Ok kali ni kita belajar buat sushi pulak yer..memandangkan Labuan memang takde sushi..dan kalau nak makan sushi kena ke KK..so inisiatif diambil untuk membuat sushi sendiri.
Sebenarnya cara membuat sushi sangatlah mudah. Cuma perlu rajin dan ada bahan-bahan yang diperlukan. Sebenarnya makan sushi ni, samalah macam kita makan nasi dengan lauk pauk kita tu tapi orang Jepun susah-susah je makan letak lauk siap-siap dalam nasi pastu kena bungkus dengan seaweed pulak..tapi memang makanan yang sihat.
Bahan-bahan untuk isi sushi adalah mengikut kehendak dan kreativiti masing-masing. Berasnya juga kalau dah mati kutu sangat boleh saja guna beras nasi yang kita selalu makan tu. Tapi seaweed-kalau takde memang tak jadi. So, edisi sushi kali ni ialah membuat sushi dengan menggunakan bahan-bahan yang ada kat rumah je..huhuhu..
Ok lets begin!
1. Kena masak nasi dulu.Beras sushi ni nama carlrose yang kami jumpe kat Sogo masa balik raya haritu..Mahal ni, sekilo RM10. Mengangkutla kami bawa balik Labuan. Masak nasi macam biasa guna rice cooker kita tu lah..
2. Lepas nasi dah masak, kaut nasi letak dalam bekas. Sebabnya nak letakkan garam dan cuka sikit, bagi ada rasa dalam nasi tu.Gaul sampai dah sebati.
3. Nasi dah suam boleh la kita mula proses untuk masukkan inti. Ambil kepingan seaweed, letakkan atas plastik. Lapisan seaweed atau 'nori sushi yoki' ni pula boleh dibeli di mana-mana pasaraya. Macam kami beli di Utama Jaya..salah satu leading supermarket di Labuan ni. Harga tak ingat..sebab takde price tag pada plastiknya.
Dulu kami ada tikar buluh tempat nak gulung sushi ni, mana ntah hilang nya. Guna plastik pun boleh je lah.
4. Rata-ratakan nasi macam dalam gambar ni. Nasi ni tak boleh letak banyak sangat nanti sushi jadi terlampau gemuk/besar, tak cantik rupanya. Bila dah rata nasi, tekan-tekan sikit bagi padat.
5. Kemudian, bolehlah kita susun lauk-pauk kita. Aku guna timun, telur dadar, crab stick yang semuanya dihiris halus. Pastu ada juga cuba letak slice cheese, tapi rasanya macam tak ngam. Kami tak adalah hirisan salmon dengan udang.Takpe nanti lain kali aku cuba cari bahan-bahan ni bagi nampak betul-betul macam sushi.
6. Dah susun semua cantik-cantik, bolehla gulung. Masa nak gulung tu, tangan kita kena tekan sikit kat bahagian lauk-pauk tadi. Takut ada yang tergolek keluar.Huhuhu..Dan pastikan kita gulung kejap-kejap supaya mampat isi dengan nasi tu.
Ni lak tangan hubby aku kena paksa gulungkan sushi ni...ye lah dia juga nak makan nanti |
Inilah hasilnya selepas digulung..nampak macam lemang pulak kan |
7. Kemudian bolehla kita potong sushi tu..tara....dah siap pun...
8. Sebelum makan, letak sikit wasabi dan cicah dengan soy sauce...yummy yummy..tak payah lagi ke sushi king di KK yess!
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment