Monday, December 3, 2012

Agar-agar Roti Marble

Sebenarnya dah lama teringin nak buat agar-agar ni. Tapi tak berkesempatan disebabkan kesihatan. Dua tiga hari ni asyik demam on off. Dah sihat sikit Jumaat lepas berjaya juga buat pagi-pagi sebelum pergi kerja..

Ni resepinya yang di ambil dari internet juga...
Bahan-bahan
135 g roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
150 ml susu cair
12 g agar-agar serbuk tanpa pewarna/ sepeket
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
Didihkan 3 cawan air,agar-agar serbuk dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. Tutup api.
Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko yang sudah dilarutkan dalam air panas untuk elakkan berketul-ketul.
Ambil sesenduk warna asal dan tuang di tengah2 loyang.
Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna asal tadi.
Ulang sehingga kedua-dua adunan habis dan secara berselang-seli.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

No comments:

Post a Comment