalam satu entry.
Perjalanan kami ke Kuching melalui banyak stop sebab masa beli tiket Maswing en hubby tak perasan flight ni akan stop beberapa epot.
Dari Labuan, kami ke Miri jam 8.45 malam. Perjalanan makan masa setengah jam. Sampai Miri, kami stay di Miri Trail Inn.
Makan ice-cream dlu kat epot Labuan before bertolak ke Miri
Mengumpul air kotak Milo sepanjang perjalanan dgn Maswing..huhu
Perjalanan ke Kuching diteruskan esoknya seawal jam 7.00 pagi. Kami sempat breakfast di Marry Brown Miri dan sampai di Kuching jam 11.30 pagi.
Makan sket je budak2 ni..awal pagi sangat kot


Dalam perjalanan, flight stop di epot Sibu. Sampai di epot Kuching, kami menunggu kereta yang kami sewa dihantar ke epot..lama la juga tunggu.. dalam jam 12.30 tengah hari baru sampai..Kami terus memecut ke Serikin ( tempat yang bersempadan dengan Indonesia). Lagipun Serikin ni dah dekat sangat dari epot ni. Perjalanan dalam setengah jam. Kalo tak pergi terus ni rasanya memang dah tak akan pergi nanti. Sampai sana kedai2 almost nak tutup. Tapi kami bukan nak shopping sangat pun. Saja nak tengok tempat yang ramai yang kata best n barang2 murah kat sini.
Dah sampai ke Serikin..panas betul masa ni..dalam pukul 1.30 ptg kami sampai cni..tu kawasan kedai

Hahaha..Mya berkenan ke kerusi kenit ni..ala..memang mama xleh nak beli, camna kite nak bw balik nanti

Kain pasang sulam riben la sulam manik la..memang sangat murah..tak de budget..grab sepasang je
Berhenti beli bantal kat sini, Mya nampak bantal Hello Kitty..
Ni balai polis on the way ke Serikin tu

On the way tu jumpa gua ape ntah ni..sebab tulis bahasa Cina..berhenti amik gambar dengan dinasour

Disebabkan banyak kedai dah nak tutup, kami grab je la apa yang nampak dan sempat. Kain sulam riben yang femes tu kat sini boleh dapat RM70 sepasang. Murah gak tu, kalo biasa2 seratus lebih gak tu.
Jam 2.30 petang kami mulakan perjalanan ke bandar Kuching. Kami stay di Hotel 360 Urban.

Hotel 360 Urban yang amat selesa biliknya..tapi breakfast nya so-so je

 Petang tu kami rehat2, lepak2 dan ambil gambar di kawasan Waterfront sebelum dinner di Top Spot yang femes malam tu.
Mama n anak-anak..background Bangunan DUN
Ni papa yang selalu tak nak bergambar :)

Antara hidangannya, udang goreng butter..best!

Mama mula memilih seafood

Yang ni midin goreng belacan

28 Mei 2012

Pagi2 setelah breakfast kami ke Sarawak Cultural Village di Santubong. Tempat ni jauh dari kawasan bandar dan kami bertolak seawal yang mungkin. Sampai sana lebih kurang jam 12.00 tengah hari dan kami tetus masuk ke dewan untuk meyaksikan pertunjukan kebudayaan.

Friday, December 14, 2012

Darwisy Haziq dan Damya Hannah

Semalam papa capture gambar dua beradik ni.. dah besar pun anak2 mama ni.. Adik suka buat kacau yang abang lak bersabar je. Tapi kalau tak tahan kena lepuk gak adik tu

Next year ( eh, bulan depan lah tu).. dah nak sekolah dah dua orang ni.. Mya masuk skool 3 tahun, Haziq 6 tahun.. Semoga anak2 mama ni berjaya dunia akhirat.. Amin..

Sunday, December 9, 2012

Cream puff a.k.a custard puff

Hari ni buat custard puff atau pun cream puff, kuih ni mmg sedap..tapi agak leceh membuatnya..ini pun buat sbb ada kawan tu nak order..kesian akak tu dh dekat setahun tertangguh order dia dgn kami ni. dia makan kuih ni masa buat birthday Haziq last year.. ok, kalau sesapa rajin boleh la try buat ye.. tak jadi boleh try smpai jadi..

Resepi Cream Puff
(sumber dari kakak iparku)
Cream puff shell
4biji telur
140g tepung gandum
120g butter
250ml air
secubit garam

Custard filling
30g butter
200ml susu cair
300ml air
75g gula

Cara membuat puff shell
1.Butter,garam dan air didihkan dalam kuali.
2.Masukkan tepung gandum, kacau smpai berkilat,tutupkan api.biar seketika.
3.Masukkan ke dalam bekas lain, masukkan telur sebiji demi sebiji,pukul dengan mixer sampai sebati.
*peringatan: jgn masukkan telur ketika adunan masih di dalam kuali, panas2..jika tidak, telur akan masak dlm kuali dan puff korang tak naik macam puff.. jadi biskut rangup plak..hehhehe
4.Then boleh la masukkan adunan ke dalam piping bag dan mula pipe kan ke atas dulang pembakar yang telah disapukan minyak rata2,betul2..kalau tak puff shell akan melekat bila masak nanti.boleh guna nozzle bentuk kuih samperit, atau bintang.pipe kan sampai berjaya,sbb yg ni mmg mmerlukan kesabaran tinggi,saiznya lebih kurang sebesar syiling 50sen (syiling lama yer..kalau syiling baru yg emas tu kecil sgt)
5.Bolehlah dibakar selama 15-20minit atau sehingga kuning keemasan.

Cara membuat filling custard cream
1.Campurkan semua bahan ke dalam periuk atau nonstick pan, kacau sebati dahulu.
2.Dah sebati baru naikkan atas api sederhana.Kacau sehingga likat dan berkilat.Kalau kacau kastard ni, pastikan korang tak tinggalkannya atas dapur tanpa pengawasan, kalau tak hangus dan berketul2..dah spoil.
3.Biarkan kastard sejuk sebelum mfill ke dalam shell yang telah digunting sedikit di tepinya.
Selamat mencuba!

Saturday, December 8, 2012

Haziq kecacingan?

Pagi Rabu lepas sebelum sampai sekolah Haziq mengadu sakit perut. Tak mahu dia poo poo kat skool.Siap suruh papa patah balik ke Petronas. Ingatkan sakit perut biasa, rupanya sampai cirit-birit.
Balik dari skool masa tido petang tercirit sampai tembus kat cadar. Kesian betul. Malam kelmarin bawa gi emergency, MA tu bagi ubat gastrik n ORS je. Pesan jaga supaya jangan dehydrate..Perut dia kembung semacam. macam banyak angin. pastu asyik mintak makan macam tak kenyang makan.
Mama risau sangat . Try buat research rupanya macam ada tanda2 kecacingan. baru teringat, dah lama dia tak makan ubat cacing. Tadi siang beli ZENTEL bagi dia makan. Setakat malam ni macam ok sket. harap2 much better esok...

Monday, December 3, 2012

Agar-agar Roti Marble

Sebenarnya dah lama teringin nak buat agar-agar ni. Tapi tak berkesempatan disebabkan kesihatan. Dua tiga hari ni asyik demam on off. Dah sihat sikit Jumaat lepas berjaya juga buat pagi-pagi sebelum pergi kerja..

Ni resepinya yang di ambil dari internet juga...
Bahan-bahan
135 g roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
150 ml susu cair
12 g agar-agar serbuk tanpa pewarna/ sepeket
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
Didihkan 3 cawan air,agar-agar serbuk dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. Tutup api.
Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko yang sudah dilarutkan dalam air panas untuk elakkan berketul-ketul.
Ambil sesenduk warna asal dan tuang di tengah2 loyang.
Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna asal tadi.
Ulang sehingga kedua-dua adunan habis dan secara berselang-seli.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Saturday, December 1, 2012

Percutian ke HONG KONG : Day 3 15 November 2012

Perjalanan di hari ketiga bermula jam 9.30 pagi, selepas siap packing, checkout bilik hotel di Metropark Mongkok Hotel. Plan kami pada hari ketiga ni adalah untuk ke Disneyland, tapi kami sangat susah hati..
Tau tak sebab apa?kami TAK SEMPAT shopping di sini lagi tau..takkan lah nak balik tanpa shopping di HK kot?hehehe..
Makanya...pagi tu terus keluar plan baru..
Exit MTR to Ladies Market and Sneakers Street

Kami kena shopping di sekitar Mongkok..Ladies Market memang tak sempat, sebab buka lewat sangat...lagi pon tak berapa berminat dengan barangannya..hati lebih berbunga2 di Sport Street, perfume hunting dan apa2 yang sempat dibeli..so lepas breakfast ala kadar di bilik hotel, kami pun bergerak keluar,check out bilik hotel.
Oh ya!luggage kami yangberlambak2 tu simpan di concierge yg terletak di lobi hotel. Kami naik dari MTR Station prince edward ke mongkok(walaupun dekat tak larat menapak dgn 2 budak kecik tu).1 stesen je pon.Di stesen Mongkok, keluar di exit D.Naik atas jalan sket jumpa la Ladies Market dgn Fa Yuen Street.tapi sayang ladies market belum beroperasi, seawal pukul 10 pagi ..so kami meronda2 di kawasan sekitarnya sahaja..Jam 10pg, baru la kedai2 kat sini buka.target kedai nike dgn sasa atau bonjour saja..then kami masuk sasa dulu.selesai memborong di sasa(harga di sasa tak jauh beza dgn harga di Labuan yang duty free) tapi pilihan memang banyak..sempat merembat sorang 3-4 botol..hehehe..untuk kami berdua dgn budak2 yg sebok nak perfume Hello Kitty dan Mickey Mouse.Dekat sasa ni dia bg berlambak2 sample n miniature,best gile.
Tempat menabur duit..huhu


Pastu gerak ke Nike plak area2 situ,harga pun tak banyak beza antara satu2 kedai.tapi compare dgn Malaysia dekat seratus gak beza 1 sneakers tu...keluar dari nike, Ladies market masih belum buka.so kami terus ke MTR, tak boleh gerak lambat sangat...nak ke disneyland pulak.
Sampai di hotel, amik luggage, terus naik cab sebab tak larat berjalan.dari situ ke Disneyland Hollywood Hotel dalam HKD220.
On the way ke Disneyland..
 Sampai di hotel, pre check in, left luggage.lepak jap di Lobi hotel coz Damya tido dari dalam cab lagi.Pukul 12 kami gerak ke park menggunakan hotel shuttle yang sangat efisyen and on time.tiket dh book siap2 masa booking bilik,dgn pakej nya tu.
Tunggu shuttle bus kat tepi hotel tu
Ni lah dalam Disneyland Hollywood Hotel
Kami ambil room with 2 days tic for 2A+1C..rasanya around RM1200.
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami di sini..

Sampai disneyland, menapak jauh juga nak ke entrance,pastu snap gambar lebih kurang, kami ke adventureland dulu nak lunch di Tahitian Terrace.
Kami ambil 2 set makanan .briyani with chicken and lamb kebab,satu lagi kurma chicken with plain rice.dgn air botol ice lemon tea.rasanya dekat RM80 kot semua ni.rasa makanan so so je compare dengan di Malaysia.hehehe..tapi memikirkan susah nak dapat makanan halal dalam Disneyland ni..makan je la.
Tengah beratur memilih makanan
Briyani with chicken and lamb kebab
Selesai isi tangki masing2 baru la boleh tersenyum.. naik raft untuk ke Tarzan House di tengah2 pulau di adventureland ni.tarzan house ni takde apa2 sgt..tapi sangat mengagumkan sebab dia buat pokok tu memang nampak real.naik atas tu, jumpa kala n baby tarzan, tarzan n jane, yang ni memang sangat kagum sebab nampak betul2 macam dlm movie tarzan tu.masa kami snap gambo nampak macam betul2 dalam tv, kecuali tersnap muka manusia real..baru la tau tu 3D..hehehe..tak paham?
ala..you all kena tengok sendiri ni.

Turun dari tarzan house naik jungle boat.
Que kat sini ok gak,tak berapa panjang.. dlm 5-10 min je.make sure korang que line english, kang masuk line bahasa cina tak paham guide dia membebel..lagi pon que english tu tak ramai sangat , ada few indian,singaporean chinese..hehehe..yg ni best gak..Damya cuak giler nampak ular,gajah,buaya artificial tu.muka masam je..Haziq toksah cakap la..excited giler,hehhee..masa nampak api n air tu lagi dia peluk mama dia kuat2..

Selesai di adventureland, kami missed out The Lion King Show pukul 2..next show pukul 4, kalo sempat kami masuk la.. ( at last memang tak sempat)

Then teruskan perjalanan ke fantasyland.naik kuda cinderella layan si kecik.Nak masuk Phillarmagic n Golden Mickey tak sempat,miss the show time gak.

pastu kami ke tomorrowland, kat sini jumpa buzz lightyear, amik gambar jap- character faveret Haziq.

Di Tomorrowland kami naik space ship pusing2 layan si abang plak,pastu kereta tu,apa tah namanya,auto apa tah..selesai di sini, pukul 3.30ptg,kami tunggu plak flight of fantasy parade.orang ramai giler..nak berdiri pun takde space sepanjang main street parade tu.parade dia memang awesome.kalo minat certain character kena berdiri dekat dengan character tu..kami silap tempat.orang berduyun2 di area tu.padahal mickey n the geng takde kat situ.snow white and the geng pun jauh..kami dekat dengan area pooh tigger je..






Habis parade, nak gerak balik..ada plak Mickey Toyriffic street party, since hari ni first day launch utk krismas theme..so tgu jap,kat main street USA.ada parade mickey pakai baju santa,siap ada snow.hehehe.ok gak la..abis parade ni kami pon balik ke bilik hotel utk mandi,solat n rehat dan makan bekalan sket.

Mya berposing

Dengan buzz light year
Dengan captain hooked katanya

Ngam2 kul 7.45mlm baru gerak ke park semula, nasib baik bas on time, pastu berlari2 plak nak kejar firework.nak tercabut kaki menolak stroller dan mengheret anak2.. hehhe..tepat pukul 8 malam, kami pun sampai, firework bermula..30 minit gak..kalo nak puas hati kena duduk dekat sket dgn area sleeping beauty castle, baru clear dan cantik.
Ramai betul manusia..dah abis firework..jom balik

Abis firework naik mtr, pegi City gate Outlet, tapi dah banyak kedai tutup..pegi supermarket nak cari susu segar utk breakfast pagi esoknya nt.kat sini ada gak mee sedap, indomee, fresh milk halal from Indon gak.malaysia produk jumpa Ayam Brand. Sedih gak Coach, Adidas, Nike dah tutup..awal gak depa tutup ek..kul 9 malam.

MTR cermin kepala mickey
Ni supermarket dia..lupa nama ape dah..
 
then naik tren MTR ke sunny bay, tukar ke disney line, sampai stesen disney naik shuttle ke hotel. Sepanjang perjalanan ni, Haziq memang TIDUR dalam stroller umbrella adik dia tu..heheheh dasat kan? puas kami mengangkut dia, nasib baik ada lif sepanjang jalan tu, kecuali naik bas..
Sampai hotel.tdo...zzz