Sunday, September 10, 2017

Resepi Acar Buah Ala Kenduri KahwinπŸ’πŸ‘πŸŽπŸŠπŸŒΆ

Resepi Acar Buah Ala Kenduri KahwinπŸ’πŸ‘πŸŽπŸŠπŸŒΆ

Bahan utama 
1) Beberapa paket buah2 jeruk kering seperti ceri merah, kuning, dan hijau
2) sepeket halwa kundur (tak perlu rebus) sebab halwa kundur ni dah lembut
3) sebungkus buah prune
4) 1kg limau nipis


Bahan Tumis
1) Semangkuk besar cili kering yg telah dikisar halus
2) Semangkuk besar bawang+putih+2 inci halia yg telah dikisar halus
3) satu sudu besar biji sawi
4) setengah mangkuk minyak masak
5) Garam dan gula secukup

Bahan hiasan

4 sudu bijan digoreng tanpa minyak

Cara membuat
1) Buah2 kering direbus berasingan setiap jenis (buang air terutama yg berwarna hitam/coklat) 10-15 minit, toskan airnya
2) Limau nipis dipotong 2 dan diperah jusnya( jus boleh diguna utk buat air minuman)
3) Rebus lima nipis dengan 2 sudu garam hingga empuk.
4) Angkat dan sejukkan(buang empulur limau) dan rebus sekali lagi dgn air bercampur garam 2 atau 3 kali sehingga hilang rasa pahit kulit limau.

5) Panaskan minyak masak, tumis biji sawi, masukkan cili dan bawang biar hingga pecah minyak.


6) Masukkan buah2 dan limau masak hingga pekat, rasakan garam dan gula.

7) Sebelum makan/hidang taburkan dengan bijan (yang telah digoreng tanpa minyak)

* Resepi ni saya tak guna sebarang rempah kari/apa2 rempah. Sebab saya tak suka rasa berempah. Kalau suka boleh tambah serbuk rempah kari masa tumis kuah.

* Lagi lama simpan lagi sedap rasanya..selamat mencuba

*Tu Facebook suami saya ye, dia post kat FB Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Sunday, September 3, 2017

Bangkok, Thailand November 2016 - Part 2



 28 November 2016

(The Seed Memories Siam, MBK, GRAND PALACE, EMERALD BUDDHA, WAT PHO)


Pagi ni breakfast dengan burger McD yang beli kat KLIA semalam. Then, tunggu van yang disediakan oleh apartment yang kami nak stay seterusnya nanti. Apartment ni namanya The Seed Memories Siam yang kami booked melalui airbnb.  Dapat free transfer dari airport sebab kami stay 3 hari. Kalau lebih lagi dari tu akan dapat free airport transfer pergi balik. Apartment persendirian ini kami pilih sebab dekat sangat dengan BTS National Stadium dan MBK Centre.  Senang nak pergi mana-mana naik BTS then interchange dengan MRT. Apartment ni pun selang beberapa blok dengan Jim Thompson House yang terkenal dengan sutera Thailand.
Perjalanan kami ke pusat bandar




Perjalanan dari At Residence ke The Seed Memories Siam (di pusat bandar) ambil masa dalam 1 jam juga. Puas la tidur bangun berapa kali ntah. Yang driver nya pula memang tak pandai cakap English sepatah pun. Sabar je lah. Main bahasa isyarat je nak cakap dengan dia.

Fuhh dah sampai pun apartment (The Seed Memories Siam)


The Seed Memories Siam Apartment, 60 ΰΈ‹ΰΈ­ΰΈ’ เกษฑΰΈͺัΰΈ™ΰΈ•์ 2 Rama I Rd, Wang Mai, Pathum Wan, Bangkok 10330, Thailand


Dah letak luggage, solat jamak dan kemas sikit-sikit kami pun berjalan dalam 100-150 meter ke MBK Centre untuk lunch kat Yana Restaurant yang terkenal. Untuk pengetahuan masa kami ke Bangkok ni rakyat Thailand masih dalam tempoh berkabung dengan kematian raja yang mereka sayangi. Raja Bhumibol Adulyadej, raja paling lama memerintah Negara Thailand. Naik takhta sejak usia 18 tahun dan meninggal pada usia 88 tahun pada 13 Oktober 2016. Rakyat dari seluruh pelusuk Thailand datang ke Bangkok (di Grand Palace) untuk memberikan penghormatan terakhir. Memang kami jumpa ramai sangat pakai baju hitam dan banyak tempat ada berdoa macam gambar kat bawah. Memang mayat tu pun tak dibakar lagi supaya semua rakyat dapat melawat. Nanti kita cerita lagi pasal mendiang raja ni.


Ni depan pintu masuk MBK, ada tempat untuk doakan raja mereka
 
 Yana Restaurant, 5A-05, MBK Center, 444 Phayathai Rd, Khwaeng Wang Mai, Khet Pathum Wan, Krung Thep Maha Nakhon 10330, Thailand
Pintu masuk ke Yana Restaurant
Kita selalu makan makanan Thailand kat Malaysia kan.. tapi bila makan kat sini memang berbeza sangat rasanya. Untuk first time ni kami order nasi putih, ikan sweet sour, tomyam putih dan kailan ikan masin. Ada juga orang Malaysia makan masa kami sampai tu.

Tom Yam putih yang sedap sangat
Kailan ikan masin dengan ikan sweet sour
Rupa ikan sebelum dikerjakan oleh askar-askar yang lapar ;-)
Next stop kami pergi ke Grand Palace (istana diraja) . Ikut plan asal naik BTS Silom Line (warna hijau tua) dari National Stadium ke Saphan Taksin. Ni last station sebelum cross Sungai Chao Phraya untuk naik bot di Sathorn Bridge Pier. Ada dua jenis bot yang boleh bawa kita ke kawasan Grand Palace iaitu Express Boat (bendera kuning) dan Tourist Boat Pass. Nak cerita panjang pun tak boleh sebab at last kami naik teksi je kat bawah BTS National Stadium Station sebab takut lambat.  Grand Palace buka sampai 3.30 petang sahaja. Rupa-rupanya naik teksi lagi lah jammed. Kan macam cerita tadi manusia berbaju hitam punya lah banyak dimana-mana. Jalan banyak tutup. Teksi kami naik pakai meter dan uncle tu hantar tempat turun paling dekat yang dia boleh sampai area Grand Palace tu. Masa tu kami dah risau takut tak sempat. Rupanya dia extend buka sebab ramai pelawat nak lawat mediang raja. Kami pun jalan join the crowd ke arah Grand Palace. Kat bahu jalan banyak syarikat yang buka khemah kecil bagi pelawat makanan dan minuman. Kira macam sedekah kat rakyat yang melawat. Kami ambil jugak air mineral sejuk dengan air oren hehe..
Sampai sana dah berpeluh-peluh masam cari kaunter tiket. Entrance fee 500 Baht (dalam RM40) seorang dewasa dan kanak-kanak sama juga. Orang kat kaunter kata bayar untuk 3 orang je. Beratur nak masuk, orang yang check tiket marah-marah pulak kata kami nak tipu beli tiket 3 je.. ..Papa patah balik, malas nak bertekak beli la tiket satu lagi..Setel.Nak masuk pun kena beratur berleingkar-lingkar sekali dengan geng baju hitam.. memang pelawat tu lebih diutamakan.Mengikut cerita driver kami ( Samat) (nanti kami cerita pasal dia ni), kawan dia yang datang melawat dari pagi beratur, malam baru sampai turn kat mendiang raja tu. Sabar je lah..

Grand Palace , ΰΈ–ΰΈ™ΰΈ™ ΰΈ«ΰΈ™้าพระΰΈ₯ΰΈ²ΰΈ™ ΰΉΰΈ‚ΰΈ§ΰΈ‡ΰΈžΰΈ£ΰΈ°ΰΈšΰΈ£ΰΈ‘ΰΈ‘ΰΈ«ΰΈ²ΰΈ£ΰΈ²ΰΈŠΰΈ§ัΰΈ‡ Khet Phra Nakhon, Krung Thep Maha Nakhon 10200, Thailand
 
Kaunter ticket

Apa yang best sangat pasal Grand Palace ni? Orang kata kalau pergi Bangkok tak melawat memang tak sah lah.. Grand Palace dibuka pada tahun 17822 semasa pemerintahan Raja Rama I. Kod berpakaian pun perlu dipatuhi sama macam orang bukan Islam yang melawat masjid kat Malaysia. Tak boleh pakai seluar pendek, baju tak ada lengan dan selipar.  Grand menjadi simbol keluarga kerajaan Thailand dan pada masa dulu menjadi kediaman rasmi Raja Thailand.

Dalam kawasan Grand Palace ini terdapat kuil paling suci Buddha di Thailand iaitu Wat Phra Kaew yang di dalamnya terdapat patung Buddha yang dikenali sebagai Emerald Buddha setinggi 66 cm berwarna hijau. Katanya juga setiap musim terdapat upacara penggantian baju Buddha yang terbuat dari emas tulen. Hiasan disekitarnya dilukis cantik dan kita dilarang mengambil gambar didalam ini kerana ramai penganut Buddha yang datang untuk bersembahyang.
Di sekitar pintu masuk utama Grand Palace

Sebelum masuk ke Grand Palace
Ramai sangat rakyat Thailand yang menziarahi majlis pengkebumian raja mereka
Mya act like the statue
Kami bertiga lagi. Papa photoghapher of the day as usual
Masam je muka penat kot
Cantik kan
 
Muka nervous ke tu

Last sekali kami ke Wat Pho (Patung Buddha Berbaring) dalam 100 meter dari kawasan Grand Palace. Apa keistimewaan Wat Pho? Patung Buddha ni panjangnya 46 meter berlapis emas tulen. Mata dan kaki patung ini dihiasi dengan mother pearl. Pada masa kami ke sana, patung ini sedang dibaik pulih. Entrance fee ialah 100 Baht dan dapat air mineral sejuk sekali.

Mya terpaksa dikendong oleh Papa setelah penat on the way ke Wat Pho.

Cuaca memang panas, dengan orang terlampau ramai memang kita jadi cepat penat. Mya dah tak nak jalan on the way balik tu. Nak jalan ke arah Sungai Chao Phraya balik naik bot lagi senang sebab petang memang lah lagi jammed. Tapi semua dah tak larat sangat, tak ada pilihan terpaksa lah naik teksi sekali lagi. Kali ni tak pakai meter sebab dia kata jalan jammed. Memang charges  mahal tapi kami pun tak ada pilihan. Balik tu singgah MBK beli sayur dan telur untuk masak dinner. Malam rehat kat rumah je..
Posing pilih sayur kat MBK

Saturday, September 2, 2017

Bangkok, Thailand November 2016 - Part 1

27 November 2016


Bangkok atau Krung Thep Maha Nakhon (กรุΰΈ‡ΰΉ€ΰΈ—ΰΈžΰΈ‘ΰΈ«ΰΈ²ΰΈ™ΰΈ„ΰΈ£) iaitu Bandar Para Bidadari dipilih menjadi destinasi kami pada kali ini. 
 
KUL-BKK (7.50 – 8.55 pm) 2 h 5 min
  • Arrived-Suvarnabhumi Airport

  • Shuttle bus by hotel
  • Check in
At Residence Hotel Suvarnabhumi 
458/4-8 Soi Lat Krabung 24/1, Lat Krabung Road, Lat Krabung District,, Bangkok 10520, Thailand
Phone: +66 2 737 1505

Memang the best transfer hotel ever. Bilik kemas dan bersih, receptionist baik (boleh cakap fluent English) sebab orang Filipine hehe.. Sebelum balik nanti kami stay sini lagi πŸ‘