Monday, March 31, 2014

Day 5- Deoksugung and Kwangjang Market

 Yehaaa...dah sampai hari last pun entry Korea ni..banyak dah lupa-lupa ni..hampir 4 bulan dah berlalu..huhuhu.. hari ni plan santai-santai je..pergi must visit place at least satu iaitu palace kat Korea ni..Kalau nak ikutkan memang banyak palace yang boleh pergi..tapi nak baca-baca sejarah bagai memang tak lah kot dengan budak-budak.So, kitaorang decide pergi palace yang paling kecil ni iaitu Deoksugung.


Deoksugung ni terletak kat subway station City Hall dari line  2(hijau ). Dari Myeongdong, kami naik subway line 4(biru muda) ke arah Dongdaemun Cultural and History Park Station, then naik line hijau ke dan turun kat City Hall Station. Naik satu lif kat exit 2, ngam2 jumpa pintu masuk Deoksugung.  Kami sampai dalam jam 9 lebih pagi tu, dah mula acara changing guard ke apa ntah panggil nya..Tapi memang sangat exciting, dia pukul gendang lah, pastu baca watikah ke apa ntah, pastu tukar-tukar pergerakan..Haziq dan Mya memang kaku lah tengok...hahaha tau pun korang. Sebelum habis acara tu, aku pergi beli tiket masuk palace tu siap-siap takut lepas habis acara ni je nanti semua orang serbu..tiket masuk sini KRW1,000 sahaja sorang.



Dalam 15-20 minit camtu kitaorang kat luar tu. Dah habis semua tu kita dibenarkan ambik gambar dengan guard tu. Inilah hasilnya...hahaha..tinggi-tinggi oppa guard ni..mama je lah yang excited nya..Dah puas bergambar kitaorang pun masuk...Subhanallah...terpegun giler kitaorang..msuk dalam tu penuh dengan pokok-pokok dengan daun color kuning, merah, oren...cantik lagi dari pokok-pokok yang kitaorang jumpa kat Nami Island dengan Namsan Tower...Apa lagi.. sibuk la kami amik gambar sampai budak-budak pun bosan..selfie ke tak selfie ke semua ada..hahaha...pastu sibuk lak kutip sikit-sikit daun orang pesan bawa balik.
 

  

 


















Lepas bergambar lebih kurang lebih kami pon keluar dari Deoksugung. Destinasi seterusnya ialah Dongdaemun Market. Orang kata kat sini best juga untuk membeli belah. Ntah macamana silap langkah.kami tersesat..memang tak jumpa pun. just jumpa Cheongyecheong stream yang sebelah mana pun tak tau.Nak cari pangkal nya pun tak tau nak start,alih-alih jumpa tempat yang sama. Siap pergi tanya kat pharmacies pun tak tau juga nak bagi direction. Ending nya budak-budak yang dapat gula-gula..Dalam hati ni teringin nak makan ikan bakar yang orang lain dok cerita tu..huhuhu..memang sesat barat sungguh arini..

 Perut pun dah lapar, kami jalan punya jalan terjumpa Pizza Plus, restoran piza halal...alhamdulillah. tak pikir panjang, masuk terus order piza, shrimp burger dan fries. Tapi restoran ni kecik je, run by seorang uncle Pakistan kot. Dia sorang je, dialah chef, waiter dan cashier. Uncle ni muka cenge (garang) hehehe..tak berapa mesra..ah lantaklah, janji ko masak untuk kami yang sedang kelaparan ni. Mujurlah customer tak ramai sangat. Tapi kedainya sangat bersih, nak tunggu dia bake piza boleh tahan lama gak kami berlapar..dalam 40 minit dapat lah piza yang diidam-idamkan..






 Selesai makan, anak-anak pun dah boleh berjalan dan berfikir secara waras..hahahah..kami pon try la lagi nak cari Dongdaemun Market..tapi minta mahap ye..bertambah-tambah sesat..
 

arghhh..tidak..dalam kesejukan,(walaupun matahari atas kepala) kami pun melangkah ikut kaki..Pastu teringat nak pegi Gwangjang Market, tempat orang shopping kain korea..erm..jalan, tanya orang lalu lalang, guna GPS, ipad, iphone segala tok nenek, akhirnya kami tiba di pasar tersebut..Masuk je terus jumpa area foodcourt..ahhaah..geli geleman tekak weh..sup dan daging salai serta tapak tangan kaki b*bi merata-rata di foodcourt itu..hahahha..puas nak bersoal jawab dengan anak bujang kami yang mempunyai semangat inkuiri yang tinggi tu.











Kat blok sebelah,dalam Gwangjang Market ni, kami jumpa area yang jual Hanbok, kain nak buat Hanbok, macam-macam fabriklah lagi, dan juga kain cotton korea. Harga boleh tahan, corak sangat unik dan bermulalah episod borong memborong sampailah putera dan puteri kami tangkap lentok...aduh..cabaran bermula.

 Dengan hasil dagangan yang berbondong-bondong, anak tidur lagi..haa siaplah mama dan papa.Haziq tidur atas stroller, Mya kena dukung dgn papa. Mujur jumpa teksi, kami pun balik ke Hotel Nine Tree menaiki teksi. Oh ya, kami tak pandai cakap korea, ahjussi drebar tu tak pandai speaking (malay lagi lah tak reti kan)..Tapi translate apps kat iphone sangat membantu..Tambang teksi kami guna TMoney card sahaja, lebih kurang KRW5,000..(RM15)..Sangat berbaloi di saat-saat kepenatan ni.Iskkk bila track balik laluan yang kami jalan kaki dengan anak-anak tadi adalah dekat 2km juga..huhuhu..patutlah nak tercabut kaki..mujur dah practice sebelum ke sini, joging petang-petang kat trek kolej hahahaha...











Akhirnya sampai bilik kami pun terus terbongkang.zzzz..tapi mcam biasa, papa tak mengantuk. Cuma penat dan sakit kaki dan badan je sebab kena mengangkut Mya..

Oh, kami tidak 'insaf' lagi..hahahah..walaupun badan sangat penat, rehat sejam dua, dalam pukul 5 petang kami ke Namdaemun Market pulak..hurmm..nak beli sket lagi cenderamata dan menghabiskan won..Naik subway, turun kat Hoehyeon Station, 1 station je..

Pastu kami pun berjalan menghabiskan duit..Selesai je shoping kami jalan kaki je ke Myeongdong..huhuhu..bengong tak? tak..sebab jaraknya dekat je since masa shopping tadi kami dah jalan-jalan sampai la menghampiri Myeongdong. Kat Myeongdong kami jalan-jalan cuci mata je..ramai gila umat manusia..taktau datang dari lubang kubur mana..hehehe..

Masa ni perut dah berkeroncong, maka kami singgah ke kedai makan Yooganey, order nasi goreng seafood aje..BTW restoran ni memang betul-betul opposite hotel penginapan kami, Nine Tree Myeongdong. Takcaya boleh google.

Malam tu kami pon mula lah mempacking dan menimbang beg-beg kami. Esok pagi seawal jam 5 kami akan ke Incheon AIrport menggunakan perkhidmatan teksi yang dah dibooking melalui pihak hotel seawal hari ketibaan kami lagi. (kalau lambat book memang tak dapat teksi tau)..tambang lebih kurang KRW60,000 iaitu RM180..








































Friday, March 7, 2014

Day 4 Part 3- N Seoul Tower/Namsan Tower/ Seoul Tower

Ok, last destination hari ni ialah Namsan Tower. disebabkan kedudukannya yang dekat sangat dengan hotel kami kat Myeongdong ni, kami asyik ubah-ubah plan nak pergi sini. Alasannya sebab dekat. Kalau ikut plan asal, hari kami sampai tu 11 November tu dah nak pergi, malam tu Pepero Day ( hari kekasih) , so cari nahas je naik Namsan Tower malam tu. Nanti ada je aksi-aksi XXXX yang tak sesuai ditengok...hahahaha..
View cable car dari bangunan tempat nak naik tu
Tapi asal nak pergi je time malam, budak-budak pun dah penat. Risau juga nanti tak sempat pergi. Last-last memang kami decide kena pergi juga hari ini, penat ke tak pergi je. Kalau nak diikutkan penat memang penat sangat hari ini sebab tempat-tempat yang kami pergi hari ni semuanya jauh-jauh, jalan banyak. Dengan semangat dan pujuk-pujuk sikit budak-budak ni, berjaya lah kami pergi...


Dari Itaewon, kami turun kat Myeongdong station exit 3. Plan asal nak tunggu shuttle bas, tapi since budak-budak dah tak larat pastu ternampak-nampak hotel dari situ....hahahha..kami naik teksi je..tambang teksi KRW 3,000. Dia hantar betul-betul kat depan stesen cable car tu. Masa sampai tu hari dah nak gelap dan hujan rintik-rintik, orang pun tak berapa ramai.Saja la nak naik atas guna cable car, baru budak-budak rasa seronok sikit. Sebenarnya ada option selain dari naik cable car, boleh juga joging @ jalan kaki (bertangga) dengan melalui taman-taman yang penuh dengan pokok cantik-cantik. Tapi of course lah kami tak jalan kaki kan...

Ni lah taman-taman cantik yang kita akan lalu kalau berjoging (tak naik cable car)
Cepat-cepat kami beli tiket cable car return KRW 22,500 ~ RM68 . Kami tinggalkan umbrella stroller kat area orang jaga cable car tu.Ada juga orang lain yang tinggalkan barang. Dalam cable car tu memang full. Nasib Haziq dan Mya dapat berdiri dekat dengan cermin, dapat lah tengok permandangan senja yang cantik.

Jom, cable car dah sampai...
Suka sangat budak dua orang ni..tengok view sambil nyanyi-nyanyi..
View Myeongdong dan Seoul
Sampai je kat atas rupa-rupanya kena menapak naik tangga pulak.Aduh, penat betul. Ingat dah sampai terus.Budak-budak tu tengok tangga terus je lari tak tunggu pun kami ni..Kuat pulak diaorang ni, katanya penat. Sampai atas sana jumpa satu tempat lepak @ pavilion @ pergola , eish nak panggil apa pun tak tau. Yang aku tau mostly semua yang datang sini akan ambil gambar atapnya dengan background N Tower..macam biasa hubby aku je lah yang dok snap snap..

Haaaa tengok tu dah lari dah budak dua orang tu....
Ni lah tangga-tangga tu



Haaa...ni lah atap pergola yang aku cerita tu
 Aku dok kejar anak-anak sampai ke atas, jumpa tempat yang landai..Subhanallah, cantik sangat jumpa pokok yang daun dia warna merah..sibuk la bergambar kat sini dalam setengah jam juga kot..hahaha..selfie lah semua ada..pastu baru sedar rupanya kena beli tiket masuk. Kami beli tiket untuk masuk Bear Museum dan naik Namsan Tower. Combo tiket untuk kedua-dua tu.

Ni lah tiket kami

Hahaha jangan tak tau kena que nak ambil gambar kat sini
Sebelah kanan gambar tu kaunter beli tiket
Kami sekeluarga
Haziq dan mama

Kat pokok padlock cinta


Kami masuk ke bangunan untuk naik ke Namsan Tower. Naik lif. Dalam lif ada macam tayangan video pasal Namsan Tower, lighting show camtu lah. Kita tengok melalui atas lif tu..huhuhu..Keluar dari lif, diaorang akan snap gambar kita pastu combine dengan background Namsan Tower tu. Suka hati la nak beli pun boleh tak nak pun tak apa. Tak ada aktiviti sangat kat atas tu, just tengok view malam pastu beli souvenir dan satu perkara yang kami suka buat masa keluar negara ialah pos poskad..hehehe...kali ni kami pos untuk kawan-kawan dan diri sendiri of course.
View malam dari Namsan Tower
Haziq pos poskad..penuh sangat dah peti surat diaorang tu..

Sebenarnya Haziq dan Mya dan penat sangat-sangat. Tapi bila buat banyak aktiviti diaorang lupa sekejap. Kesian juga aku tengok tapi ye lah kalau tak buat macam ni memang tak berjalan lah kami. Dah puas kat tower, kami pun turun nak pergi Bear Museum. Diaorang dah penat-penat mengamuk dah..eish, takkan tak masuk kot muzium ni, tiket dah beli. Pujuk-pujuk lagi kata kita masuk kejap je tengok bear. Ok lah. Masuk dalam tu jadi segar balik budak-budak tengok bear dengan macam-macam karekter. Sebenarnya, Bear Museum ni cerita pasal sejarah tempat-tempat kat Korea ni sebelum jadi macam sekarang. Diaorang gunakan bear ni untuk represent orang-orang korea dalam sejarah tu..Ok lah juga idea tu.

Entrance Bear Museum..tengok muka Haziq..dah penat sangat

Antara karekter bear dalam Bear Museum

Mya dengan oppa bear

Sibuk dah menari oppa gangnam style

Dah abis tu kami keluar dan ingat nak ambil gambar kat area padlock yang banyak-banyak tu..hmmm memang tak lah. Huhuhu..memang tak lah. Hubby aku pergi sorang-sorang amik gambar. Aku tiga beranak jalan pelan-pelan nak nak cable car..fuhh...memang penat harini..sampai station cable car naik teksi balik hotel. Sampai dalam pukul 9 malam gitu. Malam tu makan kat bilik je..

Ni papa yang pergi snap sorang-sorang
Sempat lagi posing sebelum naik cable car balik tu...huhuhu
Sweet memory @ Namsan Tower