Kami mulakan dengan yang basic iaitu cari tiket murah...disebabkan kami dari Labuan, otak kami mula lah bercambah untuk memikirkan route mana yang akan memberikan tambang yang murah dan masa perjalananan yang lebih pendek. Perjalanan Labuan-KL mengambil masa 2 1/2 jam dan tambang satu family dalam RM1k ++ dan KL-Seoul mengambil masa 6 jam dan tambang satu family dalam rm4k ++. Dan satu yang paling tak tahan ialah perjalanan yang terlalu lama dalam flight...
Jadi kami decide menggunakan laluan Labuan-Kota Kinabalu-Manila-Seoul dan apatah lagi mestilah menggunakan khidmat AA. Tapi disebabkan AA telah mengambil alih Zest Air Philippines iaitu penerbangan tambang murah domestik Phillippines kami pun terlibat sama dalam proses tukar flight ni. Masa kami beli namanya AA, bila print itinerary keluar logo Zest Air.Tup tup dalam sebulan sebelum pergi tu dah ditukarkan jadi AA Zest..tak kisah lah, janji perjalanan kami tidak dibatalkan dan selamat sampai pergi dan balik.
Ok untuk perjalanan ke KK dari Labuan pula kami menggunakan penerbangan MAS. Tiket dibeli pada pertengahan September dengan harapan hari Malaysia ada promo MAS. Tapi tunggu punya tunggu sama je. Akhirnya beli je la tiket harga biasa. Tapi still consider murah. Lebih kurang RM1100 termasuk cukai pergi balik Labuan KK untuk kami empat sekeluarga.
Untuk perbelanjaan pula kami tukar RM-KRW pada bulan Julai, iaitu pada bulan puasa sebanyak RM3000. Masa tu matawang RM tak terlalu jatuh..so dapat rate KRW1000=RM2.78.
Matawang Peso pula memang tak berubah kami tukar sebanyak RM600 so dapat rate PHP100=RM7.40
Sebulan sebelum ke Korea kami tukar lagi lebih kurang RM1000 untuk topup duit KRW, dgn PHP..masa ni KRW dah naik KRW1000=RM3.02
Sebahagian daripada matawang korean Won. |
Rate di Nine Tree Myeongdong ni masa booking tu dapat KRW805,201 utk 5 malam. Masa tu currency rendah..kalau tukar RM lebih kurang RM2100(ni rate bulan Julai)... Kami book bilik family twin yang ada katil queen dan single. Since kami di sana 5 malam, total RM2500( ni rate bulan November).
Kami juga terpaksa bermalam di Manila disebabkan penerbangan pulang dari Seoul dah retime jadi awal pagi 8.45am. Flight Manila - KK pula pada keesokan harinya, Ahad jam 9.30am. Di Manila kami bermalam di Hotel Eurotel Makati. Hotel ni mahal juga, bilik family yang ada katil queen dan single berharga RM260. Then bilik pula tak berapa selesa sebab tak berapa bersih dan lantai berdebu. Satu je yang agak best di Manila dan hotel ni, iaitu location depan Mall yang memudahkan untuk shopping. Harga barang2 di Manila pun sangat murah, cuma makanan halal sangat limited. Restoran semuanya jual babi, termasuklah Pizza Hut, KFC dan McDonalds..hahaha...masa google terjumpa juga Restoran Kenny Rogers yang berstatus halal, tapi jauh pulak dari hotel kami tu.
Makanan pula kami bawa dari Malaysia, rice cooker, serunding, sambal ikan bilis, maggi..milo 3 in 1, teh tarik 3 in 1, coklat, biskut dan semua ni muat dalam satu beg roda yang paling kecil. Sebabnya malas nak berjalan jauh cari kedai makanan halal. Memang banyak di sana tapi nanti kang susah pula nak mencari2 restoran tu.
Ok..untuk overall expenses yang lebih detail nanti aku akan buat satu entry khas(tak tau lah bila siap) hahaha..