Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh..
Apa
khabar semua..anyway, thanks for dropping by ke blog kami yang asyik on
off je bila update entry. Entry ni merupakan entry yang tertangguh
sejak bulan February 2015. Macam biasa, mama dan papa je yang cuti masa ni. Cuti mid semester 2. Anak-anak pula terpaksalah 'dicutikan' oleh kami secara paksarela. Diorang apa kisah kan? lagi suka ada lah..Nasib lah anak-anak ye.Takpe..nanti balik lepas cuti kita pulun balik catch up apa yang tertinggal..
Kali
ni kami cuti-cuti Malaysia pula, ke negeri di utara
Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang atau Penang. Kami cuma nak share
pengalaman bercuti kami supaya kenangan dan memori kami di Penang ni
tak luput dalam ingatan dan sebagai rujukan kawan-kawan yang nak
berjalan dengan keluarga terutama yang membawa anak-anak macam kami ni.
Percutian
kami ke Penang dirancang sebaik sahaja kami balik dari Perth, sebab
tengok website MAS terjumpa tiket yang harganya agak berbaloi. Untuk
return tiket kami berempat dari Labuan, lebih kurang RM1800 je. So apa
lagi..cepat-cepatlah kami kami book tiket tu. Sebab apa kami cakap
murah? sebab tiket ni kalau dibahagi 4 harga seorang lebih kurang RM450
sahaja, untuk perjalanan Labuan-KUL-PEN, return..murahlah tu
Lagipun
anak-anak dah bising sebab teringin nak berjalan ke Langkawi hari tu,
tapi tengok tiket Langkawi tak pernah buat offer..Mama dan papa pun
teringin nak ke Penang sebab kali terakhir mama ke sana pun dalam tahun
1997 masa sekolah kat Kedah dulu je. Papa pula ke Penang tahun 2013, tapi
pegi pun kejap sangat masa tu dengan adik-adik papa on the way balik
kampung kenduri kahwin sepupu di Kedah.
Actually kami teringin nak naik Bukit Bendera lagi, makan char kuey teow, makan nasi kandar dan jalan dan bergambar di Penang Art Street.
Perjalanan kami bermula dari Labuan pukul 7.30 pagi Ahad 1 Februari. Masa tu memang tak teringat yang Penang cuti juga the next few days. perasan sangat Labuan, KL dan Putrajaya je cuti hari Wilayah, rupa-rupanya Penang cuti pulak Thaipusan pada 3 Feb. Patutlah hotel mahal semacam je walaupun we all plan check in hari Ahad. Okey, sambung kisah perjalanan we all ye..
Kami tiba di KLIA lebih kurang 10.15 am, dan terus cari gate connecting flight ke Penang, flight ke Penang 12.30pm kalau tak silap. Dan perjalanan kami lancar hingga ke Penang International Airport (PIA). Lepas ambil kereta dekat company 'bapak sedara we all' iaitu Hertz hehehe (sebab mmg sewa dengan Hertz saja sebab lebih senang, ada di mana-mana airport). Tapi kali ni agak mengecewakan sebab dia bagi kereta Hyundai Matrix, walaupun kami book kereta Hyundai Accent (sedan), kami memang tak berapa berkenan Matrix sebab dia tak de bonet. Tapi dah keta tu je ada, naik je lah.
Perjalanan di Penang macam biasa, awalaupun tak pernah drive di sini dengan bantuan encik google dan maps iphone lepas saja ke mana-mana. Tips nya korang cari tempat yang dituju, tengok alamatnya dengan tepak, set nama jalan dan set nama jalan tu di dalam destination maps korang, inshaAllah, tak sesat..tapi we all sesat juga..hehehe..tak kisah lah, sesat barat pun dalam pulau lagi, jangan terlajak naik jambatan lepas ke Seberang Perai udeh..
Memandangkan kami sampai Penang agak awal,dan kedudukan PIA ni dalam perjalanan ke hotel kami di Batu Ferringhi kami plan terus naik Bukit Bendera. Beli nasi bungkus di kedai mamak Nasi Kandar Line Clear di PIA lepas dapat kereta tadi dan cadangnya nak makan di atas Bukit Bendera..
Kami sampai di kaki Bukit Bendera lebih kurang 30minit kemudian. Cuaca hari tu cerah dan panas macam biasa. Memang keadaan dah bertukar 360 darjah, tak ada rupa langsung masa kami ke sini dengan family masa kecil dulu. Yang paling best ada parking bertingkat (tapi bayar lebih lah sikit) berbanding parking tepi jalan dan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. Public transport pun kami nampak semakin banyak. Manusia macam biasalah, ramai..tapi masih boleh diterima akal lah jumlahnya. Papa beratur beli tiket.
Dah beli tiket tunggu turn naik pun sekian hal juga ramainya manusia..akhirnya dapat naik kat bahagian depan sekali..huhu best tu..naik tu tak trill sangat sebab mendaki kan..tapi best la kereta kabel sekarang ni laju gile..zaman dulu-dulu memang merangkak nak naik tu..sekejap je dalam 5 minit kot dah sampai haha
Kalau nak tau lebih lanjut tentang Bukit Bendera ni you all boleh tgk dan klik di link ni. Bukit Bendera.
Semua info tentang tempat ni termasuk harga tiket tren ada di sini.
Kat atas macam biasa la..ambik gambar.. Keadaan tak banyak berubah sangat kot. Teringat pulak masa pegi ke King's Park Perth aritu, cuma kat sini takde park yang luas-luas..hehehe..view macam sama je, cuma Bukit Bendera ni tinggi lagilah..
View Penang Island..teringat King's Park Perth.. |
Aktiviti kat sini snap snap and snap photo je...
Mya dengan pose LOVE kat jari macam biasa.. |
Masa ni papa ambilkan gambar, macam biasa.. |
Ok ada org tlg snap gambar satu family.. |
Jalan-jalan bergambar.. |
Masa kat sini teringat pula kat Seoul, atas bukit Seoul Tower, South Korea |
Mya nak bergambar dalam periuk kera, tapi tak sampai, kat celah periuk kera pun boleh lah... |
Tengok kuda ni teringat kisah masa kami kat situ..hurmm..Haziq, Haziq..hehehhe |
Pastu nak cari port nak makan tak jumpa lak sebab ramai sangat orang nya..last-last duduk kat food court kat situ tapi kena beli something la kan..kami beli ni..Fruit ABC..kalau tak silap Rm12..sambil makan ABC dok lepak kedai dia makan nasi kandar bungkus huhu
Sedap ni... |
Dah setel semua kami gerak pi hotel..yeahh kali ni stay kat Hard Rock Hotel, yang terletak di Batu Ferringhi.
Dah set GPS semua, kami pun bergerak ke Batu Ferringhi. Boleh tahan juga jauhnya dari bandar. Ntah mcmana boleh pula GPS ni bagi lalu jalan kat celah mana, paling
'best' jalan yang we all lalu tupula tgh sibuk dengan persiapan
menyambut hari Thaipusam..adoilah...memang jem sepanjang jalan, adalah
dekat 2 km kot menghadap binaan2 'pelamin' sempena Thaipusam..tetiba
rasa macam kat India pula..heheheh
Kami sampai lebih kurang pukul 4 petang di sini. Sampai je dapat complimentary welcome drink. Konsep check in dia santai-santai..Macam biasa lah, anak-anak dah tergedik-gedik tengok swimming pool yang nampak sangat tempting siap dengan water park. Sabar ye anak-anak..kita masuk bilik dulu, solat, letak beg, mama dan papa nak luruskan urat kaki kejap..Lepas tu baru boleh ke swimming pool.
Hard Rock Hotel ni rasanya tak perlu nak cerita sangat review nya, sebab dah banyak blog yang cerita pasal hotel ni, best atau tak? Bagi kami out of 10 boleh lah bagi 8/10 bintang..Sebelum tu kita layan dulu gambar-gambar ni ok.. enjoy!
Malam
first tu kami plan nak makan dekat gerai-gerai yang banyak kat depan
hotel di sepanjang tu. So kami pun jalan kaki dan singgah kat satu gerai
ni, nama dia 'Slow Rock Cafe' agaknya mengambil nama sempena hotel Hard
Rock tu la kan. Kami singgah kat gerai ni sebab nampak macam happening,
ada jual western food la, thai food, char kuey teow bagai..tapi memang
sangat sesuai dengan nama dia. Punya lah lambat nak tunggu makanan
sampai. Bila sampai pun satu-satu..adoi..dekat sejam kot kami
tunggu..Mya dah tidur masa tu..at last ada few order yang kami cancel dan
balik ke bilik hotel dengan perasaan yang tension. Dah la lapar,penat
mengantuk..so kalau korang ke Hard Rock Hotel dan plan nak makan kat
gerai depan hotel tu, bersedialah ye..
Hari
kedua di Penang, kami ke Teluk bahang nak ke Toy Museum yang di
war-warkan macam best tu..Bila sampai je..tempat tu mama terus pandang terkejut kat
papa..hahaha..sendu je tempat ni..masa nak masuk mama dah malas-malas nak
masuk. Lepas bincang..mama pun masuk sekali. Dah la mahal tiket..macam tak padan dengan museum tu huhu..Actually muzium ni milik
orang persendirian. Agaknya kat rumah dia terlampau banyak toys,
sampai dia buka muzium dan dapat lah duit juga daripada benda alah tu
terperuk kat rumah kot..hehehe.. Korang jangan terkejut tau, ni lah rupa
bangunan Toy Museum tu dari luar..heheheh..collection toys dia pun ok
juga, cuma rasanya display rack dia agak cheapskate, pakai plastik
je..pastu dia pasang radio kuat2..bukan mini hifi ke apa ye..radio
je..hehehe..tapi anak-anak kami enjoy je..mama je yang tak puas
hati..hehehe
Dari Teluk Bahang, kami terus menuju ke arah pusat bandar, dah sampai masa
makan tengahari masa ni. Nak cari nasi kandar ke apa tah, jalan jem
pulak, last-last nampak Gurney Plaza, kami pun terus masuk parking dan cari
makan kat dalam shopping mall je. Kami makan di The Chicken Rice Shop.
Setel lunch di sini, kami pun keluar semula dan meneruskan misi
jalan-jalan di sekitar Pulau Pinang. Mestilah nak cari street art yang
sangat famous tu kan. Berdasar peta yang kami ada, akhirnya berjaya juga
kami sampai ke Armenian Street. Rupa-rupanya lukisan ni semua berada di
beberapa jalan yang berbeza. So kami pun bergerak dari satu jalan ke
jalan yang lain ada yang jalan kaki dan ada yang naik kereta juga, sebab
agak jauh. Puas hati dapat berposing bergambar ni, walaupun sebenarnya
lukisan ni kalau tengok dengan mata sendiri idoklah secantik
mana..hehehe..
Dan
ada beberapa lukisan ni sebenarnya adalah diperbuat daripada wrought
iron. Korang boleh google 'Penang Humorous Caricatures Wrought Iron'
untuk maklumat lebih lanjut.
Lukisan yang ala 3D dan permulaan art street yang famous kat sini |
Kami juga terjumpa Fort Cornwallis, tempat di mana terdapat tugu patung Francis. light, individu yang menemui Pulau Pinang. Sayangnya tempat ni dah berpagar dan kena bayar kalau nak masuk..hehehe..sayang apa ek? sayang duit lah kekeke..anak2 pun dah telih, so mama just posing depan pintu masuk kubu je lah. Intai-intai ke dalam tu macam takde apa sangat yang menarik. Kalau korang nak masuk sila bayar RM brapa ntah lah, tak igt. Sila google, jangan malas macam we all..
Dari sini, pusing sikit lagi, kami pun sampai lah ke Padang Kota Lama, ( sebenarnya belakang Port Cornwallis je). Di sini pun tak de apa yang menarik perhatian kami. Cuma ada padang yang luas dan gerai pasembor. Kami tak ke gerai tu pun sebab siang-siang takde orang meniaga sangat, plus perut masih kenyang. Layan Haziq dan Mya main playground sebelum kami balik ke hotel. Sampai hotel, mandi swimming pool seround dua. Anak-anak memang happy sangat sebab pool dia sangat best. Ada mini water park, water slide berbagai size dan sand pool. Kami main sampai tangan dah kecut-kecut. Pantai area Hard Rock Hotel Penang ni tak berapa menarik. Rasanya pantai di sekitar Labuan/ Sabah lagi cantik hehhee..
Malam tu kami keluar merayau naik kereta cari gerai char kuey teow. Natah lah, rasanya biasa2 saja..mungkin sebab kami rajin memasak, sampaikan makanan yang kami beli tu rasa tak sesedap mana. Plus point nya dia ada udang besor je lah. Balik dari makan malam tu, semua dah penat dan kami pun tidur je.
Esok paginya hari ketiga dan terakhir kami di Penang. Lepas sarapan kaw kaw di restorannya yang best tu, sebab macam-macam ada, dari western, chinese, malay semua ada. Ada dimsum favorite papa, ada roti canai, murtabak favorite Haziq dan ada cereal dan fruit favorite mama dan Mya. Restorannya pula sangat bersih, selesa dan luas.
Lepas breakfast sempat mandi pool lagi sebelum check out. Dalam pukul 11.00 pagi kami pun keluar dan menuju ke Georgetown sebab petang nanti nak keluar ke Seberang Perai menuju rumah adik beradik maktok (family papa). Datuk dan nenek papa dah takde, cuma mak ada sedara papa yang terletak di kota Kuala Muda. Sebelum menuju jambatan Pulau Pinang, kami ke tengah Georgetown nak makan nasi kandar di restoran Line Clear Nasi Kandar yang kontroversi tu. Sekali lagi, kami rasa biasa2 je makanan di sini..hehheh semua biasa2 abis apa yang sedap ek?
Restoran ni pula terletak di tengah bandar yang sesak, parking opposite restoran ni pula sangat mahal, RM12 per entry.. nangis kejap.
Siap makan kami pun terus ke jambatan dan sampai di kampung papa. Perjalanan ke sana sesat barat juga. Maklum lah jalan dah banyak skang ni. GPS pun pening. Sampai rumah Teh ( mak sedara papa) dia hidang mkanan tengahari juga. Dari Kuala Muda kami ke kg. Permatang Langsat di. Pinang Tunggal Kepala Batas. Ke rumah pak sedara papa , Ayah Ngah pula. Yelah dah sampai kampung nanti makcik pakcik dok cerita kami sampai ke Kedah tak ke rumah dorang pulak kan. Dari Kepala. batas kami ke Bayan Lepas. Sempat singgah di Restoran Sani Char Kuey teow yang terletak dekat dengan Tokong Ular area Bayan Lepas. Restoran ni famous juga, dan rasa makanan not bad cuma presentation kurang menarik hahhaha.. banyak songeh betui.
Malam tu kami tidur di Hotel Tabung Haji yang terletak hadapan PIA, Bayan Lepas. Hotel ni atas bukit dan pagi esoknya seawal 5.00 pagi kami ke airport. Drop kunci kereta, dan 6.00 pagi kami pun terbang balik ke KLIA.
Maka berakhirlah cuti-cuti Malaysia kami di Penang kali ni. Insha Allah ada rezeki kita ke Penang lagi. Jom kita Pi Penang!