Friday, November 21, 2014

November 2014 Perth Trip Tips : Hotel, apartment and holiday homes

Cervantes Holiday Homes ( 10 November 2014)
Address : 1 Malaga Court, 6511 Cervantes
Phone : +61-0896527115
GPS coordinates : S 030o 30.236, E 115o 4.176
 
 Cervantes Holiday Homes ni macam homestay lah kalau kat Malaysia. Tapi kalau kat Malaysia, mama takut dan serik dah nak duduk homestay sebab ada bad experience pasal homestay masa kat Kundasang dulu..haha tak payah cerita ye..

Masa kami sampai sini dah lewat petang, pergi kat ofis dia memang tak ada orang lah kan. Ada notis suruh call kalau tak ada siapa kat ofis. Lepas kami call tu dalam 5 minit terus dia datang. Kami booking melalui booking.com dan dah charge 50%. So masa kami sampai tu dia charge lagi separuh. Satu malam kat sini AUD 130 dalam RM 373 currency masa kami booking tu.

 Konsepnya macam ala-ala rumah semi D dan antara dua unit rumah tu tempat kita parking kereta. Memang privacy lah sini. Anak-anak nak main terjerit-jerit melompat dalam rumah pun boleh...hehe..Kami masuk ikut pintu dapur, actually ada lagi satu pintu masuk ikut balkoni depan rumah (kami tak perasan pun sampai masuk dalam rumah).
 
Unit kami ni ada 3 bilik tidur, separate bilik mandi, separate toilet, dapur dan ruang tamu. Ada satu aircond + heater kat ruang tamu dan setiap bilik ada stand fan. Master bedroom ada katil queen, bilik kedua ada dua single bed dan bilik ketiga ada satu katil single dan satu katil tingkat. So overall boleh masuk dalm 7 orang dalam rumah ni.

Kat atas ni kawasan ruang tamu yang sebelah nya tu dapur. Kelengkapan kat dapur yang basic semua ada tapi tak ada hood. Masak sambal nasi lemak dengan goreng ikan bilik semerbak bau satu rumah. Ye lah kan diaorang mana lah masak sambal berasap-asap dan berterbangan molekul minyak dalam rumah. Pintu yang sebelah sliding door tu keluar ke arah balkoni rumah ni. Bilik iron dan mesin basuh kena keluar kat kawasan belakang rumah, share dengan rumah yang lain. Sebab baru sampai kami tak basuh baju lagi. Kalau tak silap sekali jalan mesin basuh dalam AUD . Overall best stay kat sini dan highly recommend tapi yang tak bestnya tak ada internet access even kami punya signal Australia Vodaphone pun tenggelam timbul.

Mountway Holiday Apartments ( 11 November 2014)
Address : 36 Mount Street WA 6000
Phone : +61 (8) 93218307
Website :  http://mountwayapartments.com.au/

Well actually ni last minute decision plan change. Pada awalnya kami dah elok-elok booking City Stay Apartment yang ada 2 bilik, harga RM410 sahaja melalui agent expedia (Felix Chiong) tu. Dia ni part time hotel agent. Korang boleh tgk FB dia nama "Room Reservation" dan PM dia tru messenger. Harga dia ni selalunya murah dari booking.com, agoda atau mana-mana website. Satu je masalah dengan dia ni, dia lambat reply dan korang kena bayar cash masa booking tu. Transfer ke akaun bank dia, then confirmation pun lepas seminggu baru dapat..huhuhu..tapi harga memang dijamin terendah based on pengalaman kami dah 4-5 kali book hotel melalui dia ni.

Harga hotel ni, kalau tengok kat Agoda atau booking.com atau expedia tu belum masuk tax dan caj. Tapi kalau dengan Felix ni harga yang korang nampak kat Agoda tu, ha itu lah harga yang perlu dibayar tanpa caj lain. Contoh kat Agoda korang nampak harga bilik dengan breakfast RM510, tapi bila klik bayar ada tambahan caj lain kan? Dengan Felix ni RM510 tu selalunya nett. All in, cuma sometimes you all kena call hotel juga, manalah tau ada special rate untuk gov staff. Kadang-kadang dapat lebih murah dari harga Felix offer.

Kisah Mountway Holiday Apartment ni pulak, kami tukar dari City Stay Apartment sebab kami nak tukar tarikh sbenarnya. Silap book hari, which suppose kami stay on our day of arrival di CBD. Bila baca balik itinerary kena drive 500 km ke Augusta on the 3rd day dari Cervantes. So tukar plan last minute City Stay Apartment dah fully booked. So kami dapat Mountway Holiday saja lah..tak kisah lah, janji boleh tidur, memasak dan laundry sesikit. Kalau tengok kat Agoda atau booking.com rate hotel ni memang sangat murah. Bilik pun dah lama sikit, daripada tidur tepi jalan kan? hehehehe..

Disebabkan kepenatan dan takde mood dengan bilik ni, tak ambil pun gambar dalam bilik. Cerita je lah kan..masuk je pintu sebelah kiri ialah toilet + bathtub, sebelah kanan dapur. Kat dapur kelengkapan macam biasa ada peti sejuk tapi tak ada dapur. Dia bagi single portable hotplate stove..yang memang lambat sangat nak masaknya..sabar je lah..yang kelakar ada juga provide periuk nasi..Disebabkan kami ni memang jenis heavy, semua tu termasuk rice cooker kami digunakan untuk memasak..

Kawasan tengah ialah bilik yang ada satu double decker bed, satu katil single dan satu katil queen..antara bilik dan kawasan belakang dipisahkan oleh satu sliding door. Kat sebelah belakang tu ada satu set meja makan dua kerusi dan almari baju. Tingkap tu kalau buka memang bising sebab belakang tu highway..huhuhu..tapi permandangan kat luar memang cantik, dekat je dengan King's Park je..Ni gambar yang kami snap masa di luar hotel je..

Gambar kat luar je, macam rumah flat je hehehhe...
Augusta Escape ( 12 November 2014)
Address : 78 Blackwood Avenue, 6290 Augusta
Phone : +61897581577
GPS coordinates : S 034o 18.877, E 115o 9.508
Website : http://www.augustaescape.com.au/accommodation/

Kat kawasan pekan Augusta ni sebenarnya memang banyak hotel, apartment atau homestay yang kita boleh pilih..terpulanglah dengan bajet masing-masing dan keperluan kita nak masak atau just untuk rehatkan diri..Augusta Escape ni kami booking melalui booking.com dapat RM344 = AUD120 semalaman dan dia charge masa kita check in.

Kami sampai kat pekan Augusta ni dalam pukul 5 petang dan masa tu hujan renyai-renyai. Kami dah tengok kat google street view yang simpang masuk ke Augusta Escape ni sangat kecik, silap-silap boleh terlepas tak jumpa..So, bila dah masuk kawasan pekan kami bawa kereta perlahan-lahan..Masa tu mama yang bawa kereta dan terlepas sikit simpang nya..hehe sempat lagi kami reversed kereta tengah jalan tu semula.. (kat Labuan pun selalu je buat camni..hahaha)

Sampai kat ofis aka rumah owner tu papa turun dan jumpa suami owner tu. Dia kata diaupgrade unit untuk kami for free..so dia bagi unit yang ada dua bilik..kami pun nak cepat tak solat lagi ok je lah..asalnya kami booking unit yang single bedroom je. anak-anak masa tu tidur lena lagi dalam kereta..Masuk tu wahhhh macam best je macam cantik je..hahaha...Korang tengok lah gambar ni..sebenarnya sama je macam gambar dalam website yang diorang upload tu..katil queen dan satu katil single tu dipasang electric bed heater..korang tau apa tu?haha sila lah google

Ni kat ruang tamu
Kawasan dapur yang betul-betul depan pintu masuk
Master bedroom ada satu katil queen satu katil single
Bilik yang kedua ada dua katil single
Kawasan dapur yang lengkap
Masa ni nak balik dah..parking depan rumah je

Sempat lagi Mya berposing masa mama kemas-kemas

Haaa ni pokok lemon..besar-besar buah lemon dia


Baileys Serviced Apartments (13-16 November 2014)
Address : 63 Bennett Street, Perth CBD, 6004 Perth
Phone : +61892209555
GPS coordinates : S 031o 57.431, E 115o 52.334
Website: www.baileysapartments.com.au

Hari-hari yang seterusnya kat Perth CBD, kami stay kat sini lah..jauh sikit dari tengah-tengah bandar tapi dah ada kereta kan..Kalau yang tak ada kereta pun, ada bas CAT lalu kat kawasan ni. Memang rasa berbaloi-baloi sangat stay kat sini.

Baileys Serviced Apartment ni pun kami booking melaui booking.com dan selama 3 malam kami stay sini dia charge RM1214. Memang serba serbi lengkap lah dalam ni macam kat rumah kita sendiri. Ada mesin basuh dan dryer, iron, free wifi, espresso cofee maker dan kelengkapan biasa yang lain. Tempat parking kereta pun provided. Masa check in kita akan dibekalkan kad untuk excess tempat parking, lift dan bilik.

Area kawasan apartment ni ada banyak kedai dan restaurant yang kita boleh explore tapi tak sempat kami nak jalan-jalan sebab asal balik je memang dah malam.

View dari balkoni
Ruang tamu
Bilik dan balkoni

Dapur
Toilet, shower and laundry room
Makan malam kat ruang tamu
Hehehe nak habiskan lauk yang ada..esok tu dah nak balik
Espresso cofee maker dan microwave kat dapur
Exclusive Backpackers (16 November -before boarding)
Address : 158 Adelaide Terrace, Perth WA 6004, Australia
Phone :+61892219991
Website : www.exclusivebackpackers.com

Sebenarnya kami pilih backpackers ni sebab kedudukannya just sebelah Aries car rental dan depan kedai Rise yang kami pernah cerita jual daging dan ayam halal dan antara yang termurah untuk kami stay sekejap. Yang ni kami stay 7 jam je sebelum kami ke airport malamnya jam 11.00 malam..Awalnya sebelum check in, papa dah discuss dengan makcik kat sini dia bagi AUD90 untuk kami. Tapi bila kami nak check in tu ada lelaki yang jaga kaunter, bincang punya bincang dia nak AUD100. agaknya napak ada budak lagi. Then dia bgi kami bilik yang ada bathroom sekali. Malas dah nak pening-pening kami setuju je lah daripada kena stay kat airport baring kat kerusi keras.

Malam tu kami makan kebab dan maggi je. Papa gi masak maggi kat kitchen guna microwave jumpa ramai sangat orang yang stay kat situ. Macam-macam bangsa, macam-macam lah juga style masak dan makan. Ada yang masak simple je, semangkuk makanannya..ada yang masak nasi denga lauk pauk 3-4 pinggan..hehe..tapi yang pastinya tak ada budak-budak.

Lepas makan, mandi dan solat, kai suruh anak-anak tidur dulu jam 8 camtu..nanti nak bangun lagi jam 11 malam. Kami pun tidur la juga tapi tak berapa lena takut terbabas la. Rasanya kalau tak ada anak boleh je stay kat sini. Gambar ambil sendiri tak ada tapi boleh tengok kat website dia










8 comments:

  1. Hi Sue...tumpang Tanya...saya cadang nak ke Perth this December...tapi tengok Cervantes holiday home tu dia charge 25Aud each person above 2 yrs after 2 pax. Betul ke?

    ReplyDelete
  2. Hi Sue...tumpang Tanya...saya cadang nak ke Perth this December...tapi tengok Cervantes holiday home tu dia charge 25Aud each person above 2 yrs after 2 pax. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ila..kami haritu yang turun untuk ambik kunci husband je..budak2 smua dok je diam-diam dalam kete..dia tak nampak sangat..so tak kena lah..suppose kena gak kan..tapi org tu cam ok je tak sibuk2 nak jengok2

      Delete
  3. Salam, nak tanye... Area baileys apartment tuh Ade mart utk kite beli Brg utk masak x? Cadangnya nak dok situ... Tapi takut susah cr barang masak since kami sewa keta hari keempat dan kelima jek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hairul. Area baileys service apartment tu ada kedai jual daging halal. Namanya supermarket Rise, located depan bayswater car rental di adelaide st. Dari apartment dlm 5-10min kot jalan kaki.sebab dia jalan berbukit sikit.cuba google streetview Bayswater Car Rental Adelaide St. Kalau sampai kat situ jumpa lah supermarket Rise. Look like owned by indian or arabs muslim

      Delete
  4. Salam sue,susahx nak masak? Peralatan masak mcm periuk bwk dr msia ke guna yg kat sana?kena samak ke kalo guna yg sana?lg satu kalo stay kat area cbd je n jalan2 satu perth dgn kereta ok x? Ke kena stay byk tempat?

    ReplyDelete
  5. Salam sue,susahx nak masak? Peralatan masak mcm periuk bwk dr msia ke guna yg kat sana?kena samak ke kalo guna yg sana?lg satu kalo stay kat area cbd je n jalan2 satu perth dgn kereta ok x? Ke kena stay byk tempat?

    ReplyDelete
  6. Salam.. Mashitah.. Sy bw rice cooker je dari sini..yg lain guna kat sama ja..samak dlu..

    Sy stay tpt2 bbeza sbb antara satu tpt dgn yg lain jauh.lgpun kita xboleh drive laju sgt.rasa lambat sgt nk smp.penat je nti nak patah balik.Tapi kalo nk jalan2 area cbd je stay satu tpt je pun ok

    ReplyDelete