Friday, March 7, 2014

Day 4 Part 3- N Seoul Tower/Namsan Tower/ Seoul Tower

Ok, last destination hari ni ialah Namsan Tower. disebabkan kedudukannya yang dekat sangat dengan hotel kami kat Myeongdong ni, kami asyik ubah-ubah plan nak pergi sini. Alasannya sebab dekat. Kalau ikut plan asal, hari kami sampai tu 11 November tu dah nak pergi, malam tu Pepero Day ( hari kekasih) , so cari nahas je naik Namsan Tower malam tu. Nanti ada je aksi-aksi XXXX yang tak sesuai ditengok...hahahaha..
View cable car dari bangunan tempat nak naik tu
Tapi asal nak pergi je time malam, budak-budak pun dah penat. Risau juga nanti tak sempat pergi. Last-last memang kami decide kena pergi juga hari ini, penat ke tak pergi je. Kalau nak diikutkan penat memang penat sangat hari ini sebab tempat-tempat yang kami pergi hari ni semuanya jauh-jauh, jalan banyak. Dengan semangat dan pujuk-pujuk sikit budak-budak ni, berjaya lah kami pergi...


Dari Itaewon, kami turun kat Myeongdong station exit 3. Plan asal nak tunggu shuttle bas, tapi since budak-budak dah tak larat pastu ternampak-nampak hotel dari situ....hahahha..kami naik teksi je..tambang teksi KRW 3,000. Dia hantar betul-betul kat depan stesen cable car tu. Masa sampai tu hari dah nak gelap dan hujan rintik-rintik, orang pun tak berapa ramai.Saja la nak naik atas guna cable car, baru budak-budak rasa seronok sikit. Sebenarnya ada option selain dari naik cable car, boleh juga joging @ jalan kaki (bertangga) dengan melalui taman-taman yang penuh dengan pokok cantik-cantik. Tapi of course lah kami tak jalan kaki kan...

Ni lah taman-taman cantik yang kita akan lalu kalau berjoging (tak naik cable car)
Cepat-cepat kami beli tiket cable car return KRW 22,500 ~ RM68 . Kami tinggalkan umbrella stroller kat area orang jaga cable car tu.Ada juga orang lain yang tinggalkan barang. Dalam cable car tu memang full. Nasib Haziq dan Mya dapat berdiri dekat dengan cermin, dapat lah tengok permandangan senja yang cantik.

Jom, cable car dah sampai...
Suka sangat budak dua orang ni..tengok view sambil nyanyi-nyanyi..
View Myeongdong dan Seoul
Sampai je kat atas rupa-rupanya kena menapak naik tangga pulak.Aduh, penat betul. Ingat dah sampai terus.Budak-budak tu tengok tangga terus je lari tak tunggu pun kami ni..Kuat pulak diaorang ni, katanya penat. Sampai atas sana jumpa satu tempat lepak @ pavilion @ pergola , eish nak panggil apa pun tak tau. Yang aku tau mostly semua yang datang sini akan ambil gambar atapnya dengan background N Tower..macam biasa hubby aku je lah yang dok snap snap..

Haaaa tengok tu dah lari dah budak dua orang tu....
Ni lah tangga-tangga tu



Haaa...ni lah atap pergola yang aku cerita tu
 Aku dok kejar anak-anak sampai ke atas, jumpa tempat yang landai..Subhanallah, cantik sangat jumpa pokok yang daun dia warna merah..sibuk la bergambar kat sini dalam setengah jam juga kot..hahaha..selfie lah semua ada..pastu baru sedar rupanya kena beli tiket masuk. Kami beli tiket untuk masuk Bear Museum dan naik Namsan Tower. Combo tiket untuk kedua-dua tu.

Ni lah tiket kami

Hahaha jangan tak tau kena que nak ambil gambar kat sini
Sebelah kanan gambar tu kaunter beli tiket
Kami sekeluarga
Haziq dan mama

Kat pokok padlock cinta


Kami masuk ke bangunan untuk naik ke Namsan Tower. Naik lif. Dalam lif ada macam tayangan video pasal Namsan Tower, lighting show camtu lah. Kita tengok melalui atas lif tu..huhuhu..Keluar dari lif, diaorang akan snap gambar kita pastu combine dengan background Namsan Tower tu. Suka hati la nak beli pun boleh tak nak pun tak apa. Tak ada aktiviti sangat kat atas tu, just tengok view malam pastu beli souvenir dan satu perkara yang kami suka buat masa keluar negara ialah pos poskad..hehehe...kali ni kami pos untuk kawan-kawan dan diri sendiri of course.
View malam dari Namsan Tower
Haziq pos poskad..penuh sangat dah peti surat diaorang tu..

Sebenarnya Haziq dan Mya dan penat sangat-sangat. Tapi bila buat banyak aktiviti diaorang lupa sekejap. Kesian juga aku tengok tapi ye lah kalau tak buat macam ni memang tak berjalan lah kami. Dah puas kat tower, kami pun turun nak pergi Bear Museum. Diaorang dah penat-penat mengamuk dah..eish, takkan tak masuk kot muzium ni, tiket dah beli. Pujuk-pujuk lagi kata kita masuk kejap je tengok bear. Ok lah. Masuk dalam tu jadi segar balik budak-budak tengok bear dengan macam-macam karekter. Sebenarnya, Bear Museum ni cerita pasal sejarah tempat-tempat kat Korea ni sebelum jadi macam sekarang. Diaorang gunakan bear ni untuk represent orang-orang korea dalam sejarah tu..Ok lah juga idea tu.

Entrance Bear Museum..tengok muka Haziq..dah penat sangat

Antara karekter bear dalam Bear Museum

Mya dengan oppa bear

Sibuk dah menari oppa gangnam style

Dah abis tu kami keluar dan ingat nak ambil gambar kat area padlock yang banyak-banyak tu..hmmm memang tak lah. Huhuhu..memang tak lah. Hubby aku pergi sorang-sorang amik gambar. Aku tiga beranak jalan pelan-pelan nak nak cable car..fuhh...memang penat harini..sampai station cable car naik teksi balik hotel. Sampai dalam pukul 9 malam gitu. Malam tu makan kat bilik je..

Ni papa yang pergi snap sorang-sorang
Sempat lagi posing sebelum naik cable car balik tu...huhuhu
Sweet memory @ Namsan Tower























































































No comments:

Post a Comment