Friday, November 21, 2014

Part 1 : Inspiring destinations down under the Australian sky ~ Western Australia

Assalamualaikum..hari ni kami masih dalam mood cuti, jadi sebelum semua kenangan dan memori di Australia hilang sikit demi sedikit, baik kita mulakan dulu menulis entry catatan perjalanan kami ke Perth sepanjang minggu lepas, iaitu dari 10-17 November 2014

Perth International Terminal | Danish Patisserie | Joondalup Lakeside Shopping Center |Emu Down Wind Farm | Cervantes Holiday Homes


Alhamdulillah, ketika entry ni ditulis, kami baru 4 hari pulang dari Perth Australia.
 masih diberi kekuatan untuk menulis..hahaha..macam biasa nak update blog entry lepas holiday macam ni ambil masa berbulan.Tapi kali ni kami cuba habiskan entry Perth trip a.s.a.p..
Perjalanan kami ke Perth bermula pada pukul 2.55pm dari Labuan ke Kuala Lumpur, terima kasih jiran lami Irwan Shah yang selalu tolong hantar kami ke airport.

Tiba di KLIA lebih kurang pukul 5.30 petang. Kami kena keluar ke departure hall level 5 sebab kami nak ke farmasi Pusrawi kejap. Tiba-tiba je Mya batuk pulak.So kena beli ubat batuk untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk nanti. Siap beli ubat Mya, kami pun ke balai berlepas antarabangsa untuk pemeriksaan keselamatan, kastam dan naik tren untuk ke terminal antarabangsa.
Tiba di sini, kami ke Plaza Premium Lounge sebab papa dan mama menggunakan kad kredit HSBC Visa signature. So dapatlah mnggunakan kemudahan makan minum dan berehat secara percuma di sini. Makanan di lounge ni boleh lah tahan..tapi tak sehebat Golden Lounge MAS. Yang tu lagi hebat. Kami sempat makan nasi, kuih-muih, kek dan minum kopi. Dekat Lounge ni wifi dia lebih laju berbanding KLIA wifi. Ada juga tandas dan bilik air untuk mandi dan membersihkan diri. Kalau transit beberapa jam memang lagi best lepak kat sini. Anak-anak memang seronoklah makan dan berehat di sini.
Lepak sekejap di Plaza Premium Lounge sebelum boarding
 Lebih kurang 7 malam kami pun bergerak ke pintu berlepas. Kami jumpa dengan sorang kakak yang peramah ni, nak ke Perth juga, jumpa anak saudara dia yang tinggal di Perth. Sebelum tu dia tanya we all..kami ni keja kat Perth ke..hehhe.ada rupa orang keje oversea kot..
Cuaca tenang, makanan sedap juga, ada nasi dgn ikan sweet sour, rasa not bad sedap, ada cheesecake dan ada buah- buahan serta roti. (actually perut kami dah penuh sangat, asyik makan je dari petang ke malam).


Flight MH127 malam tu berlepas on time, dalam flight tak ramai penumpang malam tu, so kami dapat duduk 1 row 4 seat tu dengan anak sorang satu. So anak-anak puaslah tidur berbaring. Tapi papa dan mama tak lena tidur sangat. Perasaan masa tu bercampur baur, risau, gembira cemas dan tak sabar..sebabnya, asyik dok temgok kat peta perjalanan tu kami lalu di atas Indian Ocean, no flight pula MH 127, pesawat pulak Boeing 777.. so korang semua faham kan maksud aku? hehehe..
Enough said, flight kami berjalan lancar malam tu.
Route travel trip kami malam tu, Haziq siap berbaring selesa..
Tepat pukul 1.25 pagi, kami selamat mendarat di bumi Perth, Australia. Syukur, urusan paspot, dan kastam berjalan lancar, Part yang paling mendebarkan mama. Kami diminta menunjukkan makanan sebab ada declare susu formula dan bijirin( beras). Sambal cili kering kami pun lepas..huhu.. Selesai urusan tu kami pun menunggu di luar, cuaca awal pagi tu sejuk sangat. Kami lepak di surau untuk solat jamak takhir Maghrib dan Isya. Sementara menunggu subuh mama dan anak-anak lepak kejap di surau, tapi anak-anak tak selesa.Masa tu ada jumpa satu family ni dengan ank-anak sedara dia tengah berehat juga kat situ tunggu flight pagi tu pukul 5.30..Menangis budak-budak tu, tak selesa kot kan. Kami rasa balik nanti tak payah la datang awal sangat ke airport, kesian anak-anak.

Papa keluar gi beli simkad vodafone AUD30, ada 1 GB internet dan kredit bercakap 2 jam kot.
Early morning at Perth International Airport

Bila hari dah cerah, lebih kurang pukul 7 pagi, kami ambil teksi ke CBD, ke Adelaide Terrace untuk ambil kereta sewa di Aries Car Rental. Tapi belum buka, so kami berkampung kejap dalam kesejukan pagi tu di depan office car rental tu. Opposite Aries Car rental ialah Bayswater Car rental, dan kedudukan kedai-kedai ni adalah di simpang empat. Ada juga sebuah pasaraya 24 hour milik orang Pakistan/India di sini. Nama kedai ni Rise.So kami sempat beli air kopi dan tumpang toilet. Kedai ni memang best sebab ada jual daging dan ayam halal dan sikit sayur dan buah.Tapi kami tak beli pun sayur tu lagi awal-awal ni. Berhadapan kedai ni ialah Exclusive Backpackers.
Lepas je jam 8, setel urusan daftar dan bayar, kami ambil kereta dan bergerak ke Danish Patteserie di Bassendean Road untuk beli pai, roti dan pastri halal. Kawasan kedai ni adalah di area industri/ kilang. Kedai ini actually adalah tempat dia buat roti, kek dan pastri dalam skala yang besar sebab tu terletak di kawasan industri.

Ok, kalau u all nampak kedai ni, ini lah tempatnya

Ni area kilang dia, sebelah outlet dia je.
Siap ada logo halal ni, dari WA Halal Authority.
Tengok tu macam-macam pastry ada, sedap dan manis-manis belaka
Yang ni among our favourite,iaitu Malay Curry Beef Pie. Makan 2 tak cukup siap beli tapau lagi.
Ini tray of mini tart yang kami beli..yang putih manis sangat, kastard puff dia ada chocolate drizzle lagi..fruit tart sedap giler, tapi ada satu je.
Masa ni kami set GPS untuk ke Joondalup Lakeside Shopping Center untuk ke Coles, beli bekalan makanan sikit, so set di GPS, selamat je kami tiba tanpa sesat.Syukur alhamdulillah. Terima kasih sangat dengan GPS TomTom ni yang banyak sangat membantu kami kat sini..

Tom Tom GPS yang sangat membantu road trip kami di WA
Shopping mall kat WA ni dibina di kawasan yang sangat luas dan lapang. Jadi memang takde mall yang bertingkat-tingkat macam di Malaysia. Macam kebanyakkan shopping mall kat sini dia kan menggabungkan butik-butik jenama dan beberapa pasaraya besar macam Big W(ala-ala Carrefour, tapi takde jual makanan basah), Coles (special menjual makanan basah, kering, buah-buahan dan sayuran) dan juga Woolworth. Ada farmasi macam Guardian di Malaysia, tapi namanya Priceline atau Chemist XXX (tak ingat dah)..



Christmas decoration..


Mama bersedia dengan bakul mencari bahan-bahan untuk dimasak
Kat Malaysia tak pernah jumpa baby brocolli ni.Harga dalam RM10 seikat ..
Jumpa strawberi 2 pek AUD4..Best-best..budak-budak sibuk nak
Beli bawang merah, bawang putih dengan kentang
Kat sini beli santan kotak, nak buat nasi lemak esok..huhuhu
Sebelum mulakan perjalanan panjang, kami light lunch dengan makan kebab yang jual kat foodcourt. Ada satu kedai kebab halal. Kedai tu nama Kebabbque. Beli satu je kebab harga AUD10.Dah ke toilet semua kami teruskan perjalanan.

Perjalanan kami diteruskan dengan menghala ke arah utara, dengan bantuan GPS semuanya mungkin..Pemandangan ke utara penuh dengan ladang gandum dan pokok renek sahaja.



Lagi Ladang gandum
Berenti sat, tukar driver...
Dari jauh nampak wind mill..ehh dah dekat ke Emu Down Wind Farm ni ye?
Perjalanan ke Emu Down Wind Farm ni jauh juga dari Indian Ocean Highway ke Cervantes di utara WA untuk kami bermalam di Cervantes Holiday Homes kalau ikut Google Maps cuma lebih kurang 2 jam, tapi masa kami sampai ke simpang untuk ke Brand Highway terlepas la pulak. So kami terlajak simpang untuk ke Emu Down Wind Farm lebih kurang 20 km ke utara lagi. So kami pun patah balik dan cari jalan ke Emu Down Wind Farm ni. Kalau korang tak lalu Brand Highway ke Cervantes, memang takkan terjumpa tempat ni. So dengan segala tekad yang yang ada, kami menggagau menggoogle juga sampailah akhirnya terjumpa wind farm ni. Bila dah jumpa apalagi, ambil gambar posing puas-puas.
Kalau lalu Indian Ocean Highway kena cari simpang ni sebelah kanan. Dalam 500 m dari simpang masuk ke Cervantes (sebelah kiri)

Dari simpang ni, kita akan melalui beberapa jalan kecil dalam 15-20 km lagi kalau tak salah. Dah tak ingat ikut susunan nya..Ada Bibby Road, Munbinea Road, Seville Street dan yang paling akhir Yerramullah Road sebelum jumpa signboard ke wind farm ni. Sepanjang perjalanan kami ni banyak lalat ke serangga ke apa ntah yang kereta kami langgar. Memang bertepek-tepek la kesan kat kereta putih tu. Masa turun amik gambar pun tak selesa sangat sebab kena hurung. Sabor je lah..



Ni kami jumpa dekat simpang nak masuk wind farm tu..comel je haha






Budak dua orang ni sengih je lah tak faham apa yang best sangat ntah papa dengan mama sibuk nak amik gambar kat sini
Papa kena paksa posing
Kalau tak asyik nak amik gambar pokok je huhuhu



Kena lah mama dengan papa explain apa kegunaan wind mill ni..semoga faham dan ingat ye anak-anak
Selesai urusan berposing sakan, ambil gambar puas-puas, kami pun balik ke pangkal jalan apartment penginapan kami di Pekan Cervantes. Call hos apartment menggunakan telephone yang dia letak diluar office tu, dan tunggu dalam 5 minit dia pun sampai. Walaupun diuruskan oleh persendirian, tapi mereka sangat profesional. Office kecil mereka siap dengan mesin kad kredit, fax, PC, printer mesin fotostat dan segala Selesai urusan check in, kami pun terus bergerak ke apartment penginapan kami, (rumah atas tanah je, tapi dipanggil apartment).

Ok, first impression kami, rumah penginapan di Australia ni, sangat bersih dan tiptop. Maksudnya, korang tak payah risau kalau nak sewa penginapan so called homestay cenggini. Cerita lanjut tentang Cervantes Holiday Homes,ada entry khas untuk semua hotel, apartment dan holiday homes ni. Korang boleh baca dan klik di sini.-buat masa ni belum siap sepenuhnya.  

Malam tu kami tak ke mana-mana sebab dah terlalu kepenatan. So lepak je di rumah, prepare dinner, mandi makan dan tidur awal sebab malam semalamnya tak dapat tidur dalam perjalanan.Sejuk jugak malam tu sampai kena pasang heater..

Dinner, breakfast dan lunch yang mama prepare masa di Cervantes Holiday Homes. Malam makan sardin dan telur dadar sahaja, terlupa nak beli sayur daun masa shopping tu so kena makan ulam timun, carrot dengan tomato je. Breakfast kami makan roti yang beli di Danish Pattesserie (chicken mayo tu best sangat !) dan lunch next day kami masak nasi lemak ready nak piknik. Kat mana? Tunggu next part punye entry..Yeye dah abis satu entry...hahaha

10 comments:

  1. Gigih..bebtul gigih ni Sue masak nasik lemak bagai.. mungkin nanti kalau kami travel ngan anak2 pun cemni kut. Eh. Ye ke? Haha.
    rice cooker tu bawak dari Msia ke cemna tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida, periuk tu harusla mengikut ke mana-mana..biar la ape org nak kata..kalo kite lapar sape nak tlg..hehe

      Delete
  2. Salam..kak, nak tanya, sardin tu beli dari sana or bawa dari malaysia?^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aida..sardin ni kami bawa dari Mesia..ok je..yg tak boleh bhn2 berasaskan susu dan daging

      Delete
  3. hai sue..lela nie..exstaff KML dulu (wife Zaki)..seronok baca entry sue..yg bestnya melancong bwk anak2...hebat jgk sue travel tanpa agent kan..mesti byk buat reseach nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lela..mmg ingt sgt lg..last year bulan 10 kitaorg ada p interview HLP kat KK.Terserempak dgn Lela kat rumah persekutuan..

      Kami backpackers je..Bajet sikit tapi nk gi jalan..kena lah rajin buat research..byk kita boleh belajar travel camni plus belajar bersabar sekali huhuπŸ˜‰

      Delete
  4. Akak. Mahal tak pastri dgn barang2 basah dekat supermarket ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori late reply.hrga brg harus la mhl coz halal food kan.tp still affordable dan portion nya pun byk

      Delete
  5. Salam, saya nak tanya tentang kereta sewa di Perth under Aries Company. Okay tak condition kereta tu? Adakah keretanya sangat bersih dan rasa seperti baru? Terima kasih sekiranya Puan dapat reply pertanyaan saya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.Kereta mmg sgt bersih dan tip top condition nya.jgn risau.just risau ttg speed limitπŸ˜…

      Delete