Hari kami sampai ke KLIA tu papa plan dengan adik beradik papa nak pegi IOI City Mall dekat Putrajaya. Tujuan utamanya ialah nak pegi bawa Mya dan Haziq ke Icescape Ice Rink. Untuk maklumat lanjut korang boleh baca dekat blog ni. Tempat ni merupakan ice rink yang terbesar di Malaysia selepas Sunway Pyramid.
ICESCAPE ICE RINK by Rollingrace.com .
Dia ada buat full review tentang tempat ni.
Secara ringkasnya kalau korang nak pegi sini, boleh bawa
i. stokin tebal (dijual di sini RM6 per pair)
ii. glove (kalau tak bawa boleh beli sini) RM10 per pair
iii. sweater/jaket
iv. makanan ringan atau minuman.
v. telekung solat utk wanita (surau dlm area ice rink)
vi. tikar upin ipin (kalau nak lepak lama2 mcm we all..heehehehe)
Entrance fee : RM25 (weekdays) RM30 (weekend, school holidays, public holiday) per entry-tak boleh keluar masuk..
Opening hour : 10am-10pm daily
Ice Resurfacing Schedule : 2.30pm, 5pm, 7.30pm
Okay, kalau nak bawa anak-anak main sahaja dan tak main kena bayar RM7 (if I am not mistaken)
-multiple entry
Ok.. sampai je kat tempat ni berjumpa lah dengan cousin Mya n Haziq yang sangat happening.
Dzara, Raziq, Maryam, Umar, Dayah dan kakak2 Anis Aisyah dan Shasha.
so ni gambar2 hari tu, happy betul dorg main..
Mya's Pre-Celebration Birthday
Sehari sebelum kami balik ke KL, Mya sambuat birthday dengan sepupu2 lagi di Bangi. Potong kek dan makan2 di Restoran Pondok Bangi Avenue je.. anyway Mya sgt happy! Happy 7th Birthday Mya!!
No comments:
Post a Comment