Haziq dari kecil lagi suka makan western food..agaknya sebab masa aku mengandungkan dia dulu..aku tak berapa selera makan nasi..loya je semacam..tapi bila pergi Pizza Hut laju semacam je makan..hehe..sekarang Haziq pula macam tu..Pizza, garlic bread, mushroom soup, spaghetti atau ap2-apa yang berkaitan dengan cheese dan susu memang dia suka lah...
Penne carbonara ni salah satu makan kegemaran dia..kalau siapa-siapa yang tak tau penne tu...haa...ni rupanya..ala-ala spaghetti juga..jual dalam peket-peket tu..brand San Remo..
Gambar search dari google.com
Resepi untuk sos alfredo
Bahan-bahan
1. 1 tin sos alfredo
2. 3 ulas bawang putih
3. 5 ekor udang bersaiz sederhana
4. sedikit garam
5. 1/2 cawan susu full cream
6. Sedikit olive oil
Cara-cara
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan udang.Kacau sebentar sehingga udang kekuningan
3. Masukkan susu. Kacau dan tunggu sehingga susu mendidih.
4. Masukkan sos alfredo.
5. Perasakan dengan garam dan gula..
Hmmm...simple je kan..memang sedap
No comments:
Post a Comment