Thursday, September 12, 2013

Welcome on board our new Honda CRV 2013

Sebelum hari raya puasa baru-baru ni atau lebih tepat lagi 26 Julai 2013 kami telah menerima kereta yang telah diorder hampai setahun yang lepas iaitu Honda CRV 2.4. Actually kereta ni dah lama launch kat sesetengah negara macam Jepun, US, UK, even Singapore dan Brunei pada awal 2012 atau hujung 2011 lagi.

Kalau ikutkan hati dah lama sambar CRV generasi ketiga tu. Tapi kena bersabar, sebabnya nak menunggu model terkini. Dulu masa kami beli Civic tu pun, beli bulan 6 2005, hujung tahun tu keluar model baru...tension lah juga..

Tapi kat Malaysia ni punyalah lambat..sampai nak berputus asa pun ada juga.Akhirnya hujung  tahun 2012 yang lalu, masa kami ke showroom Honda untuk servis kereta Honda Civic.

Masa servis tu,kami tanya la sales Advisor Honda tentang CRV yang kami nak booking. Dia bagitau dah boleh mula booking. Jadi kami pun terus booking CRV yang ditunggu-tunggu sejak bertahun lamanya.

Mac 2013 Honda showroom ada   buat launching CRV 2013. Kami ke showroom macam biasa, untuk melihat-lihat kereta  . Masa launching ni juga kami diberitahu CRV ada variant utk 2.4L terus kami tukar amik 2.4L. Banyak juga beza dengan 2.0. Yang penting leather seat( supaya senang nak cuci kalau anak-anak tertumpah something atau termuntah atas seat~ni perkara biasa bagi anak-anak aku yer), ada navigation system(walaupun tak berapa digunakan di Labuan) yang lain-lain tu pembaca sekalian boleh baca kat sini HONDA CRV MALAYSIA  yer.. harga semua ada kat situ..hehehe.

Dari segi pemanduan 4WD, mmg rasa berbeza dengan sedan. Yang penting Honda Civic lebih 'laju' meluncur.Mungkin dengan saiz badannya yang comel.(berbanding CRV lah) hehehe Fuel consumption bergantung kepada gaya pemanduan. Tapi nampaknya tak banyak beza dengan Honda Civic kami yg cc nya 2.0liter tu. Full tank kalau dengan harga minyak RON95 sekarang RM2.10, satu full tank kapasiti 65liter ni lebih kurang RM136.50, tapi so far bila kami isi tak sampai RM100 pun, mungkin sebab masih ada balance sedikit dalam tank dia.

 Auto cruise control pun menarik juga..tak payah penat memijak accelerator semasa memandu jarak jauh.

 . Untuk menghidupkan enjin, CRV ni menggunakan sistem butang push start/push stop. Jangan bimbang, kalau kita tgh drive melebihi 40km/j, jika kita tertekan butang ni, enjin takkan mati. kalau speed below than that, tak tau la macamana. Smart entry key juga satu ciri yang menarik. Dengan kunci di badan kita (dalam beg atau poket) kita cuma perlu sentuh pemegang pintu dan kunci akan terbuka secara automatik. Jadi takpayah la tekan remote lagi. Untuk mengunci pintu, selain menggunkan remote, boleh juga menekan butang hitam yang terdapat di pemegang pintu pemandu atau co-pilot.

CRV  terbaru ni menggunakan camera untuk mengundur. Kalau hujan dan camera terkena titisan air..memang agak kabur, jadi mungkin terdapat sedikit kelemahan di situ. Walaubagaimanapun kita masih boleh memasang sendiri reverse sensor.



Kalau dari segi eksesori memang agak puashati, bagi variant 2.4liter, selain paparan skrin i-mid di tengah-tengah  atas dashboard, terdapat satu skrin sentuh untuk sistem navigation dan audio video. Boleh play DVD, dan sistem audionya mmg puashati. Yang paling best bluetooth enable. So kita just register phone kita via bluetooth, kalau sedang memandu boleh menjawab call tanpa memegang telefon. Semua di hujung jari sahaja yang mana butang-butang semua terletak di stereng sahaja.
Di bahagian kiri stereng adalah butang utk kawalan audio,, handphone kanan cruise control.
.Dengan bluetooth juga kita boleh mainkan semua playslist yang ada dalam handphone kita dengan memilih 'source audio' samada dari sumber FM, USB, ipod atau telefon bimbit kita.

Manakala dari segi safety pula, beza variant 2.4Liter dengan 2.0liter adalah side/curtain airbag. Yang lain-lain sama. CRV 2.4liter ni juga dilengkapi dengan auto  headlight, dan auto wiper. Apa tu yer..ok kawan-kawan boleh google yer. :-)


Ok sekarang mari kita tinjau gambar amatur ni. Kalau nak tgk yg pro punya boleh la google ye tuan-tuan dan puan-tuan

I'm a proud owner of new CRV
 
Butang merah tu adalah push start/off engine. keyless drive.
  
  

baru lepas 'mandi' masa ni..
from instagram

yg ni pon Honda juga..EX5

adik beradik Honda
Adios...
Oklah, nanti minggu depan kami akan ke KK dengan CRV ni. akan update stori-mori especially fuel consumption and so on.

















2 comments: