Monday, April 1, 2013

Mexican Bun a.k.a Roti Boy



Mexican Bun ini amat digemari oleh Haziq dan Mya..disebabkan aroma kopinya yang enak dan mengancam hidung..huhuhu..tu baru bau, belum lagi makan..memang la sedap..jadi untuk makan banyak, kena la kami buat sendiri..cubalah resepi ni..pasti berjaya..Insya Allah

Resepi ini untuk membuat lebih kurang 20 biji roti bersaiz/berat tepung 40 g

A. Bahan untuk bun manis

500 g tepung roti
75 g gula castor
25 g susu tepung atau 270 ml susu segar ( jika dah guna susu tepung, tak perlu susu segar, just guna air 270 ml )
6 g garam ( satu sudu teh)
8 g yis segera (1 1/4 sudu teh)
1 biji telur dipukul
60 g butter dilembutkan

B. Bahan untuk topping

100 g butter dilembutkan
160 g gula aising yang diayak
2 biji telur dipukul
2 sudu teh esen kopi ( kalau tak ada guna 2 sudu teh nescafe campur air panas 1 sudu teh jadikan pes)
200 g tepung serbaguna

C. Bahan untuk inti

150 g butter
1/2 sudu teh esen vanila
70 g gula perang

Cara-cara untuk adunan bun manis
1. Campurkan kesemua bahan yang kering, sebatikan
2. Tambahkan air sedikit demi sedikit, kemudian tambah telur dan butter. Tambah air air, uli sehingga doh tidak melekat pada tangan
3. Selesai menguli, bentukkan doh dalam bebola bersaiz 40 g  atau besar buah plum
4. Biarkan dalam kain lembap atau suhu suam

* untuk topping dan inti, kacau guna mixer dan simpankan dalam peti sejuk sebelum digunakan

Cara-cara untuk Membuat Roti Boy
1. Menggunakan telapak tangan, leperkan adunan roti.
2. Letakkan inti di tengah-tengah dan tutupkan kemas (kalau tak kemas nanti inti keluar semasa membakar)
3. Letakkan atas dulang pembakar yang telah digris @ lapik guna cupcake bersaiz besar
4. Biarkan selama 45-60 minit sehingga roti betul-betul naik dan kembang semangkuk :)
5. Paipkan topping dalam bentuk spiral @ berlingkar-lingkar bermula dari tengah macam dalam gambar
6. Bakar pada suhu 200oC selama 10-20 minit atau sehingga kekuningan..

Ok, semoga berjaya..walaupun resepinya panjang berjela, tapi memang berbaloi-baloi membuatnya..

No comments:

Post a Comment