Pulut kuning berseri |
Assalaamualaikum...
Simple je resepi yang nak dikongsi hari ni, iaitu pulut kuning berseri dan rendang daging warisan..
Nama agak gempak di situ, takpe, letak je nama apa pun, yang pasti pulut kuning ni sangat menawan hati dan selera..ops lupa..rendang daging warisan pun sedap..ececeh..
Ramai kawan-kawan yang selalu teringat-ingat bila makan pulut yang kami masak ni..apa rahsianya ye? ok hari ni kita kongsi resepi dan tips..
Ok, kita tengok dulu apa bagaimana nak menyediakan pulut kuning ni. Pulut kuning walaupun nampak ringkas, tapi ramai juga tak tahu macamana proses penyediaannya.
Resepi :
Pulut Kuning Berseri
Bahan-bahan :
1. Beras pulut 1kg
2. Serbuk kunyit 3 sudu besar
3. Air (untuk mengukus dan merendam pulut.)
4. Santan pekat (dari setengah biji kelapa) 1 cawan
5. Garam halus 1 sudu besar
Cara-cara membuatnya :
1. Campurkan serbuk kunyit dengan air secukupnya.
2. Beras pulut direndam semalaman dengan air kunyit tadi.
3. Setelah cukup masa, bilas pulut yang direndam dengan menggunakan air paip sehingga serbuk kunyit hilang dari pulut, dan hanya warna kuning sahaja yang melekat di pulut.
4. Kukus pulut menggunakan periuk kukus lebih kurang 15-20minit.
5. Angkat pulut yang telah masak pada kali pertama dan gaulkan rata dengan santan pekat yang telah dirasakan dengan garam.
6. Kukus semula pulut yang telah dicampurkan dengan santan pekat tadi sehingga masak. Proses ini penting supaya pulut tidak mudah basi untuk memasakkan santan tadi.
7. Pulut yang telah siap bolehlah diangkat, disejukkan sebelum dihiaskan mengikut citarasa puan-puan.
*Nota.
1. Kalau air rendaman tidak cukup kuning, boleh tambahkan lagi serbuk kunyit. Selalunya
bila aku buat mesti nampak pucat sebab kurang kunyit, jadi korang kena
tengok betul-betul warna kuning air kunyit ni supaya pulut kuning kita
menjadi berseri, kalau tidak tak dapatlah pulut kuning berseri nanti...
2. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih supaya pulut masak dan tidak mentah.
3. Insha Allah, pulut ni akan tahan walaupun dibiarkan di suhu bilik sehingga 8jam..
Rendang daging warisan |
Resepi :
Rendang Daging Warisan
Bahan-bahan :
1. Daging lembu (batang pinang) 1kg
Bahan kisar - racik-racik dan kisar sehingga halus terutamanya halia, serai dan kunyit.
2. Bawang besar 5-6 labu
3. Bawang putih 2 labu
4. Serai 10 batang
5. Halia 5 inci
6. Kunyit hidup 3 inci
7. Cili kering- dijadikan pes cili boh 20-25 tangkai (rendam, rebus dan kisar halus)
8. Santan dari 2 biji kelapa
9. Kerisik 3 sudu besar
10. Asam gelugur. 5 keping
11. Gula melaka 1 keping
12. Gula secukup rasa
13. Garam secukup rasa
14. Daun kunyit 3 helai
Cara-cara membuatnya :
1. Masukkan daging, bahan kisar bersama cili boh ke dalam kuali yang bersaiz sederhana. MAsak sehingga daging betul-betul empuk.
2. Masukkan santan pekat, asam keping gula melaka, gula dan garam. Biar sehingga agak kering.
3. Masukkan kerisik, hirisan daun kunyit dan rasakan garam dan gula.
4. Kalau suka rendang yang agak berkuah, jangan biarkan terlalu kering. Rendang yang telah betul-betul masak dan sedap akan kelihatan minyak yang terbit hasil dari santan yang pekat.
5. Hidangkan dengan pulut yang siap disediakan.
Selamat mencuba! Gerenti puashati sedap sehingga menjilat jari.
Salam.. hai sue :) Ida jawab sini je eh soalan Sue tu..
ReplyDeleteChoc factory tu dekat je ngan Caversham. Kalau kat GPS jangan type Margerat River. Tu jauh tu. Yg ni kat Swan River je. Dalam 5 minit dah smpai dari pintu keluar caversham tu (caversham tu masuk ke dalam dari jalan besar). Nak keluar dari situ ada 2 jalan tau. Ambik jalan Lord St. Nanti keluar smpai jalan besar, ambik ke kanan.. Nanti terus je (nampak la ladang anggur), lps tu Choc Factory ni belah kanan kita. Alert la, sbb kecik signboard dia.
Ni alamat choc factory tu.
5123 W Swan Rd, West Swan WA 6055, Australia
Tq ida..really appreciate it..harap2 jumpa lah kan
ReplyDeleteHye sue! :)
ReplyDeleteOk, jwb soklan psl correlle tu kan.. kastam kt msia tkde tnya apa pun. Sbb sy beli satu kotak je. If beli bebyk n sama je item mungkin le imig akan inquiry kan.. sy hand carry je correlle sbb takut pecah .huhu.
sue nk pegi dah Ahad ni kan.. slmt jalan ya,, take care utk sefamili. Kalau nk w.app sy pun buleh.. bg no kt emel sy idaramli2011@gmail.com. nati sy w.app sue .. :)