Wednesday, November 26, 2014

Puff ayam/daging dan kentang

Asalnya anak bujang si Haziq nak makan Apple Pie kat McD, tapi kami dah lama sangat tak pergi McD. Malas pula rasa pergi sana setakat nak beli Apple Pie ni. Mama konon-konon nya cubalah nak buat. Google punye google dah dapat resepi. Cari pastry tak jumpa. Kat sini kalau tak ada kat satu kedai tu tak payah lah nak cari kedai lain memang tak ada nya. Ye lah sampai satu kapal, kalau dah habis tu satu pulau memang tak ada. Tangguh punya tangguh sempat lah Haziq makan dua tiga kali Apple Pie McD tu...huhu..kemudian baru lah terjumpa pastry jenama KAWAN ni. Tak jadi lah Apple Pie Haziq, jadi puff ayam mama je..hehe.. ni resepi nya..buat suka hati je..menjadi jugak..best pastry ni, rasa ranggup sangat!

Bahan-bahan untuk inti :
2 biji kentang bersaiz besar (dipotong dadu)
100 gram daging kisar ( nak guna ayam pun boleh)
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar bawang kisar ( bawang merah + bawang putih)
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
Air
Garam
Gula
Minyak

 Cara-cara :
  1. Tumis cili giling sampai garing, kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi .
  2. Masukan isi ayam/daging kisar, kacau dan biar seketika hingga mesra dengan bahan tumisan.
  3. Masukkan kentang ,serbuk kari dan air (sukatan air ialah sehingga tenggelam kentang tadi)
  4. Perasakan dengaan gula dan garam secukup rasa dan gaulkan. Biar agak kering, tutup api dan siap.
  5. *Tip: nak tambah daun sup(hiris halus) untuk bau yang menyelerakan @ganti ayam dgn sadin pun boleh
Bahan-bahan untuk kulit
8 - 10 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4inci x 4inci)
1 biji telur (ambil kuning telur je) untuk menglis

 Cara-cara :

1. Puff pastry ni perlu dikeluarkan 15 minit sebelum boleh digunakan. Kalau tak nanti keras dengan ice susah nak lipat.
2. Potong puff pastry ni kepada dua bahagian menyerong supaya menjadi bentuk segitiga.
3. Kemudian, gelek dengan roller supaya puff pastry ni jadi besar sikit. Senang sikit nak isi inti.
4. Masukkan inti sebanyak mana yang muat. Jangan banyak sangat nanti susah nak tutup.
5. Tutupkan kemudian picit-picit bahagian tepi supaya bertangkup elok. Tekankan dengan garfu.
6. Bakar dalam oven pada suhu 200oC selama 25 minit.

Selamat mencuba...Sorry lah kualiti gambar tak elok, sibuk melipat dan menggelek pastry...hehe


No comments:

Post a Comment