Sunday, February 23, 2014

Day 4 Part 2 : Masjid Seoul (Itaewon) dan Muree Restaurant.

Perjalanan harini diteruskan ke Muree Restaurant, Itaewon untuk lunch kami. Sampai kat stesen Itaewon, kami keluar exit 3.

Ni exit 3. Opposite Hamilton Hotel
Terus dari exit 3 tadi akan nampak balai polis ni.

Kedai makanan halal memang banyak di kawasan Itaewon ni (ni kasawan sebelah balai tadi)
 Terus menyusuri jalan tu sampai nampak simpang berbukit sebelah kanan. Proses pendakian bermula dan ending sampai orang nampak ada satu simpang besar sebelah kanan. Pastu memang mendaki bukit dalam 10 minit juga kot. Memang sakit pinggang lah time ni. Mama tolak stroller dengan Haziq yang berat, papa lak dukung Mya.Kalau terus lagi jumpa sekolah. Kalau dalam gambar kami kat bawah ni yang ada lori biru tu lah ending pendakian tadi. Kawasan yang ada pokok kuning tu dah kawasan sekolah.

Kat jalan ini kawasan kedai jual makanan halal. Selain Muree Restaurant, ada juga beberapa restoran halal yang lain. Ada satu restoran makanan Indonesia nama Siti Sarah..hehehe..

Restoran Siti Sarah (gambar ni kami ambil on the way balik)
Ye lah kalau ke Korea, mestilah nak makan makanan Korea kan..jumpa pula yang halal..memang rugi kalau tak cuba..Mula-mula akan jumpa Salam Bakery kat sebelah kanan jalan, jalan terus sampai jumpa simpang, masa ini ambil simpang yang kiri. Jalan lagi sampai jumpa Muree Restaurant sebelah kiri..Alhamdulillah dah sampai pun......
Soping manisan kat Salam Bakery...huhu
Ni la Restoran Muree


Restoran Muree ni diuruskan dan dimiliki oleh pasangan suami isteri. Si isteri merupakan orang Korea, manakala suami pula Arab.. Waiter dan cashier adalah si isteri dan suami tukang masak..hurmm.. jimat kos ni..


Dah alang-alang sampai sini, dengan penat mendaki nya, lapar nya lagi, kami order la habis-habisan..hahaha..amik kau..bibimbab, bulgogi, roti nan lah..macam-macam. bibimbab tu kami order dua set. makanan dia sedap lah, tapi portion dia sikit je untuk kami yang kelaparan ni..hahahaha..masa kami makan ni ada geng pakai tudung tak tau la dari Malaysia ke Indonesia pastu ada family yang ni confirm dari Malaysia. Kedai dia kecil dan sempit sikit. Bertebaran barang kami. Dengan winter jacket la, beg lah..huhuhu

Bibimbap with side dishes

Di sini kami order makanan Korea iaitu bibimbap set dan  bulgogi. Bibimbap adalah set nasi yang diletakkan daging, sayuran sos dan atas sekali diletakkan telur mata masak separuh di dalam mangkuk. Ada juga dia bagi kimchi dan beberapa condiment lain. Cara nak makannya, gaul rata semua dalam mangkuk (kami tak buat macam tu sebab anak-anak memang tak makan nasi bergaul-gaul macam tu) ..Selain daripada tu kami juga order bulgogi, roti nan dan nasi kosong. Bulgogi ni ialah daging lembu yang dimasak dengan sos macam kicap..kalau tambah lada hitam jadilah masak kicap kita tu..hehehe..tapi yang ni style korean. Daging cincang tu pula sangat lembut dan manis. 
Tapi 2 set makanan ni memang tak cukup, sebab kami makan berempat.  So kami order lagi satu set bibimbap..Total cost lunch kami hari tu ialah KRW 78,000. ~ RM220..wow. takpe sekali sekala.. 


Bulgogi


Alhamdulillah dah kenyang pun..Kami bergerak ke Itaewon Mosque. Siapa yang datang makan kat Muree ni, mesti akan ke masjid ni untuk solat.

Untuk ke Masjid ni kena mendaki bukit sikit lagi..aduh..banyaknya lah bukit di Seoul ni..dan dalam kesejukan, kekenyangan dan kepenatan tu, berjumpalah kami dengan Masjid Seoul..Alhamdulillah..
Masjid di sini dibina hasil sumbangan oleh komuniti minoriti Islam yang berasal dari Pakistan, Arab dan India.. Kebanyakannya yang menjalankan perniagaan sejak sekian lama di Seoul. Jadi tak hairanlah banyak kedai makanan halal di kawasan Itaewon ni.

Di kawasan Masjid Seoul ni juga terdapat Pusat Perkembangan Agama Islam, tadika dan bilik seminar untuk tujuan pengajian agama Islam. Dari perbualan dengan beberapa masyarakat Islam Korea dan pembacaan kami, Islam semakin diterima di Korea. Minat mendalami dan menganut agama Islam semakin subur di sini. Syukur Ya Allah..

Macam biasa solat Jamak Asar dan Zohor di sini. Sempat berdoa semoga agama Islam semakin berkembang dan diterima di bumi Korea.Di sini kami berjumpa lagi sekali pelajar Malaysia yang kami jumpa pada malam sebelum tu. Mamat ni  travel alone di Korea ni, 2 minggu..Kalau tak silap belajar kat politeknik kat Kedah.

Sebelum beredar, kami sempat ambil beberapa keping gambar di sini





Destinasi seterusnya Seoul Tower a.k.a Namsan Tower yang terletak di Namsan, cuma seberang jalan dengan hotel penginapan kami di MyeongDong. Destinasi terakhir sebelum berakhir hari keempat..huhu..penat betul harini...
Bersambung dalam next entry, part 3 day 4.



No comments:

Post a Comment