Sebenarnya dah lama kami melawat Rumah Terbalik ni..masa mula2 dibuka kepada orang ramai dulu..masa kami pergi tak lah ramai sangat orang..tapi kena beratur la juga. Terfikir juga nak buat entry ni sebab maybe ramai yang datang melawat KK nanti boleh masukkan Rumah Rumah Terbalik ini dalam list untuk melawat...mula dibuka kepada orang ramai pada bulan Februari 2012.
Menurut kawan kami yang berasal dari kawasan berdekatan, arkitek yang membina rumah terbalik itu ialah seorang kontraktor. Beliau mempunyai seorang anak lelaki. Binaan yang terbalik termasuklah parking kereta..hehe..sebuah kereta kancil juga di parking terbalik..Bahagian dalam rumah turut di hias dalam keadaan terbalik termasuk lah dapur, katil, tv, peti sejuk dan sofa...Seperti biasa, gambar dalam rumah tak boleh diambil. Kami dibenarkan melawat bahagian dalam rumah dalam 15 minit sahaja..sebab takut nanti kami pening dan rasa nak muntah...tapi memang betul pun...
Menurut website Sabah Tourism Board, Rumah Terbalik di Tamparuli ini ialah yang pertama di Asia Tenggara dan antara 5 struktur terbalik didunia ( tiga di Eropah dan satu di Jepun).Bayaran masuk RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Setelah kami masuk, dan dibawa melihat2 di dalam kawasan rumah yang sgt lengkap tu memang rasa sangat kagum.terutama kalau tengok dalam bilik tidur dan bilik airnya..baju2 pun siap digantung terbalik, dan pakaian yang nak dicuci dalam baldi pun ada dlm keadaan terbalik.Dan sudah pastilah magkuk tandasnya juga berada dalam keadaan terbalik..Haziq dan mya sangat kagum bila tengok mainan anak tuan rumah terbalik tu pun berselerak terbalik.
Oh ya..lupa nak bagitahu..sepanjang kita berjalan di dalam rumah terbalik ni, kita berjalan di atas ' siling rumahnya' tau..jadi kita akan terserempak dengan kipas siling, lampu kalimantang dan juga cicak di sepanjang perjalanan nanti.
Akhirnya kita akan dibawa keluar semula menghadapi dunia nyata..hehehehe...
Bila dah keluar tu pun masih kagum melihat basikal, kereta sorong,penyodok dan pakaian di ampaian yang di letak dalam keadaan terbalik..
Tengoklah gambar2 yang sempat en suami ambilkan ni..
Kalau nak datang sini,rasanya lebih kurang 30-40 memandu minit dari bandaraya Kota Kinabalu.Kawasan rumah terbalik di Tamparuli ni berada di dalam perjalanan untuk ke Gunung Kinabalu-Kundasang.
|
Map to Rumah Terbalik from KK City credit to Google Map |
|
Ok, dah sampai pun..jom turun |
|
Ooo ni rumah terbalik tu |
|
Haziq dulu berposing |
|
Ehh, siapa yang terbalik ni? Haziq ke kereta?haha |
|
Camni sebenarnya gambar tu..hehe |
|
Cantikkan rumah ni |
|
Kaunter tiket |
|
Tunggu turn masuk..tak boleh masuk ramai-ramai sekaligus |
|
Takut rumah tu senget kot..paling ramai 10 orang sekali masuk |
|
Sebelum masuk, Haziq kena pukul gong dulu..tersengih-sengih la budak ni |
|
Jon mulakan perjalanan |
|
Ni kawasan luar rumah..basikal pun terbalik..ehh ni kamera yang terbalik |
|
Pening-pening...kamera terbalik ni |
|
Dah keluar...dalam rumah tak boleh ambil gambar |
|
Rest jap kat Mango restaurant di luar rumah terbalik tu.. |
|
View setelah diterbalikkan camera |
No comments:
Post a Comment