Monday, April 1, 2013

Cuti-cuti Sabah : Tawau dan Semporna


Kali ni kami cuti-cuti Malaysia di Tawau dan Semporna pula..


31 Januari 2013
Dari Labuan kami menaiki kereta ke Kota Kinabalu, sebab mama ada appointment..Harini kami jalan2 area KK dulu..Pergi tempat yang biasa2 n malam tu makan seafood dekat tepi Pasar Basah KK ni..Ok lah juga rasa dan harganya..Terbayang2 rasa seafood fresh dan murah kat Tawau dan Semporna..Hmm :)

1 Februari 2013
Dari KK kami ke Tawau dengan flight AA..Sebenarnya kami dapat beli tiket AA yang murah, destinasi yang murah masa tu ialah ke Tawau..Memang tak pernah lagi sampai ke Tawau even dah duduk kat Borneo ni hampir 10 tahun..so, memang peluang yang ditunggu2..Flight kami jam 2.30 petang dan sampai di epot Tawau jam 3.30 petang...

Boarding hall LCCT KK..

View dari dalam flight

Untuk memudahkan perjalanan kami ke Tawau dan Semporna, kami menyewa kereta. Sampai kat epot menunggu orang yang hantar kereta sewa tu punyala lama..pastu rupa2 nya kena patah balik ke Bandar Tawau pula nak hantar dia..sabor je la..Dah la jammed jalan tu, kami nak kejar masa pula nak ke Semporna..tak pe lah..Akhirnya, jam 6.15 ptg kami selamat sampai di Semporna..drive laju la jugak..Perjalanan Tawau-Semporna amik masa dalam 1 jam ++. Perjalanan dari Tawau ke Semporna melalui kawasan ladang kelapa sawit yang sangat2 luas..Kalau tak salah memang tak ada stesen minyak dalam perjalanan ni..so sendiri mau ingat ye..isi minyak full tank masa kat bandar Tawau..
 
Ni On the way kami ke Semporna jumpa Sungai Nasib Kita..hehehe

Ni dah sampai kat Semporna, jumpa gerbang ni tandanya nak sampai dah Hotel Seafest

Ada Dragon Inn Floating Resort sebelah kiri jalan sebelum sampai ke Hotel Seafest
Malam tu kami stay di Hotel Seafest.
Malam tu rehat2 kat bilik dan keluar makan kawasan dekat2 situ je..dah penat nak jalan jauh2...

2 Februari 2013

Sebenarnya kat Semporna ni tak ada ape aktiviti sangat boleh dibuat..sebab kebanyakkan pelancong yang datang sini akan ke rangkaian pulau2 yang femes sekitar sini macam Pulau Sipadan, Mataking, Mabul, Kapalai dan lain2..Kami tak plan nak pergi pulau-pulau ni.. Insya Allah panjang umur kami datang lagi untuk ke pulau2 ni...tunggu anak2 besar2 sikit..

Lepas breakfast pagi kat hotel, kami jalan kat Dragon Inn Floating Resort. Jalan ambil gambar dan katanya restoran kat situ provide makanan seafood yang best.

Gambar ni amik kat instagram en Hubby..view dari bilik hotel kami (Belakang hotel)
Ni Hotel Seafest dari depan

Pintu masuk ke Dragon Inn Floating Resort
Ada laluan yang luas di Dragon Inn ni



 Banyak kolam kecil2 tu sebenarnya.. ada ketam, scallop, udang besar2..memang fresh giler2 lah..kite pilih nak yang mana..pastu dia tangkap kan n masak.. Gambar-gambar ni sekitar Dragon Inn Floating House..

Tu restoran kat Dragon Inn ni kalau tak silap

Ada beberapa kawasan kolam kecil tempat simpan bahan2 utk masak seafood..hehehe..
Tu lah scallop..tengah berenang-renang

Dragon Inn Floating House
Jeti ke Mabul n Sipadan






























Ni pasar buah kat Semporna
Ni pula pasar basah
Ada rumpai laut yang fresh leh buat ulam...yang lain tu seafood
So lepas breakfast pagi tu kat hotel, kami jalan2 kawasan sekitar situ..amik gambar buat kenangan..Lepas dah puas ambil gambar, kami bertolak ke bandar Tawau. Kami sekeluarga dah berjanji untuk makan tengah hari dirumah bekas anak didik kami di Kampung Sungai Imam.

Selesai makan tengah hari, kami check in di King Park Hotel Tawau. Lega betul rasanya boleh melepak dengan tenang dibilik. Malam tu kami keluar makan malam di Sabindo Seafood Court..Dua tiga hari ni puas la kami makan seafood..Anak-anak dah tak boleh tahan dah..jemu..

3 Februari 2013

Flight kami ke KK jam 3 petang, jadi plan kami pagi tu jalan-jalan di Pasar Tawau yang famous dengan hasil laut yang murah-murah, kacang gajus dan ada juga barangan plastik macam bekas air, periuk, periuk kukus yang fully imported dari Indonesia..disebabkan kami naik flight, memang la tak beli..lagipun memang dari awal tak plan nak beli barang-barang tu pun..






Berehat jap tepi laut area Sabindo..pastu balik hotel check out


















No comments:

Post a Comment