Monday, August 31, 2015

Labbaik Allahumma Labbaik: Umrah Part 1

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah selamat menunaikan umrah pada 1-11 Mei 2015 yang lalu.;

Dengan izin Allah, kami telah menerima undangan ke tanah suci dengan menggunakan khidmat syarikat Andalusia Travel. Pada mulanya kami bercadang nak pergi dengan Tabung Haji Travel, sebab nak ambil hotel yang paling dekat Masjidilharam. Rupa-rupanya rezeki kami dengan Andalusia, sebabnya Tabung Haji tak menawarkan pakej pada tarikh yang kami kehendaki.

Takpelah..janji selamat sampai dan dapat hotel yang dekat dengan masjid.Kami ke sana sekeluarga berlima termasuk maktok sekali. Ada budak kecik dan orang tua sebab tu lah kami cari hotel paling dekat dengan masjid. Maktok kena tolak pakai wheel chair, Mya kalau penat tertidur kena lah angkat/ usung stroller.

Perjalanan kami 1 Mei 2015, Jumaat dari Kuala Lumpur terus ke Jeddah, Mekah. Kami akan naik Saudi Airlines (SV) iaitu flight komersial meaning campur dengan orang awam jugak lah. Flight bertolak jam 6.30 petang tapi kami kena ada di airport untuk urusan serahan passport dan briefing dalam jam 3.30 petang. Urusan serahan passport, tag nama dan briefing diberikan oleh sorang ustaz dari Andalusia yang juga turut sertai rombongan kami di pentas yang berdekatan dengan Anjung Tinjau kat KLIA 1 tu. Rombongan Andalusia pada 1 Mei tu ada 3 kumpulan mengikut hotel yang akan kami stay di Mekah nanti. So, kat tag nama kami ada nombor bas, nama hotel dan nama mutawif yang akan bimbing kami sepanjang di sana..Semua urusan passpot dan check in barang berjalan lancar.

Jalan jammed haritu sebab cuti Hari Pekerja bersambung lagi dengan Sabtu Ahad

Gambar dulu sebelum gi epot
Tag nama-dokumen penting kita kat sana sebab passport kita tak akan simpan sendiri
Lepas naik train untuk international boarding, papa berihram kat toilet area situ. Risau tak sempat masa dalam flight nanti. Haziq, kami plan pakaikan ihram dalam flight je nanti. Risau kain ihram tu kotor lak kena makanan atau yang lain-lain. Ye lah kan budak-budak ni bukan fikir sangat. Selesai semua, dalam jam 6.30 petang flight kami bertolak menuju ke Jeddah. Ohh lupa nak cerita, beg kami semua guna beg Andalusia je supaya senang nak cam pasukan Kuning Biru kami tu huhu walaupun beg tu ada yang dah rosak zip nya masa dapat..redha dan tawakal je, Insya Allah. Tapi kami letak lah riben-riben dengan tulis nama supaya senang nak cam. Selain tu kami juga ada stroller Mya, wheel chair Maktok, kerusi lipat Maktok dan tongkat Maktok. Semua kena ingat takut ada yang tercicir kat epot sana nanti.

Dalam Saudi Airlines


Alhamdulillah dalam flight kami dapat duduk 4 in a row dan Maktok seat sebelah papa yang dipisahkan oleh laluan tu je.. Perjalanan dari KL ke Jeddah memakan masa 8 jam. Dalam dua jam  lagi sebelum mendarat kami pakai kan Haziq kain ihram dan ingatkan dia tentang pantang larang dalam berihram. Selepas pengumuman flight dah memasuki kawasan Miqat Qarnul Manzil iaitu sejam sebelum mendarat, terus kami berniat umrah dan patuh kepada 13 pantang larang dalam ihram.

Sampai di King Abdul Aziz Airport lebih kurang dalam pukul 10.00 malam waktu Arab Saudi (2.30 pagi waktu Malaysia). Perbezaan masa Malaysia-Arab Saudi dalam 5 jam. Urusan di epot perlahan sikit sebab banyak bag kena urus kan dan pekerja pun sikit. Sabar je lah kan, anggap sebagai dugaan kepada kita. Sampai tu kami tercari-cari surau sebab Maghrib dan Isyak belum lagi. Rupa-rupanya ada ahli rombongan kata kita akan solat di luar kawasan epot. Yang perkara ni dorang tak maklumkan awal, jadi ada lah juga yang dah pergi solat. Kat sini kami berpecah ikut tiga bas seperti dalam tag nama masing-masing. Dalam bas baru kami jumpa rombongan kami yang sebenarnya, yang stay di hotel yang sama dan akan menempuh perjalanan umrah ni selama 12 hari serta mutawif kami.

Dalam waktu nak cari bas tu tertinggal pulak kerusi lipat maktok..huhu sabar je lah..papa kena patah balik cari kat tempat luggage tu. Mama, Maktok dengan anak-anak terus proceed ke bas. Dengan beg banyak, nak tolak wheelchair Maktok lagi..Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan Allah. Dah cukup semua ahli rombongan dalam bas kami, kami bertolah ke masjid berdekatan untuk solat jamak Maghrib dan Isyak sebelum ke Mekah yang mengambil masa 2 jam lagi..

Untuk cerita tu kita akan sambung dalam part 2 ye...