Thursday, December 19, 2013

Day 0 (Manila Airport Transit) 10 November 2013

Kami tiba di Ninoy Aquino International Airport, Terminal 4 jam 2 petang seperti yang dijadualkan. Sehari sebelum kami memulakan perjalananan ini, Phillipines telah dilanda Taufan Yolanda yang telah menyebabkan hampir separuh daripada kawasan pedalaman Phillipines lumpuh. 2-3 hari sebelum kami ke Phillipines ni, hampir kesemua penerbangan keluar dan masuk dibatalkan. 

Ya Allah, betapa takutnya kami masa tu. Yang boleh kami buat hanya lah berdoa. Family dan kawan-kawan yang tau pasal plan kami ni, asyik mengingatkan kami setiap hari supaya berhati-hati. Walaupun taufan ni tak melanda bandar Manila, tapi sebagai langkah keselamatan kebanyakan penerbangan dibatalkan, terutamanya yang domestik. Alhamdulillah, Yolanda keluar sepenuhnya dari Phillipines Sabtu petang tu menuju ke Vietnam. Dan flight kami keesokkannya...
Suratkhabar yang sempat kami baca tentang taufan yolanda

Phillipines dari atas flight, sebelum kami landing
Untuk pengetahuan, penerbangan antarabangsa Air Asia Zest kesemuanya beroperasi dari Ninoy Aquino International Airport (NAIA) Terminal 4 kecuali penerbangan antarabangsa ke/dari Incheon dan Jinjiang dari NAIA Terminal 3. Terminal 4 dan terminal 3 ni macam KLIA dengan LCCT lah kalau kat Malaysia, dan rasanya macam lagi dekat. Tapi disebabkan perjalanan airport transfer ni melalui bandar, memanglah jammed dan jadi lambat.
NAIA Terminal 4
Urusan declare di imigration
Ini conveyer kat terminal 4 NAIA masa kami tiba dari KK pukul 2 petang tu.

Selesai urusan bag dan immigration, kami terus cari teksi untuk ke Terminal 3. Terminal 4 ni memang tak ada space pun untuk kita tunggu flight. Bayangkan lah kalau kena transit kat sini selama 10 jam, huhuhu..Kebanyakan penumpang ke destinasi berikutnya, menunggu kat luar bangunan terminal ni iaitu kat pondok menunggu tepi jalan..alah macam kita tunggu bas tu..tapi besar lah sikit...Kami berdoa supaya Terminal 3 nanti lebih ok.

Kami dah dalam teksi, ambil teksi yang full rate. Katanya kalo jammed guna teksi bermeter, lagilah mahal.
          
Aku pun ingat-ingat lupa berapa ntah bayaran teksi kami ke Terminal 3, Dalam PHP200ke rasanya.
Pemandu teksi kami tu friendly juga. Kami bercerita tentang Taufan Haiyan (local panggil Yolanda) yang melanda kelmarin. Perjalanan kami  mengambil masa lebih kurang setengah jam melalui kawasan bandar. sebenarnya, pemandu teksi tu pun tak yakin bila kami kata kami nak ke Terminal 3 untuk penerbangan ke Seoul. Dia kata yang dia tau semua penerbangan antarabangsa dari Terminal 4.

Sampai je kat Terminal 3, ada sorang mamat  epot ni yang kami pun tak tau dia kerja sebagai apa. Datang bawak turun semua barang-barang kami dari dalam teksi. Pastu tanya flight ke mana dan pukul berapa. Dia pun confused macam pemandu teksi tadi. Dia mintak travel iternary kami pastu masuk epot nak check betul ke tak. Kami yang memang yakin ni dah mula ragu-ragu.hahaha..tapi tak pe sebab lama lagi flight nya. Pemandu teksi tu tunggu juga budak epot tu check, dia kata mana lah tau kena patah balik gi Terminal 4. 

5 minit kemudian, budak epot tu datang dan kata betul. Lega rasanya. Kami pun masuk ke bangunan terminal. Kalau tak salah kami, kalau kita tak naik flight just saja-saja nak jalan kat epot tu tak boleh kot. Sebab kat pintu masuk bangunan terminal tu, diaorang siap scan bagai, tengok travel itinenary lah. Tu kat muka pintu tu. Ada anjing gak tunggu..hahaha..

Ni ada satu kisah lawak juga kat sini. Lepas mamat tu letak luggage we all, dia tertunggu-tunggu. Paham sangat, nak tips lah tu. Eii..papa bagi je PHP50 lebih kurang RM3.50 je..hahaha..pastu dia dok kira-kira luggage kami. Then buat buat muka tak buas hati, dia cakap "5 big luggage, hurmm"..pastu tertunggu-tunggu lagi..papa cakap " yeah..thats enough.." dengan muka tak puas hati dia pon blah..hahaha..sape soh ko tolong..tak inta pon tolong..dia yang sebok2..heheheh..kesian juga.

So korang yang first time di Philipine, sila berhati-hati kalau diorang tetiba datang approach nak tolong, mesti nak pow tips lebih-lebih tu.. 


Terminal 3 ni baru beroperasi tak sampai 3 tahun rasanya. Kat sini ada yang domestic flight dan ada juga international flight macam ke Seoul, Dubai, Jinjiang China. Banyak juga tempat yang kosong je, macam tak siap lagi. Ada juga bahagian yang diaorang tengah buat. Buat sikit-sikit kot, takde bajet. Mula-mula kami masuk wahh ok juga epot ni. Ada ekon, tempat jalan yang luas. Kami pun jalan-jalan dulu. Pastu cari kaunter Air Asia Zest, nanti nak check in tau lah kat mana.
Luas betul airport ni..tapi tak berapa guest friendly in term of tempat berehat.
Kami transit di sini lama betul. Lebih kurang 10 jam, sebab kami tiba dari KK 2 petang, flight ke Seoul 12.10 pagi esoknya..hurmmm. So within the time frame, kami just mingle around the airport. Check di mana surau, kedai makan memang takde yang halal, semua serve pork. Dari nasi, pizza, pasta, buger semua ada menda alah tu.. Anak-anak pula memang takboleh tengok kedai makanan western. Apa boleh buat. Syukur kami bawa bekal KFC. Makan lah KFC di depan surau atas lantai je. Tau tak apa yang paling unik kat airport ni? Kerusi menunggu dia semua buat dari keluli. Single seat bench..alah..cuba korang tengok kat gambar-gambar kat bawah tu. Nampak tu kerusi kelabu tu? Itu lah kerusinya. Sedih kan..memang takboleh baring. Penatnya.


Public phone NAIA terminal 3.


Setting area untuk special prayer mass kat public concourse departure hall.


Kebetulan masa kami di sini, malam Ahad 10 November 2013, baru je lepas Taufan Yolanda. Tak pasti samada memang diorang buat prayer setiap minggu di sini, atau yang ni special sket. Kami assume diaorang buat special prayer mass kat public area departure hall ni untuk mangsa taufan la juga. Sebab ada dengar dia sebut-sebut Yolanda Memang ramai gak join. By the way, dalam airport ni ada juga gereja yang agak besar. Kan bagus kalau kat Malaysia ada masjid juga dalam airpot.

Satu lagi yang agak tension kat sini kerusi yang tak berapa nak cukup. Dahla kerusi kedekut nak bagi orang baring, bilangan pun sangat limited. Kitorang kena duduk atas lantai masa nak cas ipad, tab dan handphone. Sedihnya..Sebab tu makan terus bekalan KFC dari KK di situ. Tempat kami lepak ni ada 6 power point, so boleh la cas sesuka hati. Area ni dekat dengan toilet, dan Muslim Prayer Room- surau di Level 3 ni juga. Alhamdulillah..

Kami duduk di sini dari pukul 4-7 petang sebab nak solat jamak zohor-asar dan maghrib-isyak. Ramai juga nampak pilipino muslim solat di sini. Rupa paras diorang ni memang sama dengan melayu, yang membezakan cuma wanita yang berhijab. Kalau tak memang kami pun pilipino jugak la.
Papa berapa kali disapa dalam bahasa tagalog, sebab memang sama warna kulit dan iras wajah. Kena jawab, "sorry, i cant speak tagalog!" aje lah..hehehe..especially dekat kaunter di kedai2..hehehe


Alhamdulillah, surau yang luas dan selesa di Terminal 3, depan tempat kami melepak tu.


Kesian, gelandangan kejap di sini..takpe yang penting dekat dengan surau, toilet dan ada power point. Duduk atas lantai je..sedih...

Siap solat semua, kami pon bergerak la ke tempat yang selesa sket untuk berehat..(selesa ke???) berehat atas kerusi besi kelabu yang keras tu. Lama juga kami lepak kat kerusi tu, dalam sejam lebih..dah tak tahan..papa jalan-jalan ke 7-11 beli air, gula2..anak2 plak melasak main troli dan strolller berkejar-kejar di ruang yang luas ni. Haaii..penat la korang nak tunggu fight pukul 12tgh malam nanti.
Disebakan kerusi dia tak boleh baring, penumpang yang transit lama bawa kotak, alas je untuk tidur. Sedihnya..tengok tu! Kosong je kerusi kedekut dia.
Masa papa jalan-jalan ke departure hall kat level 2 bawah tu tetiba terjumpa restoran Burger King yang ada free wifi, yang paling best ada sofa dan tempat cas telefon juga. Wahhh..,kami pun mengangkut segala luggage dan turun ke bawah, duduk situ order air coke, coffee dan fries je. Burger tak yakin nak makan. Walaupun nampak ramai local muslim yang makan burger. Kalau tak yakin better tak payah kan..

Duduk kejap je, pukul 8.30mlm haziq dah tidur atas sofa tu. Diikuti Mya..lega jap kami. Boleh lah update status facebook nak menjeleskan orang kampung hahaha.. Takde lah, kami sempat berhubung dengan adik beradik dan keluarga di Malaysia melalui Whatsapp yang risau sebab kami transit lama sangat, kebetulan pula baru taufan di sini kan...

 Memang selesa di situ. Bayangkan, haziq tidur sampai naik flight, nak check in, lalu imigresen pon tidur je..huishhh memang penat betul ni. Nasib baiklah umbrella stroller tu boleh tahan berat budak 25kg ni..hahahahaa.Mya pulak? hurm..bahu papa la jawabnya..

Nyenyak betul dia tidur..berbantalkan kaki papa, beralaskan sofa empuk di Burger King.


10.30malam kami proceed to check in counter dengan luggage dan anak-anak yang sedang nyenyak tidur..fuhhh..mencabar betul. Korang boleh imagine? heheheh..papa dukung Mya, sambil tolak stroller yang ada Haziq tengah tidur, mama tolak troli luggage yang bertimbun2..

 Kisah seterusnya akan diupdate dalam next entry..

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Saya bercadang hendak ambil penerbangsn Air Asia dari Incheon k Manila. Kemudian dari Manila terus balik ke Kuala Lumpur.

    Nak tanya akak, penerbangan dari Seoul akan turun dekat Terminal 3 Manila.Betul ke?

    Kemudian saya kena transfer ke Terminal 4 Manila untuk ambil penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur?

    Selamat tak kalau hendak overnight di airport Manila tu? Risau sebab solo.

    ReplyDelete
  2. Hi jaja. Kalau AA dari Incheon to MNL mmg sampai kat T3 tu.MNL-KUL naik kat T4. So far we all hari tu mmg lepak kat T3 je.kat T3 insyaAllah selamat, tapi T4 tu horror sket. Sempit dan takde tempat lepak except boarding hall. So kalau dah sampai ke T3 tu lepak je dulu sblm boarding kat T4 to KUL.Tp rstoran halal mmg takde. So prepare lah mknn sikit. Kat T3 ni agak selesa cuma mmg takde kerusi dgn kusyen. Semua kerusi besi je. Kat T3 ni selamat juga, berbanding T4.Tp kalau flight awal pagi better cepat2 ke T4 yg selalu jammed.

    ReplyDelete