Haziq dan maktok di depan Hotel |
Anak-anak yang tak boleh tengok burung merpati |
Alhamdulillah pada hari ke 3, 3 Mei 2015, kami sekeluarga ke Mina untuk melawat kawasan Padang Arafah, Jabal Rahmah dan seterusnya niat di miqat Masjid Ji' ranah. Masa kami melewati kawasan Mina hati sekali lagi sayu semasa mendengar penerangan ustaz Abu Dzar tentang di kawasan inilah salah satu bahagian tanah diambil oleh Allah untuk menjadikan manusia pertama di bumi Allah iaitu Nabi Adam dan Hawa. Kami turun di kawasan Mina di mana terletaknya tapak khemah jemaah haji pada musim haji.
Kemudian bas berhenti di kawasan Jabal Rahmah. Di kawasan ni memang terdapat berpuluh-puluh bas yang membawa jemaah umrah dari pelbagai negara. masa kami turun tu, kena ingat lokasi dan no bas, sebab kalau hilang memang tak balik lah kau.huhuhu..
Naik ikut batu-batu..tak perasan pula ada tangga di bahagian depannya |
Mama dan Mya |
Mata anak tangganya yang tinggi-tinggi |
Di Jabal Rahmah, anak-anak bersemangat sangat nak panjat bukit tu. Mama dan papa terkejar-kejar budak dua orang ni. Maktok plak jalan-jalan sekitar kawasan parking bas dan bukit-bukit sambil shopping..;-) Biasalah, mana-mana pun ada orang meniaga kecil-kecilan di sini. Kalau tak silap maktok beli inai serbuk yang wanita arab/afrika jual tu.
Kami pulak selamat sampai di puncak Jabal Rahmah dan
Selesai melawat Jabal Rahmah, kami bergerak ke Masjid Ji'ranah. Di sini kami niat ihram untuk umrah kedua. Masjid ni terletak lebih kurang 28km dari Kota Mekah. Selesai solat sunat ihram, kami pun bergerak ke Mekah untuk melakukan umrah yang kedua. Alhamdulillah, kami selesai menunaikan umrah kedua dengan jayanya.
Pada sebelah malam, kami menunaikan solat maghrib dan isyak di masjidilharam sekeluarga. Tapi anak-anak macam biasa masih lagi jetlag. Lama juga budak-budak ni jetlag. 3 hari. Dorang akan mula mengantuk pukul 6 petang (11 malam waktu Malaysia) dan akan terjaga pukul 2 pagi (7 pagi waktu Malaysia) ehehehe..so dorang cuma tidur di bilik dan kami ke masjidilharam pada waktu maghrib-isyak. Alhamdulillah, bilik kami dekat sangat dengan masjid, jadi tak susah hati sangat nak tinggal anak-anak yang tidur di bilik hotel.
Pemanadangan balik ke hotel |
Bergambar kenangan |
Jadi , pada waktu pagi masa kami nak ke berjemaah subuh di masjidilharam, anak-anak akan bangun dan segar pada pukul 2-3 pagi. Lebih kurang pukul 4 pagi kami sekeluarga akan bergerak ke masjidilharam.
Pada hari ke 4, 4 Mei 2015 , kami akan melakukan umrah ketiga dengan bimbingan mutawif iaitu ustaz Abu Dzar. Kali ni kami akan berniat di Masjid Saidatina Aisyah yang terletak di Tana'im.
Selesai solat subuh, sarapan di hotel, kami pun bertolak ke Tana'im. Di sini juga merupakan miqat yang paling dekat dengan Mekah. Kalau tiada bimbingan Mutawif, kita boleh ke sini sendiri dengan menaiki teksi untuk berniat ihram. Sebab memang banyak bas dan teksi yang membawa jemaah persendirian ke sini dan berulang alik ke Mekah.
Hari ni papa niat umrah untuk arwah ayah papa. Jadi niatnya lain sedikit. Korang boleh lah google ye.
Selesai umrah kami yang ketiga ni, papa dan Haziq terus membotakkan kepala. Maka lengkaplah umrah kami sebanyak 3 kali. Dan malam ni kami berdua (mama dan papa) akan mendaki Jabal Nur, untuk menziarah di Gua Hira'. InshaAllah kami akan bergerak selepas isya' dan dijangkakan sesi ziarah dan pendakian ni selesai sebelum waktu subuh.
No comments:
Post a Comment