Saturday, February 21, 2015

Part 6: Inspiring destinations down under the Australian sky : Penguin Island Shoalwater Rockingham | Fremantle | Kings Park

Penguin Island Shoalwater Rockingham | Fremantle | Kings Park

Perjalanan hari ni diteruskan ke Rockingham untuk tengok penguin secara dekat selain dari tengok kat zoo.Selesai breakfast dan packing makanan sikit-sikit kami bertolak dalam jam 8 pagi. Kalau ikut kan GPS kami perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit. Perjalanan yang panjang dan cuaca yang agak panas menyebabkan budak-budak bosan dan kurang selesa. Nak tido ehhh baru je lepas  bangun tido..macam-macam lah peel budak-budak ni dalam kereta.

Penguin Island ni merupakan tempat semulajadi yang dipelihara di Western Australia yang mempunyai koloni terbanyak penguin terkecil di dunia. Selain tengok penguin kat pulau ni, kita juga boleh ambil pakej lain untuk berenang, surfing, snorkelling dan ada juga pakej pegi tengok wild dolphins, sea lions, pelicans dan ospreys, berenang dengan dolphins, berkayak dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut boleh refer kat sini.

Kami sampai ke jetty dalam pukul 8.45 pagi dan feri akan bertolak jam 9.00 pagi.. Dah selesai beli tiket feri kami ambil gambar sekeliling dan ke tempat menunggu. Feri untuk kami 2 dewasa + 2 kanak-kanak AUD69.50. Ni untuk tambang feri pergi balik dan masuk Discovery Centre untuk tengok penguin feeding.

Jadual feri
Bertolak dari jeti*: 9am, 10am, 11am, 12pm, 1pm, 2pm & 3pm.
Bertolak balik ke jeti*: 10.10am, 11.10am, 12.10pm, 1.10pm, 2.10pm, 3.10pm & 4pm.

Penguin Island Discovery Centre
Open Daily 10am- 3.30pm.
Penguin Feedings: 10.30am, 12.30pm & 2.30pm.

Perjalanan feri ni hanya mengambil masa 5 minit..Masa kami naik feri haritu sempat nampak ikan lumba-lumba melintas bawah feri. huhuhu teruja betul sampai tak sempat snap gambar..Masa kami naik feri ada staff Discovery Centre tu sekali yang bertugas buka centre tu jam 10 pagi untuk persediaan penguin feeding. Disebabkan kami sampai awal dan tak ada apa aktiviti lagi, kami pusing pulau tu ikut trail yang disediakan. Jumpa banyak sangat burung pelican dan seagull.

ni jeti dan feri tu..sebelah belakang tempat tiket

Posing dulu..air nya memang crystal clear

Dah naik feri
Tengok tu Haziq tak sabar-sabar bila dah sampai

gambar-gambar dulu keliling pulau




seagull yang ada je kat mana-mana

Dah penat jalan-jalan makan dulu sebelum Discovery Centre buka

Ni little penguin kat discovery centre




Ada sorang staf tu akan cerita pasal penguin ni dan bagi makan


ni dia species penguin paling kecik di dunia- little penguin


Ni tempat rehat-rehat depan discovery centre tu

Haa Mya sempat main pasir dengan kawan minah salleh tu sebelum balik

Next destination kami ke Fremantle pula. Tujuannya nak shopping souvenier Australia kat E-shed Market kedai Megabes yang terkenal dengan harga murah dan makan fish n chip. Selain tu kami plan nak lawat tempat menarik macam Muzium Maritim dam Penjara Fremantle.hehehe..Dah penat-penat kat Penguin Island, perjalanan ke sini mengambil masa dalam 1 jam termasuk kami tersalah tempat..huhu..Budak-budak tido je sebab dah penat dan kami pun bawa kereta mengantuk gile tengahari buta dengan speed limit 60-80 km/j..sabo je lah..

Sampai kat E-shed market kami bergegas cari Megabes. Kedai ni recommended by blogger dan forum sebab murah dan owner nya Malaysian Chinese dari Ipoh kalau tak silap. Uncle ni memang ramai sangat. Kami ambil tiket parking 2 jam dah selama tu lah kami kat kedai tu je huhu..memang tak sempat nak ronda-ronda tempat lain especially tempat makan kat situ..

E-shed market

Kedai Megabes

Mama memulakan maraton shopping..huhu penat ooo..kena tulis nak beli apa n untuk sape..banyak sangat baju nya

Ni lah bos nya..kaya ooo..kami je beli dah berapa..tapi baik juga uncle ni banyak bagi less hehehe
 Sesudah burn ribu riban kat Megabes kami pun dah insaf..hehe teringat belum makan lagi dan teringat anak-anak hahaha kalo tak asik teringat baju tak sudah..Haziq dah mula mintak coklat..lapar la tu..so tu tandanya kena stop shopping lah mama ni..kami ada bawa bekal nasi goreng tapi tak tau nak stop makan kat mana..so kami bergegas cari tempat yang nak makan fish n chip yang popular kat Fremantle ni.
Ni area Fremantle..bangunan semua cantik-cantik


Kami lepak lunch kat sini


Dah makan jalan-jalan kat sekitar tu






Dah lewat-lewat petang tu sebelum balik bilik..kami jalan dulu ke Kings Park. Kalau masuk je bilik ni memang tak keluar dah sampai esoknya...hehe..Tak buat apa pun kat sini, just ambil gambar dan rehat-rehat je..























4 comments:

  1. salam nk tanya..pergi fremantle drive kn?kereta park mne yer klu pegi megabes dan kailis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Hi Liyana..kat megabes dan kailis ada tempat parking open..bayar ikut masa (parking bermeter)..kat area situ jumpe tempat masuk coin..hrp membantu

      Delete