Thursday, October 30, 2014

Resepi : Pulut Kuning Berseri dengan Rendang Daging Warisan

Pulut kuning berseri

 Assalaamualaikum...

Simple je resepi yang nak dikongsi hari ni, iaitu pulut kuning berseri dan rendang daging warisan..
Nama agak gempak di situ, takpe, letak je nama apa pun, yang pasti pulut kuning ni sangat menawan hati dan selera..ops lupa..rendang daging warisan pun sedap..ececeh..

Ramai kawan-kawan yang selalu teringat-ingat bila makan pulut yang kami masak ni..apa rahsianya ye? ok hari ni kita kongsi resepi dan tips..

Ok, kita tengok dulu apa bagaimana nak menyediakan pulut kuning ni. Pulut kuning walaupun nampak ringkas, tapi ramai juga tak tahu macamana proses penyediaannya. 

Resepi : 
Pulut Kuning Berseri 
Bahan-bahan :
1. Beras pulut                                                              1kg
2. Serbuk kunyit                                                          3 sudu besar
3. Air (untuk mengukus dan merendam pulut.)
4. Santan pekat (dari setengah biji kelapa)                 1 cawan
5. Garam halus                                                            1 sudu besar

Cara-cara membuatnya :
1. Campurkan serbuk kunyit dengan air secukupnya.

2. Beras pulut direndam semalaman dengan air kunyit tadi. 

3. Setelah cukup masa, bilas pulut yang direndam dengan menggunakan air paip sehingga serbuk kunyit hilang dari pulut, dan hanya warna kuning sahaja yang melekat di pulut.

4. Kukus pulut menggunakan periuk kukus lebih kurang 15-20minit.
  
5. Angkat pulut yang telah masak pada kali pertama dan gaulkan rata dengan santan pekat yang telah dirasakan dengan garam.

6. Kukus semula pulut yang telah dicampurkan dengan santan pekat tadi sehingga masak. Proses ini penting supaya pulut tidak mudah basi untuk memasakkan santan tadi.

7. Pulut yang telah siap bolehlah diangkat, disejukkan sebelum dihiaskan mengikut citarasa puan-puan.


*Nota.

1. Kalau air rendaman  tidak cukup kuning, boleh tambahkan lagi serbuk kunyit. Selalunya bila aku buat mesti nampak pucat sebab kurang kunyit, jadi korang kena tengok betul-betul warna kuning air kunyit ni supaya pulut kuning kita menjadi berseri, kalau tidak tak dapatlah pulut kuning berseri nanti...

2. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih supaya pulut masak dan tidak mentah.   

3. Insha Allah, pulut ni akan tahan walaupun dibiarkan di suhu bilik sehingga 8jam..

Rendang daging warisan

Resepi : 
Rendang Daging Warisan
Bahan-bahan :
1. Daging lembu (batang pinang)                                1kg
Bahan kisar - racik-racik dan kisar sehingga halus terutamanya halia, serai dan kunyit.
2. Bawang besar                                                          5-6 labu
3. Bawang putih                                                           2 labu
4. Serai                                                                         10 batang
5. Halia                                                                         5 inci
6. Kunyit hidup                                                             3 inci

7. Cili kering- dijadikan pes cili boh                              20-25 tangkai (rendam, rebus dan kisar halus)
8. Santan                                                                       dari 2 biji kelapa
9. Kerisik                                                                       3 sudu besar
10. Asam gelugur.                                                          5 keping
11. Gula melaka                                                             1 keping
12. Gula                                                                          secukup rasa
13. Garam                                                                      secukup rasa
14. Daun kunyit                                                              3 helai                                       

Cara-cara membuatnya :
1. Masukkan  daging, bahan kisar bersama cili boh ke dalam kuali yang bersaiz sederhana. MAsak sehingga daging betul-betul empuk.

2. Masukkan santan pekat, asam keping gula melaka, gula dan garam. Biar sehingga agak kering.

3. Masukkan kerisik, hirisan daun kunyit dan rasakan garam dan gula.

4. Kalau suka rendang yang agak berkuah, jangan biarkan terlalu kering. Rendang yang telah betul-betul masak dan sedap akan kelihatan minyak yang terbit hasil dari santan yang pekat.

5. Hidangkan dengan pulut yang siap disediakan.

Selamat mencuba! Gerenti puashati sedap sehingga menjilat jari.





Monday, October 27, 2014

Enchanted Bali : Last Day - Malaysia here we come!

Alhamdulillah..tibalah masa untuk entry terakhir tentang Bali. Pheww..lama giler nak siapkan entry Bali kali ni..semua ni bersebab musabab..Ok, sebab yang paling utama ialah penyakit M. Apa lagi m.a.l.a.s lah..Ditambah pula dengan kurangnya motivasi menulis blog akibat kekangan kerjaya, memberi kuliah, walaupun dah berbelas tahun dengan content lecture yang sama, preparation tetap diperlukan..mana lah tahu, nanti karang tersalah ajar, habis rosak beratus-ratus anak bangsa..hehehe..

Selain dari sebab penyakit M tu, aku sebenarnya terkesan juga dengan peristiwa MH17, lepas MH370 dah recover pedih di hati dalam tempoh 3 bulan, kena pula 17Julai2014 tarikh keramat peristiwa yang melukakan hati lagi sekali. Ye, walaupun tidak kena mengena dengan salah seorang pun penumpang mahupun krew penrbangan tu, tapi hati aku tetap terguris, sedih, pedih dan pilu mengenangkan nasib yang menimpa kedua-dua pesawat malang ni..Sebenarnya, sebulan sebelum MH17 ditembak jatuh, kami baru sahaja selesai menempah tiket MAS ke Perth, Australia, (untuk percutian November 2014, entry coming soon). Manakala pada 24Julai2014 pula kami balik KL beraya dengan menaiki pesawat MAS juga..aduh..manalah hati tak luluh dan hancur kan? Lepas tu dalam bulan Julai 2014 sahaja beberapa kes pesawat penerbangan kormesil jatuh terhempas yang menambahkan lagi kesedihan di hati kami..apa-apa pun hanya Allah yang maha mengetahui..kita sebagai manusia harus meneruskan hidup dan beramal kepadaNya selagi berada di atas muka bumi ini.

OK..mari kita sambung dengan entry Bali. Insha Allah ni last, tengok muka korang pun macam dah muak nak membaca kan?hahaha..

Pagi ni kami takde sebarang rancangan berjalan jauh, cuma sarapan pagi, packing dan tunggu supir ambil di hotel. kami minta dia hantar ke tempat membeli ole-ole khas Bali wah gitu..(Cenderamata Istimewa Bali). Berdasarkan pembacaan, selain Krisna yang famous amos tu, beberapa gedung ole-ole seperti Hawaii, Matahari juga menawarkan harga yang berpatutan. So malam tadi kami dah survey di Krisna Denpasar (dekat dengan airport ni) so kita ke 2 kedai yang disebutkan tadi. rupa-rupanya memang betul lah Krisna yang paling murah, so kami gerak sahaja ke Krisna. Sempat lah beli beberapa helai kaos (tshirt), scrub ala-ala spa dan sedikit makanan ringan seperti kacang dan buah salak di sini. Shopping punya shopping sampai terlajak laris pulak..Rupiah dah tak cukup. Ermm apa lagi macam biasa kad kredit menjadi mangsa. hehehe..tapi tak banyak sangat menggesek cuba dalam RM100++ sahaja yang tak cukup. kami pun beli ala kadar sahaja, sebab tak nak over budget dan luggage yang ciput sahaja.

Selesai shopping, Pak dani pun terus bawa kami ke Ngurah Rai Airport Denpasar yang terletak dalam 2-3km sahaja dari Krisna. Actually kami nak cari KFC, untuk lunch, tapi ntah macamana miscommunication terus ke airport dan dia drop kami di sana. Selesai urusan pembayaran dengan Pak Dani, salam-salam ambil gambo sket, kami pun terus drop bag.
Ngurah Rai Airport Denpasar
Ni je beg2 kami..

Ini lah Pak Dani, Supir a.k.a driver kami semasa di Bali

Tanpa berfikir panjang kami terus ke pemeriksaan kastam, bayaran cukai bandara (mahai wei..Rp200k~RM60 per person).. so kami berempat Rp80k~RM240..phewww.. nasib baik Airport Ngurah Rai ni cantik, bersih, kemas dan selesa. Lepas cop pasport, masa lalu di pemeriksaan keselamatan, ntah macamana hampir kantoi pulak botol perfume papa yang besaiz 100mL lupa nak masuk kargo luggage. (Masa di KK lepas lah pula)..lepas nego dengan pegawai polis airport tu, mujurlah lepas perfume papa tu..erkkk..kalo tak menangislah, sebab perfume tu baru beli kat Singapore 2minggu lepas..hehehe..yang menjadi mangsa ialah losyen anak-anak dan sunblock..actually yang ni sayang juga masa dia campak dalam tong sampah(ke lepas kita blah dia ambil pakai ek?) sebab losyen ni saiz besar juga, dan baru je beli sob sob sob..so lesson lepas ni jgn bawa naik sebarang losyen atau perfume ke atas kabin kalau tak nak kena campak dalam tong..walaupun sesetengah airport kurang strict kita tidak boleh anggap semua airport di dunia serupa saja penguatkuasaannya..

Masuk je ke pelepasan, kita akan dipaksa melalui lorong-lorong shopping seperti perfume, cosmetic dan handbag masa nak ke boarding..yang sedihnya, masa ni perut kami dah berkeroncong..tengok food selection semua takde halal, roti pun susah nak jumpa..adoi..KFC(halal) kat luar pulak, sampai kat boarding hall, cari surau pun dah takde..kena keluar semula..lojik tak? nak keluar semua dengan perjalanan yang berkilometer (airport dia sangat luas)...akhirnya kami ke satu tempat sunyi bawah tangga, dan kami pun solat di situ..sedihnya. Takpe, janji bersih dan kita dapat menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba Allah, tak kira di mana jua. Solat tak boleh lupa..Perut pun mulah berbunyi lagi, lapar pulak tu..

Lepas solat, kami tunggu announcement kejap..Makan pun kami cuma beli makanan ringan dan kacang serta air..tengok roti-roti ada inti babi bagai..kembang pulak tekak..

Manusia di airport ni ya rabbi punya lah ramai, walaupun hari tu weekdays, plus kami sampai di situ tak tahu lagi gate berapa flight ke KK nanti. Lepas je dia announce gate flight AA ke KK, kami pun mulalah berjalan, ya Allah, jauh giler ok!..nasib baik ada travellator, sampai je gate tu tunggu kejap, turun ke bawah naik bas pulak..adoi..ni la nasib kalau beli tiket flight murah-murah kan..sampai di aircraft, kami pun naik. macam biasa, flight QZ (Air Asia Indonesia) ni tak sebest AA Malaysia. Kapal dia agak buruk, tak kisah lah, janji selamat sampai. Masa tengah menunggu semua passanger naik, boleh pulak sorang perempuan jepun/korea ni sesak nafas..nak muntah dan pitam..cepat-cepat pramugari tolong.lepas muntah dia tak boleh lagi..nak fengsan kot akak tu..so dia tak boleh ikut fly petang tu. Anak-anak dan suami dia pun turun sekali..kesian pula..Sekejap je ambulans datang, flight kami delay few minutes sebab nak cari luggage akak jepun tu kat perut aircraft..

Selesai semua urusan keselamatan..flight QZ382 pun membelas udara menuju ke Kota Kinabalu..alhamdulillah, kami selamat tiba di KK lebih kurang pukul 5.30petang..dari Terminal 2 KKIA, kami ke Terminal 1 untuk pulang ke Labuan dengan penerbangan MAS. Syukur, kami tiba di Labuan dengan selamat lebih kurang jam 10.00malam..maka beraklhirlah percutian ke Bali kami yang meninggalkan seribu kenanangan manis yang akan sentiasa terpahat di dalam jiwa, kerana setiap percutian akan membawa seribu pengajaran dan kenangan.. Next..balik KL dan rehat sementara menunggu trip ke Perth Australia pula...yayyy!!

Entry Bali tamat di sini..peace!
Bye Bali..till we meet again another one fine day..Insha Allah...

Saturday, October 25, 2014

Mya dan Eczema

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah, sempat lagi menulis entri untuk blog ni. Kali ni topik entri berkaitan dengan kesihatan anak pula ye. Asyik menulis tentang travel je. Okey, kalau you all baca kat tajuk entri tu, "Mya dan eczema", jadi pengkisahan kali ni berkaitan penyakit eczema yang Mya hidapi sejak lahir. Mungkin perkataan eczema agak janggal bagi sesetengah orang. Apa itu eczema? Nanti baca lah kat sini ye http://en.wikipedia.org/wiki/Dermatitis

Sebenarnya Mya dah kena eczema ni sejak dari kecik. Mula-mula kami ingatkan dia alergi pada makanan laut. Sebab asal makan udang dan sotong akan gatal pada bahagian belakang lutut dan pelipat lengan. Garu-garu lagi sebab gatal sampai berdarah-darah. Kalau google pasal Atopic dermatitis  hampir sama dengan kes Mya ni. Awalnya kami jumpa doktor kat klinik biasa yang biasanya akan bagi krim sapu jenis steroid. Nama pun steroid kan, lama kelamaan krim ni dah tak berkesan. Dalam tahun ni makin teruk lak eczema Mya. Makan ayam, telur, makanan laut apatah lagi.. Kesian tengok budak kecik kena berpantang. Dah la yang tu je yang dia suka makan pun..Dan yang bertambah teruk sampai naik ke kepala teruk gatalnya tu..Sekali imbas nampak macam kena kelemumur je..Menurut wikipedia yang link kat atas tu, jenis kat kepala cam ni dipanggil Seborrhoeic dermatitis or Seborrheic dermatitis ("cradle cap" in infants)

So, kami rasa ni memang dah kritikal jadi kami decide cari pakar kulit. Kat Labuan ni memang lah kan..faham-faham je lah pulau kecik ni serba serbi kekurangan. Jadi ke Kota Kinabalu lah kita. Lepas diselidik bagai rupa-rupanya kat KK ada dua orang je pakar kulit kat hospital swasta. Malas la nak tanya kat hospital kerajaan, faham-faham je lah que nya camna nanti. Sorang doktor tu lelaki nama Dr. Sidhu di Sabah Medical Centre (SMC) dan sorang doktor perempuan nama Dr. Melinda Tong di klinik dia sendiri kat Damai Plaza.. 


Alkisahnya kami pun call untuk buat appoinment dalam bulan Ogos camtu. Dr Sidhu fully booked dan ada tarikh yang dia free tak available dengan kami. Fuyoo tak tau rupa-rupanya dasyat jugak pakar kulit ni..So last choice kami call Dr. Melinda. Alhamdulillah, tarikh yang kami dapat tu boleh di sesuaikan dengan masa kami. Tapi bukan cepat pun. 17 Oktober baru dapat jumpa..Dalam 2 bulan juga tu..For the time being, kami gunakan krim Ezzera dan mandi guna shower foam Cetaphile. 
 
pic from google


pic from google
 Tapi lama kelamaan sementara tunggu bulan Oktober tu Ezerra pun macam tak berkesan sangat dah dan kami pun blurr apa nak buat dengan kepala Mya yang asyik gatal..Cetaphile dapat hilangkan rasa gatal kat kaki dan tangan tu.Kulit Mya pun nampak lembab sikit. Kalau tak senyum nampak macam nenek-nenek sebab kulit muka kering. Yang tak bestnya Cetaphile ni tak berbuih langsung dan tak wangi. Dah dulu biasa pakai shower foam Johnson la, Carrie Junior la, Disney la..semua bau wangi best lak nak cium..hehe..sabar je lah..


So hari yang ditunggu pun tiba, cehh macam misi apa je ni..Appoinment pukul 9 pagi, so lepas kerja hari Khamis tu kami jalan dan bermalam kat KK. Kami google tempat ni  Damai Plaza. Alhamdulillah senang je jumpa. Sementara tunggu tu, tengok ramai jugak yang datang tapi orang dewasa lah. Ada yang cuba walk in kena balik sebab full dah hari tu. Orang lain yang datang tu sebab nak buat laser cantikkan muka kot. Nampak cantik-cantik je semua. Mya kata nanti nak belanja mama buat rawatan laser hilangkan 'bintik' kat muka mama..Ye lah Mya..



Papa masuk dengan Mya sebab mama teman Haziq kat luar.. Takkan nak masuk sekampung dalam tu kan..Kata papa doktor tu memang suspect masalah eczema, yelah kan budak umur 4 tahun buat appoinment takkan nak buat laser bagi tegang kulit kot..huhu..Cantik dan baik doktor ni..Ni lah hasil tuaian hari tu..hmm..Pastu ada juga doktor tu tanya Mya ni selalu bersin tak? Memang selalu pun,macam papa..alergi habuk sekali juga ni..memang habuk dari karpet pun kena elakkan.

 Pesanannya untuk kawal eczema,
  • Tak boleh kerap syampu, 
  • Mandi tak boleh lama-lama (habisla ko tak boleh mandi swimming pool huhu) dan gunakan air suam bukan air panas , 
  • Elakkan banyak berpeluh especially kawasan kepala,
  • Rambut pendek lagi bagus nak elak peluh dan gatal kulit kepala
  • Kalau gatal jangan garu tapi tekan-tekan atau letakkan ais untuk legakan gatal
  • Tak payah pakai bedak wangi2..wangi2 tu bahaya
  • Pakai banyak pelembab untuk kurangkan gatal dan jaga kulit
  • Pakai pakaian yang nipis serta longgar dan elakkan berselimut tebal ketika tidur
  • Elakkan makanan yang alergi
 Kalau still lagi tak elok kena buat follow up lagi..harap-harap elok la ye anak ku...So, kami teruskan guna shower foam Cetaphile dan krim serta lotion yang dia bagi tu. Suggested guna brand Simple yang tak ada wangian. Ada juga dia bagi prebiotik sebagai supplement untuk membina sistem immune yang kuat..Ni untuk jangka panjang la kan..So diharap dengan perkongsian ni dapat membantu siapa-siapa yang diri sendiri atau anak yang ada masalah yang sama.

Wednesday, October 15, 2014

Enchanted Bali : Tanah Lot, Tanjung Benoa (Nusa Dua), Uluwatu KecakDance

Kembara kami di bumi Bali pada hari Selasa dimulakan dengan mandi manda di kolam renang. Macam biasa, papa saja yang layan anak-anak sebab mama segan nak mandi di kolamnya tu, memang lah depan bilik kami je, tapi betul-betul di laluan utama ke restoran dan lobi. So memang sangat tidak sesuai dengan mata-mata memandang. Tapi tak berapa lama sangat juga papa dan anak-anak mandi sebab pagi ni kami akan ke beberapa kawasan tarikan pelancongan iaitu Tanah Lot, Tanjung Benoa Nusa Dua (Pulau Penyu) dan juga Uluwatu (kecak dance).

Sementara menunggu driver kami, Pak Dani menjemput di hotel, kami pun berjalan keluar sikit dari kawasan hotel dan kami pun sampai ke Pantai Kuta yang famous tu. Seperti yang sedia maklum Pantai Kuta ni ombaknya sangat kuat, memang sangat sesuai untuk surfing. Kami tengok aje lah...hehehe..pantai tu memang sangat crowded dengan pengunjung. Dalam 15 minit, Pak Dani pun sampai dan kami pun terus naik kereta untuk menuju ke Tanah Lot.
Mya @ Kuta Beach

Mya dan mama!

Ramai sangat pelancong ;-)

Baiklah mula-mula kami ke Tanah Lot, Tanah Lot ni terletak di bahagian utara Bali. Perjalanan di Bali ni tidaklah jauh mana tetapi keadaan bentuk muka bumi yang berbukit dan kesesakan lalulintas yang menambahkan tempoh perjalanan. Setibanya kami di Tanah Lot, matahari semakin meninggi. Memang tengahari cuaca panas masa tu. Macam biasa, di sini pun terdapat begitu ramai pelancong tempatan dan luar. 



















Nampaknya, kat sini macam biasa, yang paling menarik hati kami ialah pemandangan yang sangat awesome. Kan Che Ta gi amik gambar pre wedding kat sini.. Ok, kalau korang nak tau, Tanah Lot ni bukan tanah yang dijual untuk buat lot banglo tau, sangat terkenal dengan Pura yang terletak di pulau batu di pinggir lautnya. Boleh baca dengan lebih lanjut di sini.

Selesai ambil gambar di sini (ambil gambar je lah kan bukan boleh buat apa pun) , beli sepit rambut bunga kemboja Mya dah setel, Ada juga beli few tshirt for Haziq sebab stok baju mcm tak cukup. Kat sini harga agak mahal tapi boleh tawar, dan kami cari kain yang paling berkualiti..faham-faham je lah, kalau murahsamgat nanti pakai sekali je dah tak boleh pakai.. Papa beli jagung juga di gerai-gerai tepi jalan sini. Pelancong semakin ramai, dan dalam kepanasan tu, kami pun meneruskan perjalanan ke Nusa Dua untuk ke Tanjung Benoa.

Cuaca hari tu sangat panas, anak-anak dah start penat dalam kereta, dan mereka pun tertidur. Adoilah..time lunch pulak korang tidur. Dalam perjalanan kami akan berhenti di sebuah restoran padang.  Sampai di kawasan restoran anak-anak memang tengah nyenyak tidur. Kesian pula nak kejut, mama dan papa je yang makan berdua. Perasan dating lah kejap.

 Untuk pengetahuan semua, ni first time kami makan nasi padang. Hajat hati memang dah lama teringin nak makan di mana kami jumpa restoran ni, tapi asal nak masuk je pikir panjang sebab lauknya yang berpiring-piring tu terlalu banyak untuk kami berdua. Maklumlah anak-anak memang tak makan pedas dan gulai. Makanan dia boleh tahan juga sedap. Kami bungkus nasi putih, ayam goreng dan sedikit lauk untuk anak-anak. Harga kalau tak silap dalam RM70 juga. Selesai solat jamak zuhur dan asar, kami pun bergerak ke Nusa Dua untuk ke Tanjung Benoa. Restoran ni terletak di tengah-tengah perjalanan ke kawasan Nusa Dua. Jadi memang banyaklah bas pelancong berhenti di sini untuk membawa pelancong makan. Masa kami nak keluar lepas makan tu pun ada sekumpulan pelancong China ke mana tah, tapi memang kecoh lah, macam kedai bapak dia je.

Masuk je simpang ke Nusa Dua, jalan memang sesak ya amat. Jammed, macet hampir tidak bergerak. Aduh, tension juga..dah lah panas terik. Sepanjang jalan di sini, penuh dengan hotel dari yang paling mewah ke yang sederhana mewah. Kebanyakan kereta mengahala keluar dari kawasan Nusa Dua / Tg Benoa sebab hari dah hampir petang. Mujur juga kami tak pegi pagi-pagi tu, mesti kawasan tu sesak dengan pelancong. Kiranya kami ni melawan arus lah. Orangdah nak balik kami baru nak pergi.

Apa kami nak buat di Nusa Dua? Tanjung Benoa? Ok, Actually Nusa Dua merupakan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong.  Tanjung Benoa Watersport pula ialah satu kawasan untuk aktiviti sukan dan rekreasi air. Kami tak join aktiviti watersport pun sebab nampak macam Pulau manukan /Mamutik Sabah lebih awesome. Cuma nak bawa anak-anak ke Pulau Penyu. Dari sini, kita boleh ke Pulau Penyu iaitu  yang hanya boleh diakses dengan menaiki  bot sahaja. Tambang satu bot ke Pulau Penyu ni agak mahal, dalam rupiah kami tak ingat, tapi kalau RM iaitu RM140 kot. Kami rasa agak mahal la, sebab bot ni boleh dianiki oleh 10orang dewasa, tapi kami cuma 2 dewasa 2 kanak-kanak. Kalau di KK, masa kita nak ke Pulau Manukan, dia akan gabungkan kumpulan kita dengan pelancong lain, tapi kat sini takde pun, terus je suruh kita sewa satu bot.   Masa papa deal dengan operator bot di pejabat dia tu, sempat lah anak-anak makan tengahari dengan nasi yang mama beli dan bungkus di restoran nasi padang tadi.

Siap deal dan bayar, kami pun memulakan perjalanan naik bot ke Tg. Benoa. Bot dia ialah bot fibre glass yang ada kaca di tengah-tengah bot untuk kita melihat ikan atau hidupan laut di bawah bot.
bersemangat Mya tengok ikan..tapi takde..

Pemandu bot kita tu akan bawa bot ke satu kawasan yang menjadi tumpuan ikan-ikan dan dia akan stop sekejap untuk kita bagi ikan makan dengan makanan ikan yang dia bawa siap-siap. Tapi masa tu air agak keruh, dan tak nampak pun ikan-ikan yang ditunggu-tunggu..hanya nampak rumpai laut je..hehehe..baik pegi akuarium kat Labuan je kan? susah-susah cari Nemo kat sini tapi tak jumpa..Kemudian, pemandu bot meneruskan perjalanan ke Pulau Penyu.
Tu kat tengah-tengah ada kaca untuk tengok ikan..tapi tak nampak pun ikan..nampak rupai laut je..hiiihi...
Manalah ikan kaloi ku ini...
Its girl seriuos discussion ..do not disturb please!
Dari jauh kami nampak berpuluh-puluh bot dilabuhkan di kawasan yang agak jauh dari daratan. Rupa-rupanya air tengah surut, terpaksalah kami mengharung air separas betis lebih kurang setengah km juga. Adoi..dah la anak-anak taknak jalan, terpaksalah papa dukung Mya. Haziq? mujur mamat pemanndu bot tu baik hati nak tolong dukung Haziq.hahaha..nasib baik badan Haziq tak besar sangat. Penat juga kami meranduk air tu, tiba di kawasan yang berpasir jalan lagi..punya lah bersemangat sebab nak tengok sanktuari haiwan di sini iaitu burung, ular, iguana dan paling best of course lah penyu dan anak-anaknya!! Sampai je ke sini, kena bayar juga, tapi tak mahal, rasanya dalam RM2 atau RM3. Dalam Rupiah tak igt brapa.

Kat sini ada sorang pemandu pelancong yang akan guide kita tengok-tengok haiwan di sini. So bolehlah kita tanya apa-apa yang kita nak tanya, dan dia juga akan tolong snapkan gambar. Bestnya, sebab tu lah banyak gambar kami satu family di sini.

Mula-mula kami tengok anak-anak penyu yang comel-comel belaka. Boleh angkat pegang dan peluk bawa bergambar. Tapi papa sorang je yang berani pegang. Mama dan anak-anak tak berani. Anak penyu ni berat juga, dalam 2-3kg yang paling kecik tu. Kalau besar sikit dalam 7-8kg juga kot. Kena pegang hati-hati dan usap dagu dia macam kita usap dagu kucing to keep them calm. Subhanallah, masa tu takjub sangat sebab dapat pegang penyu sendiri, selama ni nak tengok gambar dan video sahaja.
Papa je pegang baby turtle..mama??
Mya pula..
Haziq pun nak pegang baby turtle..



Yang ni dah besar sikit..dalam 5-6kg gak beratnya..
Semua bersemangat bergambar dengan penyu
Ok, yang ni mama boleh pegang..hehehhe
Oh..yang ni dah besar..lebih 100kg dah ni..erkkk..
Kelawar spesis apa taktau..besarrrr punya..
Selesai puas beramah mesra dengan penyu kami bergerak ke sangkar kelawar gergasi, ya Allah, memang besar giler kelawar ni, cuma En. papa je yang berani pegang dan bergambar. Macam biasa, mama dan anak-anak geli geleman.

Iguana,papa kena paksa pegang juga dek guide kami tu..
Best family photo in Bali..ada oula anak angkat sekor kat bahu papa tu
My brave boy!
Burung yang eksyen..maklomlah dia enggang..kita ni pipit sajok..eh?
Dekat burung dan iguana pun sama. Akhir sekali sebelum kami bergerak minum air kelapa, mamat guide tu bagi ular sawa yang tak berapa besar untuk bergambar. Ya Allah, geli okay, dan mama dan anak-anak lari jauh2. Papa dapat bergambar ular di bahu..bertuah papa hari tu..
With the ular! erghhhh....
  Masa minum air kelapa tu sempat juga kami berbual dengan guide tu. Dan rupanya-rupanya dia pun bukan penduduk asal bali. Dia berasal dari Kepulauan Flores, sama macam bibik we all.. Lepak kejap kami pun beredar nak balik dah. Acara mengharung air pun bermula lagi sekali..adeh.. dah la pakai jeans tak bawa seluar yang sesuai..abis jeans kami kena air masin laut.

The entrance to Turtle Farm
Guide of the day..bagus mamat ni layan kami..terima kasih..banyak gambar kami di sini..
Wajah redho berjalan dalam kepanasan laut yang surut..jauh giler ok...
Oh my kids..tengoklah anak-anak dah nak sampai ke bot..jauh lagi tu.ke dalam air laut tu kami kena redah..
Sampai di Tg Benoa, Pak Dani dah siap menunggu. Kami pun cuci kaki lebih kurang dan naik kereta nak menuju ke bahagian yang paling selatan di Bali iaitu Uluwatu. nak buat apa pula di sini?
Ya, pandai semua.. untuk tengok tarian kecak dan melihat pura yang terletak di tebing yang sangat tinggi di pinggir lautan Hindi.. India Ocean? yup. Pulau Bali ni di bahagian selatan menghadap ke Indian Ocean . Dan proses inkuiri Haziq pon bermula, maklumlah masa tu kes MH370 yang dicari di Indian Ocean sedang hangat diperbincangkan.  Sebenarnya selain Uluwatu, di Ubud juga terdapat persembahan tari kecak. Tapi di Uluwatu ni pemandangannya lebih cantik sebab dibuat di tepi laut.

Perjalanan ke Uluwatu pun sangat memenatkan sebab jalanraya sangat macet. Masa tu jam dah lebih kurang pukul 5petang. Pak Dani bawa kami lalu jalan shortcut, di celah-celah Universitas Udayana. Kampus universiti dia ni open sahaja to public dan bangunan nampak proper, cuma pokok-pokok tidak dijaga. Motor-motor student memang merata-rata jumpa masa tu. Kereta dan motosikal penuh di jalanaraya sebab masa ni. Tau-tau nampak nampak bangunan fakulti..tiba-tiba nampak rumah orang..then nampak fakulti semula..hehehe.. Masa tu memang hampir tak bergerak dan kereta kami. Sebab dan punca kepada macet ni ialah waktu puncak mereka balik dari pejabat dan kebanyak penduduk Bali sedang bergerak ke pura untuk upacara sembahyang senja, termasuk lah yang berpusu-pusu bersama-sama kami ke Uluwatu. Jarak yang dekat tak sampai 20km pun memakan masa 1jam setengah.
Uluwatu Cliff..subhanallah..

Tinggi giler..cantik sangat sunset ni..

Tengok tu laut dia..ombak punyalah kuat..
 Kami sampai di Uluwatu waktu matahari dah tenggelam, maka tak dapat lah kami tengok sunset yang dikatakan sangat awesome tu. Kami pun berlari-lari anak sebab persempahan tari kecak sudah pun bermula. Penonton memang dah penuh masa tu, tapi ada juga ruang kosong untuk kami duduk dan diberi kerusi. Sepanjang persembahan kami tak berapa nak concerntrate sebab anak-anak tak berapa selesa..takut dengan watak-watak..ditambah pula dengan suara kecak kecak yang tak berhenti-henti tu. Tengok pula senja-senja, hurmm..mesti byk **** masa ni..hahahah..kalau korang bawa baby, takpayahlah kot ke sini. Bayaran menonton tari kecak ni agak mahal, lebih kurang RM30 per dewasa. Masa kita bayar tu dia akan bagi brosur tentang kecak dance supaya kita faham kisahnya. Tapi tak sempat pun kami membaca sebab dah gelap.
Cak cak cak..cak kecak kecak...
Sedang bercerita...layan aje lah...

 Kisahnya korang boleh baca di sini. Personally opinion aku, kalau nak tengok boleh taknak pun takpe. Boleh tengok kat youtube link ni.

Habis je persembahan kami cepat-cepat kami lari ke parking sebab taknak berebut dengan orang ramai yang mula berpusu-pusu nak balik, tambahan pula badan masing-masing dah melekit dengan peluh, dan papa pula nak ke toilet. Syukur, jalan clear dan kami selamat tiba di pusat bandar terus ke kawasan Denpasar untuk makan malam dan shopping souvenier di Krishna.

Malam tu kami makan di Warung Miyabi yang terletak di Krisna Kuliner, Jalanraya Tuban Denpasar. Krisna Kuliner ni ialah foodcourt milik Krisna iaitu salah satu gedung ole-ole khas (cendaramata istimewa) di Bali. Di sini juga terdapat Restoran Bebek (Itik) Tepi Sawah. Kami memilih Warung Miyabi sebab restoran ni halal, manakala Bebek Tepi Sawah pula serve pork. Ada terbaca di forum Tripadvisor, . Warung Miyabi ni decoration dalam nya memang japenese decoration, dan specialties dia serve makanan jepun, tapi kami nak makan makanan Bali, so kami order mee rebus, gado-gado dan juga spageti untuk anak bujang yang berselera barat sokmo. Tapi gado-gado lambat sangat sampai. Ingat kan tak sampai dah rupa-rupanya lambat prepare. Makan di sini lebih kurang RM70 juga.

Selesai makan kami pun bergerak ke Gedung Krisna.   Krisna ni kedai dia ada banyak di Bali dan di Denpasar ni ialah cawangan yang paling baru dan besar. Dia lebih kurang macam konsep factory outlet shop yang berpuluh-puluh di Bandung tu, cantik, selesa dan bersih. Wah, masuk je ke sini mata melilau tengok cenderamata yang dijual pada harga yang sangat murah. Memang semua tak payah nak tawar-menawar lagi. Harga paling murah, keychain, magnet tshirt dan painting semua murah-murah dan rambang mata melihatnya. Tapi masa ni, energy anak-anak dah memang almost zero, masing-masing dah lembik nak ajak balik hotel. Takpe, mama dan papa beli sikit2 je dulu, tgk apa yang patut dan esoknya kami akan ke sini lagi sebelum berangkat pulang. Sempat juga kami beli beberapa helai tshirt, survey harga keychain dan beli sedikit kacang disko nak rasa dulu. Kalau sedap esok kita repeat lagi ok. So siap semua kami pun bergeraklah balik dengan semangat membara nak shopping lagi esok. Badan dah penat, tapi hati masih kuat, tapi yang kesian anak-anaklah..so kita balik ajelah ke bilik hotel, kemas barang..esok dah nak balik ke Malaysia...

Entry hari terakhir di bali akan bersambung lagi.