Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh..salam sejahtera dan terima kasih sebab sudi
menjenguk blog kami..selepas hampir 2 bulan terbiar..aduh..lamanya..
Macam-macam
cerita berlaku dari Disember 2014-Februari2015..inshaAllah..ada masa kita
update satu-satu yer..nak cerita pasal trip ke utara, Penang dan Kedah, dan
juga Birthday princess mama, Damya Hannah..nanti lah..harap2 sempat lah tu..
Caversham Wildlife Park | Swan Valley Chocolate Factory | Harbour Town Shopping Mall
Bersambung
kisah di bumi perth November 2014 yang lepas..
Kami tiba
di Baileys Apartment thari Khamis 14 Nov 2014 agak lewat. Memang dah penat masa
tu. So malamnya macam biasa, duduk dalam bilik je. Cuci baju, masak makan dan
tidur. Duduk di Baileys Apartment ni memang tip top! Serius best and feel at
home, hotel sangat bersih 5 star, katil empuk, ada extra bed dan sangat
selesa..bilik air siap dengan in house laundry..
Kunjungan kali pertama semua orang ke Perth memang takkan lengkap kalau tidak ke tempat ni..
Keesokan
harinya, kami ke Caversham Wildlife Park yang terletak di Whiteman Park.Kalau ikutkan itinerary kami, sepatutnya ke sini pada hari pertama. Tapi kami ubah iternary, so 2 hari sebelum balik baru ke sini.
Kalau
korang guna GPS, set Whiteman Park di GPS, baru jumpa, kalau cari Caversham
memang tak jumpa. Kalau nak naik bas pun ada. Boleh baca info tentang tempat ni di sini Caversham Wildlife Park.
Kalau ke sana, korang boleh refer jadual show di atas ni. Actually park ni merupakan taman hidupan liar yang diusahakan oleh orang persendirian. Entrance fee ialah AUD25 (14years old above) untuk dewasa dan AUD11 untuk kanak-kanak (3-14yrs). Kalau korang bawa makanan sendiri boleh juga berkelah di luar kawasan Caversham park ni, iaitu di sekitar Whiteman Park. Memang banyak disediakan booth untuk piknik. Kami dah siap breakfast so tak delah nak piknik bagai kat sini.
Masa kami sampai tu terus lari ke Farm Show pukul 10.00pagi. So berlari-lari lah kami sekeluarga mengejar farm show tu. Kami ni kalo takde adengan berlari-lari memang tak sah lah huhuh. Seat dah penuh..guess what..memang penuh dengan rakyat Malaysia sahaja ye..hehehe..ada juga few Singaporean..
|
Ada demonstrasi mencukur bulu sheep... |
|
Kanak-kanak riang yang bertuah akan dipanggil untuk sesi...minum susu? |
|
oOOO...bagi lamb minum susu rupanya..cepat kita lumba, sapa paling cepat habis... |
|
Tengok tu, Haziq dan Mya bersemangat.. |
|
Bergambar dengan lamb yang super cute! |
|
OO..ayam apa ni? bulu putih muka itam..heheheh |
|
Llama!! |
|
Errr..takkan papa nak masuk kat cik Pinky sbelah Haziq tu kot? hahaha |
K
alau tengok kat pamplet
yang dia bagi tu, pukul 11 pagi ada Meet a Wombat and Friends..dah
dekat dengan kawasan tu dan masanya pun nak sampai, kami pergi dulu kat
situ. Aktiviti kat sini ialah touch the wildlife yang dipegang oleh
staff kat situ. Nama wildlife tu tak berapa nak ingat dah dan last
sekali yang kena beratur panjang ialah ambil gambar dengan wombat...Mya
bukan main takut lagi..dah la wombat tu duduk terkangkang je..aishh tak
sopan sangat hahaha
|
HA..tengok tu..the cute animal dah keluar..apa dia ye? ermm oo yang kuning emas tu possum.. |
|
Ambil gambar dulu dengan marsupial ni..wombat!!Kena beratur tunggu turn ye |
Lepas sesi ambil gambar dengan wombat yang famous ni kami terus cari tempat another marsupial, koala! Masa kami sampai ni, koala ni ntah buat apa sampai kena dukung-dukung. Kami kena tunggu dorang setting koala tu dulu baru boleh masuk. Masuk kawasan tu bau wangi daun eucalyptus menusuk hidung huhu rasa cam bau baby-baby lak...koala makan pucuk daun ni dan kata staff kat situ tak boleh sentuh daun tu nanti koala tu tak makan..Masa sibuk menjenguk koala yang tengah tido tu tetiba ada sekor koala ni berjalan ke arah kami masa ni..kukunya tajam..scary juga masa tu..Tak ada apa sangat aktiviti kat sini selain ambil gambar dalam kawasan yang kecil ni..
|
Yang ni dok tidoq tak sudah.. |
Next kami cari tempat kangaroo.Ok!.. kangaroo time!! comelnya..semua baik dan peramah..tengok tu..
Mama kontrol..sebenarnya geli sangat nak pegang haiwan2 ni..Mya dan Haziq bersungguh2 feed the roos..tapi sebenarnya kanggaroo ni dah kenyang sangat.. mata kuyu je..mengantuk lah tu..makan banyak sangat..
|
Tengok tu..tergolek2 dah semuanya |
|
Ni bukan kangaroo nama nya wallaby |
|
Lastly bergambar sebelum balik ke Perth City! |
Next destination kami ke Swan River Chocolate Factory sebelah je Caversham ni sebab Mya tak puas hati tak dapat tengok orang buat coklat katanya...hahaha..sabor je lah anak..kami kat sini sekejap je sebab sama je macam kat Margaret River Chocolate Factory..
|
On the way ke sini banyak ladang anggur |
|
Haaa dah sampai pun |
|
Akhirnya puas la hati Mya nak tengok orang buat coklat huhu...dah boleh kita balik dah |
Then ke Harbour Town Shopping Mall untuk lunch dan shopping sikit-sikit niatnya...Kat sini kami lunch kat Ispa Kebabs. Beli 2 set meal nasi dengan ayam kebab tu, sedap betul..pastu kebab satu..dah kenyang tu kami janlan-jalan cuci mata tengok apa yang ada kat sini
Kesimpulannya, biasa-biasa je lah shopping mall kat Harbour Town ni..kami beli sepasang sport shoes adidas Haziq yang harganya tak lah murah sangat..tak pe lah yang penting sampai yek...Sebelum balik hotel, kami singgah kat Coles Subianco untuk shopping barang makan sikit-sikit..
No comments:
Post a Comment