Ni exit 3. Opposite Hamilton Hotel |
Terus dari exit 3 tadi akan nampak balai polis ni. |
Kedai makanan halal memang banyak di kawasan Itaewon ni (ni kasawan sebelah balai tadi) |
Kat jalan ini kawasan kedai jual makanan halal. Selain Muree Restaurant, ada juga beberapa restoran halal yang lain. Ada satu restoran makanan Indonesia nama Siti Sarah..hehehe..
Restoran Siti Sarah (gambar ni kami ambil on the way balik) |
Soping manisan kat Salam Bakery...huhu |
Ni la Restoran Muree |
Restoran
Muree ni diuruskan dan dimiliki oleh pasangan suami isteri. Si isteri
merupakan orang Korea, manakala suami pula Arab.. Waiter dan cashier
adalah si isteri dan suami tukang masak..hurmm.. jimat kos ni..
Dah alang-alang sampai sini, dengan penat mendaki nya, lapar nya lagi, kami order la habis-habisan..hahaha..amik kau..bibimbab, bulgogi, roti nan lah..macam-macam. bibimbab tu kami order dua set. makanan dia sedap lah, tapi portion dia sikit je untuk kami yang kelaparan ni..hahahaha..masa kami makan ni ada geng pakai tudung tak tau la dari Malaysia ke Indonesia pastu ada family yang ni confirm dari Malaysia. Kedai dia kecil dan sempit sikit. Bertebaran barang kami. Dengan winter jacket la, beg lah..huhuhu
Bibimbap with side dishes |
Di sini
kami order makanan Korea iaitu bibimbap set dan bulgogi. Bibimbap
adalah set nasi yang diletakkan daging, sayuran sos dan atas sekali
diletakkan telur mata masak separuh di dalam mangkuk. Ada juga dia bagi
kimchi dan beberapa condiment lain. Cara nak makannya, gaul rata semua
dalam mangkuk (kami tak buat macam tu sebab anak-anak memang tak makan
nasi bergaul-gaul macam tu) ..Selain
daripada tu kami juga order bulgogi, roti nan dan nasi kosong. Bulgogi ni ialah
daging lembu yang dimasak dengan sos macam kicap..kalau tambah lada
hitam jadilah masak kicap kita tu..hehehe..tapi yang ni style korean.
Daging cincang tu pula sangat lembut dan manis.
Tapi 2 set makanan ni memang tak cukup, sebab kami makan berempat. So kami order lagi satu set bibimbap..Total cost lunch kami hari tu ialah KRW 78,000. ~ RM220..wow. takpe sekali sekala..
Bulgogi |
Alhamdulillah
dah kenyang pun..Kami bergerak ke Itaewon Mosque. Siapa yang datang
makan kat Muree ni, mesti akan ke masjid ni untuk solat.
Untuk
ke Masjid ni kena mendaki bukit sikit lagi..aduh..banyaknya lah bukit
di Seoul ni..dan dalam kesejukan, kekenyangan dan kepenatan tu,
berjumpalah kami dengan Masjid Seoul..Alhamdulillah..
Masjid
di sini dibina hasil sumbangan oleh komuniti minoriti Islam yang
berasal dari Pakistan, Arab dan India.. Kebanyakannya yang menjalankan
perniagaan sejak sekian lama di Seoul. Jadi tak hairanlah banyak kedai
makanan halal di kawasan Itaewon ni.
Di
kawasan Masjid Seoul ni juga terdapat Pusat Perkembangan Agama Islam,
tadika dan bilik seminar untuk tujuan pengajian agama Islam. Dari
perbualan dengan beberapa masyarakat Islam Korea dan pembacaan kami,
Islam semakin diterima di Korea. Minat mendalami dan menganut agama
Islam semakin subur di sini. Syukur Ya Allah..
Macam biasa solat Jamak Asar dan Zohor di sini. Sempat berdoa semoga agama Islam semakin berkembang dan diterima di bumi Korea.Di
sini kami berjumpa lagi sekali pelajar Malaysia yang kami jumpa pada
malam sebelum tu. Mamat ni travel alone di Korea ni, 2 minggu..Kalau tak silap belajar kat politeknik kat Kedah.
Destinasi seterusnya Seoul Tower a.k.a Namsan Tower yang terletak di Namsan, cuma seberang jalan dengan hotel penginapan kami di MyeongDong. Destinasi terakhir sebelum berakhir hari keempat..huhu..penat betul harini...
Bersambung dalam next entry, part 3 day 4.