Finally its our last day in Perth WA.
Esok kami
akan balik ke Malaysia pada flight 2.30 am 17 November 2014, Isnin. Lepas check out dari Baileys Serviced Apartment (yang sangat
selesa dan highly recommend), kami bercadang untuk ke Belmont Forum Shopping
Mall yang terletak di kawasan Belmont Avenue.
Disebabkan takde apa nak buat kat bilik hotel, kami pun keluar lepas je sarapan dan kemas-kemas beg. So dalam pukul 9 lebih kami dah sampai kawasan parking mall ni. Sampai je tengok, eh apesal dekat area parking ni penuh dengan payung dan kereta bersepah-sepah ni.. Rupa-rupanya ada car boot sale. Merasalah kami tengok car boot sale yang selalu tengok kat tv tu. Macam-macam barang dijual di sini. Ala-ala pasar lambak. kadang-kadang tu tengok toys anak yang dah rosak pun ada jual..hehehe..tapi ada juga orang yang beli.
Tunggu punya tunggu pukul 11pagi baru mall buka..Ok kawan2 sila take note ye, mall di Perth ni kalau hari Ahad di buka pukul 11pagi, tutup pukul 6petang..ermm kejapnya..
Dalam mall ni kami sempat beli perfume CK Eternity Man utk papa. Harga agak murah. Utk sebotol 100ml dapat free gift sebotol 30ml tak sampai RM100. Mama tak beli perfume sebab stok perfume beli kat Singapore aritu ada lagi sebotol dua..hehehe..
Tapi kat Perth ni mostly kami jumpa perfume CK je. Harga perfume ni boleh dikatakan murah berbanding Hong Kong, Singapore dan Malaysia. Kat Korea aritu memang tak sempat nak survey perfume.
Lepas settle beli perfume papa, kami masuk Big W, yang besar ala ala AEON Big kat Malaysia ni. Tujuannya nak beli peralatan dapur yang menarik dan pinggan corelle yang dikatakan murah di sini.
Sempat lah kami merembat set corelle 4orang makan, 16 pcs yang berharga lebih kurang RM180/set, design tak berapa menarik dan tak banyak choice. Tak nak ambil yang berbungaan kami amik yang corak geometri sahaja. Lepas tu kami pegi beli buahan tempatan Australia yang sedap-sedap...mangga, strawberry, berry, apricot, peach dll...
Settle di sini,kami pun bergerak ke area CBD (Central Business Distreet) atau pusat bandar semula.

Dekat area CBD ni kami nak pegi Murray St. yang famous dengan London Court. Kalau u all nak cari London Court ni, kena tgk betul2 sebab lorong dia kecik. Masa kami pergi tu dah hampir musim krismas, tapi cuaca semakin panas sbb Australia kan hemisfera selatan, so cuacanya terbalik dgn hemisfera utara.
Dekor di jalan-jalan utama pun semakin cantik. tapi musim panas..acaner tuh? hehhehe
Selesai berjalan bergambar dan membeli sedikit cenderamata yang mahal-mahal kat sini, (maklumlah CBD lah katakan)..kami pun bergerak mencari sesuap nasi untuk makan tengahari. cari punya cari, terjumpa Ispa Kebab (memang banyak Ispa Kebab di Perth ni).. Beli nasi dan kebab, then naik kereta, bergerak ke Kings Park.
Sampai jekat kereta, area town council tu bila baca balik notis kat situ, rasa-rasanya kena saman kot..hurmm..merasa lah kena saman first time nanti. (rupa2nya memang betul kena saman, AUD30, dia tolak dari duit deposit kat keta company sewa kereta lepas kami sampai ke Malaysia..)
Takpelah..dah salah bayar je lah saman. Then kami bergerak ke King's Park untuk berkelah makan tengahari makanan yang kami beli tadi. Sambil-sambil tu sempat lagi selfie berguling-guling di taman yang luas, cantik dan mendamaikan ni..
Since flight kami balik ke Malaysia ialah pukul 2.00am 17 Nov2014, iaitu pada awal pagi keesokannya, takkanlah kami nak melepak di airport dari petang tu sampai awal pagi esoknya kan? Jadi kami pun ambil keputusan untuk stay bermalam (takdelah dapat tidur sangat pun) di sebuah backpacker hostel yang terletak di drop off kereta di Adelaide Terrace, yang dekat je dengan HQ Aries Car Rental, supaya senang kami nak parking kereta di situ.Namanya Exclusive Backpacker (eksklusif lah sangat)
Hostel pun mahal juga, sebab kami ambil personal room macam hotel yang ada 2 katil queen, attached toilet dan aircond..kalau tak silap dia caj AUD30 untuk 7 jam kami stay di situ sebab kami akan keluar pukul 11malam untuk keairport.
Agak selesa juga hostel ni. Tapi memang standard hostel, siap dengan kitchen untuk memasak. Kami idoklah memasak malam tu, cuma amik air panas nak buat milo dan susu anak-anak dan juga buat maggi baki bekalan makanan kami... Kat sni juga ada free wifi di lobby a.k.a common area.. So papa sempat lah web check in flight kami nanti supaya dapat seat 4 in a row..
Kalau korang datang berdua, rasanya hostel ni sangat lah ok, bersih, location strategik, ada bas depan hostel, kedai serbanika orang arab ke apa ntah depan tu, dan kalau nak sewa kereta pun, sebelah pintu hostel je je Company Bayswater dan opposite dengan Aries Car Rental..
Malam tu, sempatlah anak-anak tido seround dua sampai pukul pukul 11malam. Mama dgn papa mmg tak tidur, kalau tidur takut tak terjaga..kang miss flight naya oi..kalau dekat tak pe juga kan..
Tepat jam 11malam, kami pun bergerak ke airport dengan Mya yang menangis sebab mengantuk, Haziq pun mamai-mamai..dan cuaca pula sejuk gila kot..dalam 10 degree pulak malam tu..
Sampai je Airport, kami kena simpan keta kat parking special untuk drop off key dan kunci biar dalam dashboard je, pastu kunci dari dalam. Nanti dah siap sms je dorang line dan row kita parking keta. Esok pagi dorang akan pick up keta. Kalau buat macam ni kena bayar extra drop off fee dalam AUD30 gak. Tapi tak pelah juga sebab kalau naik cab pon lebih kurang je. Dengan nak menyusun barang dalam teksi lagi..lagi haru kang..buatnya anak mengamuk lagi..huishhh...
Settle urusan drop off keta, kena naik shuttle bus untuk ke Main Terminal Building, jauh jugak kot kalau nak menapak dengan beg dan anak-anak, adalah dalam 1km, sebab long term car park ni memang jauh dari MTB..
Sebelum drop bag tu kami gi kaunter imigration utk refund tax atau namanya TRS (Tourist Refund Scheme). Syarat untuk redeem tax ni ialah, kena beli barang dalam 1 resit minimum AUD300. Cara nak refund ialah bawa barang yang telah dibeli (dalam tempoh 60hari), ke satu bilik khas, dan dia akan cek barang yang kita beli, (kami haritu dia cuma tanya je apa yang dibeli). Then dia akan bagi satu acknowledgement paper. Lepas tu boleh lah check in luggage kita tu..
Nanti sebelum boarding bawa kertas tadi, kredit card Visa atau Mastercard (untuk didebitkan nilai tax) dan jangan lupa bawa pasport ke satu kaunter khas di mana dia akan amik document tadi untuk proses pembayaran refund tax. Kami hari tu dapat lah claim 1/11 atau 9.09% daripada nilai belian barangan. Banyak juga tu..dalam AUD27. Hampir RM100 gak tu ..Nilai ni akan didebitkan ke akaun kad kredit kita dalam tempoh 3-60 hari.. (dapat TRS bayar saman parking pulak..haa elok benarlah tu huhuhu)
Masa nak check in luggage, tengok que punya lah panjang, umat manusia warganegara Malaysia nak balik ke tanah air. Ada yang berkeluarga kerja di sini, seorang diri, dan juga ada yang dengan rombongan cik kiah melawat Perth macam kami melawat secara berjemaah. Panjang giler, siap penat mengantuk lagi.. Masa aku nak drop bag pegi lah tanya pasal stroller Mya dan nak wrapping plastic dekat beg kami yang lembut2 skit ni..rupa-rupanya kami dapat priority drop bag sebab dah buat web check in walaupun belum print boarding pass..Alhamdulillah..dengan mudahnya urusan drop bag kami selesai..berbulu je kot rombongan Cik Kiah tengok we all yang sampai lambat tapi dah siap drop bag dulu..hehehe..rezeki, tu lah lain kali korang web check in dulu sebelum naik flight ok..tapi tak semua negara yang benarkan web check in..Untuk flight ni, kami akan connecting PER-KUL-LBU.
Tepat 2.30am kami pun mula masuk ke perut pesawat MAS dan flight bergerak on time 2.30 pagi. Flight agak penuh juga hari tu. Selepas 5 jam penerbangan ( takde apa2 yang menarik berlaku sepanjang penerbangan) Haziq dan Mya pun tidur je keletihan..Kami tiba di KLIA pukul 7.30 pagi. Since flight kami ke Labuan depart 8.30am, turun je terus lah kami ber'amazing race' dengan anak-anak dalam keadaan mamai dan pening lapar dan tak mandi dari petang semalam..hahahah.Habis papa langgar orang kiri kanan..bengang je akak akak dan mokcik mokcik di situ..sebab berebut nak ke MTB yang ada domestic departure untuk berlepas ke Labuan.
Siap cop imigresen Malaysia, berlari pula ke gate untuk flight ke Labuan. Memang jauh giler ok..sampai je elok-elok tengah boarding..aduh..lapar pulak tu. harap-harap naik kang dapat makan nasi lemak ke..rupa-rupanya cuma dapat sandwich je! hampa kejap..dah la pening ngantuk, flight Labuan pula mmg full house pagi tu. paling best kami dapat seat 22 A,B dan 23 A,B. Sebab papa lupa nak tukar seat. MMg stress flight 2 jam setengah aritu. Dengan orang sebelah yang bersembang kuat dan ak henti-henti sepanjang perjalanan tu, makanan pula cuma sandwich penyek je..elok lah tu. pakej tak selesa (banyak komplen kan? nak selesa naik bisnes class lah) ehehehhe..
Akhirnya kami pun tiba di Labuan dalam pukul 11.00pagi..kereta pulak minta tolong jiran depan rumah kami park siap-siap di airport dan kami pun balik ke Labuan dengan hati yang tak sabar-sabar nak tidur dalam bilik sendiri dan atas katil sendiri selepas 8hari di negara Kangaroo.
Insha Allah ada rezeki kami akan plan lagi ke Australia, Melbourne, Sydney atau Gold Coast..tapi tak tau lah pula.. Nanti kalau rajin we all akan posting cos keseluruhan dan bajet ke Perth. Next trip? Insha Allah Umrah sekeluarga bulan Mei 2015. Tkasih sebab sudi baca entry Perth yang tersekat-sekat dan tertunda sampai berbulan-bulan ni..hehehe..
No comments:
Post a Comment