Saturday, September 6, 2014

Enchanted Bali : Pura Batuan Ubud | Pura Tirta Empul Gianyar | Gunung Kintamani



Pak Dani tolong Haziq pakai kain pelikat comel.
Perjalanan kami ke Utara Pulau Bali diteruskan dengan melalui beberapa kawasan tumpuan pelancong iaitu Pura Batuan di daerah Ubud. Ubud merupakan satu daerah di Bali yang penuh dengan perkampungan kesenian. Masyarakat di Ubud memang mahir dalam menghasilkan produk seni seperti ukiran dan lukisan. Jadi sepanjang perlananan tu memang kami nampak banyak sangat tempat-tempat yang menjual ukiran dan kraf ni.

Kami tiba di Pura Batuan lebih kurang pukul 11.00 pagi. Kami diberi kain macam yang korang boleh tengok tu dalam gambar. Mesti ikat kain ni di pinggang sebelum masuk ke kawasan pura. Ala-ala orang bukan Islam kena tutup aurat kalau masuk kawasan masjid kat Malaysia. Sebelum kami naik ke pura tu, sebelah kawasan parking kereta dia macam ada pentas khas untuk buat persembahan untuk pelancong kot. Tapi masa tu tiada persembahan. Tengah berehat-rehat agaknya...Tengok apa yang kami jumpa....
Barong.
Apa ni? cik babs hutan kan? hehehe tengok hidung dan gigi dia tu.
 Kami cuma tengok persembahan barong yang datang ke arah kami dengan gendang dan boneka kayu (babi hutan kot) hehehe..bukan lembu..besar juga, tengok tu. Lepas tu boleh pula budak-budak barong tu main ketap-ketap gigi kat papa dan Mya. Si kecil tu apa lagi..meraung lah ketakutan..hahahaha. Memang lawak sangat masa ni.Semua yang tengok tergelak-gelak

Barong nak gigit Mya
Tau takut dia..
Then kami menyeberangi jalanraya untuk naik ke kawasan pura. Ok, cerita tentang Pura Batuan Ubud korang boleh baca kat sini Pura Batuan Ubud ye. Panjang sangat nak tolong terangkan.

Ini namanya 'Banten' dalam tu dia letak makanan dan bunga dan colok..
View dalam Pura Batuan

Besarnya botol air dia
Split gate di kawasan pura



Cantik kan dalam ni..


Sibuk nak testing
Perut papa tu ada beg pouch papa tau..bukan perut moncet hehehe


Macam-macam gaya budak-budak ni

Kemudian, kami pun meneruskan perjalanan ke Pura Tirta Empul, Tampaksiring. Pura Tirtha Empul ni tempat di mana penganut Hindu Bali mandi di mata air yang keluar dari tanah. Kiranya kawasan ni kawasan suci tempat mereka nak bersihkan diri dari dosa- mandi holy water tu. Kami pergi sini sebab masa kami search tempat ni nampak cantik je dalam gambar, then pelik sikit sebab ramai datang sebab sibuk nak mandi ni..

 

 Kagum juga kami dengan masayarakat Bali yang hampir 90% penganut Hindu ni, mereka semua sangat taat beribadat kepada tuhan mereka. Kalau kita umat Islam ni macam mereka kan bagus. Dari perbualan dengan supir kami  Pak Dani, menurut beliau penganut Hindu Bali ni sangat taat dengan agama mereka dan hampir keseluruhan hidup mereka diabadikan untuk untuk beribadat. Kerja, dapat duit, simpan untuk upacara sembahyang yang memerlukan kos yang tinggi (buat pura cantik-cantik, beli kain, daun-daun, baju, makanan, masa) untuk beribadat.

Kalau hampir senja tu kita akan jumpa beratus-ratus motor yang bergerak ke tempat ibadat mereka di pura dengan berbaju kemeja putih untuk lelaki dan kebaya putih untuk wanita. Sambil bawa persembahan dalam bekas daun tu.

Tengok lah ni, keluarga ni datang untuk beribadat di kawasan Pura Tirtha Empul. Dari datuk nenek, mak ayah anak semua ikut sekali..

Oh lupa, kalau kita ke kawasan pura selalunya kita akan diberi kain berwarna kuning atau ungu untuk diikat di panggang, sebagai tanda menghormati kawasan ibadat mereka. Wanita yang sedang dalam haid dilarang memasuki kawasan ibadat mereka. 



haaa mandi lah korang semua..


tengok tu nak mandi sanggup beratur panjang tu..tapi air dia memang jernih






Kami juga sempat mengambil gambar di kolam ikan koi yang sangat luas dan cantik.









Jangan risau, kita ke sana bukan nak ikut budaya mereka atau sembahyang sama. Banyak juga benda-benda baru yang kami tengok dan jumpa masa ke Bali ni, terutama tentang agama Hindu Bali yang sangat unik ni. Sebab itulah rakyat Indonesia dari Bali jarang kita temui di kawasan selain Bali, sebabnya mereka ingin kekal di kawasan Bali supaya boleh beribadat mengikut adat dan budaya mereka yang memang tiada di tempat lain di dunia ni. Memang totally different dengan Hindu yang kita lihat dianuti oleh masyarakat India Malaysia atau India.

Di sini kami ada beli kraftangan yang banyak dijual di gerai-gerai sekitar kawasan parking, kesian juga tengok makcik-makcik dan nenek-nenek yang bersungguh-singguh menjual kraftangan tu. Hari tu kurang pula pelancong, jadi jualan mereka kurang mendapat sambutan, so kami pun apa lagi, habis-habisanlah melakukan proses tawar-menawar. Kami beli fridge magnet, piring hiasan, dan basikal hiasan di sini. Mungkin harganya masih mahal, tapi masa tu malas dah nak pikir sebab nak cepat, dan beria juga mereka tawarkan harga terbaik. Apa-apa pun masih berpatutan sebab tidak lah over price walaupun di kawasan tumpuan pelancong.

Kami sambung perjalanan ke utara menuju ke arah Gunung Kintamani, iaitu kawasan pergunungan berapi yang separa aktif. tapi tidaklah sampai ke kaki gunuung berapi tu, cuma dekat lebih kurang satu kilometer. Makan di restoran halal dengan pemandangan Gunung Kintamani memang best. Cuaca juga agak sejuk di sini, dalam 20 degree celcius.

Perjalanan ke Kintamani tidaklah terlalu jauh tapi melalui kawasan kampung dan bukit agak lama juga. Sudahnya Haziq tertidur, mengantuk sangat gayanya. Mya masih bertenaga.


Setibanya kami di Kintamani, cuaca agak menyegarkan di kawasan pergunungan itu. Kami terus ke restoran halal yang menawarkan buffet makan tengahari, kalau tak silap dalam Rp100k seorang lebih kurang RM30. Kalau nak minum jus ke apa bayar lain. Buffet ni minum air mineral je. Makanan yang menarik perhatian kami ialah sate lilit bali yang dicampur rempah dan dikepal dengan batang buluh saiz chopstik tu. Ha, kalau teringin sangat tu dah ada link, boleh klik dan tengok rupanya..hehehe. Makan dengan kuah kacang, sedapnya, sambil menghirup udara segar dan berlatarbelakangkan pemandangan gunung Kintamani.

Masa ni Haziq sambung tidur pula di kerusi meja makan. Aduh..dia ni kalau tidur memang tak ingat punya. Janji boleh pejam mata. Kami pun makan lah sepuasnya sate bali yang sedap tu.. Kalau ke sini jangan lupa tau makan sate Bali. Selesai makan, kami pun bergambar selfie lebih kurang di kawasan ini. Bahagian bawah restoran ni terdapat surau juga, alhamdulillah, sempat solat jamak Zohor dan Asar sebelum pulang ke Kota Denpasar.  Lepas kami naik je kereta, baru papa terperasan yang spek hitam papa tertinggal di surau. Aisehmen..patah baliklah, kena ambil juga ni sebab spek papa tu ada power untuk mata papa yang rabun. Jadi kalau sesapa jumpa, nak pakai pun tak boleh la ye..sebab powernya tinggi juga. Mujur supir kami sangat sporting dan penyabar. Syukur, spek hitam papa masih di situ.
Mengantuk sangat Haziq semalam tidur lewat
Tengok lah aksi Mya ni..
Tempat kami ambil gambar ni sebenarnya meja tempat makan mengadap gunung



 Perjalanan balik melalui kawasan Ubud yang sangat mempesona dengan hasil kraf yang dijual di kiri kanan jalan sekitar kawasan perkampungan kesenian Ubud.

 Kami singgah di tepi teres sawah yang yang cantik ini. Nama tempat ni ialah Tegalalang Paddy Terrace. Subhanallah..memang cantik betul view di sini, tenang dan saujana mata memandang. Bila lagi lah dapat kami ke sini agaknya.

masa ni padi baru lepas dituai, so tinggal jerami kuning-kuning sahaja

Personally, I like this photo vey much..

Papa suka ni...

Antara gambar berdua kami..

Oh.. yang ni sangat cantik..tapi, mahal...sangat! almost RM200..

Comel, tapi nanti kejap je pinnochio ni ilang kepala kalau dapat kat Mya.
Tapi tak turun ke bawah sebab anak-anak di dalam kereta sahaja dengan Pak Dani. Kalau bawa budak-budak tu turun memang haru lah karang. Sebabnya sawah ni betul-betul di tebing bukit, dan tepi jalanraya utama. Ada juga jualan kraf dan lukisan, yang akhirnya terbeli juga lukisan bunga sakura yang cantik ni. Semua cantik-cantik dan murah. Kalau tak kuat iman memang nak beli semua hahahha..Mama tak minat sangat lukisan, papa je yang minat lebih. mama minat apa ye? hehehhe.. Kami berdua bergambar di tepi tebing sahaja. Lagipun masa tu, padi teres bukit tu baru sahaja dituai. Jadi view kurang awesome, tapi masih cantik dan jakun juga kami tengok.

Siap di Tegalalang, kami meneruskan perjalanan balik ke Denpasar. Jalan di kawasan bandar agak macet, cuma kurang sedikit sahaja berbanding kota-kota besar di Indonesia. Motosikal merata-rata. Tapi memang jarang kami jumpa accident, mereka bawa kereta siap hon-hon tapi yang kena hon rileks je, kalau di sini haruslah keluar simbol penumpuk atau jari tengah kalau asyik main hon kan? hahahah..

Sebelum balik hotel tu kami singgah di Pizza Hut, Pizza Hut di Bali ni ada sijil halal so tak perlu risaulah. Anak-anak kami ni kalau dapat pizza memang laju terutama Haziq, peminat western food. Kami beli pizza set harga lebih kurang di Malaysia juga, cuma food selection dia agak berbeza. Kami juga beli sekotak pizza untuk Pak Dani bawa pulang untuk anak dan isterinya di rumah. Segan juga minta dia tunggu lama-lama masa nak order pizza tu, naik kereta semerbak bau pizza lepas tu tak pelawa dia kan. Segan-segan Pak Dani ambil pizza dari kami.

Lepas melalui hari yang panjang dan penat berjalan, akhirnya kami tiba di hotel lebih kurang pukul 8 malam. Penat juga, tapi tidaklah sepenat di Korea dan Hong Kong yang terpaksa naik pengangkutan awam, di Bali boleh sewa kereta siap dengan supir pada harga yang sangat berpatutan..Malam tu kami lepak di bilik sahaja meluruskan urat-urat kaki dan badan setelah penat seharian berlibur di Bali. Trip esok lebih mencabar so kita rehat dan simpat tenaga dulu ok. Swimming pool depan bilik tu tutup awal juga, so tak sempatlah anak-anak nak berendam kejap malam tu..End of our long first day vacation at Bali.