Thursday, November 19, 2015

Japanese Cotton Cheese Cake


Assalamualaikum semua..

Ni sebenarnya back dated entry..dah lama buat kek ni tapi macam biasa tak sempat nak buat entry..bila nak buat lagi sekali mula lah cari balik resepi tak jumpa..jadi untuk selamat kena buat entry baru! huhu

Tahun ni hajat mama nak gi Jepun tak kesampaian, so dapat buat kek ni pun kita boleh lah lepas kempunan nak pi Jepun huhu..Resepi ni di ambil dari blog  mana ntah tak ingat tapi kalau nak rujuk sini pun ok sebab hampir sama pula resepi nya. http://aziejaya.blogspot.my/2012/10/cotton-soft-japanese-cheesecake.html... Tima ksih ye



Bahan-bahan :

Bahan A
250 g cream cheese- kami guna brand Philadelphia
50 g butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur (gred B)
1 sudu besar jus lemon
secubit garam
60 g tepung gandum
20 g tepung jagung

Bahan B
140 g gula
6 biji putih telur
1 sudu kecil jus lemon

Cara- cara
  1. Campur cream cheese, butter dan susu. Cairkan menggunakan teknik double boiler dan sejukkan adunan.
  2.  Setelah sejuk, campurkan tepung gandum, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon (bahan A) ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  3. (Bahan B) Dalam bekas yang lain, masukkan putih telur dan pukul sehingga berbuih (foamy) kemudian tambahkan gula dan pukul lagi sehingga bertanduk (soft peak). 
  4. Campurkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau sehingga sebati.
  5. Tuang adunan dalam bekas kek saiz 8 inci yang telah di gris.
  6. bakar pada suhu 160oC selama 1 jam dengan kaedah bain-marie (waterbath)

Ni la dia bain-marie..masuk kan air dalam bekas kaca ni pastu rendamkan bekas kek kita.Jangan lupa balut dulu dengan aluminium foil

Selamat mencuba !












Labbaik Allahumma Labbaik : Umrah Part 2

Perjalanan dari Jeddah ke Mekah selama 2 jam berjaya kami tempuh. Ye lah tak buat apa pun, masing-masing sambung tido je hehe..Dah masuk kawasan Tanah Haram, mutawif kami, Ustaz Abu Dzar Al Ghiffari (nama unik betul kan huhu) kejutkan kami untuk bertalbiah..Semua bersemangat, bangun tak nangis dah budak-budak ni.. Kami sampai kat Hotel Elaf Kinda (nanti kalau rajin aku cerita pasal hotel ni, highly recommend!) lebih kurang pukul 2.00 pagi waktu Arab Saudi (7.00 pagi waktu malaysia), so lepas ustaz bagi kunci bilik dan makanan, kami diberi masa untuk ambil wuduk pastu terus turun untuk buat umrah yang pertama. Tak boleh lambat-lambat sebab dekat Subuh nanti dah tak boleh tawaf.





Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut, kat sini aku nak share sedikit tentang ibadah umrah. Berikut merupakan rukun umrah.

niat

niat-tawaf

Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah:
  • Niat
  • Tawaf
  • Sai'e
  • Tahallul
  • Tertib

1. Niat

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”

Niat di miqat (kalau dari Malaysia naik flight terus umrah miqat-sempadan kita ialah di Qarnul Manzil, sempadan dengan Kuwait dan terletak 89km dari kota Makkah lebih kurang 2 jam sebelum landing) Pilot akan umumkan dan ustaz pembimbing akan datang ingatkan semua jemaah umrah. Masa ni kita boleh lah baca niat ni, dan bermula pantang larang ihram.

2. Tawaf

Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.


Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
Syarat- syarat sah tawaf:
  • Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah :
    Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk  Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan  sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.

3. Sai’e

Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah. Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang  itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.

Tahallul

Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.

Syarat Tahallul

Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).

Wajib Umrah Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam. Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
  • (1) Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  • (2) Menjaga larangan ihram.

(1) Berniat Umrah di Miqat:

Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.

Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):

Qarnul Manaazil - Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.

Bir Ali - (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah - Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.

Zaatu ‘irqin - Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

(2) Larangan Ihram:

Mulai dari saat melafazkan niat hinggalah sempurna semua Rukun Umrah, jemaah hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan ihram seperti berikut:

Perkara-Perkara Larangan Ihram

  • Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan sebagainya)
  • Memakai minyak rambut pada kepala (dan janggut, bagi lelaki)
  • Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman
  • Memakai sarung tangan
  • Mengerat kuku
  • Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
  • Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)
  • Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
  • Bercumbuan
  • Melakukan persetubuhan

Larangan Khusus Kepada Jemaah Lelaki

  • memakai pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau pun tidak) yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, sarung kaki, songkok dan sebagainya
  • menutup muka menutup kepala atau sebahagian daripadanya
  • memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki.

Larangan Ihram Khusus Kepada Jemaah Wanita

  • menutup muka

Ihram Bagi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak yang sudah baligh yang mengerjakan umrah bertanggungjawab membayar Damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram.
  • Bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayyiz (dapat membezakan antara bersih dan kotor) menjadi tanggungjawab ibubapa atau penjaganya membayar Dam kerana melanggar larangan ihram.
  • Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa Dam bagi kesalahan melanggar larangan ihram.
Dah cukup semua orang, terus kami jalan kaki dalam 80 meter menuju Masjidilharam..Dalam hati rasa tak pecaya je boleh sampai sini dan sihat Alhamdulillah kami ni nak terus buat umrah yang pertama.

Semua ahli rombongan kami turun ke bahagian bawah Masjidilharam , kawasan yang paling dekat dengan Kaabah. Tapi kawasan tu tak boleh dilalui oleh kami yang tolak maktok dengan wheelchair. Jadi kami pergi ke arah mataf (kawasan sebelah atas).


Mula-mula berdebar juga sebab terpisah dengan kumpulan pimpinan Ustaz Abu, tapi kami tawakkal je. Papa tolak wheelchair maktok dan kami pun mula bertawaf. Fist time terlanggar juga kaki orang depan, dan dilanggar oleh wheelchair orang belakang, tapi sikit-sikit je. Dah dapat rentak, kami pun boleh tawaf sambil membaca bacaan doa(sunat) mengikut buku. Kalau ikutkan memang sangat mamai, sebab waktu di Malaysia dah pukul 8 pagi, dan kami masih belum tidur lah maksudnya. Takpe, nanti boleh tidur. Anak-anak pula masih jetlag, dorang memang segar sebab dalam flight dan bas tadi dorg tidur ikut waktu Malaysia, hahaha..






Selesai tawaf, masa tu dah hampir subuh, tapi kami teruskan ke kawasan Mas'aa (saei) di antara bukit Safa dan Marwah. Boleh tahan juga jauhnya. jarak dia antara Bukit Safa dan Marwah ialah 300meter, untuk keseluruhan 7 pusingan jaraknya ialah 2.1km. Yang best masa saei ni, boleh stop minum air zam zam kat tepi laluan, dan aku suka sangat masa saei ni sebab sejuk dan selesa. Lantai marmar sangat bersih dan di cuci setiap jam oleh pekerja pembersihan.

Masa kami tengah saei, dah hampir waktu azan subuh, terjumpa juga dengan kumpulan Ustaz Abu, tapi dorang dah hampir habis kot, kami pula ada lagi 2 pusingan. So azan subuh je kami terus stop dan ambil saf untuk solat subuh. Selesai je solat subuh kami pun sambung semula saei, dan seterusnya terus bertahalul ( menggunting sedikit rambut/bercukur bagi lelaki). Papa dan Haziq tak bercukur sampai botak lagi sebab bercadang nak buat lepas siap umrah ketiga (plan nak buat 3 kali umrah).

Balik ke hotel lepas subuh dengan perasaan yang yang sukar digambarkan. Sayu, gembira, sedih, keliru, dan macam-macam lagi lah perasaannya. Sampai di hotel, kami sarapan dan bolehlah berehat seharian, sebab hari pertama ni merupakan hari berehat, tidur untuk stabilkan waktu jam biologi kita yang jetlag lambat 5 jam dari Malaysia. Sesiapa yang nak jalan-jalan melawat masjid pun takde masalah.

Kami berehat di bilik sahaja, dan keluar semula waktu hampir Zohor. Untuk berjemaah di Masjidil Haram, syukur, hotel kami sangat dekat, di antara Hotel Hilton dan Kompleks Hotel Zam Zam Tower.

Bersambung lagi nanti..

Tuesday, September 1, 2015

Swimming class Haziq dan Mya

Entry menyelit sekejap..sebenarnya Haziq dah belajar swimming kat sekolah dia sejak tahun lepas lagi..Dah nak dekat dua tahun belajar still tak boleh nak berenang betul-betul..Ye lah kan sekali waktu kelas tu dalam 20 orang budak, camna lah coach dia nak ajar, nak tengok sorang-sorang kan.. So, haritu ada kawan Mya yang dah belajar swimming ajak join belajar kat Kelab Golf (bukan belajar golf ye).. First week Mya belajar sorang..sebab Haziq pegi tuisyen Matematik..Second week kami decide suruh Haziq join sekali..Ni minggu ketiga belajar dah pandai lah Haziq berenang tanpa board dengan arm float.

Pakej kelas diaorang ni RM150 untuk 7 sesi. Setiap sesi 2 jam pada hujung minggu.Orang dewasa nak belajar pun boleh..Ada jugak coach perempuan yang ajar. tapi yang belajar semua budak-budak je..Mama teringin gak haha tapi tak ada geng camna ni..
Siap smiling selfie!
Coach tu akan tengok sorang-sorang start dengan bubble. Mula-mula kena guna arm float dengan board dulu untuk senang bubble..best je tengok diaorang dah pandai berenang ni..

Bubbling inside the water


Haziq swimming tepi2 sebab papa nak snap
Selfie dalam air

Haziq dengan rabbit teeth
Sebelum g swimming makan Nutella Go dan cheese dulu!

Monday, August 31, 2015

Labbaik Allahumma Labbaik: Umrah Part 1

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah selamat menunaikan umrah pada 1-11 Mei 2015 yang lalu.;

Dengan izin Allah, kami telah menerima undangan ke tanah suci dengan menggunakan khidmat syarikat Andalusia Travel. Pada mulanya kami bercadang nak pergi dengan Tabung Haji Travel, sebab nak ambil hotel yang paling dekat Masjidilharam. Rupa-rupanya rezeki kami dengan Andalusia, sebabnya Tabung Haji tak menawarkan pakej pada tarikh yang kami kehendaki.

Takpelah..janji selamat sampai dan dapat hotel yang dekat dengan masjid.Kami ke sana sekeluarga berlima termasuk maktok sekali. Ada budak kecik dan orang tua sebab tu lah kami cari hotel paling dekat dengan masjid. Maktok kena tolak pakai wheel chair, Mya kalau penat tertidur kena lah angkat/ usung stroller.

Perjalanan kami 1 Mei 2015, Jumaat dari Kuala Lumpur terus ke Jeddah, Mekah. Kami akan naik Saudi Airlines (SV) iaitu flight komersial meaning campur dengan orang awam jugak lah. Flight bertolak jam 6.30 petang tapi kami kena ada di airport untuk urusan serahan passport dan briefing dalam jam 3.30 petang. Urusan serahan passport, tag nama dan briefing diberikan oleh sorang ustaz dari Andalusia yang juga turut sertai rombongan kami di pentas yang berdekatan dengan Anjung Tinjau kat KLIA 1 tu. Rombongan Andalusia pada 1 Mei tu ada 3 kumpulan mengikut hotel yang akan kami stay di Mekah nanti. So, kat tag nama kami ada nombor bas, nama hotel dan nama mutawif yang akan bimbing kami sepanjang di sana..Semua urusan passpot dan check in barang berjalan lancar.

Jalan jammed haritu sebab cuti Hari Pekerja bersambung lagi dengan Sabtu Ahad

Gambar dulu sebelum gi epot
Tag nama-dokumen penting kita kat sana sebab passport kita tak akan simpan sendiri
Lepas naik train untuk international boarding, papa berihram kat toilet area situ. Risau tak sempat masa dalam flight nanti. Haziq, kami plan pakaikan ihram dalam flight je nanti. Risau kain ihram tu kotor lak kena makanan atau yang lain-lain. Ye lah kan budak-budak ni bukan fikir sangat. Selesai semua, dalam jam 6.30 petang flight kami bertolak menuju ke Jeddah. Ohh lupa nak cerita, beg kami semua guna beg Andalusia je supaya senang nak cam pasukan Kuning Biru kami tu huhu walaupun beg tu ada yang dah rosak zip nya masa dapat..redha dan tawakal je, Insya Allah. Tapi kami letak lah riben-riben dengan tulis nama supaya senang nak cam. Selain tu kami juga ada stroller Mya, wheel chair Maktok, kerusi lipat Maktok dan tongkat Maktok. Semua kena ingat takut ada yang tercicir kat epot sana nanti.

Dalam Saudi Airlines


Alhamdulillah dalam flight kami dapat duduk 4 in a row dan Maktok seat sebelah papa yang dipisahkan oleh laluan tu je.. Perjalanan dari KL ke Jeddah memakan masa 8 jam. Dalam dua jam  lagi sebelum mendarat kami pakai kan Haziq kain ihram dan ingatkan dia tentang pantang larang dalam berihram. Selepas pengumuman flight dah memasuki kawasan Miqat Qarnul Manzil iaitu sejam sebelum mendarat, terus kami berniat umrah dan patuh kepada 13 pantang larang dalam ihram.

Sampai di King Abdul Aziz Airport lebih kurang dalam pukul 10.00 malam waktu Arab Saudi (2.30 pagi waktu Malaysia). Perbezaan masa Malaysia-Arab Saudi dalam 5 jam. Urusan di epot perlahan sikit sebab banyak bag kena urus kan dan pekerja pun sikit. Sabar je lah kan, anggap sebagai dugaan kepada kita. Sampai tu kami tercari-cari surau sebab Maghrib dan Isyak belum lagi. Rupa-rupanya ada ahli rombongan kata kita akan solat di luar kawasan epot. Yang perkara ni dorang tak maklumkan awal, jadi ada lah juga yang dah pergi solat. Kat sini kami berpecah ikut tiga bas seperti dalam tag nama masing-masing. Dalam bas baru kami jumpa rombongan kami yang sebenarnya, yang stay di hotel yang sama dan akan menempuh perjalanan umrah ni selama 12 hari serta mutawif kami.

Dalam waktu nak cari bas tu tertinggal pulak kerusi lipat maktok..huhu sabar je lah..papa kena patah balik cari kat tempat luggage tu. Mama, Maktok dengan anak-anak terus proceed ke bas. Dengan beg banyak, nak tolak wheelchair Maktok lagi..Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan Allah. Dah cukup semua ahli rombongan dalam bas kami, kami bertolah ke masjid berdekatan untuk solat jamak Maghrib dan Isyak sebelum ke Mekah yang mengambil masa 2 jam lagi..

Untuk cerita tu kita akan sambung dalam part 2 ye...

Saturday, July 4, 2015

Brownies Coklat Istimewa Suez

Pagi ni tergerak pulak nak buat brownies setelah sekian lama menjenguk-jenguk resepi sana sini. Kebetulan pula ada order cream puff untuk majlis berbuka puasa di tempat kerja petang nanti. Dah alang-alang oven panas tu, sambung ajelah bakar brownies ni.

Rupa-rupanya senang sangat buat brownies, tinggal lagi rajin atau malas je. Lebih mudah daripada bakar kek yang kadang-kadang naik, jatuh, merekah dan macam-macam hal lagi lah.

Ok, ni resepi yang aku jumpa di  blog Ourkizuna ni. Credit kepada tuan punya blog.
 Actually banyak lagi blog lain yang publish resepi brownies ni. Terjumpa di sini, so ikut je step-step dia.
 
 Credit kepada tuan punya blog Ourkizuna
 
 Resepi brownies chewy gooey yummy paling sedap
Bahan bahan untuk 8x8 square pan
170g choc bittersweet ( Aku guna chocolate courverture)
90g butter
35g coco powder

Cairkan kaedah double boil. atau guna mikrowave, set 2 minit atau kurang. Pause dan kacau setiap 30saat..

100g tepung
1/4ts garam
1/4ts baking powder

Ayak bersama

2 biji telur + 1 kuning telur
180g gula castor
1ts vanilla

Kaedah membuatnya
(1) Pukul telur dan gula laju laju dalam 10minit. Masukkan esen vanilla. Kacau sebati
(2) Masukkan chocolate cair tadi
(3) Masukkan tepung yang telah di ayak
(4) Bakar 180 darjah celcius dalam 35 minit.


Tadaa.. dah siap pun..


 
Selamat mencuba!

Tuesday, May 26, 2015

Jom Pi Penang!!!


Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh..

Apa khabar semua..anyway, thanks for dropping by ke blog kami yang asyik on off je bila update entry. Entry ni merupakan entry yang tertangguh sejak bulan February 2015. Macam biasa, mama dan papa je yang cuti masa ni. Cuti mid semester 2. Anak-anak pula terpaksalah 'dicutikan' oleh kami secara paksarela. Diorang apa kisah kan? lagi suka ada lah..Nasib lah anak-anak ye.Takpe..nanti balik lepas cuti kita pulun balik catch up apa yang tertinggal..

Kali ni kami cuti-cuti Malaysia pula, ke negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang atau Penang. Kami cuma nak share pengalaman bercuti kami supaya kenangan dan memori kami di Penang ni tak luput dalam ingatan dan sebagai rujukan kawan-kawan yang nak berjalan dengan keluarga terutama yang membawa anak-anak macam kami ni.

Percutian kami ke Penang dirancang sebaik sahaja kami balik dari Perth, sebab tengok website MAS terjumpa tiket yang harganya agak berbaloi. Untuk return tiket kami berempat dari Labuan, lebih kurang RM1800 je. So apa lagi..cepat-cepatlah kami kami book tiket tu. Sebab apa kami cakap murah? sebab tiket ni kalau dibahagi 4 harga seorang lebih kurang RM450 sahaja, untuk perjalanan Labuan-KUL-PEN, return..murahlah tu

Lagipun anak-anak dah bising sebab teringin nak berjalan ke Langkawi hari tu, tapi tengok tiket Langkawi tak pernah buat offer..Mama dan papa pun teringin nak ke Penang sebab kali terakhir mama ke sana pun dalam tahun 1997 masa sekolah kat Kedah dulu je.  Papa pula ke Penang tahun 2013, tapi pegi pun kejap sangat masa tu dengan adik-adik papa on the way balik kampung kenduri kahwin sepupu di Kedah.

Actually kami teringin nak naik Bukit Bendera lagi, makan char kuey teow, makan nasi kandar dan jalan dan bergambar di Penang Art Street.

Perjalanan kami bermula dari Labuan pukul 7.30 pagi Ahad 1 Februari.  Masa tu memang tak teringat yang Penang cuti juga the next few days. perasan sangat Labuan, KL dan Putrajaya je cuti hari Wilayah, rupa-rupanya Penang cuti pulak Thaipusan pada 3 Feb. Patutlah hotel mahal semacam je walaupun we all plan check in hari Ahad. Okey, sambung kisah perjalanan we all ye..

Kami tiba di KLIA lebih kurang 10.15 am, dan terus cari gate connecting flight ke Penang, flight ke Penang 12.30pm kalau tak silap. Dan perjalanan kami lancar hingga ke Penang International Airport (PIA). Lepas ambil kereta dekat company 'bapak sedara we all' iaitu Hertz hehehe (sebab mmg sewa dengan Hertz saja sebab lebih senang, ada di mana-mana airport). Tapi kali ni agak mengecewakan sebab dia bagi kereta Hyundai Matrix, walaupun kami book kereta Hyundai Accent (sedan), kami memang tak berapa berkenan Matrix sebab dia tak de bonet. Tapi dah keta tu je ada, naik je lah.

Perjalanan di Penang macam biasa, awalaupun tak pernah drive di sini dengan bantuan encik google dan maps iphone lepas saja ke mana-mana. Tips nya korang cari tempat yang dituju, tengok alamatnya dengan tepak, set nama jalan dan set nama jalan tu di dalam destination maps korang, inshaAllah, tak sesat..tapi we all sesat juga..hehehe..tak kisah lah, sesat barat pun dalam pulau lagi, jangan terlajak naik jambatan lepas ke Seberang Perai udeh..

Memandangkan kami sampai Penang agak awal,dan kedudukan PIA ni dalam perjalanan ke hotel kami di Batu Ferringhi kami plan terus naik Bukit Bendera. Beli nasi bungkus di kedai mamak Nasi Kandar Line Clear di PIA lepas dapat kereta tadi dan cadangnya nak makan di atas Bukit Bendera..
Kami sampai di kaki Bukit Bendera lebih kurang 30minit kemudian. Cuaca hari tu cerah dan panas macam biasa. Memang keadaan dah bertukar 360 darjah, tak ada rupa langsung masa kami ke sini dengan family masa kecil dulu. Yang paling best ada parking bertingkat (tapi bayar lebih lah sikit) berbanding parking tepi jalan dan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. Public transport pun kami nampak semakin banyak. Manusia macam biasalah, ramai..tapi masih boleh diterima akal lah jumlahnya. Papa beratur beli tiket.

Dah beli tiket tunggu turn naik pun sekian hal juga ramainya manusia..akhirnya dapat naik kat bahagian depan sekali..huhu best tu..naik tu tak trill sangat sebab mendaki kan..tapi best la kereta kabel sekarang ni laju gile..zaman dulu-dulu memang merangkak nak naik tu..sekejap je dalam 5 minit kot dah sampai haha
Kalau nak tau lebih lanjut tentang Bukit Bendera ni you all boleh tgk dan klik di link ni.  Bukit Bendera.
Semua info tentang tempat ni termasuk harga tiket tren ada di sini.

Kat atas macam biasa la..ambik gambar.. Keadaan tak banyak berubah sangat kot. Teringat pulak masa pegi ke King's Park Perth aritu, cuma kat sini takde park yang luas-luas..hehehe..view macam sama je, cuma Bukit Bendera ni tinggi lagilah..

View Penang Island..teringat King's Park Perth..

Aktiviti kat sini snap snap and snap photo je...

Mya dengan pose LOVE kat jari macam biasa..
Masa ni papa ambilkan gambar, macam biasa..
Ok ada org tlg snap gambar satu family..
Jalan-jalan bergambar..
Masa kat sini teringat pula kat Seoul, atas bukit Seoul Tower, South Korea
Mya nak bergambar dalam periuk kera, tapi tak sampai, kat celah periuk kera pun boleh lah...
Tengok kuda ni teringat kisah masa kami kat situ..hurmm..Haziq, Haziq..hehehhe

Pastu nak cari port nak makan tak jumpa lak sebab ramai sangat orang nya..last-last duduk kat food court kat situ tapi kena beli something la kan..kami beli ni..Fruit ABC..kalau tak silap Rm12..sambil makan ABC dok lepak kedai dia makan nasi kandar bungkus huhu

Sedap ni...


Dah setel semua kami gerak pi hotel..yeahh kali ni stay kat Hard Rock Hotel, yang terletak di Batu Ferringhi.

Dah set GPS semua, kami pun bergerak ke Batu Ferringhi. Boleh tahan juga jauhnya dari bandar.  Ntah mcmana boleh pula GPS ni bagi lalu jalan kat celah mana, paling 'best' jalan yang we all lalu tupula tgh sibuk dengan persiapan menyambut hari Thaipusam..adoilah...memang jem sepanjang jalan, adalah dekat 2 km kot menghadap binaan2 'pelamin' sempena Thaipusam..tetiba rasa macam kat India pula..heheheh

Kami sampai lebih kurang pukul 4 petang di sini. Sampai je dapat complimentary welcome drink. Konsep check in dia santai-santai..Macam biasa lah, anak-anak dah tergedik-gedik tengok swimming pool yang nampak sangat tempting siap dengan water park. Sabar ye anak-anak..kita masuk bilik dulu, solat, letak beg, mama dan papa nak luruskan urat kaki kejap..Lepas tu baru boleh ke swimming pool.
 
 
Hard Rock Hotel ni rasanya tak perlu nak cerita sangat review nya, sebab dah banyak blog yang cerita pasal hotel ni, best atau tak? Bagi kami out of 10 boleh lah bagi 8/10 bintang..Sebelum tu kita layan dulu gambar-gambar ni ok.. enjoy!

Malam first tu kami plan nak makan dekat gerai-gerai yang banyak kat depan hotel di sepanjang tu. So kami pun jalan kaki dan singgah kat satu gerai ni, nama dia 'Slow Rock Cafe' agaknya mengambil nama sempena hotel Hard Rock tu la kan. Kami singgah kat gerai ni sebab nampak macam happening, ada jual western food la, thai food, char kuey teow bagai..tapi memang sangat sesuai dengan nama dia. Punya lah lambat nak tunggu makanan sampai. Bila sampai pun satu-satu..adoi..dekat sejam kot kami tunggu..Mya dah tidur masa tu..at last ada few order yang kami cancel dan balik ke bilik hotel dengan perasaan yang tension. Dah la lapar,penat mengantuk..so kalau korang ke Hard Rock Hotel dan plan nak makan kat gerai depan hotel tu, bersedialah ye..




 
Hari kedua di Penang, kami ke Teluk bahang nak ke Toy Museum yang di war-warkan macam best tu..Bila sampai je..tempat tu mama terus pandang terkejut kat papa..hahaha..sendu je tempat ni..masa nak masuk mama dah malas-malas nak masuk. Lepas bincang..mama pun masuk sekali. Dah la mahal tiket..macam tak padan dengan museum tu huhu..Actually muzium ni milik orang persendirian. Agaknya kat rumah dia terlampau banyak toys, sampai dia buka muzium dan dapat lah duit juga daripada benda alah tu terperuk kat rumah kot..hehehe.. Korang jangan terkejut tau, ni lah rupa bangunan Toy Museum tu dari luar..heheheh..collection toys dia pun ok juga, cuma rasanya display rack dia agak cheapskate, pakai plastik je..pastu dia pasang radio kuat2..bukan mini hifi ke apa ye..radio je..hehehe..tapi anak-anak kami enjoy je..mama je yang tak puas hati..hehehe




Dari Teluk Bahang, kami terus menuju ke arah pusat bandar, dah sampai masa makan tengahari masa ni. Nak cari nasi kandar ke apa tah, jalan jem pulak, last-last nampak Gurney Plaza, kami pun terus masuk parking dan cari makan kat dalam shopping mall je. Kami makan di The Chicken Rice Shop. Setel lunch di sini, kami pun keluar semula dan meneruskan misi jalan-jalan di sekitar Pulau Pinang. Mestilah nak cari street art yang sangat famous tu kan. Berdasar peta yang kami ada, akhirnya berjaya juga kami sampai ke Armenian Street. Rupa-rupanya lukisan ni semua berada di beberapa jalan yang berbeza. So kami pun bergerak dari satu jalan ke jalan yang lain ada yang jalan kaki dan ada yang naik kereta juga, sebab agak jauh. Puas hati dapat berposing bergambar ni, walaupun sebenarnya lukisan ni kalau tengok dengan mata sendiri idoklah secantik mana..hehehe..

Dan ada beberapa lukisan ni sebenarnya adalah diperbuat daripada wrought iron. Korang boleh google 'Penang Humorous Caricatures Wrought Iron' untuk maklumat lebih lanjut.







Lukisan yang ala 3D dan permulaan art street yang famous kat sini




Kami juga terjumpa Fort Cornwallis, tempat di mana terdapat tugu patung Francis. light, individu yang menemui Pulau Pinang. Sayangnya tempat ni dah berpagar dan kena bayar kalau nak masuk..hehehe..sayang apa ek? sayang duit lah kekeke..anak2 pun dah telih, so mama just posing depan pintu masuk kubu je lah. Intai-intai ke dalam tu macam takde apa sangat yang menarik. Kalau korang nak masuk sila bayar RM brapa ntah lah, tak igt. Sila google, jangan malas macam we all..

Dari sini, pusing sikit lagi, kami pun sampai lah ke Padang Kota Lama, ( sebenarnya belakang Port Cornwallis je). Di sini pun tak de apa yang menarik perhatian kami. Cuma ada padang yang luas dan gerai pasembor. Kami tak ke gerai tu pun sebab siang-siang takde orang meniaga sangat, plus perut masih kenyang. Layan Haziq dan Mya main playground sebelum kami balik ke hotel. Sampai hotel, mandi swimming pool seround dua. Anak-anak memang happy sangat sebab pool dia sangat best. Ada mini water park, water slide berbagai size dan sand pool. Kami main sampai tangan dah kecut-kecut. Pantai area Hard Rock Hotel Penang ni tak berapa menarik. Rasanya pantai di sekitar Labuan/ Sabah lagi cantik hehhee..

Malam tu kami keluar merayau naik kereta cari gerai char kuey teow. Natah lah, rasanya biasa2 saja..mungkin sebab kami rajin memasak, sampaikan makanan yang kami beli tu rasa tak sesedap mana. Plus point nya dia ada udang besor je lah. Balik dari makan malam tu, semua dah penat dan kami pun tidur je.

Esok paginya hari ketiga dan terakhir kami di Penang. Lepas sarapan kaw kaw di restorannya yang best tu, sebab macam-macam ada, dari western, chinese, malay semua ada. Ada dimsum favorite papa, ada roti canai, murtabak favorite Haziq dan ada cereal dan fruit favorite mama dan Mya. Restorannya pula sangat bersih, selesa dan luas. 

Lepas breakfast sempat mandi pool lagi sebelum check out. Dalam pukul 11.00 pagi kami pun keluar dan menuju ke Georgetown sebab petang nanti nak keluar ke Seberang Perai menuju rumah adik beradik  maktok (family papa). Datuk dan nenek papa dah takde, cuma mak ada sedara papa yang terletak di kota Kuala Muda. Sebelum menuju jambatan Pulau Pinang, kami ke tengah Georgetown nak makan nasi kandar di restoran Line Clear Nasi Kandar yang kontroversi tu. Sekali lagi, kami rasa biasa2 je makanan di sini..hehheh semua biasa2 abis apa yang sedap ek? 
Restoran ni pula terletak di tengah bandar yang sesak, parking opposite restoran ni pula sangat mahal, RM12 per entry.. nangis kejap.
Siap makan kami pun terus ke jambatan dan sampai di kampung papa. Perjalanan ke sana sesat barat juga. Maklum lah jalan dah banyak skang ni. GPS pun pening. Sampai rumah Teh ( mak sedara papa) dia hidang mkanan tengahari juga. Dari Kuala Muda kami ke kg. Permatang Langsat di. Pinang Tunggal Kepala Batas. Ke rumah pak sedara papa , Ayah Ngah pula. Yelah dah sampai kampung nanti  makcik pakcik dok cerita kami sampai ke Kedah tak ke rumah dorang pulak kan. Dari Kepala. batas kami ke Bayan Lepas. Sempat singgah di Restoran Sani Char Kuey teow yang terletak dekat dengan Tokong Ular area Bayan Lepas. Restoran ni famous juga, dan rasa makanan not bad cuma presentation kurang menarik hahhaha.. banyak songeh betui.

Malam tu kami tidur di Hotel Tabung Haji yang terletak hadapan PIA, Bayan Lepas. Hotel ni atas bukit dan pagi esoknya seawal 5.00 pagi kami ke airport. Drop kunci kereta, dan 6.00 pagi kami pun terbang balik ke KLIA. 

Maka berakhirlah cuti-cuti Malaysia kami di Penang kali ni. Insha Allah ada rezeki kita ke Penang lagi. Jom kita Pi Penang!