Salam semua pembaca blog kami.. Harini sampai hari keempat aka part 4 perjalanan kami sekeluarga di bumi kangaroo-Perth ni.
Semalam memang kami dapat tidur yang lena kat Augusta Escape tu..hehehe nak tau sebab apa..tengok kat Trip Tip kami pasal penginapan sepanjang kami kat sini.Kalau di ikutkan lepas solat Subuh pukul 4 pagi tadi dah boleh siap-siap nak keluar. Tapi nak pegi mana awal-awal pagi ni kan..Cape Leeuwin lighthouse pukul 9 pagi baru buka..so memang sambung tidur je lah semula..
Lepas masak pagi tu kami keluar awal sikit nak tengok kawasan yang dekat-dekat laut sebelum sampai ke lighthouse. Kami jumpa Georgiana Park ni. Actually tak tau juga nama kawasan ni, sampai kami baca sejarah tempat ni kat satu sudut tu..Ambil gambar kat sini, anak-anak sempat lagi main buaian kat taman ni.
Ni ada sorang pakcik ni selamba je berenang pakai suar pendek sejuk-sejuk ni..huhuhu |
Kat sini ada cerita pasal sejarah Augusta ni sikit |
Dalam setengah jam jugak lah kami kat kawasan ni sebelum ke lighthouse. Di lighthouse ada tiga jenis pakej yang boleh kita ambil
i) Cape Leeuwin Precinct (ni jalan sendiri dan dia bagi audio tour ala 2walkie talkie tu)
ii) Guided tour sampai tower + self guided audio tour (ada guide yang bawa kita)
iii)Ultimate Pass termasuk tiga gua ni-Jewel, Lake dan Mammoth ...
Info pasal Cape Leeuwin lighthouse boleh baca kat sini dan sini juga.
Gambar dulu sebelum jalan-jalan |
Ni audio tour yang dia provided kat kita. Sampai je tempat stop macam gambar bawah ni kita tekan nombor pastu dia mula lah pot pet pot pet hehehe |
Kat bawah tu dia tulis no 2, so tekan no 2 pastu dia explain kat mana.. Sebenarnya baca pun ada gak |
Yang ni tempat yang mesti orang ambik gambar.. |
Walaupun nampak panas, tapi angin kat sini bertiup kencang..memang sejuk lah |
Ni kat kawasan belakang lighthouse, pertembungan antara Southern Ocean dan Indian Ocean..memang kuat air nya |
Gambar ni Mya yang ambik..cam biasa lah hehehe |
Model posing bergambar nak buat poskad |
Ni sorang lagi hehe |
Ok dah nak balik...gambar last before jalan balik |
Lampu yang digunakan kat dalam lighthouse..yang ni replika sahaja |
Pekan Margaret River ni cantik juga..comel, bersih dan tenang macam pekan-pekan kecil yang biasa kita temui dalam perjalanan ke selatan WA.
Anak-anak berposing saja lah korang..di atas ni adalah gambar di depan kedai cenderamata.
Ada juga supermarket Coles di sini. Bersih je jalan dia kan..tengok lah tu
Kappadokia Kebab di Margaret River. Masa kami di sini tak sempat nak google plus kami pun tak plan nak lunch di sini. Ada juga masuk kedai ni, nampak ada org Turki yang run the biz, tapi takde pula sign halal. Bila dah lepas google jumpa sini halal rupanya. So kalau you all nak makan di sini InsyaAllah boleh makan ye. Lagi pun kan kami dah bawa makanan siap-siap..hehehehe
Finally we reached Margaret River Choc Factory yang terletak di Cowaramup. Tak sabar-sabar nak masuk ke sini nak makan coklat banyak-banyak..
Actually selain dari di sini (sangat jauh dari Perth CBD) ada dua lagi branch dia satu di Swan Valley yang terletak 5 minit je dari Caversham Wildlife Park, (kami repeat visit di sini tau) hehehe
lebih kurang 15km dari Perth CBD. Dan satu lagi, ada juga betul-betul di tengah bandar (yang ni kami tak pegi). Di CBD ni ialah concept store sahaja, tiada kilang yer. Kalau nak beli coklat boleh, nak tasting tak sure la pulak.. Ok..baca kat sini untuk maklumat lanjut.
Ok..kat sini boleh tasting coklat sampai
Ni yang display ni ada harga di situ. Tapi kami tak beli pun. Kami cuma beli coklat pastil tu sahaja..
Kami juga beli aiskrim scoop. Makan eskrem cuaca sejuk-sejuk..best ooo...
Kami beli aiskrim di sini..sedap ni..Insya Allah takde bahan yang meragukan, cuma yang ada gelatin tu dia bagitau siap-siap...
Lepas abis makan aiskrim dan
Kalau ikut itinerary, kena singgah ke Lake Clifton on the way tu, tapi papa malas nak masuk sebab sebelum tu dah tengok stromatolite di Cervantes. Haisyyy papa ni selalu malas-malas kalau travel. Mama konon-konon nak masuk juga tapi terlepas simpang..
Akhirnya mama berjaya juga amik gambar kat haystack ni..geram nak masuk dalam tu peluk-peluk ke rumput tu |