Monday, December 8, 2014

Part 4 : Inspiring destinations down under the Australian sky

Georgiana Park | Cape Leeuwin Light House| Margaret River Town | Margaret River Chocolate Factory, Cowaramup | Baileys Apartment



Salam semua pembaca blog kami.. Harini sampai hari keempat aka part 4 perjalanan kami sekeluarga di bumi kangaroo-Perth ni.

Semalam memang kami dapat tidur yang lena kat Augusta Escape tu..hehehe nak tau sebab apa..tengok kat Trip Tip kami pasal penginapan sepanjang kami kat sini.Kalau di ikutkan lepas solat Subuh pukul 4 pagi tadi dah boleh siap-siap nak keluar. Tapi nak pegi mana awal-awal pagi ni kan..Cape Leeuwin lighthouse pukul 9 pagi baru buka..so memang sambung tidur je lah semula..

Lepas masak pagi tu kami keluar awal sikit nak tengok kawasan yang dekat-dekat laut sebelum sampai ke lighthouse. Kami jumpa Georgiana Park ni. Actually tak tau juga nama kawasan ni, sampai kami baca sejarah tempat ni kat satu sudut tu..Ambil gambar kat sini, anak-anak sempat lagi main buaian kat taman ni.




Ni ada sorang pakcik ni selamba je berenang pakai suar pendek sejuk-sejuk ni..huhuhu








Kat sini ada cerita pasal sejarah Augusta ni sikit



Dalam setengah jam jugak lah kami kat kawasan ni sebelum ke lighthouse. Di lighthouse ada tiga jenis pakej yang boleh kita ambil
i) Cape Leeuwin Precinct (ni jalan sendiri dan dia bagi audio tour ala 2walkie talkie tu)
ii) Guided tour sampai tower + self guided audio tour (ada guide yang bawa kita)
iii)Ultimate Pass termasuk tiga gua ni-Jewel, Lake dan Mammoth ...

Info pasal Cape Leeuwin lighthouse boleh baca kat sini dan sini juga.






Gambar dulu sebelum jalan-jalan



Ni audio tour yang dia provided kat kita. Sampai je tempat stop macam gambar bawah ni kita tekan nombor pastu dia mula lah pot pet pot pet hehehe




Kat bawah tu dia tulis no 2, so tekan no 2 pastu dia explain kat mana.. Sebenarnya baca pun ada gak
Yang ni tempat yang mesti orang ambik gambar..
Walaupun nampak panas, tapi angin kat sini bertiup kencang..memang sejuk lah


Ni kat kawasan belakang lighthouse, pertembungan antara Southern Ocean dan Indian Ocean..memang kuat air nya

Masa sampai di point ni kami sekali lagi berasa sangat bersyukur dan macam tak percaya, akhirnya kami berjaya sampai ke sini. Masa di sini puas lah mama dan papa nak menjawab soalan tahap profesor daripada Haziq seperti misteri kehilangan MH370. Dari rumah dok sebut-sebut Indian Ocean, finally we are here. Angin di sini sangat kuat, kami tak bawa tripod yang ditinggal dalam kereta sahaja, jadi bergambar family ni letak atas pemegang kayu je. Risau oo.kuat giler angin bertiup macam nak jatuh kamera gedabak Nikon D90 papa tu..hehehe..

Gambar ni Mya yang ambik..cam biasa lah hehehe
Model posing bergambar nak buat poskad
Ni sorang lagi hehe
Ok dah nak balik...gambar last before jalan balik

Lampu yang digunakan kat dalam lighthouse..yang ni replika sahaja
Kami seterusnya meneruskan perjalanan untuk ke Cowaramup Margaret River Chocolate Factory. Perjalanan dari sini mengambil masa lebih kurang 50 minit dengan jarak perjalanan 64.5 km mengikut GPS kami yang setia tu. Sebelum sampai ke kilang coklat tu, kami singgah jap kat pekan Margaret River ni. Katanya Chef Wan akan datang kat sini dalam 2 minggu lagi. hehehe..Sebenarnya kami nak ke farmasi untuk beli lip balm dan shampoo untuk Mya. Sambil-sambil tu jalan ambil gambar dulu..Banyak pulak tempat menyinggahnya ye...huhuhu



Pekan Margaret River ni cantik juga..comel, bersih dan tenang macam pekan-pekan kecil yang biasa kita temui dalam perjalanan ke selatan WA.

Anak-anak berposing saja lah korang..di atas ni adalah gambar di depan kedai cenderamata.

Ada juga supermarket Coles di sini. Bersih je jalan dia kan..tengok lah tu


Kappadokia Kebab di Margaret River. Masa kami di sini tak sempat nak google plus kami pun tak plan nak lunch di sini. Ada juga masuk kedai ni, nampak ada org Turki yang run the biz, tapi takde pula sign halal. Bila dah lepas google jumpa sini halal rupanya. So kalau you all nak makan di sini InsyaAllah boleh makan ye. Lagi pun kan kami dah bawa makanan siap-siap..hehehehe

Finally we reached Margaret River Choc Factory yang terletak di Cowaramup. Tak sabar-sabar nak masuk ke sini nak makan coklat banyak-banyak..

Actually selain dari di sini (sangat jauh dari Perth CBD) ada dua lagi branch dia satu di Swan Valley yang terletak 5 minit je dari Caversham Wildlife Park, (kami repeat visit di sini tau) hehehe
lebih kurang 15km dari Perth CBD. Dan satu lagi, ada juga betul-betul di tengah bandar (yang ni kami tak pegi). Di CBD ni ialah concept store sahaja, tiada kilang yer. Kalau nak beli coklat boleh, nak tasting tak sure la pulak.. Ok..baca kat sini untuk maklumat lanjut.


Ok..kat sini boleh tasting coklat sampai lebam kenyang..tapi tak boleh letak dalam bekas, tak boleh berebut, dan ambil dengan spatula provided only. Kalau budak macam Haziq tu 7-8 kali kot dia dok repeat makan coklat tu..nyum nyum...

Ni yang display ni ada harga di situ. Tapi kami tak beli pun. Kami cuma beli coklat pastil tu sahaja..
Kami juga beli aiskrim scoop. Makan eskrem cuaca sejuk-sejuk..best ooo...


Kami beli aiskrim di sini..sedap ni..Insya Allah takde bahan yang meragukan, cuma yang ada gelatin tu dia bagitau siap-siap...


Lepas abis makan aiskrim dan coklat pastil sample tu, kami pun bergerak untuk balik ke CBD. Dalam kereta tu tetiba Mya tanya, "kat mana tempat yang orang tu buat coklat? Tak nampak pun" ...huhu..tergelak sakan la kami dengan pertanyaan ala-ala mokcik nye...Macamana mama dan papa boleh terlupa nak bawa Mya tengok pemprosesan coklat di kilang tu? Actually dia ada tingkap kaca di hujung outlet tu saja untuk kita tengok proses penghasilan coklat tu.. Abis tu..macamana nak ingat..dalam kepala asyik ingat nak makan coklat tasting tu banyak-banyak je tau..hahahha..sampai lupa nak tengok pemprosesan coklat...ok, nanti kita tengok esok masa melawat kilang coklat di Swan Valley yang dekat Caversham tu hehehehe..lawak betul masa ni..

Kalau ikut itinerary, kena singgah ke Lake Clifton on the way tu, tapi papa malas nak masuk sebab sebelum tu dah tengok stromatolite di Cervantes. Haisyyy papa ni selalu malas-malas kalau travel. Mama konon-konon nak masuk juga tapi terlepas simpang..  


Akhirnya mama berjaya juga amik gambar kat haystack ni..geram nak masuk dalam tu peluk-peluk ke rumput tu
So endingnya hari ni sampai sini je lah..Disebabkan kami sampai lambat kat Baileys Apartment, kami kena pergi ke Baileys Motel untuk ambil card hotel sebelum check in. Baileys Motel area situ juga. Cerita pasal Baileys Apartment ni boleh tengok dekat Trip Tips pasal hotel dan apartment...ok..bai jumpa next entry ye..

No comments:

Post a Comment