Deoksugung ni terletak kat subway station City Hall dari line 2(hijau ). Dari Myeongdong, kami naik subway line 4(biru muda) ke arah Dongdaemun Cultural and History Park Station, then naik line hijau ke dan turun kat City Hall Station. Naik satu lif kat exit 2, ngam2 jumpa pintu masuk Deoksugung. Kami sampai dalam jam 9 lebih pagi tu, dah mula acara changing guard ke apa ntah panggil nya..Tapi memang sangat exciting, dia pukul gendang lah, pastu baca watikah ke apa ntah, pastu tukar-tukar pergerakan..Haziq dan Mya memang kaku lah tengok...hahaha tau pun korang. Sebelum habis acara tu, aku pergi beli tiket masuk palace tu siap-siap takut lepas habis acara ni je nanti semua orang serbu..tiket masuk sini KRW1,000 sahaja sorang.
Dalam 15-20 minit camtu kitaorang kat luar tu. Dah habis semua tu kita dibenarkan ambik gambar dengan guard tu. Inilah hasilnya...hahaha..tinggi-tinggi oppa guard ni..mama je lah yang excited nya..Dah puas bergambar kitaorang pun masuk...Subhanallah...terpegun giler kitaorang..msuk dalam tu penuh dengan pokok-pokok dengan daun color kuning, merah, oren...cantik lagi dari pokok-pokok yang kitaorang jumpa kat Nami Island dengan Namsan Tower...Apa lagi.. sibuk la kami amik gambar sampai budak-budak pun bosan..selfie ke tak selfie ke semua ada..hahaha...pastu sibuk lak kutip sikit-sikit daun orang pesan bawa balik.
Lepas bergambar lebih
Perut pun dah lapar, kami jalan punya jalan terjumpa Pizza Plus, restoran piza halal...alhamdulillah. tak pikir panjang, masuk terus order piza, shrimp burger dan fries. Tapi restoran ni kecik je, run by seorang uncle Pakistan kot. Dia sorang je, dialah chef, waiter dan cashier. Uncle ni muka cenge (garang) hehehe..tak berapa mesra..ah lantaklah, janji ko masak untuk kami yang sedang kelaparan ni. Mujurlah customer tak ramai sangat. Tapi kedainya sangat bersih, nak tunggu dia bake piza boleh tahan lama gak kami berlapar..dalam 40 minit dapat lah piza yang diidam-idamkan..
Selesai makan, anak-anak pun dah boleh berjalan dan berfikir secara waras..hahahah..kami pon try la lagi nak cari Dongdaemun Market..tapi minta mahap ye..bertambah-tambah sesat..
arghhh..tidak..dalam kesejukan,(walaupun matahari atas kepala) kami pun melangkah ikut kaki..Pastu teringat nak pegi Gwangjang Market, tempat orang shopping kain korea..erm..jalan, tanya orang lalu lalang, guna GPS, ipad, iphone segala tok nenek, akhirnya kami tiba di pasar tersebut..Masuk je terus jumpa area foodcourt..ahhaah..geli geleman tekak weh..sup dan daging salai serta tapak tangan kaki b*bi merata-rata di foodcourt itu..hahahha..puas nak bersoal jawab dengan anak bujang kami yang mempunyai semangat inkuiri yang tinggi tu.
Kat blok sebelah,dalam Gwangjang Market ni, kami jumpa area yang jual Hanbok, kain nak buat Hanbok, macam-macam fabriklah lagi, dan juga kain cotton korea. Harga boleh tahan, corak sangat unik dan bermulalah episod borong memborong sampailah putera dan puteri kami tangkap lentok...aduh..cabaran bermula.
Dengan hasil dagangan yang berbondong-bondong, anak tidur lagi..haa siaplah mama dan papa.Haziq tidur atas stroller, Mya kena dukung dgn papa. Mujur jumpa teksi, kami pun balik ke Hotel Nine Tree menaiki teksi. Oh ya, kami tak pandai cakap korea, ahjussi drebar tu tak pandai speaking (malay lagi lah tak reti kan)..Tapi translate apps kat iphone sangat membantu..Tambang teksi kami guna TMoney card sahaja, lebih kurang KRW5,000..(RM15)..Sangat berbaloi di saat-saat kepenatan ni.Iskkk bila track balik laluan yang kami jalan kaki dengan anak-anak tadi adalah dekat 2km juga..huhuhu..patutlah nak tercabut kaki..mujur dah practice sebelum ke sini, joging petang-petang kat trek kolej hahahaha...
Akhirnya sampai bilik kami pun terus terbongkang.zzzz..tapi mcam biasa, papa tak mengantuk. Cuma penat dan sakit kaki dan badan je sebab kena mengangkut Mya..
Oh, kami tidak 'insaf' lagi..hahahah..walaupun badan sangat penat, rehat sejam dua, dalam pukul 5 petang kami ke Namdaemun Market pulak..hurmm..nak beli sket lagi cenderamata dan menghabiskan won..Naik subway, turun kat Hoehyeon Station, 1 station je..
Pastu kami pun berjalan menghabiskan duit..Selesai je shoping kami jalan kaki je ke Myeongdong..huhuhu..bengong tak? tak..sebab jaraknya dekat je since masa shopping tadi kami dah jalan-jalan sampai la menghampiri Myeongdong. Kat Myeongdong kami jalan-jalan cuci mata je..ramai gila umat manusia..taktau datang dari lubang
Masa ni perut dah berkeroncong, maka kami singgah ke kedai makan Yooganey, order nasi goreng seafood aje..BTW restoran ni memang betul-betul opposite hotel penginapan kami, Nine Tree Myeongdong. Takcaya boleh google.
Malam tu kami pon mula lah mempacking dan menimbang beg-beg kami. Esok pagi seawal jam 5 kami akan ke Incheon AIrport menggunakan perkhidmatan teksi yang dah dibooking melalui pihak hotel seawal hari ketibaan kami lagi. (kalau lambat book memang tak dapat teksi tau)..tambang lebih kurang KRW60,000 iaitu RM180..
No comments:
Post a Comment