Busselton Jetty and Underwater Observatory | Augusta Escape
Kami memulakan perjalanan ke arah selatan Perth jam 8.00 pagi..Setelah perjalanan melalui Kwinana Freeway dalam setengah jam dari bandar, kat kawasan Rowley Road selepas exit ke Fremantle , jammed la pulak. huhuhu.. yang tak tahannya tak ada sebab apa-apa tetiba jammed dan dalam satu jam juga la kami stuck kat situ. Dah la speed limit pun dalam 80km/j sahaja..
Lepas je dari area bandar sikit masuk ke Forest Freeway. Dekat sini dah mula lancar. Di kiri dan kanan kawasan ke arah South West ni banyak ladang lembu dan anggur sebab suhunya agak sejuk berbanding North Area. So dalam perjalanan tu kami menjamu mata dengan ladang lembu susu yang saujana mata memandang. Lembu-lembu nya pula gemuk dan sihat-sihat je nampaknya. Dan satu pemandangan yang paling menarik ialah haystack yang siap diproses dan bergulung-gulung. Sesekali nampak macam dalam cerita Twilight Saga lah pula..hehehe..imaginasi tinggi..Nanti ada masa nak stop dan berposing sekeping dua kat area ni..hehehe..bukan senang nak jumpa kan di Malaysia.
Masa ni mama pulak yang drive, sebab papa dah beberapa kali tersengguk-sengguk. Mengantuk sangat lah tu.Sepanjang perjalanan ke arah selatan ni cuaca hujan renyai-renyai, dengan speed limit yang rendah memang rasa terbuai-buai je mata ni . Walaupun camtu semua mematuhi had laju even lori-lori besar pun driver nya sopan-sopan je..
Busselton Jetty and Underwater Observatory
Untuk info uolls boleh klik link kat atas ni yer..Apa ada kat sini and what to do..Secara ringkasnya, Busselton Jetty ni dahulunya ialah sebuah jeti untuk kegunaan kapal-kapal sejak tahun 1865. Jeti ni merupakan jeti kayu asalnya, dan hampir ditutup sejak tahun 1973. Bila dah tak digunakan jeti ni terbiar, dan masyarakat setempat bersepakat mengumpul dana untuk menjadikan jeti ni sebagai kawasan tarikan pelancong, dan dibina jeti yang lebih kukuh sepanjang 1.8km. Sebuah Interpretive Center yang ada muzium, kedai cenderamata dan juga tempat membeli tiket dibina di sini.
Yang paling istimewa, (di mata anak-anaklah) ialah keretapi comel atas jeti. Untuk naik tren ni, bayarannya ialah AUD75 sekeluarga (2A+2C) untuk tambang tren dan tiket masuk observatory.
Kami tiba di Busselton Jetty lebih kurang pukul 12.30 tengahari..Kalau ikut GPS perjalanan ke sini dalam 3 jam 40 minit.Hujan renyai-renyai..suhu pula semakin sejuk. Lebih kurang 15degree celcius..
Untuk orang Malaysia macam aku ni dah kira sejuk. Angin pula bertiup kuat juga di sini. Perut pun dah lapar, tapi kami kejar ke Busselton Jetty dulu untuk naik tren ke Underwater Observatory. Actually kalau tak masuk Observatory tu pun takpe, tapi dah alang alang dah sampai Busselton, anak-anak pula sibuk ajak naik tren comel tu baik kita masuk sekali kan observatory tu.
Observatory ni ialah akuarium semulajadi bawah laut. So kita boleh masuk ke bawah laut tu dalam 3 tingkat bangunan ke bawah sampailah ke dasarnya lebih kurang 8 meter, dalam juga tu. Tapi ikan tak adalah banyak sangat sebab yang ada cuma ikan yang hidup secara semulajadi di sekitar kawasan tu aje. Jadi kesimpulannya yang paling menarik kat sini ialah pengalaman masuk ke akuarium semulajadi bawah laut. Kalau nak dibandingkan dengan hidupan air di Aquaria KLCC tu, memang jauh beza lah..best berbilion-bilion kali kat tempat kite..hehehe..
Interpretive Center - Souvenir, Ticket and Museum |
Ramai ummah local je nampaknya.. |
Antara souvenir yang dijual..tak beli lah nampaknya..harga murah-murah je bawah 100.. AUD100 jer..huhuhu. |
Tren dah sampai |
tu hujung tu jaraknya 1.8km..jauh tu |
Staf yang guide visit tu pun nenek ni..tengok lah lah..bagus kan? Penerangan yang sangat saintifik..hehehe
Lepas dengar nenek tu explain everything, kami pun di bawa turun aras demi aras..
Spiral staircase |
Kat sinilah terletaknya Underwater Observatory (UWO) tu |
Perjalanan dari jetty menaiki tren ke UWO mengambil masa 45 minit. Memang slow sebab tren yang panjang tu ditarik menggunakan kepala keretapi yang enjinnya ala-ala lori mini. Tapi still lagi laju dari orang yang berjalan kaki yang pasti nya..hehe..Sampai sana, tour untuk UWO tu mengambil masa dalam 40 minit. So kalo kita bosan ke apa, still tak boleh balik sebab kena tunggu tren tadi sampai semula. Memang sejuk nak beku dok kat luar tu tunggu. Angin bertiup kuat sangat. Kalau nak jalan kaki memang tak
So harini memang tak sempat nak pegi Cape Leeuwin sebab perjalanan ke sana akan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit mengikut GPS. Kami keluar dari kawasan Busselton Jetty ni pukul 3 petang. Perjalanan seterusnya ke Augusta Escape dan kami tiba jam 5 petang- memang ngam-ngam masa Cape Leeuwin lighthouse tu tutup..Konon-konon nak tengok sunset kat sana tapi disebabkan hujan tak nampak apa lah...So balik semula, masak dan rehat-rehat je malam tu..
End of part 3 ("_")
sue...keep update Perth entry ya...nak korek info hahahhaa
ReplyDeletehuhuhu sedang berusaha mengingati fakta-fakta lepas..gambar semua dah ready, nak bercerita ni lah...aduhai la..sabar ye
Delete