Saturday, December 15, 2012

Bun Sosej Rangup

Dua tiga hari ni mmg tak de idea nak masak apa..setelah puas berfikir, mcm biasa surfing sampai terjumpa resepi roti ni.Resepi ni ambil dari blog masakan terkenal jintanmanis.com
setakat ni kalau cuba resepi dari blog ni alhamdulillah, mmg menjadi.. jadi korang boleh la try ok..
resepi ni mmg di copy paste dari blog dia shj, tapi gambar roti ni mmg yg original i buat yer..



Bun Sosej Goreng Rangup
Sumber resepi: rosmarlina @  jintan manis resepi
dibuat semula oleh : Sue..

Bahan-bahanya
350 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
30 gram shortening atau marjerin
2 biji telur ( 1 biji dimasukan dalam doh, 1 lagi digunakan untuk salut bun dengan breadcrumbs nanti)
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
190 ml susu segar@air suam
2sudu kecil yis ( ros guna jenama instant yis jenama mauripan)-i guna jenama lain
3 sudu besar water roux
( nak masukkan sedikit bread softner atau bread improver pun boleh)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar madu-yg ni tak letak pun.. sbb takde madu kat rumah..
1 sudu kecil garam ( kalau dah guna marjerin takyah letak garam)
1 sudu kecil minyak zaitun ( ni tak nak letak pun takpe) -i letak minyak canola
1 cawan serbuk roti

(untuk intinya, 5 batang sosej yang telah direbus, dan dipotong beberapa bahagian)

untuk salutan
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 1/2 cawan breadcrumbs@serbuk roti

Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan bahan salutan, ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan inti dan bahan salutan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4.selepas doh diperap, uli doh sekali lagi beberapa minit dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. buat kecil comel2, dapat 20 biji. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian leperkan doh sedikit dan boleh disikan dengan sosej ayam yang telah dipotong tadi. tutup kemas dan bulat-bulatkan.

5. Alas dulang dengan baking sheet, kemudian celupkan doh yang siap disikan inti tadi didalam telur dan salut dengan breadcrumbs, atur atas dulang, ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan doh naik dua kali ganda dan baru digoreng hingga perang. Toskan minyak yang berlebihan dan sedia untuk dihidangkan, amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

- Peringatan, kena letak kertas minyak@ baking sheets tau bawah doh yang siap disalut breadcrumbs, supaya doh yang kembang tidak melekat dan senang diangkat untuk proses gorengan nanti.

No comments:

Post a Comment