Hari kedua kami akan ke Lotte World Theme Park yang terletak di Jamsil. Tempat ni lokasinya di tengah-tengah bandaraya Seoul. Nak pergi pun senang sangat, naik subway, sekali interchange je. Lebih kurang 20minit subway ride dari Myeongdong.
Kami memulakan hari kedua di Seoul dengan bersarapan ringkas di bilik hotel. Kami juga prepare lunch untuk dimakan pada harini di Lotte World. Setel semua kami pun bergerak ke stesen subway Myeongdong, memang dekat je dengan entrance hotel penginapan kami, dalam 50meter je.
Untuk pengetahuan pembaca semua, kalau ke Seoul, korang boleh pilih nak pergi theme park yang mana sesuai mengikut umur anak2. Macam kitorang ke Lotte World sebab anak-anak kami umur 6 dan 3 tahun. Jadi memang sesuai la ke Lotte World je. Kalau ada anak remaja atau 10 tahun ke atas ke lebih sesuai ke Everland. Sebab attraction kat Everland lebih thrill. Kat lotte World ni lebih kepada indoor theme park. Outdoor ada sket, tapi que punya la panjang, sebab ada sikit je. Selain daripada tu, Everland agak jauh dari Seoul City. kena naik bas, sejam lebih juga. Kalau budak2 besar sikit mungkin sesuai ke Everland.
Sampai je di entrance kami pon memilih la tiket yang sesuai untuk kami sekeluarga. Mama n papa ambil tiket indoor n outdoor, Haziq ambil tiket kids, mya amik tiket toddler, total cost lebih kurang KRW130,000 ~RM390.
Tiket kami 2 adult, 2 child |
Ada show kat Garden Stage. Tapi masa ni kami tengah naik belon..hahha |
Ini lah animal theater yang cakap korea je..memang tak faham ape |
Then its time for lunch. Kami bawa bekal nasi dan makan dengan sambal ikan bilis kering, serunding dan beli air mineral dan juice sahaja di sini. Duduk kat picnic area. Satu yang best kat korea ni, diorang tak strict sangat dengan bekal makanan yang kita bawa sendiri, tak macam Disneyland Hong Kong. Habis dia inspect satu-satu dlm beg. susu n bekal makanan bayi je lepas...
Settle lunch, makan buah sikit sebab takde sayur..kat Lotte World ni ada parade. Rasanya sejam sekali je kot..Kami pon layan la juga parade dia...Parade sempena Krismas. Macam biasa the kids really enjoyed it. Tapi character tak kenal pon..tak macam kat Disneyland.. Then kami bergerak ke Outdoor theme park.
Kereta aiskrim antara yang ada masa parade tu |
Sebelum keluar mesti pakai jaket n glove semua tau. Sejuk betul hari ni suhu 3degree..terketar2 anak2. Kat luar ni view memang sangat awesome! Haziq n Mya sempat layan few ride..Mama n Papa bosan..ride yang sangat kanak2 ribena. Yang ride untuk adult panjang betul que. Masa jalan2 kat outdoor themepark ni ada gerai2 yang jual makanan macam sosej, taebokki, kebab, waffle dan poopcorn. memang tak boleh nak makan..mujur la kami nampak jagung..boleh juga beli. Tapi aku tak berapa gemar jagung korea, sebab rasanya berpulut. Mya n Haziq makan je sebab lapar..
Ni je lah outdoor ride yang budak-budak boleh naik. 3 round lah jugak budak korea tu layan |
Antara permainan outdoor yang ramai sangat orang que.. huhu.. tengok pun seram je |
Jalan-jalan, kami sempat juga bergambar kat area tasik. View memang sangat stunning.. Pokok autumn tengah puncak musim..so daun-daun sangat colorful. Kat sini memang takde surau, so kalau nak solat cari je kawasan yang tak ramai orang, bentang sejadah ( kami bawa sejadah travel yang nipis tu). Wuduk di toilet saja. Qiblat cari guna iphone,then solat jamak siap-siap..Kan Islam tu indah dan agama yang mudah. Kita boleh beribadat di mana-mana, tak semestinya di surau atau masjid kan?
Haziq dan Mya berposing sambil tahan sejuk |
Pokok dengan daun autumn |
Solat memang menggigil kesejukan, masa sujud tu nak beku hidung..hehehe..Selesai solat sambung sikit lagi ride n show, pastu kami ke indoor semula. Nak cari sedikit cenderamata dari Lotte World. Tapi sedih.. tak banyak item selain soft toy character. Magnet atau keychain tak ada sangat. harga pun boleh tahan mahal.
Jam menunjukkan dah lewat 6 petang. So kami pon nak beransur dulu. Sebelum naik subway kami ke. supermarket nak beli susu pisang, telur dan sedikit barangan keperluan yang terlupa nak bawa dari Malaysia. Harga macam biasa lah, agak mahal kalau convert. So sila jangan convert sangat ok.hehehe..Haziq n Mya tak sibuk sangat nak itu ini macam coklat dan makanan ringan sebab dalam bagpack yang papa bawa penuh dengan kitkat, sneakers, cadbury, loacker from Malaysia..hehehe..
Oh lupa, sebelum naik subway sempat kami beli shrimp burger kat Lotteria. Shrimp burger je yang boleh makan. Meat n chicken tak boleh beli..Makan burger seround( take away dan makan di luar restoran kat seating area mall je) then kami pon balik. Sampai hotel macam biasa, siapkan anak-anak, makan nasi dan maggi bekalan kami.
Malam ni kali kedua papa hantar ke laundry. Senang je sebab self service, coin operated.Laundry ni kat dalam hotel plak tu. Sambil menunggu baju dibasuh dan mengering, bolehlah ke common area di level yang sama. Area ni ada provide coffee and tea facilities, massage chair, tv, magazine, brochure dan pc berinternet. Tapi papa malas nak tunggu..balik bilik, then naik semula check kain.So memang mudah, baju kami tak payah bawa banyak sgt. Tapi baju kain getah tak boleh masuk eh, nanti rosak kena dryer dia.
End of day 2.. hari ke tiga kami ke Nami Island, akan diupdate dalam next entry.
hi sis, kalau nak solat dekat area mana ye?
ReplyDeleteAda saya cerita kat entry atas tu..solat kat kawasan lapang yg tak ramai orang lalu lalang..Insya Allah
Deletenak masuk games yg exclude dlm full day pass tu boleh beli dekat tempat game tu ke ?
ReplyDelete