Sunday, August 25, 2013

Agar-agar milo lapis Oreo yang famous !!

Salam semua pembaca yang budiman...

Kali ni aku nak share satu resepi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni..iaitu Agar-agar Milo Lapis Oreo.
Actually ni kali ketiga aku buat agar-agar ni dalam tempoh seminggu..haaa. over tak? hehhee..bukan makan sendiri pon. Pertama kali buat sebab nak mencuba resepi yang menjadi sebutan ramai ni..bila makan, yummy! memang sedap..esoknya buat pula kali kedua untuk jamuan raya di rumah aku untuk kawan-kawan ofis, dan kali ketiga buat 2 hari lepas untuk Jamuan Raya Smart Reader Kids Haziq dan Mya.
Actually resepi ni diambil dari blog HomeKreation tapi ada beberapa perubahan yang aku buat atas untuk menyesuaikan dengan keadaan.. so ni resepinya..


Saiz: 8" persegi
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar) ~ peket agar2 serbuk aku 7g 
750ml Air ~ air aku perlu dikurangkan kepada 500ml sahaja sebab agar2 pun kurang takut tak keras
160g Gula ~ aku kurangkan sikit sbb tak berapa gemar manis2 guna 100g je
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA-CARA:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.


2. Asingkan 2 cawan  ke daalm periuk yang lain & campurkan milo sehingga sebati.


3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.

First layer..hmm, nampak milo tak larut betul-betul.
4. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaanya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Biskut oreo yang dah bersedia, patahkan sikit-sikit
Lapisan kedua- adunan putih dan biskut oreo

Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

Last layer- adunan milo
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm peti sejuk.
Inilah hasil kesabaran tunggu setiap layer tu keras..huhuhu

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sebab takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dengan baik.

Ni tips dari aku pula:
a. Nak cepat sket keras lapisan tu aku guna kipas stand fan kat dapur ni..hahaha cepat sket keras..kalau tak betul2 keras nanti dia bercampur memang tak cantik.Kalau dah keras sangat boleh refer tips along kat atas tu..
b. Disebabkan campuran seterusnya tu sangat panas, masa melapis nanti sejukkan sikit sebelum tuang (gunakan kipas juga yer) hahaha supaya tidak terlalu menggelegak..nanti bocor pulak lapisan bawah. Pastu bercampur, terus tak cantik..
Jemput makan ye kawan-kawan :)

















Monday, August 19, 2013

Angry bird, anak-anak dan nasi goreng

Sebenarnya dari sebelum cuti raya hari tu lagi dah beli fish cake angry bird ni. Biasa la bulan-bulan puasa ni, Haziq tengok apa pun kat kedai semuanya nak. Tak apa lah, beli makanan je pun kan..Dah masuk dalam peti sejuk, lupa pula nak masak.

Semalam baru teringat ada fish cake ni. Papa masak kan nasi goreng putih + mix vege + ikan bilis ( favourite budak-budak ni), pastu dalam nasi goreng yang tengah nak masak tu campak fish cake ni...Memang sedap rasanya, rasa ikan pejal-pejal sikit. Kalau ikut packaging nya, fish cake ni dibuat di Thailand. Jangan risau, ada tanda halal lagi. siap dapat lesen dari Rozio lagi..

Ni lah dia fish cake Angry bird perisa cheese

Makan dengan nasi goreng...Haziq dan Mya bukan main suka lagi..huhuhu

Saturday, August 17, 2013

Di suatu pagi yang dingin di Jeti

Pagi-pagi hujung minggu lepas solat subuh dalam pukul 6 pagi camtu, kami selalu pergi beli ikan kat jeti / kapal. Tempat ni sebenarnya tempat orang jual ikan kat pasar, beli ikan secara borong pastu jual ikan dua kali ganda mahal dari sini. Ye lah kan kalau malas bangun pagi, pergi je lah beli kat pasar. Tapi bayar mahal la...
Jalan masuk ke jeti..betul-betul tepi laut..
Contohnya : harga ketam kat sini sekilo RM13, sampai kat pasar jadi sekilo RM20- RM25 (tak ingat sebab dah lama tak pergi pasar)...Udang pun sama sekilo RM 15 kat pasar sekilo RM30..Ikan kembong, kat sini orang panggil ikan tamanung (temenung) hmm ikan ni suka temenung kot sebab tu senang kena tangkap..sekilo RM5 kat pasar sekil RM12..

Kesimpulannya, bangunla awal sikit, lepas Subuh tu kan tak baik tido semula..jom beli ikan yang murah dan fresh kat jeti.. Alamak, ni ada gambar ikan je pula..nanti masa pergi bila-bila..masukkan lagi gambar udang ke ketam ke...huhu yelah aku tengah sibuk pilih, hubby aku la snap gambar-gambar ni

Ni timbunan ikan kembong...hmmm sedap nya

Ni lak ikan tenggiri..murah je ni seekor kurang dari RM10
Ikan tenggiri dan ikan tongkol
Ini lah kawasan tempat beli ikan
 Kawasan tempat beli ikan ini sebenarnya pelantar tempat ikan dinaikkan. Ikan yang tak diambil oleh orang kedua (orang yang jual ikan kat pasar) akan dijual lambak-lambak je kat situ. Hujung pelantar ini ada penimbang besar yang timbang berbakul-bakul ikan yang kemudiannya dihantar ke pasar. Sebelah kiri dan kanan pelantar di mestilah laut kan.. Macam gambar kat bawah ni, siap ada lagi nelayan Indon tu bertenggek tengok orang beli ikan...Sabor je lah..




Ni pulak ikan campur-campur..kadang-kadang aku pun tak pasti nama ikan, yang pasti ikan je lah..huhuhu

Inilah ikan kerisi, sedap buah kuah laksa johor ni..hmmm