Assalamualaikum semua..
Ni sebenarnya back dated entry..dah lama buat kek ni tapi macam biasa tak sempat nak buat entry..bila nak buat lagi sekali mula lah cari balik resepi tak jumpa..jadi untuk selamat kena buat entry baru! huhu
Tahun ni hajat mama nak gi Jepun tak kesampaian, so dapat buat kek ni pun kita boleh lah lepas kempunan nak pi Jepun huhu..Resepi ni di ambil dari blog mana ntah tak ingat tapi kalau nak rujuk sini pun ok sebab hampir sama pula resepi nya. http://aziejaya.blogspot.my/2012/10/cotton-soft-japanese-cheesecake.html... Tima ksih ye
Bahan-bahan :
Bahan A
250 g cream cheese- kami guna brand Philadelphia
50 g butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur (gred B)
1 sudu besar jus lemon
secubit garam
60 g tepung gandum
20 g tepung jagung
Bahan B
140 g gula
6 biji putih telur
1 sudu kecil jus lemon
- Campur cream cheese, butter dan susu. Cairkan menggunakan teknik double boiler dan sejukkan adunan.
- Setelah sejuk, campurkan tepung gandum, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon (bahan A) ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
- (Bahan B) Dalam bekas yang lain, masukkan putih telur dan pukul sehingga berbuih (foamy) kemudian tambahkan gula dan pukul lagi sehingga bertanduk (soft peak).
- Campurkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau sehingga sebati.
- Tuang adunan dalam bekas kek saiz 8 inci yang telah di gris.
- bakar pada suhu 160oC selama 1 jam dengan kaedah bain-marie (waterbath)
Ni la dia bain-marie..masuk kan air dalam bekas kaca ni pastu rendamkan bekas kek kita.Jangan lupa balut dulu dengan aluminium foil |
Selamat mencuba !
No comments:
Post a Comment