Saturday, December 28, 2013

Day 2-12 November 2013- Lotte World Theme Park, Seoul, South Korea




Hari kedua kami akan ke Lotte World Theme Park yang terletak di Jamsil. Tempat ni lokasinya di tengah-tengah bandaraya Seoul. Nak pergi pun senang sangat, naik subway, sekali interchange je. Lebih kurang 20minit subway ride dari Myeongdong.

Kami memulakan hari kedua di Seoul dengan bersarapan ringkas di bilik hotel. Kami juga prepare lunch untuk dimakan pada harini di Lotte World. Setel semua kami pun bergerak ke stesen subway Myeongdong, memang dekat je dengan entrance hotel penginapan kami, dalam 50meter je.


Untuk pengetahuan pembaca semua, kalau ke Seoul, korang boleh pilih nak pergi theme park yang mana sesuai mengikut umur anak2. Macam kitorang ke Lotte World sebab anak-anak kami umur 6 dan 3 tahun. Jadi memang sesuai la ke Lotte World je. Kalau ada anak remaja atau 10 tahun ke atas ke lebih sesuai ke Everland. Sebab attraction kat Everland lebih thrill. Kat lotte World ni lebih kepada indoor theme park. Outdoor ada sket, tapi que punya la panjang, sebab ada sikit je. Selain daripada tu, Everland agak jauh dari Seoul City. kena naik bas, sejam lebih juga. Kalau budak2 besar sikit mungkin sesuai ke Everland.
 


Lotte World ni attached dengan Lotte Departmental Store. Masa kami sampai tu lalu gak kat mall dia. Tapi tak beli apa-apa..sebab selain harga lebih kurang di Malaysia, choice pun tak berapa banyak. Banyak local brand item je.


 So kita cuci mata je la..Bajet pon takde sebenarnya untuk shopping. Hehhehe..

Sampai je di entrance kami pon memilih la tiket yang sesuai untuk kami sekeluarga. Mama n papa ambil tiket indoor n outdoor, Haziq ambil tiket kids, mya amik tiket toddler, total cost lebih kurang KRW130,000 ~RM390.


Tiket kami 2 adult, 2 child
Kaunter tempat beli tiket
 
Kalau tak pasti jenis tiket yang nak diambil, kite boleh consult dengan krew Lottte world di kaunter tiket yang boleh berbahasa inggeris. Memang sangat helpful.


Setel urusan membeli tiket kami pun masuk ke indoor theme park.
Posing dulu sebelum masuk
Tingkat bawah sekali tu ada tempat main ice skating
Ramai budak-budak sekolah tadika buat lawatan pergi sini
 
 First attraction yang kami mesti naik ialah hot air ballon..que boleh tahan juga. Tapi tak de lah panjang sangat. Dalam 15-20min je. Ride ni memang menarik..tengok tu..

Ada show kat Garden Stage. Tapi masa ni kami tengah naik belon..hahha
Haziq n mya memang enjoy. Mama n Papa layan je la. Then kami juga masuk animal theater dia..hahaha..yg ni memang kelakar..dan bosan. Mya n haziq pon ternganga2 sebab tak paham apa2.. bahasa korea. Kami juga try show mcm motion monster, alladin cruise dan ada beberapa lagi indoor ride.
Ini lah animal theater yang cakap korea je..memang tak faham ape

Then its time for lunch. Kami bawa bekal nasi dan makan dengan sambal ikan bilis kering, serunding dan beli air mineral dan juice sahaja di sini. Duduk kat picnic area. Satu yang best kat korea ni, diorang tak strict sangat dengan bekal makanan yang kita bawa sendiri, tak macam Disneyland Hong Kong. Habis dia inspect satu-satu dlm beg. susu n bekal makanan bayi je lepas...

Settle lunch, makan buah sikit sebab takde sayur..kat Lotte World ni ada parade. Rasanya sejam sekali je kot..Kami pon layan la juga parade dia...Parade sempena Krismas. Macam biasa the kids really enjoyed it. Tapi character tak kenal pon..tak macam kat Disneyland.. Then kami bergerak ke Outdoor theme park.


Kereta aiskrim antara yang ada masa parade tu

Sebelum keluar mesti pakai jaket n glove semua tau. Sejuk betul hari ni suhu 3degree..terketar2 anak2. Kat luar ni view memang sangat awesome! Haziq n Mya sempat layan few ride..Mama n Papa bosan..ride yang sangat kanak2 ribena. Yang ride untuk adult panjang betul que. Masa jalan2 kat outdoor themepark ni ada gerai2 yang jual makanan macam sosej, taebokki, kebab, waffle dan poopcorn. memang tak boleh nak makan..mujur la kami nampak jagung..boleh juga beli. Tapi aku tak berapa gemar jagung korea, sebab rasanya berpulut. Mya n Haziq makan je sebab lapar..

Ni je lah outdoor ride yang budak-budak boleh naik. 3 round lah jugak budak korea tu layan
Antara permainan outdoor yang ramai sangat orang que.. huhu.. tengok pun seram je


Jalan-jalan, kami sempat juga bergambar kat area tasik. View memang sangat stunning.. Pokok autumn tengah puncak musim..so daun-daun sangat colorful. Kat sini memang takde surau, so kalau nak solat cari je kawasan yang tak ramai orang, bentang sejadah ( kami bawa sejadah travel yang nipis tu). Wuduk di toilet saja. Qiblat cari guna iphone,then solat jamak siap-siap..Kan Islam tu indah dan agama yang mudah. Kita boleh beribadat di mana-mana, tak semestinya di surau atau masjid kan?

Haziq dan Mya berposing sambil tahan sejuk

Pokok dengan daun autumn

Solat memang menggigil kesejukan, masa sujud tu nak beku hidung..hehehe..Selesai solat sambung sikit lagi ride n show, pastu kami ke indoor semula. Nak cari sedikit cenderamata dari Lotte World. Tapi sedih.. tak banyak item selain soft toy character. Magnet atau keychain tak ada sangat. harga pun boleh tahan mahal.

Jam menunjukkan dah lewat 6 petang. So kami pon nak beransur dulu. Sebelum naik subway kami ke. supermarket nak beli susu pisang, telur dan sedikit barangan keperluan yang terlupa nak bawa dari Malaysia. Harga macam biasa lah, agak mahal kalau convert. So sila jangan convert sangat ok.hehehe..Haziq n Mya tak sibuk sangat nak itu ini macam coklat dan makanan ringan sebab dalam bagpack yang papa bawa penuh dengan kitkat, sneakers, cadbury, loacker from Malaysia..hehehe..

Oh lupa, sebelum naik subway sempat kami beli shrimp burger kat Lotteria. Shrimp burger je yang boleh makan. Meat n chicken tak boleh beli..Makan burger seround( take away dan makan di luar restoran kat seating area mall je) then kami pon balik. Sampai hotel macam biasa, siapkan anak-anak, makan nasi dan maggi bekalan kami.

Malam ni kali kedua papa hantar ke laundry. Senang je sebab self service, coin operated.Laundry ni kat dalam hotel plak tu. Sambil menunggu baju dibasuh dan mengering, bolehlah ke common area di level yang sama. Area ni ada provide coffee and tea facilities, massage chair, tv, magazine, brochure dan pc berinternet. Tapi papa malas nak tunggu..balik bilik, then naik semula check kain.So memang mudah, baju kami tak payah bawa banyak sgt. Tapi baju kain getah tak boleh masuk eh, nanti rosak kena dryer dia.

End of day 2.. hari ke tiga kami ke Nami Island, akan diupdate dalam next entry.

Tuesday, December 24, 2013

Day 1-11 November 2013 Manila to Seoul, Korea


 Setelah hampir 10 jam transit yang tak best kat epot Manila, hati kami berbunga-bunga ke boarding hall untuk flight ke Incheon.

Ready to check in di tengah malam..
Macam yang dah aku cerita aritu, kami naik Air Asia Zest. Flight dari Manila bertolak jam 12.10 am. Haziq yang kepenatan start tido dari sofa yg selesa di Burger King airport, sampaila check in pun tido lagi,laluan kastam dan sehinggalah boarding time. Mya pun dah mula kepenatan sebab tak tido2 pun dari siang tadi. Ingat kan flight tu tak full.Aku ni fikir2 sape lah nak naik pergi Korea dari Manila ni kan..Naik je fuhhh full giler..ramai betul  Korean nak balik kampung..hahahaha..Seat Zest Air ni la sempit, keras-keras..bila diaorang duduk tu, hah memang muat2 je..

Aku dok dengan Haziq dan Mya dengan papa. Sebelah haziq tu, ada pakcik (ahjusi) Korea. Baik je dia. Masa Haziq tido siap suruh luruskan kaki Haziq letak atas dia. Kesian kot dia tengok Haziq tido berkerengkot.Aku cakap takpe takpe. Macam biasa lah pakcik tu tak faham English. Sebelah Mya dengan papa ada sorang awek Phillipines. Dia nak gi Korea jumpa tunang dia yang sambung belajar kat sana. Almaklumlah, 11 November kan pepero day. Diaorang pun declare tarikh yang sama. Minah ni lah yang cite orang Korea ramai pergi Manila sebab nak belajar English.

 Betul jugak tu, kalau nak pegi Europe jauh sangat lah pulak. Patutla diaorang ni ramai sangat malam kitaorg naik flight ni.Satu yang best naik Zest Air ni dia ada provide free food. Eh, free pulak kan. Dah dia bagi, ambil je la.Tapi tengah malam(awal pagi la kan) tu, dia bagi bun yang ada beef adobo dan tuna. Mestilah beef tu kami tak boleh makan. So kami ambil tuna. Tapi aku tak makan juga, mengantuk sangat. Selain tu dalam packaging food tu ada dried mango dan peanut..ooo dried mango tu memang sedap. Ok..pastu kita sambung tido.

Perjalanan dari Manila ke Korea sebenarnya mengambil masa 4 jam tapi disebabkan masa Korea cepat sejam kami sampai Incheon International Airport pukul 5.10 am ( Malaysia dan Filipina 4.10am.) Selesai urusan kat imigration, papa pergi solat Subuh. Kemudian kitorang cari tempat sewa portable wifi yang kami dah booking siap2 dari Malaysia via online.
Alhamdulillah, finally we arrived!!! Penat tak boleh nak cakap..hahahha

Mya yang masih tak cukup tido, tapi alhamdulillah sihat je budak-budak ni
Sarapan kami pagi tu ialah nasi Korea dan susu pisang. Beli di convinience store di Incheon Airport. . Kami juga beli T-Money kat G-Mart. Aku jaga budak2. Mya tido atas stroller. Haziq pula dah bertenaga berjalan sana sini. Kat dalam airport ni cuaca tak sejuk pun, ye lah kan diaorang pasang heater. Sekali sekala pintu keluar tu terbuka..huh sejuk giler angin tu bertiup masuk..Bila papa dah siap semua urusan, Mya pun dah bangun, kami breakfast sikit makan nasi korea tu, minum susu pisang dengan makan burger KFC yang kami beli kat KK sebelum datang semalam. Boleh la untuk alas perut


Kami beli tiket airport limo untuk ke Myeongdong. Hehehe..actually Airport Limo ni ialah bas ke Seoul Downtown, di mana kami akan berhenti di Sejong hotel, iaitu perhentian terakhir yang terletak di Myeongdong.  Bas ni bernombor 6015, dan tunggu di pintu keluar departure, sama macam naik teksi.

Yang penting harga tambangnya sangatlah murah, iaitu KRW10,000 seorang + KRW5,000 untuk kanak-kanak (Haziq je) .So total KRW25,000 .Lebih kurang RM75. Kalau naik teksi KRW60,000. Lebih kurang RM180, jauh kan ?

Keluar je dari arrival hall airport masa nak tunggu bas tu, fuh..sjuk betul..menggigil okeh! Winter jaket, muffler, glove semua dah siap disarungkan. Cakap pun mulut berasap je..Suhu pagi tu lebih kurang 2degree celcius.
Mya tengah test cakap-cakap nak tengok asap keluar dari mulut..huhu

Ahjusi driver tu memang sangat efisyen bekerja. Beg- beg dia akan tag dan simpan di ruangan kargo di bawah, beg yang kecik sikit boleh bawa naik atas. Dalam bas sangat selesa, mata memang dah mengantuk, tapi budak-budak tu tengah segar bugar. Maklumlah, dah puas korang tido.
Kami decide naik bas sebab hotel penginapan kami di MyeongDong tu dekat sgt dgn perhentian bas yang terakhir. Plus kalau sampai awal pun kami tak boleh check-in bilik hotel kami. Yang penting boleh save banyak juga kan.

Dalam perjalanan ke Seoul, kami sempat menikmati keindahan musim luruh di sepanjang perjalanan tu. Sambil-sambil tu mata dok tengok kereta di jalanraya semuanya Hyundai. Memang mereka ni sangat menghargai produk keluaran negara sendiri nampaknya. Berpuluh-puluh jenis model kereta Hyundai yang kami nampak..Design memang dasyat dan gempak. 
Ni keadaan dalam bas tu..macam bas express kita lah, tapi jangan lupa pakai seatbelt, nanti ahjusi driver tu marah..
Permandangan odw ke hotel..ada kincir angin
Tiba je di Nine Tree Myeongdong Hotel , memang tak boleh check in sebab bilik belum ready. Tapi masa tu kami memang totally exhauted. Bayangkan dari pagi semalam keluar rumah di Labuan, ke KK, Manila, pagi Isnin baru kami sampai di Seoul.
Floor Guide nine tree myeong-dong
Ni gambar hotel dari webpage, memang tak sempat kitaorang nak snap gambar hotel..hahaha
 
 
 Bila ditanya-tanya denagn awek korea receptionist hotel tu, kami insist to  check in. Ask her for an available room, tak kisah berapa pun bayaran. Dia kata kena bayar RM200++. Masa tu memang tak kisah sangat, sebab dah penat giler okey. Tetiba dia kata takde bilik kosong..arghhh..penatnya. Nak buat camna. Kami ke toilet, buat apa2 yang patut, ambil barang yang penting pastu kami pun mula merayap di sekitar kawasan Myeongdong yang happening ni..


Tengok je kawasan sekitar terus hilang penat. Cantik sangat..kedai-kedai semua cantik-cantik, wangi dan kawasan Myeongdong ni sangat bersih. Semua brand ada di sini..Tapi kami tak berminat sangat nak shopping, sebab bukan tu tujuan utama kami ke Korea ni kan? hehehe.

Misi kami pagi tu ialah mencari MPlaza yang terletak few blocks away from our hotel. Kenapa nak pergi MPlaza yer? Sebabnya, di sini you all boleh pakai pakaian tradisional masyarakat korea iaitu Hanbok!Yang paling best its free! yang tak best you just have 20 minutes untuk tergedik2 posing dengan baju tu. Adoi..kejapnya..takpelah, yang penting kita dapat try Hanbok. Sebab memang  malas dah nak cari di tempat lain. Senang sangat nak jumpa MPlaza ni. Masa kami sampai sesi pagi full, so dia suruh kami book petang. Ok kami book pukul 2 petang.

Haa, ni M-Plaza..ada escalator..korang naiklah tingkat 3
Meanwhile, kami cari makan dulu di Restoran Agra, Indian cuisine di blok sebelah MPlaza ni juga. Eik!..semua main blok sebelah sebelah yer..tapi memang betul. Sebab Myeongdong ni sangat pack dan semua benda ada. Hehehhe..Nanti jam 2 pm kena ke MPlaza semula.

Kami lunch di Agra Restoran makan nasi beriyani, dengan roti nan. Roti nan dia memang sedap, ke aku rasa sedap sebab lapar sangat? Yang lain ok la juga, not bad.Yang best tempat makan dia ada bilik2 yang special untuk setiap kumpulan/family yang makan. Siap pintu berlangsir. Sempat juga kami landing atas sofa dia tu. Tetiba datang pulak mamat waiter Indian kacau daun hahahaha.Tapi dia paham, customer dia semua penat2. Dia siap suruh kami teruskan berbaring sementara tunggu makanan kami hehehe..By the way, waitressnya pulak awek-awek korea yang comey lotey, tapi haram paham English sepatah..
Testing-testing...hmm boleh lah makan ni anak-anak



Selesai makan di Agra, lebih kurang jam 1 pm. On the way balik sempat la grab sandal Crocs di butik Crocs yang sangat best..sebab dalamnya selesa, ada coffee, kids playing area, dan agak panas. Sejuk beku oo duduk di luar masa ni. Harga Crocs nya lebih kurang di Malaysia dan HK, tapi yang bestnya sangat banyak choice!




Anak-anak lah yang dapat sandal, mama tukang bayar je..

 Balik ke hotel,  kami dapat check in bilik.Arghh leganya..Sampai bilik kami pun teruslah mandi..sehari setengah tak mandi..nasib baik tak berapa berpeluh sebab cuaca sejuk. Kalau berpeluh mungkin kambing pun lebih wangi dari kami kot..hahahaha...
Selesa masuk bilik tengok katil bersih..hahaha..macam nak tido je..
Ok..its almost 2pm... selesai mandi dan solat kami gerak ke MPlaza.

Apalagi..kami pon bermulalah amazing race dgn anak2..dengan winter jaketnya lagi. Sebab staf dia bagitau kalau lewat 5 minit sesi kami dibatalkan. Punyala kami berlari. Sempat juga..ok..ni la hasil nya..ermm..kelakor..tak tau nak pilih hanbok yang mana.Mama plan nak pakai hanbok pink, sebab tudung pink. Sudahnya, papa pakai hanbok petani, mama pakai hanbok orang gaji..yang anak2 pakai hanbok kanak2 biasa..hahaha..tak merasa nak jadi raja dan permaisuri sebab salah pilih hanbok..hahaha kelakar kan. Sebab kami pun bengong2.. mana la tau yang mana hanbok bangsawan yg mana rakyat marhaen punya dok? Minah staf tu pun nak cepat ajer..maklomlah free kan uols..kkekeke..takpe lah, janji hanbok. Korang pon taktau kalau aku tak bagitau ni kan.hehehhe.

Silakan masuk..


Siapkan anak-anak dulu
ok, dah ready semua
Ni lah hasilnya, keluarga petani dan orang gaji...hahahaha



Masa nak bergambar ni memang kelakar..mama asyik berebut props dengan minah kenit tu. Mya siap tak bagi mama pegang kipas pink berbulu-bulu tu, dia kata dia yang punya..amboi..geram betul. Redho je la..mama  dapat kipas tak cantik je..Mya oh Mya..tengok tu, bukan main lagi..20 minit..serius memang tak sempat..nak gaduh dengan budak kecik lagi..hahahaha

Usai acara gedik santai, hari masih muda, lebih kurang pukul 2.30pm.Eh yela kan..pakai hanboknya 20minit je, siap2 kami pon keluar dari MPlaza,macam ok je lagi semua orang ni, terus decide ke Trick Eye Museum yang terletak di Hongik University, naik Subway je. 


Bermulalah episod naik turun subwaynya yang ada berbelas line tu. Mujur juga kami dah download siap2 apps Jihachul (subway) dalam handphone sebelum kami ke Seoul. Dari situlah kami study map route dan juga plan our itineraries(dari Malysia pun dok try2 apps ni)..totally useful!



Dengan hampir 15 line yang berbeza warna (ada yg warna lebih kurang lagi tu)..cukup membuat beginner macam kami yang bawa 2 orang kids ternganga membaca map setiap kali nak naik dan turun subway. Walupun pernah ada experience kat HK dulu tapi yang ni mencabar juga. Di sini kami habaq siap2 kat hangpa ok, subway station di Seoul ni, tak berapa elderly and children friendly, maksud kami dari segi kemudahan macam lif dan escalator. So be prepared with the steep stairs and thousand of user in the station. The interchange between line pon boleh tahan jauh..huuuuu..rasa2 mau 1 km kot..
 

Syukur, me n my other half fast learner (kahkahkah puji diri plak). Kami cepat je boleh adapt dengan sistem subway nya. I think Seoul subway system better than Hong Kong, ntah la..mungkin perasaan kot..tapi memang betul okeh! Dalam subway pon Korean sangat menghormati elderly dan pregnant mom. (and mom with kids too! ) Syukur..Mya dan Haziq selalu dapat tempat duduk.
 

Ok..dari Myeongdong station kami ke Hongdae Station yang mana di sinilah terletaknya Trick Eye Museum dan Ice Museum. Sebenarnya di sini juga terdapat Hongik University. So ramai lah student2 muda mudi di sini. Jalan di sini sangat cantik, subhanallah..tengok tu pokok yang kekuningan. Dalam hati tak sudah-sudah mengucapkan syukur kepada Maha Suci Allah. Suhu hari tu sangat sejuk. 0 degree celcius..sejuk oooo...tapi takde pulak snow.. hahaha



Kami berjalan kaki tanpa sesat ke Trick Eye Museum. Masa ni Mya dah mengantuk sangat macam baby..dan dia tdo je..tengok tu.
Sepanjang jalan odw ke Trick Eye Museum tu memang sibuk la kami snap gambar



Ok ni semua gambar yang sempat kami snap di Trick Eye Museum..Maybe orang Malaysia dah tak berapa heran,  sebab kita ada i-City, so kita ada our own Trick Eye Museum dan Ice Museum juga, tapi kami tak pernah pergi pun..

Haziq beli tiket dulu..






Dah nak keluar tu tiba-tiba Mya bocor lak pampersnya. Habis sampai ke kasut, bergenang-genang dan ini menjawab persoalan kenapa Mya tak pakai kasut,(kasut dia basah kena poopoo dia). Dapat salin baju dan jeans je, nasib bawa spare.Mujurlah papa dukung Mya (kat tangga2) dan naik stroller whenever possible.
 
Ni dalam Ice Museum





Nasib juga lah baru je beli sandal Crocs Mya siang di Myeongdong. On the way balik tu, ramai yang tegur nape Mya tak pakai kasut dengan stokin, sebab cuaca sejuk sangat. Nak beli stokin, area tu tak jual lak, stokin budak-budak, last-last kami bungkus je kaki dia dengan gloves..hahaha..haru-biru betul.

Sampai di bilik hotel hari dah malam, semua orang memang dah penat.Masak nasi dan makan bekalan kat bilik je malam tu....End of day 1.