Monday, November 24, 2014

Part 2 : Inspiring destinations down under the Australian sky


Lake Thetis Stromatolites | The Pinnacle Dessert | Lancelin Sand Dune | Neil Hawkins Park Joondalup  | Mountway Holiday Apartment

Ok, pagi tu lepas solat subuh lebih kurang 4 pagi (syuruk pukul 5pagi..huhuhu) kami tidur balik..ye lah..seawal pukul 4 pagi nak ke mana ye dokk? Yang sebenarnya kami berdua penat gila..(penat tak sudah..dah nama pun travel kan?hehehe) Cuaca pun sejuk betul malam hingga ke pagi tu..kami semua tidur satu bilik je..amik tilam single anak-anak bawa ke bilik master sebab diorang takut nak tidur kat bilik lain..

Setel sarapan roti dan pastry sahaja (beli di Danish Patteserie semalam), makan roti, minum susu dan makan buah-buah saja.. Nasi lemak masak untuk makan di Joondalup jap lagi. Actually nasi lemak ni kami masak sebab memangd ah plan nk masak kat sana. Rice cooker memang kami bawa dari malaysia, sampal tumis precook bawa juga dari Malaysia, masak sambal tumis kosong, pack comel-comel then label. Sampai Perth declare je, alhamdulillah selamat. masa nak makan tu tambal ikan bilis dan air, panaskan sampai kering sikit, goreng telur mata, ikan bilis dan timun..tadaa..siap dah lunch kami.

Trip kami pagi tu bermula dengan meronda kejap di kawasan Pekan Cervantes, takde apa sangat pekan ni, restoran fish and chips, pizza, pejabat pos, kedai runcit dan beer store heehe .memang kecil betul pekan ni. dekat jalan utama ada petrol pump.
Cervantes..kalau korang google steet tempat ni, memang exactly beginilah rupanya..
 Lepas pusing seround Cervantes kami bergerak ke Petrol pump kejap, isi sikit sebab takut tak jumpa pump on the way nanti, rupa-rupanya banyak pump on the way tu. Harga paling mahal setakat yang kami jumpa iaitu AUD1.59 seliter. Isi AUD30 naik quater je meter. Pitam..
Isi minyak..terjojol mata tengok harga petrol, bila convert RM nak nanges rasa..

Then kami proceed ke Lake Thetis yang terletak 1 kilometer away from Cervantes. Dekat je, 4 minit je dah sampai. Ada apa kat lake ni? Ok, ni info yang kami dapat dari website dia.

Secara ringkasnya stromatolite ni ialah living fossil hasil dari pembentukan mikrobs dari spesis cyanobacteria. Kalau yang ada di Lake Clifton tu namanya thrombolites, lain pulak kisahnya. Kami tak pergi ke Lake Clifton.Cukup la satu ni je.

"Just over 1km from the centre of town (off the Hansen Bay Lookout Rd) lies Lake Thetis. It is estimated the lake became isolated from the sea about 4800 years ago when sea levels dropped and coastal dunes formed around the Lake.
The lake is one of only a few places in the world with living marine stromatolites, or 'Living fossils'. The microbes that build stromatolites are a species of cyanobacteria and are similar to those found in 3500 , which are the earliest record of life on Earth. The lake's stromatolites that look like rocky lumps have been dated to about 3370 years old. Stromatolite communities grow as the this layer of bacteria on their surface deposit calcium, cementing sediment into bulbous structures. Blister mats of cyanobacteria can also be found growing on the margins of the lake in the flood zone. These mats are sensitive and easily disturbed.
The stromatolites are easily accessible during the drier months when the water level is at its lowest. The best examples can be found at the south-western edge of the shoreline but they are brittle and visitors are asked to look, but don.t touch.
Lake Thetis is isolated from major surface drainage and is fed by groundwater flow. The only loss of water comes from evaporation. It is a saline lake but there is no evidence to suggest the lake has a connection to the sea. The water level fluctuates around average sea level but doesn't appear to reflect tidal variations. The lake levels follow trends more closely related to the rainfall for the area.
The lake water is alkaline and nutrient poor but provides an ideal environment for bottom dwelling microbial communities. The lake contains some small fish, amphiods and a few crustacean species adapted to living in highly saline environments.
The circumference of the lake is only 1.2 kilometres and provides an interesting and enjoyable walk. Please stay on the path provided. Enjoy an easy 1.5km loop walk around Lake Thetis and gain an insight into what life was like at the dawn of time.
Like the famous stromatolites of Hamelin Pool, in Shark Bay, these rock-like structures on the edge of Lake Thetis are built by micro-organisms too small for the human eye to see. Within the structures are living communities of diverse inhabitants with population densities of 3000 per square metre!
The thrombolite-building micro-organisms of Lake Thetis resemble the earliest forms of life on Earth. The discovery of modern examples helped scientists to understand the significance of micro-organisms in the environment and unravel the long history of life on Earth. Today living examples of these once completely dominant organisms are restricted to only a few places.

Walkway to the Lake Thetis
Kemas je kawasan ni terjaga
Sampai dah Lake Thetis

closed up stromatolite


Terjumpa caravan.. macam best je
Setel di Lake Thetis, kami proceed ke The Pinnacle Dessert yang terletak lebih kurang 17km dari Cervantes. Di sini kami spend masa lebih kurang sejam. Cuaca agak panas, tapi angin yang bertiup sangat sejuk. Jadi secara tak sedar kami sedang membiarkan kulit dibakar secara tak sengaja..tapi dah sapu sunblock ni..hehehe..Pemandangan di sini memang sangat menakjubkan.Subhanallah!

 Enrance fee AUD12 per vehicle. Korang boleh baca info yg kitorang snap kat situ. Kat sini ada drive atau laluan kereta yang kita akan ikut dengan batu-batu sebagai penanda. Tiba di point tertentu kita boleh park kereta, amik gambar dan jalan balik. Sampai lah point terakhir dan keluar dari kawasan The Pinnacle ni.

OK, layan lah gambar-gambar posing sakan kami ni yer..





















Tengah-tengah memandu di The Pinnacle Drive tu, tetiba nampak emu bird ni..berlari-lari dia nampak kereta we all. Comel kan..ada lah dalam empat lima ekor gak masa ni...melintas cari makanan di padang pasir yang panas ni..ada apa ek?
 
Perjalanan diteruskan ke Lancelin Sand Dune yang terletak lebih kurang 80km ke arah selatan.
Sepanjang Indian Ocean Highway korang akan jumpa sign board untuk masuk ke arah Lancelin. Cari Lancelin small town, dan google for 'Have a Chat Store'. Kat sini u all boleh sewa sand board, kalau taksilap AUD10 per board, deposit AUD50. Nanti dia akan bagi wax (lilin) skali untuk disapu pada board tu supaya licin dan lancar.

Drive dlm 1km, jumpa lah sand dune (gumuk pasir) ni..Masa mula-mula tengok tu, subhanallah..sangat kagum dengan kebesaran Allah..Di tengah-tengah penempatan manusia, beberapa km dari pantai ada padang pasir yang kecil ni. Boleh drive di kawasan ni, tapi sila berhati-hati kalau kereta u all rendah takut tersangkut pada pasir yang sangat halus tu. Di sini tak de trek macam di The Pinnacle Drive tu, so kena agak-agak sendirilah jalan mana yang ok untuk dilalui.

Kami sand surfing di sini lebih kurang 1 jam juga. Tak larat nak lama-lama..Masa ni pukul 12 tengahari..haaa ambik ko..main di padang pasir tengahari buta..heheheh..tapi angin yang bertiup sangat sejuk..walaupun matahari terik memancar di atas kepala.

Sempat lah juga 2-3 round sorang sambil menjerit-jerit dengan anak-anak..hehehe..

Ok, gambar sangat cantik, sebab cahaya sangat terang masa ni..
Mya pun nak cuba meluncur

Mama and kids berposing sebelum meluncur

Larat takkorang nak panjat gumuk pasir ni 5-6 kali?

Kat hujung sana ada satu family tengah meluncur pasir juga..

Posing lagi..langit sangat stunning masa ni..

The kids..getting exhausted already..

Model padang pasir sekeluarga..hehehhee


     
Kami bergerak lagi ke arah selatan untuk menuju ke arah Perth CBD.Kalau ikut itinerary, kami stop untuk lunch di Joondalup, Niel Hawkins Park. Masa set di GPS, nak ke taman ni, kami agak confuse sebab dalam GPS takde pulak park ni. So kami pon try and error ajelah, alhamdulillah, terjumpa juga.

Kalau korang nak ke sini, kena cari betul-betul sebab park ni terletak di tengah-tengah kawasan perumahan.

 Selain daripada tu,Niel Hawkins Park ni sangat terkenal dengan populasi burung yang beribu-ribu lemon.  Sebabnya, kedudukannya yang hampir dengan tasik. Kami memang dah plan nak bagi burung makan. Plan je..tapi makanan tak beli pun ..hehehe..mahal weh..makan burung je AUD10..hahaha..kedekut. cadangnya, nanti dah sampai kat sana, mengendeng-ngendeng lah dengan manusia-manusia yang baik hati yang bagi makan burung nanti.


Kat taman ni memang banyak sangat burung, tapi sebenarnya, bird feeding ni ialah perkara yang dilarang di sini. Masa sampai di sini baru kami tahu. Tapi dah alang alang sampai kami bagi juga burung makan. Antara reason larangan bird feeding di sini ialah pihak berkuasa tak mahu burung-burung di sini menjadi spoil dan malas mencari makanan sendiri, menunggu diberi makan sahaja. Selain daripada tu mereka tak mahu burung-burung ni yanga da di antaranya mempunya penyakit akan menyebabkan kita terkena penyakit tu semasa dipatuk di tangan ketika memberi makan.


Selesai kami makan nasi lemak dalam kesejukan, (betul ni, cuaca sejuk masa ni, walaupun dah hampir ke summer ) anak-anak pun bermain kejap di playground sebelum masing-masing sangat teruja nak kejar burung, itik dan lain-lain hidupan di sini..

 Yang kami nampak masa ni, ada seorang budak lelaki dengan ayah dia dalam lingkungan 5tahun sedang bagi makan burung, tengoklah gambar tu..comel kan budak ni. Dia duduk di tunggul pokok yang dipotong menjadi seperti kerusi dan dia dikelilingi burung..




Niel Hawkins Park yang terletak di tepi tasik juga terdapat beratus-ratus ekor itik liar yang comel..bestnya..

Haziq bawa roti pun kena kejar dengan burung..tengok tu
Kalau korang rajin boleh baca info tentang perubahan musim di sana..yang aku nampak tu Birak, Bunuru, Djerin, Makaru Djilba dan satu lagi Kambarang. Ni bahasa orang asli depa la ni, nak tau lanjut korang baca sendiri eh..hehehe..
Papa yang suka shot gambar flora dan fauna..cantik sangat burung merpati sebab cukup lighting dan orang yang ambil gambar tu pun terror..hehehhe..motif memuji diri?
Nampak ni..dorang berdua ni tengah nak mengejar angsa liar ni..taktau apa dosa dia, hehehe
Ok, kalau rajin, klik dan baca info di sini..
Mya dengan sea gull..
Burung ni ada di mana-mana sahaja masa kami di Perth, sesuai lah jadi maskot.
Flamingo..cantiknyer....
Encik Seagull yang berposing
Ada sorang perempuan ni bawa makanan burung satu beg besar..tengok tu..semua mengadap ke dia, termasuk Mya eh?
Terjumpa sorang akak ni bawa a bag full of bird food..apa lagi budak-budak ni pun mintak lah sikit..tapi masa nak ambil tu, penuh burung kerumun papa sebab pegang beg makanan dia..tak tahan pegang plastik beg tu, papa pun serah baik dekat akak tu..abis atas bahu kepala burung kerumun.
Haziq dah dapat segenggam mula lah bagi beburung ni makan..

Ok..lai lai..abang banyak kuaci ni
Puas bagi burung makan (satu pengalaman baru yang tak pernah rasa kat temnpat lain)..beramah mesra dengan burung, kami pun eeninggalkan Niel hawkins Parks dengan seribu kenangan yang akan sentiasa terpahat di ingatan..insha Allah ada rezeki nanti anak-anak pula bawa mama dan papa ke sini bila besar nanti yer.
 Siap di sini, kami pun bergerak ke arah CBD untuk mencari hotel kami pada malam kedua iaitu, Mountway Holiday Apartment. Apartment ni terletak di Mount Rd hampir dengan Kings Park.

Set di GPS, kami pun bergerak. Dah dekat dengan pusat bandar, jalan sesak teruk juga. Sebab masa ni dalam pukul 4petang. Dah dekat area Mount Rd tu, boleh pula kami sesat dan berpusing beberapa kali.. Aduh..GPS tak tetap iman sangat sebab masa ni banyak bangunan yang tinggi. Kejap-kejap hilang signal..sebenarnya tempat tu dah dekat tapi dia dok ajak kami memusing di engah bandar yang sesak dengan manusia yang baru balik kerja..Dah la penat melekit, lapar..pening..akhirnya jumpa juga kami apartment. Dapat kunci, masuk mandi siap-siap nak cari makanan. Konon-konon nak jalan kaki je..tah macamana sesat pulak dalam kesejukan petang tu. Last-last, balik hotel ambil kereta set GPS cari supermarket Rise yang terletak di Adelaide Terrace depan Aries Car Rental. sebab apa senang nak ke sini? sebab kedai ni memang sah ada jual daging dan ayam halal..hehehe..set Home dekat GPS dalam 10 minit je sampai lah kami ke supermarket Rise.

Beli daging sikit, ayam sikit malam masak nasi goreng, spageti dan siap sekali makanan untuk breakfast dan lunch keesokan hari dalam perjalanan ke Augusta..

Ok, end of  2nd day, bersambung ke entry hari ke 3, part 3. Bye semua, tq sebab sudi baca blog kami.

No comments:

Post a Comment