Friday, May 2, 2014

Puding Roti dengan Sos Kastard

Alhamdulillah..bertemu lagi kita dalam rancangan masak memasak dengan suezfamily!
Ok hari ni resepi pilihan yang sangat simple ialah puding roti dengan sos kastard..
Puding ni sangat sesuai dimakan pada waktu sarapan pagi atau minum petang, atau dibuat pencuci mulut jika rakan-rakan atau saudara-mara datang bertandang ke rumah.atau dihidangkan ketika jamuan di rumah atau pejabat anda...jadi barulah  nampak high class macam di hotel-hotel lima bintang kan? hehehe..
                                              

So kali ni kita akan belajar menyediakan puding yang saya pasti akan menjadi pilihan di meja makan anda nanti. Bahan-bahan yang akan digunakan pun sangat basic, di mana kalau kat rumah kita mesti ada roti, susu, telur, gula. yg luar biasa sket butter, esen vanilla, mixfruit, kekacang (walnut, hazelnut atau apa apa2 nut yg ada kat kedai tu) nut skru je tak boleh..hehehhe
                                                         

Yummy..ok lets begin.

Bahan-bahan.
Puding roti
1/2 buku roti putih dicarik2 jgn kecil2 sgt.. (roti kami pakai jenama apa2 tah..since kat sini Gardenia susah nak dapat)

Bahan untuk diblend
2 sudu mentega dicairkan dan disejukkan
1 sudu gula
1 cawan susu segar/sejat/susu tepung dibancuh air suam
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila


Bahan untuk ditabur sebelum dikukus
Mix fruit atau kismis sahaja
Mix nut ( almond/walnut/hazel/macadamia) ikut kemampuan kalau ada bahan ni. Puding kami guna walnut je. (walnut nak buat carrot walnut cake tak jadi2)

Bahan sos kastard
2 sudu besar tepung kastard
2 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
3 sudu besar gula
2 sudu kecil esen vanila.



CARA MEMBUATNYA
Puding roti
1.Lengserkan bekas mengukus dengan mentega
2. Roti dicarik kasar dan dimasukkan ke dalam bekas, dan selang selikan dengan mix fruit dan mix nut tadi..
3. Bahan kisar dikisar sengan blender sahaja. Kalau rajin boleh guna mixer.
4. Tuangkan Bahan kisar ke dalam bekas yang telah diisi roti dan mix fruit dan mix nut tadi.
5. Ratakan supaya cantik dan roti menyerap bahan kisar tadi.
6. Kukus selama setengah jam atau kurang, sehingga masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
7. Untuk sos kastard, kacau rata semua bahan dalam mangkuk, tuang ke dalam kuali, masak dengan api sederhana sehingga likat dan mendidih. Biarkan sejuk sebelum dihidang.

Yumms... sedapkan..selamat mencuba!

                                 





3 comments:

  1. Sedapnya! Tengok gambar pun dah terliur... slurrppp sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..fayreen mesti try ni..yummeh sgt! :-)

      Delete
  2. Sedap ni..menu raya nanti..heheh.tq.
    Jmput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete