Sunday, August 25, 2013

Agar-agar milo lapis Oreo yang famous !!

Salam semua pembaca yang budiman...

Kali ni aku nak share satu resepi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni..iaitu Agar-agar Milo Lapis Oreo.
Actually ni kali ketiga aku buat agar-agar ni dalam tempoh seminggu..haaa. over tak? hehhee..bukan makan sendiri pon. Pertama kali buat sebab nak mencuba resepi yang menjadi sebutan ramai ni..bila makan, yummy! memang sedap..esoknya buat pula kali kedua untuk jamuan raya di rumah aku untuk kawan-kawan ofis, dan kali ketiga buat 2 hari lepas untuk Jamuan Raya Smart Reader Kids Haziq dan Mya.
Actually resepi ni diambil dari blog HomeKreation tapi ada beberapa perubahan yang aku buat atas untuk menyesuaikan dengan keadaan.. so ni resepinya..


Saiz: 8" persegi
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar) ~ peket agar2 serbuk aku 7g 
750ml Air ~ air aku perlu dikurangkan kepada 500ml sahaja sebab agar2 pun kurang takut tak keras
160g Gula ~ aku kurangkan sikit sbb tak berapa gemar manis2 guna 100g je
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA-CARA:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.


2. Asingkan 2 cawan  ke daalm periuk yang lain & campurkan milo sehingga sebati.


3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.

First layer..hmm, nampak milo tak larut betul-betul.
4. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaanya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Biskut oreo yang dah bersedia, patahkan sikit-sikit
Lapisan kedua- adunan putih dan biskut oreo

Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

Last layer- adunan milo
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm peti sejuk.
Inilah hasil kesabaran tunggu setiap layer tu keras..huhuhu

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sebab takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dengan baik.

Ni tips dari aku pula:
a. Nak cepat sket keras lapisan tu aku guna kipas stand fan kat dapur ni..hahaha cepat sket keras..kalau tak betul2 keras nanti dia bercampur memang tak cantik.Kalau dah keras sangat boleh refer tips along kat atas tu..
b. Disebabkan campuran seterusnya tu sangat panas, masa melapis nanti sejukkan sikit sebelum tuang (gunakan kipas juga yer) hahaha supaya tidak terlalu menggelegak..nanti bocor pulak lapisan bawah. Pastu bercampur, terus tak cantik..
Jemput makan ye kawan-kawan :)

















No comments:

Post a Comment