Salam sejahtera buat semua pelawat blog...
Ok hari ni nak sharing review tentang The Pacific Sutera Harbour Kota
Kinabalu. Kami ke hotel ni masa ke KK pada 9 Jun 2013 yang lepas. Kami
stay satu malam je sebab nak try ubah angin..selalu dok stay hotel yang
sama je..
|
Pardon us for the messy room |
|
Requested for the king size bed but the room is unavailable on the non smoking room..so we just combine the two super single beds |
|
the cheeky kids.. |
Untuk yang tak tau, hotel ni merupakan salah
satu daripada rangkaian hotel/resort Sutera Harbour yang famous di KK
tu. Kat Sutera Harbour ni, ada The Pacific(hotel yang kami stay ni),
Magellan Resort dan juga Golf Club. Terdapat juga Marina Sutera, tempat
berlabuh kapal-kapal persendirian mewah dan juga kapal layar. Kawasan
Sutera Harbour ni dekat je dgn KK, dalam 2 atau 3 km sahaja..so kalau
drive tak jadi masalah, shuttle bus provided untuk ke bandar..sampai
malam..
Selain daripada Sutera Harbour, di Tanjung
Aru(paling dekat dengan airport KK) ada Shangrila Tanjung Aru. Kami tak
pernah stay sini. Kalau nak jauh sikit korang boleh try Nexus
Karambunai, tapi yang ni paling jauh dari KK City, dah kena
limpas(melalui -bahasa Sabah heheehe) shopping mall 1Borneo dan juga
UMS. Karambunai.. sangat jauh, tapi bagi kami, Nexus Karambunai ni
antara resort yang paling best pernah kami stay. kalau dari KK City 20km
kot jauh kan?
Ok berbalik ke cerita The Pacific Sutera, ada lobi yang
cantik, bilik bagi kami..biasa2 je..lobi dia penuh dengan bunga orkid
segar sebagai hiasan..memang cantik.
|
the fresh orchid around the lobby area |
Proses check in tak ambil banyak
masa, then potter akan tolong hantar luggage ke bilik..kalo korang bawa
barang selori pon tak jadi masalah..hehehe..
Petang tu, lepas rehat,mandi, solat..papa, Haziq n Mya berjalan-jalan
ke kawasan pool n seaside, sementara menunggu mama buat kerja ofis yg
tertangguh di bilik sekejap (bercuti pon kena buat keja opis)
|
Mya n Haziq dah bersiap2 |
|
Jom kita jalan-jalan |
Guest
hotel ni penuh dengan Japanese,Korean, HKian..S'porean dan ada la
sikit-sikit mat saleh masa kami stay tu..petang tu dekat pool penuh dgn
manusia bersaiz dugong separa bo*el..hehehe..
Mya siap komen..
"kenapa semua org tak malu ni? pakai spen*er je mandi"..hahahha.
.
|
Mya berposing kat kawasan pool |
Ok..view seaside, marina kat sini sgt cantik, serius!
Kami
sekeluarga sempat menghirup udara bayu laut China Selatan sementara
menunggu sunset..sempat juga kami berjalan ke kawasan marina yg penuh
dengan kapal mewah persendirian dan kapal-kapal layar..kawasan perairan
marina ni sangat bersih, penuh dengan coral dan ikan-ikan comel macam
akuarium je..ni semua memang natural..kagum betul..
|
Antara kapal yang berlabuh |
|
Yang ni pun |
Lepas sunset kami balik ke bilik..hajat hati nak try makan
kat Cafe Boleh (restoran di lobi hotel..tapi tgk harga.. buntang
sekejap mata..RM85 /pax..pastu dah berdua, RM170(Haziq n Mya free sebab
below 7 yrs)..so kami decide keluar hotel cari makan di bandar..kan naik
kereta je..kalo RM170 tu memang tak habis makan kat KK
nanti..hehehe..lepas solat maghrib kami ke bandar,makan,shoping
alakadar..pastu balik bilik zzzz....
Esoknya, kami breakfast di Cafe Boleh (nasib baik complimentary dengan
pakej bilik) harga breakfast nya RM65..tapi makanan sangat so so..budak
berdua ni dah bosan, tak lalu..banyak western, pastu cereal, nasi lemak
pun nasinya mentah etc..makanan biasa2 la..Usai breakfast kami ke
pool..papa n anak-anak berendam jap..
|
Huhuhu..tengoklah aksi superman haziq |
|
Lagi sekali..hahaha |
|
cantik sangat view dari sini kan |
|
Hari mendung sket kat laut |
|
Ni pool untuk budak-budak..cetek sangat..tengah-tengah ada pulau tempat Haziq berdiri tu.. |
|
Mama dan Mya.. |
Siap mandi, kami naik bilik bersiap-siap..then dah pakai baju comey2..bolehla posing kat bawah tu kejap..pastu checkout balik..
|
Inilah family kami |
|
Jom balik..panjang umur jumpa lagi |
best nya :)...
ReplyDeletesaya yang duduk sabah pun blum explore semua