Kembara ke bumi Korea bersambung hari ini dengan 3 tempat utama yang kami plan dalam itinerary kami. Perjalanan kami pagi tu awal sikit sebab dah tak payah nak prepare makanan untuk lunch. Lunch tu kami bercadang nak makan kat Muree Restaurant, restoran muslim korean yang terletak di Masjid Seoul, Itaewon.
Disebabkan hari keempat kami terdapat 3 tempat utama dalam plan, so aku bahagikan entry ni kepada 3 part.
Tempat pertama yang kami tuju pagi tu ialah Aiins World. Aiins World terletak agak jauh juga dari pusat bandar iaitu di Buncheon, nak dekat sampai kat Incheon jugak lah. Sebenarnya Aiins World ni kami pilih masuk dalam list untuk cukupkan tempat melawat dalam iternary ni. Kalau ikutkan aku nak pergi Everland. Tapi risau budak-budak ni penat sangat sebab dah pergi Lotte World. Tak pe lenkali boleh pergi Everland pula.
Aiins World ini ialah open garden yang ada miniature-miniature bangunan
dari serata dunia.. Orang kata around the world in one day. Kalau mercu
tanda Malaysia kita akan jumpa KLCC. Perjalanan dari hotel lebih kurang
sejam
dari Myeongdong station ke Seoul Station untuk tukar line ke Songnae
station ( Incheon bound). Cuaca sejuk rasa macam nak tido je sepanjang
perjalanan, tapi Haziq dan Mya bukan main cergas lagi. Risau pula
berlari-lari dalam train.
Sampai kat Songnae station, kami decide memang nak naik teksi sebab
malas nak tunggu lama. Dalam nak mencari teksi, masa kami turun subway
tu sayup-sayup dengar suara orang bergaduh. Rupa-rupanya ada makcik
Korea tengah bertengkar dengan orang yang kerja subway tu. Suara memang
kuat gile. Semua orang lalu lalang situ memang buat tak peduli pun.
Pakcik subway tu pun buat tak tau gak.Makcik tu je yang over nya.
Hahaha..Ntah apa yang diaorang gaduh pun tak tau.
|
On the way ke Aiins World, dalam teksi... |
Tambang
teksi kami KRW3,100 ~ RM15. Sampai kat situ memang sunyi je. Tak ada
orang sangat datang melawat kot. Entrance fee lebih kurang
KRW10,000~RM30 untuk dewasa, kanak-kanak 3-12 tahun KRW5,000~RM15
seorang. Cuaca masa tu sejuk sangat. Budak dua orang ni macam biasa lah,
sibuk berebut coklat lah. Nak air lah. Diaorang tak suka sangat tengok
bangunan kecik ntah apa-apa bangunan pun tak tau.
|
Yang sebelah kanan atap biru tu lah tempat masuk.. |
|
Dari sini perjalanan kami bermula...jeng jeng jeng... |
|
The Parthenon, Athenian Acropolis, Greece, |
|
Saint Basil's Cathedral, Kremlin, in Moscow, Russia. |
|
Dedaun musim luruh.. |
|
The Abu Simbel temples in Nubia, Southern Egypt |
|
yayy.Haziq dah sampai 'Egypt' |
|
Gunung Fuji Japan |
|
Papa n Hercules.. |
|
Mama dah sampai New York |
|
Kekanak tadika.. |
|
Alahai..lupa la apa ni...Beijing kot.. |
|
Taj Mahal.. |
|
Pagoda in??? |
|
Goengbokgung Seoul Korea.. |
Aiins World ni sama je konsep dengan melawat bangunan miniature di Taman Tamadun Islam di Terengganu tu kalau di Malaysia lah.Ok
kat sini korang boleh jumpa miniature Eiffel Tower, Pisa Tower, Piramid
Giza, Taj Mahal, Statue of Liberty, London Big Ben, dan banyak lagi
lah..Budak-budak ni cuma kenal KLCC je. Sabor je la..Korang layan lah
gambar ni..banyak sangat gambar, yang ni je lah kami letak kat sini.
|
Feeling-feeling kat Eiffel Tower..hahaha bila ntah boleh pergi yang betul-betul yek |
|
Miniature colosseum |
Masa kami melawat tu jumpa sekumpulan pelajar tadika yang comel2.. sebaya Haziq dan Mya..silap2 Haziq ni boleh tertukar dengan anak2 Korea tu..kan mata dia sepet..tengoklah gambar tu..hehhehe...
Mama dengan papa je sibuk-sibuk paksa amik gambar..hahaha..Lepas jalan-jalan tu, kita akan keluar entrance yang melalui kedai-kedai dia. Kami cari juga fridge magnet Aiins World ke, hmmm tak ada pulak..nasib baiklah ambil gambar buat kenangan.
|
Jumpa pokok yang colorful je mesti amik gambar.. |
Dalam pukul 12 tengahari camtu kami keluar dari kawasan Aiins World.Nak tunggu bas tak nampak bayang. Teksi pun tak nampak muka. So, kami decide nak jalan kaki sepanjang jalan raya kat depan tu. Mana lah tau terserempak dengan teksi ke bas ke. Lama gak berjalan ni baru lah jumpa teksi. Ahjussi tu tak faham sangat, tapi bila cakap jihacul dia angguk-anguk. Dia tak hantar stesen Songnae tadi, rupanya dia hantar kat stesen yang paling dekat dengan Aiins World iaitu Bugae . Tak apalah. Paling penting jumpa semula subway.
Dari Bugae kami terus ke Itaewon. Perjalanan makan masa sejam lebih juga. Sebab kena tukar beberapa line.Next destination kami pergi mana ye? Tunggu. ok...Part 2 day 4 akan menyusul dalam next entry ok!Doa-doa lah cepat siap entry by entry...fuhh
No comments:
Post a Comment