Tuesday, April 1, 2014

16 November 2013- Annyeonghi Gyeseyo Korea Mabuhai Phillipines

Link untuk keseluruhan entry percutian ke Seoul Korea

Persiapan Percutian ke Seoul Korea Selatan
Day 0 : Manila Airport Transit
Day 1 : 11 November 2013 - Manila to Seoul
Day 2 : 12 November 2013 - Lotte World Theme Park Seoul
Day 3 : 13 November 2013 - Nami Island, Namdaemun Market
Day 4 : 14 November 2013 : Part I - Aiins World
Day 4 : 14 November 2013 : Part II : Itaewon - Seoul Mosque, Muree Restaurant
Day 4 : 14 November 2013 : Part III - Namsan/Seoul/ N Tower
Day 5 : 15 November 2013 - Deoksugung, Gwangjang Market, Namdaemun Market

Ok fine..you all dah bosan ke entry Travel Korea kami ni? hahaha
Ni memang dah last entry untuk trip ke Korea kami November 2013.
Seawal jam 4 pagi kami bangun dan siap-siapkan barang untuk perjalanan pulang ke Labuan, dari Kota Kinabalu Sabah,Malaysia melalui Manila Filipina, sekali lagi. Oh panjangnya route kami kan? Hanya orang gigih dan kurang berada macam kami ni sahaja yang boleh travel cara ini..hehehe..tambahan pula dengan 2 orang anak kecil.

Selesai urusan check out di hotel, dengan anak-anak yang masih mamai dan blur serta mengantuk, kami pun bergerak ke Incheon International Airport. Sempat juga kami bagi fridge magnet Malaysia (Kota Kinabalu) kepada kaunter Nine Tree Hotel tu, dan nampaknya receptionist tu sangat happy dan tersenyum lebar pagi-pagi buta tu. Ahjussi teksi tu tolong angkut beg kami yang berpuluh-puluh kilo, rasanya hampir 100kg kot. (oh melampau kan) kata nak travel light..

Dalam perjalanan ke Airport tu, kami nampak juga beberapa pelancong asing seperti kami yang naik bas airport sahaja, tapi takda budak kecil yang ikut travel, so mereka ok je nampaknya. Ahjussi pagi tu agak ramah tamah. macam-macam ditanya tentang percutian kami..sehinggalah tentang negara Malaysia. Driver teksi pagi ni agak educated, soalan yang ditanya tentang Malaysia ialah jumlah penduduk, bahasa rasmi, dan pendapatan per kapita..Oh my..pening juga nak jawab memandangkan pagi-pagi tu otak kami belum warming up. Mujur en Google di teefon kami sudi membantu..hahaha..memang dasar generasi Google lah kita ni kan.

Pagi tu cuaca agak berkabus, dan mereka sangat mematuhi undang-undang jalanraya dari segi had kelajuan. Akhirnya , kami tiba di Incheon Airport. Dan selesai membayar, ahjussi drebar tu dapat last piece fridge magnet Cameron Highlands sebagai cenderamata dan cara kami mempromosikan negara tercinta kita, Malaysia.

Cuaca masih sangat sejuk, sekitar 3-5 darjah Celcius. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memulangkan Pocket Wifi ke kaunter mereka yang sangat jauh. Kaunter mereka terletak di gate yang paling hujung. Lepas tu papa terus ambil wuduk dan solat subuh di tepi escalator sahaja, di mana tempat ni agak tersorok. Selesai check in, kami ke gate dan perjalanan ke gate juga sangat jauh. Masa nak masuk gate, macam biasa kami akan diperiksa dan kami bawa botol air. tapi mereka sangat baik hati, lepaskan sahaja sebab nampak budak comel yang akan minum susu tu nanti. Kebanyakan penumpang lain semua terpaksa habiskan/buang minuman mereka di situ juga.


Jalan punya jalan kami pun sampai ke gate kami. Hurmmm..setiap kali kami travel mesti dapat gate yang hujung-hujung. ya, kami faham bajet traveller naik bajet airlines mestilah hujung-hujung kan.

Setibanya kami, sedang elok mereka calling untuk boarding dan kami pun masuk ke perut pesawat. Bye Korea..Annyeonghi Gyeseyo, Korea Mabuhai Phillipines..
 Pesawat akan meninggalkan bumi Kpop dan kami kembali ke Manila. Dalam perjalanan kami dihidangkan dengan tuna sushi oleh AirAsia Zest, bagus kan? dapat free meal lagi...3 jam perjalanan kami tiba di Manila.

Masa tu lebih kurang jam 12tengahari..memang tengah jammed tahap dewa. Lepas siap ambil luggage kami pon book teksi dan gerak ke Makati, yang ni kami check in dan tidur satu malam di Manila.

Macam biasa, Manila sangat panas, jalanraya 10kali sesak, berhabuk dan maaf cakap, sangat kotor. Sampah merata-rata. Setinggan tak usah cakap lah..sangat pack, dan kanak-kanak mengemis ada di mana-mana. Rasanya lagi teruk dari Jakarta dan Bandung..korang boleh cuba imagine.


Walaubagaimanapun, menghampiri bandar banyak juga kawasan bandar baru dibina dan nampak lebih teratur. Nak dijadikan cerita best lagi, di Filipina pemanduannya adalah di sebelah kiri, jadi kami semua rasa pening dan loya. Mya pula asyik minum air masak tak sudah-sudah sampai pening kepala. Haziq terus tidur. Serius, kami semua pening, mual dan rasa nak pitam. tambahan pula driver teksi tu muda dan asik naik darah dengan jalanraya yang sesak tu. Aduh...sekejap-sejap dia brek mengejut. Kami masih tahan dari muntah, tiba-tiba Mya muntah air dalam cab tu..hahahha..driver tu dah toleh-toleh. Risaulah weh..seat dia kena muntah. Nasib baiklah Mya cuma muntah air kosong..dan ada sedikit je sisa-sisa susu yang dia minum awal pagi tu.

Malam ni kami menginap d Eurotel Makati, memandang next flight kami ke KK ialah jam 9 pagi ahad bersamaan 17 November 214.
Tiba di hotel, kami rasa dah kena kelentong dengan receptionist. Kalau ikut booking di Asiarooms, harga bilik triple  yang kami book ialah RM210 sahaja, tapi mereka caj RM280. Dahlah bilik berabuk, lantai kotor dan katil dengan tilam yang keras..Toilet pun agak berkarat dan cermin kotor. Lagi best bilik kami takde tingkap..Arghhh..nasib baik satu malam je dan pagi-pagi esok kami nak chow balik Malaysia. satu je credit kat Hotel di Makati ni, iaitu terletak di hadapan pasaraya Robinson, bolehlah kami cuci mata dan cari makanan halal  di sini.

Lepas mandi, makan maggi sahaja di bilik, kami ke pasaraya Robinson. Sempat beli tshirt dan jaket anak-anak dan perfume kami semua sebab ada sale. Perfume GAP. Harga barangan di Filipin ni sangat berbaloi. kalau dibandingkan dengan harga di malaysia untuk barang yang setara, memang murah.

Selesai shopping lebih kurang, kami balik ke bilik dan tanak nasi, makan dengan lauk-lauk lebihan travel di Korea, malam tu kami tidur awal sebab bosan. Esoknya kami keluar awal dan alhamdulillah jalan clear, walaupun pada awalnya ramalan pemandu teksi jalan akan sesak sebab penduduk Manila ke gereja pada pagi Ahad tu.

Sampai di Airport, kami masukkan luggage dan terus lepak di boarding hall. Kami cuma makan roti dan maggi cup bekalan kami yang masih bersisa. Tiba masa kami meninggalkan bumi Filipina, menerukan kembara pulang ke Malaysia.

 Tiba di KK, kami mendarat di KKIA2,yang terletak di Tg Aru. . Untuk pulang ke Labuan kami menaiki pesawat MAS, yang teletak di bangunan terminal utama. Akhirnya kami selamat tiba di Labuan jam 4 petang, Ahad17 November 2014. Syukur, genap seminggu kembara kami sekeluarga dan yang paling berharga kami bawa pulang ke Malaysia ialah pengalaman. InsyaAllah kalau ada rezeki lain kali kami akan ke Korea lagi..Filipina?ermmm pikir 10 kali mungkin kami akan ke sana lagi..hahahha..

Untuk link dan rujukan ..para pembaca boleh rujuk/klik link entry sebelum kami. Sekian terima kasih kerana sudi membaca kisah kembara kami ke Korea bersama anak-anak pada kali ini. Akhirnya siap juga keseluruhan entry selepas hampir 5 bulan pulang dari sana. Kalau ada tersalah dan silap harap maaf. Ok lepas ni boleh lah kami update kisah-kisah travel dan anak-anak pula..Oh ya, yang ni pon backdated tarikhnya. jangan marah yer..happy reading guys. Ada pertanyaan boleh email atau komen ye. Bye!


























2 comments:

  1. Salam,terima kasih update entry ke korea..byk bantu sy rancang itiniary..=)sy nk tnya,nk blk malaysia dr filipina,kna byr airport tax x?

    ReplyDelete
  2. Very very very informative. Tq for your time writing and sharing. The best part is.. We have the same initial name.. Suezfamily.. Match name of mine and husband. Sue and ezman. Tq again. Love!

    ReplyDelete