Thursday, January 2, 2014

Day 3 -13 November 2013-Nami Island, Namdaemun Market Seoul, South Korea

Salam buat semua pembaca blog! Ok kali ni aku nak bercerita tentang aktiviti kami pada hari ketiga iaitu Selasa ,13 November 2013. Hari ni hari untuk mama dan papa pulak. Semalam dah puas dengan aktiviti anak-anak di Lotte World.

Destinasi kami pada hari ketiga ni agak jauh dari Bandaraya Seoul, iaitu lebih kurang sejam perjalanan dengan subway, atau bas. Ada banyak cara menaiki subway ke Nami Island. Korang boleh google atau tengok kat sini, cara menggunakan subway Korail biasa,. atau sini kalau nak naik ITX.

Panjang kisahnya, kalau tak nak naik tren boleh naik bas. Tengok sini ok.

*credit to blog puan zarina jani.

Ok, mostly kami banyak buat research kat few blogs dan forum, last2 kami decide naik ITX. Which end up failure, in term of time management. Satu kesilapan besar kami ialah tak beli tiket ITX express awal-awal. Kami dah baca ramai yang suggest beli at least 2 hari awal sebelum pergi sebab seat selalu habis, tapi disebabkan lupa memang kelam kabut permulaan perjalanan kami ni.

Lagi-lagi kami travel backpack dengan kanak-kanak riang ria, tersalah plan memang teruk lah jadinya. Dari Myeongdong kami ke station ITX Cheongnyangni. Masa sampai ni punya lah confused nak cari arah dari subway tukar ke ITX station. Tercangak-cangak lah kat situ. Last-last decide papa yang pergi cari signage ITX sampai jumpe, mama dan anak-anak tunggu kat satu tempat. Kalau semua gerak memang penat nak turun naik tangga. Jumpa tempat beli tiket ITX express, seperti yang dijangka memang dah habis. So, macam mana ni, nak patah balik naik bas dah tak sempat. Kami decide nak tawakal je naik jugak ITX tu tanpa beli tiket.

Tunggu train lama juga sampai. Train sampai kami masuk di kawasan tempat duduk yang kecil. Untuk 6 orang je, kami mula-mulanya tak duduk, ye lah kan dah la tak beli tiket. Pastu ada ahjumma kat situ suruh budak-budak ni duduk. Nak cuba cakap dengan ahjumma tu guna apps yang kami dah download tapi ada masalah juga dia tak faham. Tanya kat ahjussi yang pakai kot kat seat depan kami tu, rupanya boleh cakap BI. Kami kata yang kami tak ada tiket, dan nak ke Nami Island. Ahjussi tu kata kawasan tempat kami duduk ni memang tak ada seat number pun, memang khas untuk orang yang tak sempat beli tiket. Ikut nasib lah, kalo ada seat kosong boleh duduk, kalo tak berdiri lah. Dia kata nanti ada orang ITX akan lalu, masa tu lah kita beli tiket. Kalau tak ada memang free lah perjalanan haritu. Tempat yang ada number tu memang selesa. Siap ada TV lagi.Seat dia besar dan empuk macam naik bas express yang cantik-cantik tu. Seat kami ni jenis yang boleh lipat, keras macam naik bas lompat-lompat...hahahaha...Korang boleh imagine tak?

Perjalanan ke Nami Island lebih kurang 1 jam dan dihiasi permandangan kampung-kampung Korea. Lebih kurang macam kampung kat Malaysia je. Cantik sikit sebab tengah autumn kan sekarang. Sampai je di Gapyeong Station, kami terus beli tiket ITX untuk balik. Ye lah kan, tak nak jadi macam tadi dah. Kami sampai tu dalam jam 11 pagi. Keluar je dari station ni terus kami beratur untuk tunggu teksi ke Nami Island. Ramai sangat orang masa tu. Boleh juga naik bas, tapi bas nya tak nampak muka pun. Kalau nak naik bas, kena cross jalan tunggu bas seberang sana.
Gapyeong Station. Tanda-tanda nak dekat dah dengan Nami Island..hahaha
Dekat je pun dalam 5 minit naik teksi dah sampai. Ahjussi teksi ni memang bawa laju gile. Tercampak-campak kami anak beranak kat belakang ni.
Mostly teksi dorang guna kereta Hyundai Sonata model terbaru, besar dan selesa. Dashboard dan gajet kat depan tu memang canggih..walaupon ahjussi yang drive tapi siap dengan entertainment set touch screen, GPS dan screen apatah lagi..dasat heh..kat Malaysia teksi kita buruk je Hahahaha. Pernah terbaca blogger kak kiah cite, rupanya memang betul pun. Sabo je lah..
.Tambang teksi ke Nami Island ialah KRW3,000~RM10 sahaja. Balik nanti pon sama je rate dia.
See..the ahjussi's cab gadjet..oooo...
Sampai je kat sana, kena jalan kaki dalam 100 meter untuk ke main entrance Nami Island. Laaa tempat yang beli tiket tu. Kami sampai tengok dah ada feri, so bergegas-gegas pegi beli tiket takut kena tinggal feri. Tak sempat mana ambil gambar kat kawasan situ. Naik je feri rasa angin sejuknya...Feri dah full, so kami berdiri kat luar je. Bukannya jauh mana pun.

Tiket entrance to Nami Island..corak ni berubah ikut musim juga..masa tu Autumn, so tiket warna merah!

Sempat snap gambar ni je masa kat main entrance lepas beli tiket
Ini lah feri nya. Namimaid tu namanya
Selain daripada naik feri ke Nami island, korang boleh juga naik zipwire ke pulau tu. Fee naik zipwire ni rasanya dlm RM150++. Masa kami naik feri tu memang nampaklah manusia2 yang berhati waja naik zipwire tu..heheheh..dengar bunyi dengung pon dah seram..apalagi naik.Maybe dah tua kot.. makin menjadi2 perasaan gayat dlm diri ni.hehehhe...
Sempat snap gambar orang naik zipwire ni...gayat tengok
Feri dah jalan. Kami berdiri kat luar je sebalah dalam feri dah full.
Tu dia Nami Island
Lebih kurang 10-15 minit, sampailah ke Nami Island..Aku tak expect too much dari Nami Island ni, selain nak tengok pokok2 dan alam semulajadi negara empat musim je. Sebab pemandangan macam ni memang takkan dijumpai di negara kita. Masa kami sampai tu manusia memang beribu2 lemon di situ..hurm..pastu pokok-pokok pun dah hampir gondol, tapi masih banyak yang berdaun. Maklumlah, menanti musim sejuk pula. Macam ramai yang orang tulis dalam blog,  Nami Island ni dah overrated. Ramai sangat pengunjung, dan masa yang kami ada sangat limited.
Nami Island!!!

Semua bahasa ada..


 Sampai je kat Nami Island kami plan nak sewa basikal yang boleh bawa anak2 kat belakang, rupnay tak boleh. Sebabnya satu basikal boleh naik sorang je. Kalau nak naik family kena naik family bike, macam beca. Adoi..penatnya nak kayuh beca dalam Nami Island. Papa dan Mama la tukang kayuh manakala anak-anak penumpangnya. Bayarannya KRW10,000 untuk setengah jam. Setengah jam tu nak mengayuh, berhenti snap sana sini memang lah tak sempat.
Masa ni papa tengah gigih mengayuh..mama tolong snap-snap!!
Anak-anak enjoylah, kami yang mengayuh dalam kesejukan ni semput gak. Dahlah penat berjalan kat Seoul, sampai Nami kayuh beca pulak. hurmm... silap kot kami ni. Tapi dah sewa, layankan je lah..
Mya yang tak sudah-sudah berposing tanpa jemu!

Gambar ni ada Malaysian yang tolong kami snap.
Tak habis-habis dengan posing butterfly Mya!
Masa kami dok mengayuh tu jenuh orang dok snap gambar kami.hahahha..glamour kejap! Sempatlah kami berposing2 sakan di barisan pokok yang femes ni, jumpa statue hero dan heroin Winter Sonata, Jun Sang dan Eu Jin.(sori kalau silap) snap-snap juga di tempat-tempat menarik sekitar Nami Island tu. Mama pon sempat lah tossing dedaun luruh fefeling di oversea dan Mya bergambar sorang-sorang dekat Love besar tu.
Lambung..lambung...happy giler!!!

Tapi mama dan papa tak sempat bergambar berdua kat situ sebab masa ni Haziq dan mula moody sebab penat.Ehhh sempat laaa...Mya tolong amikkan gambar...hahahaha


Cantiknya..bila la lagi kami nak sampai sini..

Haa..belakang mama tu la beca kami hahahhaha..
Sivaji Papa the boss!! hahahaha
The four of us!

I love this pic!

Lepas 30 minit berakhir kami pon kembali ke pangkal jalan..nak pulang balik beca family yang berat ya amat tu.
Masa ni Haziq dah minta coklat Kit Kat. Kebetulan pula  Kit Kat ada seketoi je. Mya dah makan abis. Dalam beg penuh dengan coklat lain selain Kit Kat, tapi dia taknak. Tetiba boleh dia mengamuk menjerit-jerit nak Kit Kat. Hai..mengamuk bagai nak rak juga dia. Kit kat tu alasan je, sebenarnya dia dah penat sangat sebab nak ke center Nami Island ni pun kena berjalan jauh juga. Maybe dia tak cukup rehat. Mya tak buat pernagai sangat sebab most of the time Mya naik stroller. Hurmm Haziq..Haziq.. Tetiba ternampak aiskrim yang macam sundae kon McD tu. pujuklah dia nak bagi aiskrim..Nasib baiklah ko makan pujuk Haziq! Dalam kesejukan tu layan juga aiskrim bebudak ni, tapi memang dorang tak selsema macam kat sini. Asal makan aiskrim je selsema, mungkin cuaca pun memainkan peranan kan. Aiskrim pula memang tak cair dan meleleh sebab cuaca sangat sejuk masa tu.
Papa n mama teringin buat macam ni..tapi kang jenuh la kena kutuk..over dah tua-tua..hahahah
Maple leaf dengan budak comel.

Setel acara makan eskrem dalam kesejukan, kami pun bergeraklah nak cari tempat melepak untuk makan tengahari dan solat. Plan nak makan nasi goncang, tapi tak jumpa, sebab kedai tu tersorok kat belakang kedai. Jumpa surau je. Pastu kami beli secawan kopi panas, bukak bekal dan makan...

Surau dia memang senang sangat nak cari, ada simbol yang besar kat entrance bangunan tu, di mana kat bangunan ni korang akan nampak restoran makanan cina, library dan juga coffee shop.

Surau dia kat atas, korang boleh naik tangga tu, jalan sikit jumpa surau dia. Luas, dan selesa..siap dengan tempat wuduk..sejadah. Tapi dia tak separate la pulak antara lelaki dan perempuan..

Ok..ini entrance ke restoran nasi goncang..ada logo halal!
Kalau nak cari restoran nasi goncang boleh ikut pelan ni..kena masuk ikut tepi ok!
Nampak tak belakang lelaki yang berdiri tu ada tulis musolla?..Sila abaikan muka aku yang masam mencuka..hahaha
Lepas lunch bekal makanan yang kami bawa (macam biasa bekal mesti bawa sebab malas nak buang masa cari makanan halal, plus anak-anak kami plak memang cerewet bab makan), papa pon berjalan-jalan sekitar kompleks bangunan tu. Baru terjumpa restoran nasi goncang yang halal tu. Since kami pon dah kenyang, tak merasalah nak menggoncang nasi kat situ..Kat atas tu aku upload pelan kedudukan surau dan restoran tu(lebih kurang je la aku lukis..ingat-ingat lupa). memang agak tersorok ..kena cari betul2..

Masa ni jam dah menunjukkan pukul 2.30petang, ITX tren kami di stetsen Gapyeong nak balik ke Seoul pula 3.30petang. Kami pula belum sempat beli cenderahati di sini. Jadi, dalam tempoh satu jam ni, kami kena
i. beli sovenier
ii. jalan kaki ke terminal feri Nami Island
iii. naik feri
iv. kejar teksi ke stesen Gapyeong, untuk catch tren ITX pukul 3.30petang...huhuhu..

Antara gambar yang sempat snap kat kedai cenderamata
Ni on the way ke feri, sempat lagi nak snap gambar
Ok, dipendekkan cerita, mama shopping tergesa-gesa 15minit, 10 minit berkejaran ke terminal feri, 10 minit menunggu feri, 15minit naik feri, 5 minit berlari, naik teksi 15 minit..

Feri dah sampai. Cepat!!!!
Masa ni memang amazing race betul..papa dukung Mya, mama plak tolak Haziq atas stroller sebab dia dah totally flat tak mau berjalan..adoi.. sadisnya masa tu. Ahjussi driver teksi tu kan boleh pulak dia bawa slow, tak macam yang kami sampai tadi..adoiii...cepatlah ahjussi...

Memang cukup-cukup sejam kami tiba di stesen Gapyeong. Masa ni tren pun mula bergerak meninggalkan stesen..huuuuu sedihnya....Dalam termengah-mengah dan kepenatan tu kami pun duduk kat stesen sambil berehat..sempat la kami bernafas kejap..fuh..mencabarnya travel ke Nami Island ni.

Malas menunggu tren ITX yang seterusnya, kami naik je tren Korail yang sampai dalam kul 4 pm kot. Kalau naik Korail ni kena turun naik di stesen tertentu sampailah ke stesen Myeongdong. Beberapa kali juga kami bertukar line. Dalam pada tu macam biasalah, kami sekeluarga menjadi perhatian sebab kelainan kami, mama bertudung, sekeluarga kulit warna coklat, Mya mata besor haziq mata sepet....ehhehe.

Sampai satu stesen anak-anak memang dah flat, ada 3 orang aunty (ahjumma) ni rajin nak tolong guide kami naik tren ke Myeongdong..kami pon dah malas nak pikir, ikut je dorang, sebab kebetulan dorang bertiga ni nak pegi ofis (pelik eh waktu kerja orang korea nih) satu stesen sebelum Myeongdong. Ikut je lah..Ahjumma ni umur dalam 50++, tapi pakaian memang stailo habis, dari jaket, pakaian handbeg dan purse Gucci Prada LV bagai hinggalah ke but tumit tinggi yang stailo. Memang orang Korea yang kami jumpa rata-rata macam ni..dasyat eh dressing dorang ni. Handphone semua nya canggih-manggih smartphone semedang.Tak Samsung Galaxy Note 3, iphone5...heheheh.. Ahjumma ni suka denagn Haziq dan Mya, berapa kali dia senyum-senyum tengok gelagat budak berdua ni..

Sempat juga kami bertukar-tukar cenderahati. kami bawa fridge magnet dari Malaysia, kebetulan ada 2 biji je pula.Bagi je la note RM. Suka je dorang bila  kitorang bagi duit note RM1 .
Bila dah dapat dari kami, dorang tak tau nak bagi apa..sampai ada stoking legging berbalut dlm plastik yang dia baru beli pun dia bagi kat mama.hahaha.bagi biskut lah kat budak-budak ni. Dari perbualan kami dorang ni keja financial planner. Opss lupa nak bagitau..mereka bertiga ni langsung tak boleh berbahasa inggeris. Mujur ada apps dekat iphone. hehehe..

Tiba masa berpisah sedih pulak, hehehe walaupon baru kenal sejam memang baik hati makcik-makcik ni.  Sempat jugak berposing dengan Haziq dan Mya.
The helpful ahjumma! tq...
Bila sampai je kat Myeongdong kami lajak satu stesen turun di Hoehyeon. Kat sini ada Namdaemun Market, tempat shopping cenderahati yang famous di Seoul. Keluar je exit 5, kami plan nak makan shawarma halal. Alhamdulillah rezeki kami jumpa gerai ni. Kedai dia kecik sangat, kalau malam dalam gelap-gelap terjumpa memang rezeki korang lah. Ni gambar kedainya, maaf kualiti gambar kurang memuaskan sebab guna iphone je. Dah penat masa ni nak amik guna kamera. Peniaganya muslim dari Arab ke Pakistan..macam tu lah. Harga kebab shawarma ni KRW 4,500 x 2 = KRW 9,000 ~ RM27. kami beli 2, share 4 beranak. Budak-budak beli air harga KRW1,000 x 2=KRW2,000 ~ RM6.
 
Halal shawarma kebab at Namdaemun..yummy!!
Lepas makan kami pon merayap ke Namdaemun market. Masih ada juga kedai yang buka, walaupon masa tu dah pukul 7 malam. Banyak juga kedai yang dah tutup. Mana yang buka kami masuk dan sempatlah beli cenderahati yang dihajati. Harga boleh la tahan..standard je rasanya. Tshirt yang paling biasa lebih kurang KRW5,000 ~ RM15. Yang berkualiti ada berharga KRW10,000 ~ RM30.
Magnet pun ada berbagai jenis corak dan harga,  yang pasangan korea comel tu KRW15,000~RM45 =10 pair (20pcs), seramik KRW8,000~RM24 = 8pcs, jenis getah KRW8,000 =8pcs. Beli bundle senang sket. Harga pun lebih murah, kalau beli satu-satu harganya lebih kurang RM5 sebiji, kalau beli bundle RM2-3 je sebiji. Kami juga beli keychain dan pengetip kuku. harga dalam KRW10,000 untuk 10pcs.

Kat Namdaemun ni macam-macam benda dijual, tapi 2 kali kami ke sini, sampai je dah malam..so banyak kedai dah tutup. Tak sempat lah nak tengok kedai brooch kat bangunan E-Legdang yang famous tu.

Suasana di Namdaemun Market
Macam-macam ada...kalau siang sure lagi meriah..

Yang masih dijual kedai cenderamata, kedai buah-buahan tshirt dan sayur-sayur. kedai makan pun ada juga buka, tapi tak boleh makan kat sini..hahaha
 Kami juga beli glove anak-anak yang tak berjari sebab susah sangat nak pakaikan glove berjari, nak masuk jari satu-satu. harga KRW10,000 2 pairs. Beli buah potong KRW3,000 x 2 masa nak balik ke bilik.
Another view of Namdaemun market at night
Sayur-sayur ni mahal gila okey!!

Landmark direction di Namdaemun yang menarik perhatian kami..
Memandangkan Namdaemun ni dekat dah dengan Myeongdong, kami pun berjalan kaki je balik. Mujurlah jumpa jalan utama..jalan sampai ke Myeongdong, pemandangan sangatlah cantik, sebab hiasan lampu krismas di  Shinsegae Department Store baru bermula.
The beautifully decorated Shinsegae Department Store, on our way to Myeongdong from Namdaemun market
Jalan punya jalan akhirnya sampai ke bilik..tahniah anak-anak..kesian korang.Nasib baiklah tak buat perangai megamuk kat sini kan....hehehehe
Ok nak sampai dah hotel kami..
Depan Uniqlo di Myeongdong..

Sampai bilik, urus diri dan anak-anak.Tengok plan untuk esok hari sikit..Selesai semua kami pun melelapkan mata di katil yang selesa dan empuk tu..hurm..zzzz..end story day 3.