Sunday, June 30, 2013

Majlis Perkahwinan Yan dan Shahril


 Alhamdulillah..
Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan setelah selesai majlis perkahwinan adik papa Haziq&Mya yang bongsu, Acu Yan dengan pilhan hatinya, Shahril Shah.

Mereka berdua ni telah bertunang pada bulan Mei 2012, iaitu pada cuti kami tahun lepas juga..
Memang majlis ni sengaja dirancang pada bulan Mei memandangkan hanya pada bulan Mei sahaja kami akan bercuti panjang.

 Majlis pernikahan pada pagi 18 Mei 2013 kenduri pada tengahari, berjalan dengan lancar. Mak mertua aku sangat happy hari sebab kebanyakan tetamu yang dijemput hadir..dari jauh..sebab family en suami berasal dari Kedah. And mostly berada di sekitar Lembah Klang. Ada juga sedikit jiran -jiran dan kenalan keluarga mak mertuaku dari Bentong yang hadir.

Lepas selesai akan nikah pagi tu, majlis bersambung dengan kumpulan marhaban geng mak mertua aku

Pelamin cantik menunggu pasangan pengantin dan tetamu mengambil gambar
Meja makan beradab dan tetamu VIP dah ready
Ni meja untuk guest book
Tulis ucapan kenang-kenangan untuk pasangan pengantin
Ya, memang majlis ni terpaksa mengikut cuti kami memandangkan cuti ni sahaja yang akan membolehkan kami sekeluarga balik bagi menghadiri majlis dan membantu dengan sebarang persediaan, apa yang patut. Yang paling penting, en suami merupakan wali yang sah pada majlis perkahwinan ini. Bapa mertuaku telah kembali ke rahmatullah sejak 19 tahun yang lepas, jadi..sejak dari tu memang mak mertua akulah yang menjadi ibu dan dan ayah dalam keluarga mereka.

Kakak ipar sulung aku (Kak Zana) berkahwin pada tahun 1998 dan masa tu memang en suami lah yang menjadi wali.  Masa tu dia masih belajar di universiti. Tahun 2008 kakak keduanya (Kakngah) nikah, 2009 adiknya (Acik Da) pula.Dan pada tahun ni, 2013 adiknya yang bongsu (Acu Yan) pula nikah, dan of course la en suami lah yang menjadi wali.

Mya dengan sepupu-sepupu dan mak Ngah Zahanim
Pengantin dah sampai..tengok tu Acu tersenyum bahagia..

Antara tetamu yang datang sempat di snap gambarnya....

Yang ni kawan laki aku masa kat U dulu..laki bini..Syau dan Piang
Ni pula kawan kami masa kat Labuan, Kharol n suaminya Gary n Duvan anaknya..orang Sabah baa
 Kami berdua juga ada sangat gembira, sebab ada tiga tetamu istimewa kami hadir, iaitu sahabat kami berdua dari Labuan yang kini menetap di Banting, Kharolrena dan suaminya Garry serta anak mereka, Duvan..aduh terubat rindu dengan Kharol dan keluarganya. Classmate en suami di universiti dan keluarga, Syaulawati dan Wan Suffian serta anak2 juga hadir. Paling istimewa ada bekas pelajar kami, Jumaisah Ware (Kakak Ecah Haziq&Mya) yang kini melanjutkan pelajran di UPM Serdang yang datang.. Haziq&Mya sangat rapat dengan Kakak Ecah ni. Masa dia di Labuan dulu tiap-tiap hari datang ke ofisku untuk belajar dan gosip-gosip..hehehe..Tapi tak sempat pula nak snap gambar..semuanya sibuk time tu

Pengantin dah besanding...control acu..huhu

Adik beradik papa 5 orang..berdiri dari kiri Mak Ngah, Papa, Mak Long Zana, Acik dan Acu Yan (pengantin)
 
Time kami lak bergambar dengan pengantin...dan Kharol sekeluarga sekali
Mya bukan main lagi suka ambil gambar ats pelamin tu
Majlis pertunangan tahun 2012 yang lepas, pernikahan, dan resepsi pada Mei 2013 yang lalu diadakan di rumah Kak Zana yang terletak di Bukit Sentosa Rawang Ini adalah kerana mak mertuaku sudah tidak tinggal di Bentong lagi, atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan (sebab tinggal seorang). Kebetulan pula suami Acu ni berasal dari Bentong, jadi majlis di pihak lelaki memang lah diadakan di Bentong juga.

Balik kali ini memang kami sekeluarga tersangatlah sibuk. Boleh dikatakan setiap hari kami tidur agak lewat, keluar ke sana sini bagi menyelesaikan beberapa persiapan yang masih berbaki beberapa hari sebelum majlis pernikahan dan resepsi Acu Yan. En Suami tersangat lah sibuk membantu mak mertua ke sana sini. Almaklumlah..ada sahaja perkara kecil-kecil yang belum selesai. Acu masih lagi menyiapkan hantaran perkahwinan untuk pihak lelaki dan goodie bag untuk para tetamu juga masih banyak yang belum siap. Alhamdulillah..tiba hari kenduri semuanya selesai..

Persiapan katering kenduri kahwin, kanopi, jurukamera dan jurumekap semuanya dari seorang wedding planner yang sama. Senang sikit, tak perlulah nak cari di sana sini, selain daripada tu dapat menjimatkan banyak kos juga. Secara keseluruhannya, kami sekeluarga amatlah berpuashati dengan perkhidmatan oleh Seri Mempelai Katering ..


Time untuk makan..antara lauknya ialah udang panjat gelas..hahaha..gelak ye..memang pun..biasanya panjat nenas

Aksi must have! Suap menyuap mesra dan bahagia Acu dan Shahril

Acu dan Dayah..Dayah ni macam anak Acu dah sebenarnya..jaga dari kecik..terasalah juga dia masa Acu kawin
Keesokan harinya kami ke Majlis resepsi pihak lelaki di Bentong pula.. Majlis diadakan di Dewan Jubli Emas Sultan Ahmad Shah Bentong. Mak dan adik aku serta keluarga dari Mentakab pun datang..suka betul Haziq&Mya dapat jumpa nenek dan cousinnya dari Mentakab tu.

Kakak Ecah ikut juga ke Bentong ni, ada family sepupu dan mak saudara en suami yang join majlis di Bentong ni. Petang Ahad 19 Mei 2013 tu selesailah majlis bertandang. Jumaisah balik UPM dengan Kakngah sebab dorang pun memang tinggal di Seri Kembangan. Jadi mereka hantar lah sampai ke hostelnya.

Esoknya kami pun pulang ke Labuan..

Siap sedia kat rumah dulu before bertolak..
Tema kali ni hijau..ehh hijau lagi yek..semalam hijau jugak
Pelamin cantik tersergam indah atas pentas..siap ada tingkap-tingkap lagi

Keluarga dan saudara mara sebelah kami (pengantin perempuan) ambil gambar

Hehehe..eh..tengok-tengok..sape kawin tu...

Mya dan Acu..suka sangat dengan Acu sebab mekap pastu pakai cantik2...amboi2

Acu dan Shahril ...Selamat Pengantin Baru..Semoga kekal bahagia ke akhir hayat


















No comments:

Post a Comment